Pages

Sunday, August 2, 2015

29 DITAHAN SERTAI HIMPUNAN DI IBU NEGARA


29 ditahan sertai himpunan di ibu negara


Kuala Lumpur - Seramai 29 individu ditahan polis berhubung himpunan #TangkapNajib, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa dalam satu kenyataan berkata, himpunan kira -kira jam 2.15 petang dianggarkan melibatkan 200 peserta.

Menurutnya, tangkapan dilakukan di sekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Seramai 29 individu telah ditahan berusia lingkungan 14 hingga 69 tahun.

"Kita akan siasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu siapa menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang, boleh dikenakan penjara selama tempoh sampai enam bulan, atau denda atau kedua-duanya.

"Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun," katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan akan dibawa ke mahkamah untuk urusan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Katanya lagi, pihaknya bertindak secara profesional dan mengikut lunas undang-undang dalam menangani perhimpunan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor