Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 20, 2014

ADUAN SALAH LAKU: PKR DIMINTA BERI PENJELASAN


pkr

Shah Alam - Arahan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meminta PKR untuk memberi keterangan bersabit aduan salah laku yang sepatutnya berlangsung esok ditunda pada 28 Ogos.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini.

"PKR difahamkan satu pasukan yang diketuai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan ROS, ASP Akmal Yahya telah bertemu Datuk Dr Tan (Kee Kwong) di Ibu pejabat PKR di Tropicana Merchant Square hari ini.

"Dalam pertemuan tersebut, ASP Akmal telah memaklumkan bahawa pertemuan yang sepatutnya berlaku esok telah ditunda ke 28 Ogos 2014, 10 pagi di pejabat ROS, Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan, Kee Kwong akan ditemani peguam R Sivarasa ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung aduan salah laku yang tidak diperincikan oleh jabatan tersebut .

0 comments:

share2