Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 19, 2016

TEMUI MAYAT IBU DIIKAT KAIN DI RUANG TAMU RUMAH


Temui mayat ibu diikat kain di ruang tamu rumah


Kota Bharu - Seorang wanita warga emas maut dalam keadaan terikat kaki, tangan dan mulut dipercayai dibunuh selepas disamun di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai, awal pagi tadi.

Mayat ibu tunggal berusia 60 tahun terbabit ditemui di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 35 tahun pada jam 1.30 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, anak mangsa yang pulang selepas menonton bola sepak di kedai berhampiran rumahnya mendapati pintu dapur terbuka luas.

"Sebuah motosikal jeniz RXZ milik anak mangsa serta barang kemas dan dompet milik mangsa dilarikan penjenayah.

"Pemeriksaan pada mayat yang diikat dengan kain sarung tersebut terdapat kesan bengkak pada belakang kepala, bagaimanapun tiada senjata yang ditemui," katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.


0 comments:

share2