Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 30, 2016

PADAH CATATAN PALSU PENYATA GST


Padah catatan palsu penyata GST


Ipoh – Dua peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam masing-masing atas lima dan tujuh pertuduhan atas kesalahan membuat catatan palsu dalam penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi tempoh bercukai antara Jun tahun lalu hingga April tahun ini.

Mok Siew Khuen dan Ahmad Zawawi Abdul Rahim kedua-duanya berusia 49 tahun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Siew Khuen dan Ahmad Zawawi didakwa dengan niat memperoleh kredit bagi cukai input terhadap cukai output masing-masing berjumlah RM356,314.50 dan RM588,808.

Mengikut lima kertas pertuduhan, Siew Khuen didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 8 Januari sehingga 6 Mei tahun ini di Stesen Ipoh, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jalan Kinta Off Jalan Tun Razak, Ipoh.

Sementara tujuh pertuduhan membabitkan Ahmad Zawawi, dia telah melakukan perbuatan tersebut antara 2 September tahun lalu sehingga 7 Mei tahun dan tempat yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mencadangkan mahkamah untuk mengenakan wang jaminan berjumlah RM3,410,000 ke atas Siew Khuen bagi kelima-lima pertuduhan dengan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Manakala bagi Ahmad Zawawi, Raja Rozela mencadangkan mencadangkan mahkamah untuk mengenakan wang jaminan berjumlah RM5.5 juta bagi ketujuh-tujuh pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam, N P Ramachandran memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM10,000 bagi kesemua pertuduhan memandangkan Siew Khuen memberi kerjasama baik dengan pihak kastam sepanjang siasatan dijalankan.

Peguam, Awatif Ahmad Bashir pula memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM5,000 bagi kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atas Ahmad Zawawi.

Awatif turut memaklumkan, anak guamnya perlu menjaga ibu berusia 72 tahun yang sering keluar masuk hospital akibat sakit.

Ikmal Hishan membenarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi Sie Khuen dan jaminan RM700,000 dengan seorang penjamin kepada Siew Khuen serta pasport mereka dirampas. Beliau menetapkan 30 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


0 comments:

share2