Pages

Sunday, August 16, 2015

EDITOR : UMNO MASIH RELEVAN PARTI UNGGUL PERJUANGKAN MELAYU

YAB Menteri Besar Pahang merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO
Bahagian Paya Besar.


Suka atau tak suka, semua mata tetap memerhatikan kepada UMNO yang sedang bersidang diperingkat bahagian masing-masing. UMNO tetap parti yang mewakili bangsa Melayu dan parti teras kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Perhatian bukan sahaja dari kalangan ahli parti, bahkan dari kalangan musuh parti pun tetap mengintai mesyuarat bahagian-bahagian walaupun dengan malu-malu. Bukan sahaja dari dalam negara, bahkan negara-negara luar juga memerhatikan UMNO. Demikianlah UMNO sebagai sebuah parti yang masih megah di Malaysia dengan lakaran sejarahnya yang panjang untuk tatapan anak bangsa kemudian kelak.

Tok Awang mengucapakan selamat bersidang kepada lebih 520 orang perwakilan dan 300 orang pemerhati dari 68 Cawangan dan 2 Cawangan Pemerhati disepanjang mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian negeri Pahang.

Pada persidangan lalu saya turut dicadangkan sebagai perwakilan oleh cawangan walaupun Tok Awang menolaknya bersunguh-sungguh. Mungkin untuk menunjuk sikap terbuka ahli cawangan ataupun mungkin kerana pada tahun ini tidak ada pertandingan, maka tidak ada keutamaan dan perebutan untuk jadi perwakilan.... entahlah!

Bahagian saya akan dirasmikan oleh Presiden parti merangkap Perdana Menteri, jadi tentulah mesyuarat kali ini sangat bermakna bagi ahli dan bahagian UMNO saya sendiri.

Dalam keadaan bahtera yang dilanda gelombang, tentulah ini merupakan saat sukar bagi nakhoda mengendalikan bahtera agar tidak karam ditengah lautan serta akan tiba kedestinasi tujuan tepat pada saatnya.

Semua ahli UMNO mengatakan mereka sayangkan parti dan mereka lakukan itu dan ini kerana parti, namun hakikatnya tidak kurang dari mereka yang memberikan alasan benar untuk melakukan perkara yang salah.

Mantan Presiden kata beliau lakukan teguran bahkan tokhmahan kepada presiden atas alasan sayangkan parti. Yang lain-lain pun demikian juga.... segalanya dengan alasan sayangkan parti. Perdana Menteri merangkap presiden parti hendak ditukarkan hatta dengan cara demonstrasi jalanan juga kononnya dengan alasan sayangkan parti.

Maka kita teringat kisah 'Si Peliwat' yang berusaha keras menguggat kestabilan negara dan menukar kepimpinan dengan cara tunjuk perasaan jalanan... apakah mantan sudah sehaluan dengan 'Si Peliwat' dan menghalalkan caranya atas alasan sayangkan parti?

Cuma kita harap agar jangan nanti mantan akan kata bahawa ' Si Peliwat' juga dikenakan tuduhan meliwat kerana konspirasi menjatuhkannya dan beliau sebenarnya tidak bersalah. Jangan sesekali... kerana terdahulu mantan juga menghukumnya.

Jangan nanti mantan yang selalu mengingatkan kita bahawa 'Melayu Mudah Lupa' dan akhirnya beliau juga turut lupa apa yang dikata dan dilakukannya pada zamannya dahulu.

Apa pun, pada pendapat editor, UMNO masih relecvan dan harus terus kekal sebagai sebuah parti yang bersungguh-sungguh membela bangsa Melayu dan akan terus menjadi teras kepada parti komponen Barisan Nasional dalam menerajui pentadbiran negara.

Kerana hakikatnya masih belum ada mana-mana parti yang dapat dipercayai mampu memikul tugas berat itu. Tidak Pas... tidak PKR dan tentu sekali tidak DAP parti rasis walaupun kebelakangan ini sudah berjaya pergunakan sebilangan orang Malayu untuk menjadi pengkhianat bangsanya sendiri.


Editor.




1 comment:

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor