Pages

Thursday, August 13, 2015

[KUANTAN] PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA DARUL MAKMUR 2015



Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Makmur 2015 pada 17 Ogos 2015 jam 8.30 malam. 

Majlis akan berlangsung di Dewan Perdana Hotel M.S. Garden, Kuantan Pahang dan YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang akan turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Pada malam berkenaan juga Dewan Persuratan Melayu Pahang akan antologi puisi 'Sebuah Poligenre', karya pemuisi-pemuisi Pahang. Antalogi setebal 310 mukasurat itu akan dijual dengan harga RM30.00 senaskah.

Demikian dimaklumkan Dato' Dr. Mohd Mansor Abdullah, Ketua 1, Dewan Persuratan Melayu Pahang ketika menghubungi PahangKu Media.

Ahli-ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang yang menerima kad jemputan dan masih belum mengesahkan kehadiran diminta dengan segera menghubungi urus setia di nombor telefon berkenaan; 013-8903871 / 012-9212799 / 019-217 5400. Tempat adalah terhad.



1 comment:

  1. diharapkan,kelangsungan hadiah sastera negeri diterus tahun-tahun mendatang amin, daripada,hj mahayuddinmohamedmatmohamedmz.desa perian batu 10, jalan padang tengku,27200,kuala pahang,

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor