Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 1, 2016

#PAU2016: NAJIB LANCAR BUKU 'INFOGRAFIK PILIHAN' PENJELASAN ISU SEMASA




Kuala Lumpur - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan buku 'Infografik Pilihan' terbitan sulung Biro IT UMNO sebagai wadah memberikan penjelasan terhadap isu semasa, menerangkan dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 100 muka surat itu memaparkan infografik yang disebarkan setiap hari melalui media sosial sejak Julai lepas hingga November.

Infografik yang terdapat dalam buku berkenaan meliputi isu-isu semasa dan peristiwa penting membabitkan negara antaranya Bajet 2017, Sukan Olimpik Rio 2016, Hari Kemerdekaan ke-59 dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Buku, yang menjadi sumber rujukan terhadap sesuatu isu dan peristiwa penting dalam dan luar negara itu akan diagih kepada para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Najib turut menyampaikan hadiah Pertandingan Mencipta Laman Web UMNO 2016, julung kali dianjurkan oleh Biro IT UMNO, yang dipengerusikan Datuk Ahmad Maslan.

Laman web UMNO Lembah Pantai dipilih sebagai laman web terbaik manakala tempat kedua dimenangi UMNO Bahagian Subang dan tempat ketiga menjadi milik UMNO Bahagian Putrajaya, dengan masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, piala iringan dan sijil.


0 comments:

share2