Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 27, 2016

PROGRAM BR1M AKAN DITAMBAH BAIK


BR1M


Putrajaya - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah baik pada masa depan untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata, perbincangan sedang dibuat untuk menambah baik program itu seperti menyertakan sekali latihan tertentu yang perlu mereka hadiri.

"Jadi selepas latihan itu maka mereka akan mampu mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan keluar daripada kelompok penerima BR1M," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-11 di sini hari ini.

"Ini adalah perkara yang kita mahu bincang supaya kita boleh bantu rakyat untuk berhijrah daripada kelompok berpendapatan rendah ke pendapatan sederhana dan seterusnya," katanya.


0 comments:

share2