Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 27, 2014

BANTUAN KERAJAAN AKAN DISELARASKAN - DS AHMAD HUSNI, MENTERI KEWANGAN 2



Vid. klip Sidang Akhbar di Kuala Krau


Kuala Krau - Dato Sri Ahmad Husni, Menteri Kewangan 2, dalam sidang akhbar sejururus selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau memaklumkan kementerian sedang menyelaraskan berbagai sumbangan dan bantuan Kerajaan kepada rakyat bagi memberikan impak yang lebih berkesan lagi.

Menurut beliau, pada masa ini berbagai jabatan dari beberapa kementerian turut memberikan bantuan dan sumbangan namun tidak diselaraskan dan ada kalanya bertindih, justeru kementerian sedang menyemak untuk menyusus semula agar rakyat dan mereka yang terlibat akan mendapat impaknya secara maksima.

Beliau merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau pada pagi 24hb Ogos lalu. Hari sebelumnya beliau merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lipis pada sebelah petang.


0 comments:

share2