Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 7, 2016

AGENDA MELAYU MAJU SATU HUBUNGAN BARU ANTARA UMNO DENGAN ORANG MELAYU





Kuala Lumpur – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim menegaskan UMNO perlu mewujudkan hubungan baru dengan orang Melayu bukan sekadar laungan ‘Hidup Melayu’ sahaja.

Ini kerana tegasnya jika tidak berbuat demikian orang Melayu akan tewas dalam persaingan global yang sangat radikal dan tidak adil.

“Walaupun isu kos sara hidup dipandang sebagai sebuah isu yang klise’, tetapi beliau menegaskan apabila UMNO membantu dalam hal ekonomi orang Melayu khusunya, UMNO akan mendapat dan mengekalkan kepercayaan dan mampu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum yang Ke-14.

“Pertama, kos sara hidup dan survival harian orang Melayu di Malaysia. Percayalah, ia adalah perkara penting yang mesti kita hadapi dan selesaikan. Malah, perkara ini boleh menjadi penentu menang atau tewasnya kita dalam PRU yang akan datang,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Beliau turut mengulas tentang kesediaan orang Melayu dalam menghadapi persaingan dunia pekerjaan pada abad ke-21.

“Laporan yang dibentangkan di World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari tahun ini menjangkakan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, mesin dan robot akan menggantikan lebih 5.1 juta pekerjaan,

“Kesannya, banyak sektor yang selama ini menawarkan pekerjaan akan terkesan teruk. Misalnya sektor pembuatan, sektor pentadbiran, sektor pengeluaran, sektor pembinaan, sektor kreatif dan inovasi.

“Kesemua sektor ini akan berubah wajah dan sudah tidak memerlukan tenaga manusia yang ramai. Kita perlu ingat, sektor-sektor inilah yang banyak dipenuhi dengan orang Melayu,” tambahnya.

Beliau turut menyuarakan bahawa aplikasi dan sektor digital merupakan sektor yang bakal memberikan banyak sumbangan kepada negara pada tahun 2020.

UMNO Johor katanya lagu ingin menegaskan bahawa kemahiran menggunakan media sosial, bermain video games dan melakukan interaksi di platform digital itu bukan kemahiran digital yang diperlukan oleh pasaran buruh.

“UMNO atau Kerajaan Malaysia perlu memulakan langkah untuk menjadi pelopor bagi “The Fourth Industrial Revolution” (Industry 4.0), iaitu dengan menyediakan bakat terbaik bagi menggerakan dunia dan ekonomi digital kita dengan kemahiran sebenar”, katanya.

Beliau lagi sekali menekankan agar Agenda Melayu Maju ini dapat dipertimbangkan oleh kepimpinan parti kerana ia bukan sahaja menjadi pemula yang baik kepada suatu pencerahan dan rancangan masa depan. Malah, ia boleh menjadi Tawaran Baharu dari UMNO kepada seluruh orang Melayu.


0 comments:

share2