Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 18, 2016

8 TAHUN NAJIB RAZAK JADI PM APA YANG DIA BUAT?


8 Tahun Najib Jadi Perdana Menteri Apa Yang Dia Buat?


Aku tak faham, Selama 8 tahun Najib Razak jadi Perdana Menteri, apa yang dia dah buat? Zaman Mahathir, 8 tahun masih lagi bailout Proton.

Sebab itu rakyat marah sangat dengan Najib Razak kerana beberapa perkara. Di antara 31 sebab kenapa rakyat marah selama 8 tahun Najib Razak menjadi PM:

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT 2. Patut disiapkan di zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrap.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.


3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1,000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.




4. Terminal Bas Selatan mengantikan Terminal Bas Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.


6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan bankrap.

7. Pembinaan menara tertinggi di Malaysia iaitu KL118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira RM70 billion.

11. BR1M pun rakyat dapat.




12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UiTM yang baru.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Pangsapuri baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1Malaysia yang baru.




18. Kenaikan gaji minimun kepada RM900, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM250 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap Proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM25,000 ke RM30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM200.

25. Perumahan PR1MA.




26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.




30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

31. Projek KL PUTRA WORLD TRADE CENTER

8 Tahun Najib Razak Jadi PM Apa Yang Dia Buat?


0 comments:

share2