Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

DEKLARASI RAKYAT DILIHAT BERSIFAT PERIBADI


Kongres Rakyat berlangsung aman


Shah Alam - Deklarasi Rakyat yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada 4 Mac lalu lebih bersifat peribadi bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal berkata, desakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat melalui hasil daripada keputusan demokrasi dalam Pilihan Raya Umum(PRU) yang lalu.

"Sekiranya Perdana Menteri (Najib) meletakkan jawatan, siapa yang layak untuk menggantikan beliau?

"Kita(Pemuda Selangor) mengamalkan prinsip satu kapal, satu nakhoda dan kami akan tetap menyokong pentadbiran Najib," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Selain itu, Zainuri turut mengingatkan golongan belia agar tidak hanya melihat sesuatu isu hanya pada permukaan sahaja bagi menggelakkan mereka mendapat maklumat yang tidak tepat.

"Bila bercakap mengenai fakta, ramai yang tidak mahu dengar dan mereka lebih memilih perkara yang tidak sahih. Tapi hakikatnya fakta ini yang perlu kita tahu," katanya.

Dalam pada itu, Pemuda Umno Selangor turut menolak Deklarasi Rakyat dan menyokong kepimpinan perdana menteri demi mempertahankan negara bagi menggelakkan Malaysia menjadi kucar-kacir ekoran daripada isu ini.

Tambahnya, tindakan Mahathir boleh mengucar-ngacirkan negara dan memberi kesan kepada keamanan seperti yang berlaku di Thailand sebelum ini.

"Kalau hendak jatuhkan Najib, tunggulah sehingga PRU akan datang dan Pemuda Selangor tetap akan mempertahankan institusi kepimpinan negara ini di bawah Perdana Menteri,"katanya.


0 comments:

share2