Pages

Wednesday, June 17, 2015

PENJAWAT AWAM TERIMA BONUS RAYA RM500


Najib Tun Razak


Putrajaya - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, bantuan khas tersebut juga dinikmati oleh 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

“Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion,” katanya

ketika menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor