Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 7, 2016

GEMPA BUMI KUAT LANDA ACHEH




Jakarta - Lebih 20 orang dilaporkan maut dalam gempa bumi kuat yang melanda daerah Acheh di utara Sumatera awal pagi tadi.

Sumber berita television tempatan melaporkan bahawa kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan dan pihak berkuasa sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Agensi berita China Xinhua, yang memetik kenyataan pegawai media di agensi bencana wilayah berkenaan, melaporkan empat orang maut dan sekurang- kurangnya seorang cedera dan gempa itu turut memusnahkan banyak kediaman dan bangunan.

Di KUALA LUMPUR, Jabatan Meteorologi melaporkan bahawa gempa bumi itu berukuran berukuran 6.4 pada skala Richter.

Menurut kenyataan jabatan itu gempa bumi itu berpusat di 77km timur laut Banda Acheh dan 440km barat daya Langkawi, Kedah.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan.


0 comments:

share2