Bagan Serai - Tindakan Lim Guan Eng mencabar dan menghina Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar disifatkan cubaan untuk mencetuskan kembali tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Sehubungan itu, Umno Bahagian Bagan Serai bersama 11 NGO Parlimen Bagan Serai mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang mempertahankan Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) meskipun pertubuhan itu tidak sah.
Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, tindakan Guan Eng mencabar Khalid amat keterlaluan dan seolah-olah cuba mencabar kesabaran orang Melayu di negara ini.
Menurutnya, tindakan Guan Eng menghina Ketua Polis Negara secara tidak langsung dianggap cuba menghina orang Melayu dan perkara sebegini tidak boleh sama sekali diterima masyarakat negara ini.
“Tindakan parasit seperti Guan Eng punca sebenar penyebab bibit perpecahan berlaku melibatkan masyarakat majmuk di negara ini.
“Saya berani amaran kepada Guan Eng, jangan sampai orang Melayu hilang sabar dan tragedi 13 Mei tercetus kembali gara-gara kebiadaban beliau,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan perhimpunan aman bersama lebih 100 ahli NGO Parlimen Bagan Serai di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini semalam.
Sham berkata, agensi keselamatan yang ditubuhkan kerajaan sedia ada sudah memadai untuk menangani isu keselamatan melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat negara ini.
Menurutnya, Guan Eng tidak perlu menubuhkan pasukan keselamatan khas di negeri ditadbirnya kerana perbuatan itu seolah-olah cuba mempertikaikan kredibiliti polis dan agensi keselamatan.
“Perhimpunan hari ini juga bertujuan memberi sokongan moral kepada Ketua Polis Negara dan polis di seluruh negara yang mengambil pendekatan terpuji dengan membanteras pertubuhan tidak berdaftar.
“Pada masa sama, satu peruntukan undang-undang lebih tegas perlu digubal bagi memastikan mana-mana individu biadab terhadap undang-undang negara dan penjawat awam diberi hukuman paling keras,” katanya.
Selain Umno Bahagian Bagan Serai, NGO yang turut membuat laporan polis adalah Kelab Kulaan Malaysia, Kelab Rekreasi dan Sukan Selinsing( Krisbes), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Bagan Serai, Pasukan Bekas Tentera Bagan Serai, Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida) Kerian, Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Bagan Serai, Sekretariat Rakyat Setia Malaysia (Setia) dan Yayasan Masjid Parlimen Bagan Serai.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor