Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 29, 2014

HINA SULTAN: NAIB PENGERUSI PKR JOHOR DIIKAT JAMIN


Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim (tengah) menunjukkan surat jaminan polis selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN

Shah Alam - Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina sultan.

Beliau yang hadir kira-kira jam 2.30 petang tadi diambil keterangan hampir sejam dan disoal siasat berkenaan kenyataannya yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya.

"Pada akhir ketika memberi keterangan itu, pegawai penyiasat ada bertanya kepada saya adakah mengaku bersalah.

"Saya hanya menjawab ringkas, tidak dan saya menggunakan hak saya untuk mendiamkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama menemani Hassan ialah peguamnya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan beberapa penyokong beliau.

Hassan dipanggil ke IPD Shah Alam hari ini berhubung siasatan ke atas beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitternya yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Antara kenyataan beliau itu berbunyi,"Sultan jenis apa dia ni? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri dan kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram".

Ketika ini, Hassan masih tidak didakwa atau ditahan pihak polis sehingga satu waran tangkap dikeluarkan.

Peguamnya, Mohd Radzlan memberitahu anak guamnya berkemungkinan akan dikenakan waran tangkap namun diberikan jaminan polis.

"Saya tengah menunggu proses untuk jaminan polis, kehadiran anak guam saya untuk memberi keterangan sebagai orang yang disyaki

"Sama ada dakwa atau tidak, itu tidak pasti," ujarnya lagi.

0 comments:

share2