Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 5, 2016

PERASMIAN CORPORATE INNOVATION MANAGEMENT WORKSHOP




KUANTAN: Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah mewujudkan Kad Skor Indeks Inovasi Korporat Kebangsaan (NCH) untuk sector swasta dalam mengorak langkah serta menggalakkan pelaburan yang berkaitan inovasi.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob merasmikan Bengkel Corporate Innovation Management Workshop Kerjasama Antara Agensi Inovasi Malaysia dan Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills). Menteri Besar diwakili Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato' Norol Azali Bin Sulaiman.

AIM telah mewujudkan NCH untuk sektor swasta dalam mengorak langkah serta menggalakkan pelaburan yang berkaitan inovasi.

Menteri Besar berkata NCH boleh memanfaatkan syarikat di Pahang dalam pelbagai pengkalan untuk menstrukturkan proses inovasi tetapi mereka tidak tahu di mana untuk bermula dan unsur-unsur  yang boleh memastikan kejayaan proses inovasi mereka. Oleh itu NCH akan membantu syarikat berkenaan.

Tambah beliau, NCH juga akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk produk atau perkhidmatan baru yang inovatif serta mewujudkan perniagaan baru. Oleh itu boleh meningkatkan taraf hidup rakyat.


Menteri Besar juga menyarankan kerjasama seumpama itu diteruskan pada masa akan datang agar usaha-usaha  anjakan inovasi seperti hari ini akan terus diamalkan dalam organisasi. Ia juga perlu dihayati dan diterapkan agar pembudayaan inovatif dan kreatif terus dikekalkan tanpa mengenepikan keseimbangan daripada semua aspek.




0 comments:

share2