Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 10, 2016

WUJUD MAHKAMAH KHAS JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK


Wujud mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak


Kota Tinggi - Bacaan pertama dan kedua Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dijangka akan dibentangkan di parlimen pada Mac tahun depan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kabinet juga bersetuju untuk menubuhkan mahkamah khas bagi menangani kesalahan di bawah akta tersebut.

Menurutnya, dengan adanya mahkamah khas itu dapat membantu menyelesaikan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dalam jangka masa pendek. 

"Apa yang saya tekankan dalam ucapan saya masalah jenayah seksual selalunya datang dari orang yang dipercayai dan dikenali. Dari segi proses bahan bukti proses mahkamah sekiranya dari dalam rumah menjadi masalah.

"Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak bukan menjadi neraka dunia.

"Laporan polis tentang jenayah ini semakin banyak, cuma jumlah persabitan kurang disebab proses bukti tidak mencukupi," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Mengenai Hak Dan Isu-Isu Wanita Dan Kanak-Kanak, di Dewan Kejora Bandar Penawar, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Datuk Anita Harun.

Tambah Azalina, jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini kebiasannya berlaku pada usia tiga atau empat tahun.

Bagaimanapun, faktor masa yang diambil terlalu lama untuk ke mahkamah menyebabkan mangsa kadang kala terlupa kejadian yang berlaku selain malu untuk memberitahu jenayah yang pernah berlaku ke atas diri mereka.

"Kita harap kes ini akan diselsaikan secepat mungkin. Ini juga merupakan salah salah faktor utama penubuhan task force yang diumumkan perdana menteri sebelum ini agar isu ini dapat dilihat secara menyeluruh

"Kita sudah adakan banyak mesyuarat. Cadangan akta berkenaan juga telah dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dan sudah dipersetujui secara dasar.

"Kita sedang menunggu drafting dari pejabat peguam negara sebelum dibawa balik ke kabinet untuk keputusan akhir dari segi rang undang-undang tersebut. InsyaALLAH akan dibawa ke parlimen pada sidang Mac untuk bacaan pertama dan kedua,"katanya lagi.


0 comments:

share2