Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 19, 2015

[KUANTAN] JALAN RAYA SUNGAI LEMBING - JERANTUT DIBINA 2017


Pahang



Projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Pekan Sungai Lembing ke Jerantut dijangka bermula pada 2017 dengan anggaran kos sebanyak RM640 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, dan kini ia masih di peringkat reka bentuk awalan dan akan ditender selepas peruntukan diluluskan.

Namun, katanya kerajaan negeri tidak bercadang menyambung jalan Pekan Sungai Lipis ke Jerantut terus ke bandar Kuala Lipis melalui kampung-kampung sekitar jajaran Sungai Tembeling dan Sungai Jelai.

"Bagaimanapun, kerajaan telah mencadangkan projek-projek seperti menaik taraf Jalan Lipis-Kerambit-Mela-Jerantut (FT274) dan projek naik taraf Jalan Benta-Jerantut-Maran (FT64)," katanya pada persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Mohd Soffi menjawab soalan Datuk Mustapa Long (BN-Padang Tengku) yang bertanya bila projek jalan raya itu dimulakan, jangkaan siap dan angggaran kos serta sama ada kerajaan bercadang menyambung jalan itu ke bandar Kuala Lipis.

Beliau juga memberitahu bahawa cadangan FT274 dan FT64 telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya sebagai antara cadangan di dalam senarai utama projek jalan Rancangan Malaysia Ke-11 Negeri Pahang.

Selain itu, Mohd Soffi berkata sebanyak 4,434 keping pelekat pantulan cahaya bersaiz 100 milimeter (mm) X 50mm kualiti gred jenis

'diamond' dengan jumlah jarak 17.98 kilometer (km) telah dipasang di sepanjang koridor Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pada 2014.

"Bagi 2015, sebanyak 3,528 tiang pantulan cahaya di kawasan tiada 'guardrail' sedang dan akan dipasang di sepanjang LPT1.

"Pihak konsesi juga dalam usaha melaksanakan pembaikan dan pemasangan 2,582 keping Y-Reflector pada penghadang konkrit di kawasan kritikal Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak," katanya semasa menjawab soalan Sim Chong Siang (PKR-Teruntum) mengenai kertas 'reflector' di kawasan sering berlaku kemalangan.


0 comments:

share2