Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 30, 2016

WANITA BURU POKEMON SAMPAI BUTA


Wanita buru Pokemon sampai buta


Padah akibat buru Pokemon. Seorang wanita mengandung di Taiwan disahkan buta sementara, setelah mengikuti permainan itu untuk tempoh masa yang panjang.

Sebuah akhbar Taiwan melaporkan, pesakit wanita itu dipercayai mula minat memburu Pokemon sejak ia mula diperkenalkan di Taiwan awal bulan ini.

Difahamkan, pesakit berkenaan sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital di Taipei. Bagi mengelakkan kandungan bayinya terjejas, dia telah diberi sejenis ubat mata khas dan dibenarkan pulang berehat di rumah. 

Menurut seorang doktor mata, sejak permainan Pokemon Go mula menjadi kegilaan ramai, beliau mendapati ramai orang datang ke kliniknya mengadu sakit mata.

"Jumlah pesakit yang datang ke klinik saya telah bertambah sekurang-kurangnya 20 peratus. Kebanyakan pesakit mata ini terdiri daripada kalangan orang muda. Mereka mengadu mata mereka agak letih dan kering.

"Inilah tanda-tanda akibat melihat skrin telefon bimbit dalam tempoh yang panjang tanpa berehat," katanya.

Beliau memberi nasihat untuk mengelakkan masalah pada mata, tempoh paling berkesan untuk merehatkan mata ialah selama 10 minit setelah melihat skrin telefon bimbit lebih daripada 40 minit.

"Cara untuk merehatkan mata ialah memandang kawasan yang berada di luar lingkungan enam meter.

"Bagi yang mempunyai masalah mata kering, mereka perlulah menggunakan cecair ubat mata agar bebola mata berada dalam keadaan selesa dan basah," jelasnya.

Sementara itu, seorang pakar refleksologi berpendapat, banyak keburukan akan berlaku pada tubuh badan seseorang sekiranya memburu Pokemon untuk tempoh panjang tanpa berhenti.

"Leher akan rasa sakit sekiranya kerap tunduk melihat skrin telefon bimbit. Begitu juga pada lengan tangan akan rasa sakit dan pergerakan akan terbatas.

"Jika berlaku keadaan begitu, seseorang itu perlu berehat selama tiga hari. Dan jika keadaan masih tidak berubah, dia perlu segera mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital," katanya.


0 comments:

share2