Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 29, 2016

HANYA RISDA BOLEH ADA LESEN


Abd Lateh Mohd Saman


Alor Setar - Hanya Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) didakwa berhak memiliki lesen untuk membeli dan mengeksport daun ketum, jika cadangan tumbuhan itu dijadikan tanaman komersial benar-benar dilaksanakan.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Abd Lateh Mohd Saman berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan untuk mengelakkan penyalahgunaan daun ketum.

“Manakala, pekebun kecil yang terpilih menjayakan projek itu, perlulah mematuhi syarat tertentu atau kriteria ditetapkan.
“Antara lain, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pengawalan dan penguatkuasaan lebih tegas serta memastikan Risda tidak menjual tumbuhan kepada syarikat dan penduduk,” katanya.

Abd Lateh berpandangan, masalah penyalahgunaan daun ketum tidak sewajarnya diletakkan dalam kedudukan teratas kerana ia bergantung kepada diri sendiri.

"Faktor ingin mencuba atau mencari keseronokan melalui bahan terlarang dilihat lebih membuatkan masalah ketagihan berlaku, berbanding sebab lain.

Golongan ini tetap akan cuba mendapatkan sumber lain untuk melepaskan ketagihan, meskipun bukannya melalui daun ketum," katanya.

Katanya, usaha membasmi penagih ketum dapat ditangani melalui pencegahan, penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran untuk mengelakkan penyalahgunaan tumbuhan itu, berbanding larangan menanamnya.


0 comments:

share2