Pages

Wednesday, September 3, 2014

KUANTAN: DISERANG SAKIT JANTUNG KETIKA MEMANDU


Orang ramai melihat mangsa yang terbaring selepas dikeluarkan dari keretanya sebelum disahkan meninggal dunia.

Kuantan - Hasrat seorang warga emas singgah di sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Siew Peng Sang, 69, dari Taman Bukit Setongkol Fasa 4 di sini sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di dalam keretanya.

Mangsa dikatakan memandu dan kemudiannya berhenti di lampu isyarat Jalan Beserah-Air Puteh sebelum diserang sakit jantung.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Mooi, 40 berkata, seorang rakannya ternampak mangsa seperti dalam keadaan kesakitan dalam keretanya yang baru diletakkan dalam sebuah petak letak kereta di situ.

Menurutnya, dia dan rakan kemudian mendekati kereta mangsa untuk membantu.

“Saya tengok dia dalam kesakitan dan menggosok dada sambil nafasnya tercungap-cungap.

“Saya meminta tolong orang ramai membantu lelaki itu keluar dari keretanya supaya dia dapat dihantar ke hospital” katanya ketika ditemui si lokasi.

Mooi berkata, mangsa dibaringkan di kawasan lapang sementara menunggu ambulans tiba selepas dihubungi orang awam.

“Ketika itu ada yang cuba memberi bantuan pernafasan bagaimanapun mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor