Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 21, 2016

[KUANTAN] ‘MEREKA BELI MAKANAN DI KEDAI SAYA'


‘Mereka beli makanan di kedai saya’


“Saya tak mahu buruk sangka, mungkin mereka kerja berat sehingga tidak berpuasa dan beli makanan di kedai saya ini,” kata seorang peniaga, Wan Azizul Arif Wan Muda, 29.

Wan Azizul yang mengusahakan kedai runcit di Indera Mahkota di sini mengakui ada beberapa lelaki membeli makanan dan minuman pada waktu pagi hingga tengah hari.

Menurutnya, sebagai peniaga dia tidak pernah bertanyakan soal puasa atau tidak kepada pelanggannya itu kerana bimbing disalah tafsir dan mungkin mereka ada alasan tersendiri membeli atau tidak berpuasa.

“Rata-rata pelanggan saya di sini pekerja di kawasan perindustrian Indera Mahkota yang menempatkan pelbagai jenis kilang seperti kilang baiki kereta, kilang papan, kilang besi, perabot dan lain-lain lagi yang memerlukan tenaga untuk bekerja.

“Bagaimanapun, bukan semua pekerja Islam yang tidak berpuasa hanya segelintir saja yang datang beli makanan dan minuman di kedai saya ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan perindustrian ini mendapati beberapa gerai makan tepi jalan dilihat agak mencurigakan apabila menutup kedai mereka dengan kain berwarna hitam dan beberapa orang berada di dalamnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka sedang makan ataupun membuat persiapan memasak lauk untuk dijual walaupun jam ketika itu menunjukkan waktu 12.30 tengah hari.

Seorang penduduk, Siti Rozana Alias, 38, berkata, dia sering melihat beberapa individu membawa bungkusan makanan dan menuju masuk ke dalam kilang.

“Saya memang biasa nampak mereka bawa bungkusan pada waktu tengah hari dan keluar masuk ke kilang tempat mereka bekerja.

“Saya harap mereka yang sengaja tidak berpuasa itu segera insaf kerana ini adalah rukun Islam keempat yang wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam,” katanya.


0 comments:

share2