Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 23, 2016

[KUANTAN] LULUS PERUNTUKAN NAIK TARAF KEMUDAHAN PADANG MPK 1


Lulus peruntukan naik taraf kemudahan padang MPK 1


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan kira-kira RM 1juta bagi menaik taraf kemudahan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK 1), dekat sini.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, peruntukan itu diluluskan selepas mendapat permohonan daripada Umno Bahagian Kuantan sebelum ini.

Menurutnya, RM750,000 membabitkan pemasangan dan naik taraf lampu limpah yang akan digunakan untuk aksi bola sepak pada waktu malam di sini.

"Selebihnya untuk kemudahan rekreasi dan kerja naik taraf ini sudah mula dilakukan sejak minggu lalu dan ia dilakukan secara berperingkat.

"Pemilihan lokasi ini (Padang MPK1) adalah kerana ia memang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul untuk berbuka puasa beramai-ramai,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Jalinan Mesra dan Majlis Iftar Bersama Umno Bahagian Kuantan, di Padang MPK 1, dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat dan Timbalannya, Datuk Seri Abdul Hamid Nadzhar.

Selain menyempurnakan simbolik perasmian Abdul Rahman turut sempat meluangkan masa mengagihkan risalah mengenai kempen keselamatan kebakaran kepada pengunjung bazar Ramadan Jalan Mahkota, di sini


0 comments:

share2