Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 10, 2016

HASRAT AMANAH IBARAT GILA TALAK


Hasrat Amanah ibarat gila talak


Nibong Tebal - Gila Talak. Itu boleh disifatkan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) apabila masih berharap untuk bekerjasama dengan Pas dalam menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pendirian Amanah yang masih mahu memujuk Pas untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan adalah perbuatan memalukan dan seolah-olah gila talak.

“Amanah terdiri daripada serpihan Pas. Dahulu mereka satu keluarga, tetapi kini telah bercerai dan difahamkan ada cubaan untuk rujuk semula.

“Walaupun ini kepincangan antara mereka, namun Umno dan BN tidak pernah berasa selesa dengan kelemahan mereka.

"Kami sentiasa memperkuatkan parti bagi menempuh pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Asrama Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah dan Penyerahan Watikah Pelantikan JKKKP Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, semalam.

Tambah Zainal Abidin, Umno akan meneliti perkembangan cadangan Amanah itu bagi merangka rancangan menyeluruh untuk menawan semula Pulau Pinang.

Katanya lagi, pihaknya akan melihat sama ada Pas akan kembali menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan ataupun sebaliknya. 

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang juga Pengerusi Amanah Pulau Pinang membayangkan akan bekerjasama dengan Pas, selain komited bersama gabungan DAP dan PKR bagi menghadapi PRU14.


0 comments:

share2