Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 26, 2016

BULI: PELAJAR SENIOR PAKSA MINUM PENCUCI TANDAS




Buli: Pelajar senior paksa minum pencuci tandas


New Delhi - Dua pelajar kolej di India didakwa atas cubaan membunuh selepas membuli seorang pelajar wanita komuniti Dalit, lapor BBC.

Pelajar tersebut memaksa seorang pelajar kejururawatan tahun pertama, Aswathi untuk minum cecair pencuci tandas sehingga mangsa perlu dibedah bagi membaiki saluran makanan yang rosak.

Penderaan adalah satu bentuk penyalahgunaan yang sering dialami pelajar baru koleh.

Bagaimanapun, pihak kolej menafikan kejadian itu adalah kerana dibuli senior sebaliknya mangsa minum cecair itu kerana masalah keluarga.

Dalam surat kepada peguam belanya, Aswathi berkata, dua pelajar yang dinamakan memaksanya minum cecair pencuci tandas selepas memberi komen mengenai kulit gelapnya dan ayahnya yang telah meninggalkan keluarganya.

Aswathi berkata, beberapa pelajar lain memengangnya sementara mereka menuang cecair tersebut ke mulutnya.

"Mereka menyeksa saya. Mereka mengejek saya dan memanggil dengan nama seperti "gadis hitam" dan 'arang" dan berkata penampilan saya menakutkan mereka.

"Mereka datang ke bilik saya pada hari kejadian dan memberitahu saya sombong dan kemudian memaksa saya untuk minum cecair pembersih tandas," kata Aswathi dipetik surat berkenaan.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, KP Chandran Kalirikal memberitahu BBC, anak saudaranya itu pernah memberitahu dia dibuli namun tidak menganggap ianya serius sehinggalah insiden pada 9 Mei lalu yang menunjukkan bertapa seriusnya dakwaan dia dibuli.

Bagaimanapun, pengetua Institut Kejururawatan Al Qamar, Esther Rani menafikan pelajar itu dibuli dan berkata, dia minum cecair itu kerana masalah keluarga dan tiada unsur penderaan.

Esther berkata, Ashwathi dimasukkan ke hospital selama tiga hari.

"Apabila dia pulang ke asrama, dia tidak berminat untuk pulang ke rumah tetapi kita menghantarnya pulang ke rumah memandangkan tiada siapa yang menjaganya di asrama," katanya.

Doktor berkata, mereka perlu menunggu selama enam minggu sebelum melakukan pembedahan untuk membaiki saluran pemakanan yang rosak itu.


0 comments:

share2