Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 8, 2016

JPJ KESAL ORANG RAMAI SEBAR RISALAH PALSU


JPJ Kesal Orang Ramai Sebar Risalah Palsu


Kuala Lumpur – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang mesej yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai jabatan itu yang tidak mempunyai sumber sah.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan tidak turut sama menyebarkan mesej itu sebaliknya dinasihatkan merujuk terus kepada jabatan itu untuk mendapatkan penjelasan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan penyebaran satu risalah palsu mengenai kesalahan memandu tanpa lesen memandu yang sah dan tamat tempoh di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Risalah itu menyebut pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

“Jumlah kompaun ini merupakan kadar maksimum, namun demikian sekiranya pesalah menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, maka pengurangan bayaran ditawarkan mengikut jadual,” kata kenyataan itu hari ini.

Kadar kompaun yang perlu dibayar dalam tempoh 60 hari bagi kategori motosikal sebenarnya antara RM100 hingga RM250 mengikut tempoh bayaran dilakukan manakala bagi kategori kenderaan antara RM150 hingga RM300.

JPJ turut menjelaskan, sebarang pembaharuan lesen memandu tamat tempoh di kaunter JPJ boleh dilakukan di semua pejabat JPJ atau agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun.

“Pembaharuan lesen ini hanya tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempohnya tidak melebihi tiga tahun,” kata kenyataan itu.


0 comments:

share2