Pages

Saturday, June 13, 2015

'LETUPKANLAH SEMUA TERMASUK KLIA, KLCC'


'Letupkanlah semua termasuk KLIA, KLCC'


Kuala Lumpur - Susulan dakwaan ada cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kereta nasional Proton yang menjadi legasinya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempat menjawab dengan nada sinis agar semua kegemilangannya itu dihapuskan.

Ini termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

"(Cubaan jatuhkan Proton) sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan. Ada banyak benda buruk yang saya buat.

"Contohnya, Lebuhraya Utara Selatan. Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat," katanya secara sinis kepada pemberita pada sidang media Persidangan Antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II: Crime Agains Humanity' di sini, semalam.

Hari ini, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa telah mendapat maklumat bahawa TV3 cuba memburuk-burukkan produk kereta nasional itu.

Sebelum ini, sebuah stesen TV swasta menyiarkan keluhan pemandu-pemandu teksi yang menggunakan jenama Proton.

Namun, stesen TV tersebut telah menafikan laporan berkaitan Proton tersebut ada kaitan dengan suasana politik negara.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor