Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 31, 2016

[KUANTAN] HASILKAN JALUR GEMILANG DENGAN CAP TANGAN


Hasilkan Jalur Gemilang dengan cap tangan


Celup tangan dalam bekas mengandungi cat merah sebelum tapak tangan ditekap pada kain putih.

Kaedah itu digunakan untuk menyempurnakan Jalur Gemilang gergasi bersaiz 20 meter panjang dan lima meter lebar hasil kreativiti kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dari Tabika Kemas Sungai Isap Jaya, di sini bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pemaju Masyarakat Kemas Tabika Sungai Isap Jaya, Ramlah Awang berkata, untuk membentuk tujuh jalur merah, kanak-kanak tersebut menurunkan cap tangan masing-masing.

Menurutnya, lebih empat hari masa yang diperlukan untuk menyiapkan Jalur Gemilang terbabit.

"Kerja-kerja itu dibuat hanya dilakukan pada segmen kreatif kanak-kanak kerana kami tidak mahu mengganggu pembelajaran.

"Alhamdulillah bendera terpanjang itu berjaya disiapkan secara hari ini (semalam) kira-kira 11 pagi yang merupakan seratus peratus hasil daripada kanak-kanak di tadika ini," katanya ketika ditemui di Tadika Kemas Sungai Isap Jaya di sini, hari ini.

Seramai 60 kanak- kanak menekap tapak tangan mereka di atas kain putih bagi membina jalur gemilang dengan rasa yang gembira.

Ramlah memberitahu, pembinaan Jalur Gemilang terpanjang ini kali pertama diadakan di tadika itu bagi memberi kelainan dan membentuk kreativiti dan mereka boleh bermain dengan warna.

Selain aktiviti menekap tapak tangan untuk menghasilkan bendera, pertandingan mewarna anak bersama ibubapa turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara sambutan kemerdekaan terbabit.

Tambahnya, sambutan ini juga bagi menyemai semangat cintakan negara bukan sahaja kanak-kanaknya sebaliknya ibu bapa agar mereka lebih menyayangi negara Malaysia.

Dalam pada itu, Ramlah berkata bendera tersebut akan dipasang dan dikibarkan mulai semamam sebagai tanda semangat bersatu padu dan kerjasama kanak-kanak berbilang kaum yang belajar di tadika berkenaan.


0 comments:

share2