Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 16, 2016

[JENGKA] KEMPEN SAYANGI REMAJA UNTUK MENGEKANG GEJALA SOSIAL


Kempen sayangi remaja untuk elak hamil


Peningkatan jumlah remaja hamil bawah 18 tahun yang direkodkan Pejabat Kesihatan Daerah Maran, tahun lalu, menjadi faktor utama kepada penganjuran program ceramah berkaitan remaja.

Pegawai Kesihatan Daerah Maran, Dr Wan Rosealaiza Wan Ab Ghani berkata demikian dalam Program Ceramah Bahaya Tibi dan Sayangi Remaja Anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jengka 22, di sini, semalam.

Dalam ceramahnya beliau turut menasihati ibu bapa melakukan langkah-langkah kawalan di rumah bagi mengekang remaja daripada terlibat gejala sosial yang membawa kepada permasalahan kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Daerah Maran, Nawi Hamzah berkata, betapa penting kempen dan ceramah kesihatan berkaitan remaja diadakan di peringkat cawangan Jengka dalam usaha mengekang dan menyampaikan maklumat berkenaan kesan masalah sosial ini kepada ibu bapa.

"Alhamdulillah menerusi program ini kita dapat tanamkan kesedaran kepada ibu bapa dan remaja mengenai bahaya gejala sosial dan kesan-kesannya terhadap kesihatan mereka.

"Meski pun ini kali pertama diadakan di Jengka 22, sambutan dan penyertaan ceramah dalam kalangan ibu bapa amat menggalakkan," katanya kepada pemberita selepas program tersebut.

Nawi berkata, seperkara lagi yang perlu diberikan perhatian adalah berkaitan penyakit tibi, simptom dan kaedah mengesannya serta salah faham masyarakat mengenai gejala tibi yang dianggap biasa.

"Selama ini kepercayaan sesetengah orang menganggap batuk-batuk kahak berlarutan itu santau, sihir atau buatan orang tapi sebenarnya penyakit tibi. Kita mahu mereka mengesan sendiri simptom-simptom tibi seterusnya mendapatkan rawatan lanjut di klinik kesihatan, sebelum parah.

"Kita tidak mahu masyarakat menganggap batuk itu biasa. Sedangkan penyakit tibi jika tidak dirawat lebih awal adalah berbahaya," katanya.


0 comments:

share2