Pages

Wednesday, June 17, 2015

[KUANTAN] PELANCARAN eRezeki PERINGKAT NEGERI PAHANG








17hb. Jun 2015 - Majlis Pelancaran Program eRezeki kebangsaan dirasmikan hari ini oleh YAB. Perdana Menteri di Terminal Sejahtera, Desa Rejang, Setiawangsa, Kuala Lumpur. 'Video Conference' yang disiarkan secara langsung menghubungkan Desa Rejang dengan Tapak Satelit Perintis Terengganu, UITM, Shah Alam, KDTC Alor Setar, Kedah dan Putera Square MSC Pahang.

eRezeki adalah satu inisiatif dari Multimedia Development Corporation (MDeC) dibawah Program Digital Malaysia yang menawarkan peluang menjana pendapatan tambahan melalui kaedah digital.

Majlis Perasmian Program eRezeki Peringkat Negeri Pahang diadakan di MSC Malaysia Pahang Cybercentre, Putra Square Kuantan. 3 kaunter pendaftaran eRezeki dibuka sejak 11.00 pagi bagi mendaftar mereka yang berminat menjadi Pekerja Digital.

Dalam sidang akhbar YB Dato' Hajjah Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang sejurus selepas perasmian peringkat kebangsaan antara lain menyatakan bahawa program ini akan mampu menawarkan peluang menambah pendapatan kepada rakyat Malaysia terutama yang berpendapatan rendah.

Beliau juga menyatakan bahawa di Pahang ada lebih dari 88 Pusat Internet 1Malaysia sebagai kemudahan asas bagi keperluan pekerja digital. Beliau juga menasihatkan para remaja agar mengambil peluang ini sebaiknya kerana ia nyata lebih berfaedah dari menyebarkan fitnah yang sia-sia dilaman-laman media sosial.






No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor