Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 28, 2014

PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN PKR HADIR KE ROS


Pengerusi Lembaga Disiplim PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong (kiri) bersama peguamnya, Ragunath Kesavan ketika tiba di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN

Putrajaya - Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung aduan ke atas badan itu, di sini, hari ini.

Kwong yang hadir pada 11 pagi itu bagaimana enggan mengulas lanjut pertemuan itu sehingga beliau selesai bertemu dengan pihak ROS yang dijangka berlangsung kira-kira sejam.

Beliau kelihatan hadir bersama peguamnya, Ragunath Kesavan dan beberapa penyokongnya masing-masing berpakaian formal dan berkot hitam.

Rabu lalu Kwong menerima surat daripada Ketua Bahagian Penguatkuasaan ROS, Asisten Superintendan Akmal Yahaya menerusi faksimili yang meminta beliau hadir ke agensi kerajaan itu pada hari ini, berhubung pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut surat itu, Kwong disiasat mengikut Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966, yang membenarkan ia memanggil sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai kes berkenaan atau aduan ketika siasatan dijalankan.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu, selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan Menteri Besar Selangor dan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Walaupun Abdul Khalid menerima pemecatan itu namun beliau menganggapnya “cacat dan tidak sah”, dan berikrar untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

Kini ROS memanggil PKR berikutan Abdul Khalid membuat aduan penyingkirannya daripada parti adalah salah dan melanggar perlembagaan parti.

0 comments:

share2