Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 20, 2015

ROMPIN: TERUJA LIHAT 'NAGA' DI PANTAI HIBURAN


Keadaan pemandangan Pulau Tioman seakan-akan menyerupai seekor naga (dalam bulatan) yang sempat dirakan Syed Ahmad Fuad menggunakan telefon bimbitnya ketika bersiar di Pantai Hiburan. Gambar kecil: Syed Ahmad Fuad.


Rompin – “Pada mulanya saya tak percaya legenda Pulau Tioman yang didakwa terbentuk daripada seekor naga, namun setelah lihat sendiri dengan jelas keadaan bentuk pulau berkenaan ketika sedang bersiar di Pantai Hiburan, saya akui bentuknya memang menyerupai naga,” kata bekas Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

Menurutnya, semenjak peristiwa itu, beliau sering bersiar-siar di Pantai Hiburan terutama pada waktu petang dan waktu terbaik untuk mencuba nasib melihat ‘pulau naga’ itu adalah pada awal pagi atau lewat petang namun, ia bergantung kepada rezeki masing-masing.

“Pantai ini unik dan sememangnya dikunjungi ramai, namun tak mustahil jumlah pelancong akan meningkat lagi setelah mereka mengetahui keistimewaan yang terdapat di sini.

“Selalunya, bentuk naga itu tidak jelas kerana dilindungi awan, namun jika bernasib baik, memang ada masanya kita dapat lihat bentuk naga jika diamati betul-betul,” katanya.

Beliau yang kini bertugas di Pejabat Daerah Maran berpendapat bahawa keunikan ini membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui kehadiran ramai pelancong yang berkunjung ke daerah ini.

0 comments:

share2