Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Pekan, Ahad ini.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan meraikan orang ramai pada majlis yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 2 petang itu di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Pada majlis itu juga, Perdana Menteri turut akan meraikan kira-kira 100 bakal jemaah haji 2015 dari Parlimen Pekan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Lebih 100 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya nasi briyani, daging opor, lemang, nasi dagang, nasi kebuli, kambing bakar, sate dan ketupat disediakan pada majlis itu.
Pengunjung dinasihat meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pekan itu juga, penganjur akan mengadakan Program Membakar Lemang secara besar-besaran pada petang Sabtu ini.
0 comments:
Post a Comment