Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 6, 2015

SEMBILAN LAGI MAYAT DITEMUI DI GUNUNG KINABALU



gempa bumi


Shah Alam -  Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu sehingga tengah hari ini, jadikan keseluruhan 11 maut akibat gempa bumi yang berlaku di Sabah, semalam.

Semalam, dua mayat telah berjaya dibawa turun dari Gunung Kinabalu dan salah seorang darinya adalah malim gunung bernama Rubbi Sapinggi, 30, manakala seorang lagi ialah wanita warga asing.

Sementara itu, menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, lapan individu masih belum dapat dikesan.

Beliau berkata, identiti mayat yang dijumpai hari ini, belum dikenal pasti.

"Pihak forensik daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) sudah pun tiba di sini untuk mengenal pasti mereka yang berkenaan, dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan pihak polis nanti.

"Kenyataan akan dikeluarkan apabila semua tugasan mengenal pasti mereka yang terlibat sudah diselesaikan," ," katanya yang dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pusat operasi yang dibuka di Taman Kinabalu, pintu masuk ke gunung itu di sini. 

Beliau berkata anggota pasukan SAR sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesan mereka yang hilang.

Gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi di daerah Ranau itu juga menyebabkan gempa susulan di lokasi-lokasi seperti Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dan Kota Belud. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran lemah dirasai di Ranau pada 11.13 malam dan 11.32 malam semalam.

Gegaran itu bermagnitud, masing-masing 4.3 dan 2.8 pada skala Richter.

Petugas media dan anggota lain yang berkumpul di pusat operasi ditubuhkan di Taman Kinabaluyang menjadi pintu masuk ke gunung itu di Kundasang, dilihat bergegas lari untuk menyelamatkan diri. 

0 comments:

share2