Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 28, 2016

PERODUA BEZZA TERIMA TEMPAHAN TINGGI


Datuk Dr Aminar Rashid Salleh


Perusahaan Otomotif Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 97,400 unit sepanjang tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua mengekalkan sasaran jualan kenderaannya sebanyak 216,000 pada 2016, dengan 118,600 unit lagi perlu dicapai pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, ia bakal didorong oleh jualan model kenderaan baharunya, Perodua Bezza, yang dilancarkan baru-baru ini, menyaksikan purata tempahan 1,000 kereta sehari sejak tempahan dibuka 16 Julai lalu.

"Setakat ini, tempahan Perodua Bezza mencapai 10,115 unit sehingga pagi 26 Julai dan 500 penghantaran sejak ia dilancarkan," katanya.

Untuk bahagian selepas jualan, katanya, satu juta kenderaan mengunjungi 186 pusat perkhidmatan Perodua seluruh negara pada separuh pertama 2016, peningkatan lima peratus daripada 965,000 kenderaan, dalam tempoh sama tahun lalu.

"Pendapatan pengambilan juga meningkat kepada RM330 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat 13 peratus dari RM293 juta dalam tempoh sama, tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengeluaran menyaksikan penurunan 14 peratus kepada 100,300 unit pada separuh pertama tahun ini, daripada 116,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu.


0 comments:

share2