Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 6, 2016

NAJIB YAKIN EKONOMI MALAYSIA MAMPU CAPAI RM2 TRILION


Najib Yakin Ekonomi Malaysia Mampu Capai RM2 Trilion


Iskandar Puteri – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dengan kemampuan negara mencapai sasaran ekonomi bernilai RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Ketika berkongsi keyakinan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sasaran itu akan turut disumbangkan oleh perkembangan pesat wilayah Iskandar Malaysia.

“Saya mahu Malaysia muncul sebagai ekonomi (bernilai) RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun.

“Saya sendiri ada berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan kita mampu mencapai ekonomi RM2 trilion berkenaan,” katanya.


Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah PembangunanIskandar Malaysia (IRDA), juga mahu melihat Malaysia muncul sebagai 20 negara utama ekonomi dalam satu jangka masa tertentu.

“Iskandar Malaysia juga akan memberi sumbangan ke arah pencapaian tersebut,”kata Najib.


0 comments:

share2