Pages

Thursday, June 18, 2015

AH LONG DIDAKWA BAKAR RUMAH JIRAN PEMINJAM


Ah long didakwa bakar rumah jiran peminjam


Singapura - Seorang lelaki didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan melakukan kekacauan dengan membakar sebuah rumah berdekatan dengan rumah peminjam wang, 12 Jun lepas.

Menurut laporan Straits Times, tiada rayuan diterima dari Mohamed Ashyik Mohamed Shawal, 31.

Dalam kejadian tersebut, Mohamed Ashyik membakar sebuah unit rumah di tingkat 12 sebuah pangsapuri di Toh Guan Road, Jurong East menggunakan cecair mudah terbakar.

Beliau juga turun menconteng grafiti ugutan pada lif tingkat yang sama pada jam 11.52 malam hari sama.

Mohamed Ashyik dituduh bertindak atas arahan seorang pemberi pinjam wang tidak berlesen yang dikenali sebagai Denzel.

Dakwaan menyebut Mohamed Ashyik membakar rumah tersebut kerana penghuninya mempunyai hubungan dengan jiran yang meminjam wang di tingkat 11 bangunan sama.

Polis menahan Mohamed Ashyik Isnin lepas di Toa Payoh dan merampas beberapa tin cat, rantai basikal dan pen marker.

Beliau juga disiasat kerana terlibat dengan beberapa kejadian sama yang lain.

Mohamed Ashyik akan dibicarakan pada 24 Jun nanti.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dipenjarakan selama lima tahun, didenda sehingga SGD50,000 dan diberi tiga hingga enam sebatan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor