Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 28, 2014

PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BERKESAN BIMBING PESALAH MUDA - DS ROHANI ABDUL KARIM




Kuantan - YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada majlis perasmian penutup Kem Intergrasi Perintah Khidmat Masyarakat 2014 bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Kuantan disini pagi tadi. 

Seramai 103 orang pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah menyertai Kem Intergrasi ini yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Kerajaan Negeri Pahang  selama 3 hari 2 malam.

Program berbentuk kem ini julung kali diadakan oleh JKM sejak Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dilaksanakan pada tahun 2008. Menurut YB Dato' Sri Rohani, beliau amat berbangga apabila program ini mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pembangunan Wanita dan lain-lain agensi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu yang berkaitan dengan gejala sosial.

Perintah Khidmat Sosial adalah alternatif kepada hukuman penjara yang dilaksanakan kepada pesalah muda oleh mahkamah. Ia bertujuan untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan  jenayah pada masa hadapan. Mereka dikehendaki berkerja dan berkhidmat dalam suatu tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang upah sebagai bakti kepada masyarakat. 

Kaedah perlaksanaan perintah adalah melalui tiga teras aktiviti iaitu; kerja tanpa bayaran, pembentukan modal insan serta pengurusan pesalah muda dalam masyarakat.

Sejak PKM diperkenalkan pada tahun 2008 hingga Jun 2014, seramai 3,494 pesalah muda telah menjalani perintah ini dan dari jumlah tersebut seramai 2,702 atau 97% telah menamatkan perintah dengan jayanya. Kajian keberkesanan program PKM yang dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia pada 19hb November 2013 secara keseluruhannya mendapati 96% pelatih dan bekas pelatih PKM yang menjadi responded kajian bersetuju aktiviti PKM adalah berkesan.

Sebelum itu, YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia selaku wakil khas Menteri Besar berucap dan membacakan teks ucapan bagi pihak YAB Menteri Besar Pahang.

Turut hadir, Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM.








0 comments:

share2