Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 19, 2016

PM: LAKSANA PROJEK MEGA BUKTI TUNAI JANJI


Najib Tun Razak


Lahad Datu - Keupayaan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek mega meskipun berdepan cabaran ekonomi adalah bukti komitmen tinggi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata sebagai contoh, Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) adalah bukti kerajaan mampu melaksanakan projek mega malahan dengan kos lebih rendah iaitu RM21 bilion berbanding peruntukan yang disediakan RM23 bilion.

"Saya telah melancarkan fasa satu projek MRT ini yang siap mengikut jadual dengan kos projek lebih rendah daripada bajet disediakan RM23 bilion tetapi kita belanja RM21 bilion.

"Kita nak nafikan pembangkang yang kononnya projek ini menelan belanja RM100 bilion, ini satu fitnah, satu hasutan dan hakikatnya BN telah melaksanakan projek MRT lebih rendah daripada bajet yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya di sini, hari ini.


0 comments:

share2