Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 21, 2016

GEMPAR! KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI BATU CAVES


t2


Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak individu tak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Sunway, Batu Caves menghala ke Sri Gombak.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang berjalan kaki di kawasan tersebut tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua buah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu.




Rakaman video dan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai berketurunan India, merintih kesakitan di sebelah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning akibat ditembak.


Petugas perubatan kemudiannya dirakam mengusung mangsa untuk rawatan lanjut.




Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan penyiasatan sedang dijalankan.


Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkaitan insiden ini.


0 comments:

share2