Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 23, 2014

KUANTAN: JAIP NAFI BATAL SIJIL HALAL


Sebaran melalui medium sosial yang mendakwa pusat sembelihan ini tidak mengikut syarak ketika proses penyembelihan ayam.

Kuantan – Jabatan Agama Islam Pahang semalam menafikan pihak berkuasa agama itu telah membatalkan sijil halal Pusat Sembelih Ayam Jaya Gading Farm Sdn Bhd yang didakwa menggunakan alat stunning sehingga menyebabkan haiwan itu mati atau ‘hayat mazbah’.

Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, pihaknya mahu orang ramai mengabaikan penularan gambar dan risalah mengenai perkara tersebut melalui  Facebook dan WhatsApp.

Menurutnya, Jaip tidak pernah membatalkan sijil halal itu dan Pusat Sembelih Ayam Jaya Gading Farm Sdn, Bhd masih lagi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah hingga 31 Mei 2015.

“Usah percaya dengan penularan berita yang belum dapat dipastikan kesahihannya. Jaip tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran berita seumpama ini.

“Pengguna juga diminta merujuk pihak berkuasa yang mengeluarkan sijil tersebut sebelum membuat keputusan menyebarkan berita yang tidak sahih,” katanya.

Noridzuan berkata, sikap tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat, malah boleh mengakibatkan fitnah kepada orang lain.

Dalam risalah itu, mengatakan ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (stunning process).

Sebelum disembelih, muncung ayam tersebut disentuh ke dalam air yang mempunyai arus elektrik yang menyebabkan ayam mati bukan disebabkan proses penyembelihan mengikut syarak.

0 comments:

share2