Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 28, 2013

BR1M: PEMBANGKANG BERNIAT JAHAT - YB SHA

Keratan Sinar Harian 27 Februari 2013


Maran - Pemimpin pembangkang memandang sinis terhadap BR1M hanya kerana telah mampu menambat hati rakyat berpendapatan rendah termasuk para penyokong dan pengundi mereka sebelum ini. Justeru itu Nik Aziz tanpa merasa segan mengumpamakan  penerima BR1M sebagai haiwan yang diberi dedak dan hampas kelapa.

Menurut Dato' Shahaniza Shamsuddin YB Adun Kuala Sentul,  kerajaan BN ikhlas dalam membantu rakyat dengan menyalurkan berbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat. Malangnya pembangkang merasa tertekan berikutan semakin ramai pengikutnya berpaling arah dan memberikan kepercayaan kepada kerajaan BN pimpinan DS Najib.

Pembangkang menyedari bahawa pengaruh mereka semakin berkurangan berikutan kejayaan agenda transormasi yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini. Kerana itulah mereka merasa terdesak untuk terus memfitnah dan memperkecilkan setiap apa yang dilakukan kerajaan namun dalam masa sama mereka tidak mampu melakukan apa-apa.

Kata Shahaniza lagi, kerajaan telah melakukan banyak perkara dalam membantu rakyat. Selain BR1M, kerajaan telahpun memberikan pelbagai subsidi antaranya subsidi petroleum, gas memasak, barangan keperluan dan sebegainya. Pembangkang sebenarnya yang tidak ikhlas dalam berpolitik dengan memburuk-burukkan segala yang kerajaan BN lakukan semata-mata bagi menghasut rakyat membenci kerajaan.

Namun rakyat termasuk penyokong dan pengundi Pas sendiri merasa kecewa apabila Nik Aziz dalam kenyataannya menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan. Sedangkan kenyataan Hj Hadi pula yang menyatakan bahawa pemberian BR1M telah dilakukan oleh Firaun sejak lama dulu. Kenyataan-kenyataan mereka telah membuatkan penyokong parti berkenaan semakin membenci pemimpin mereka yang tidak melakukan apa-apa selama ini dan berniat jahat.


YB Dato' Shahaniza Shamsuddin menyampaikan BR1M



Read more »

Wednesday, February 27, 2013

UTAMAKAN KEMAKMURAN EKONOMI DAN KESTABILAN POLITIK



Kuantan - Dalam satu sidang akhbar selepas selesai merasmikan Karnival Capgome di pusat beli-belah Star Mall, Mentakab kelmarin, YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin memaklumkan kerajaan negeri Pahang akan menimbangkan hasrat Persatuan Perniagaan Cina Temerloh (PPCT) untuk membina kawasan Perindustrian Temerloh 2 sebagai tambahan kepada kawasan sedia ada bagi memenuhi permintaan akibat rancaknya pertumbuhan ekonomi didaerah berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata permintaan itu dibuat berikutan perlaksanaan projek Taman Perindustrian Kuantan Malaysia - China (MCKIP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Pembukaan kawasan perindustrian diharapkan akan dapat membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Kejayaan kerajaan pusat membawa masuk pelabur dari China ke Gebeng dijadikan inspirasi kepada pembinaan kawasan Perindustrian Temerloh 2 ini dengan harapan kemajuan industri di Gebeng itu kelak akan juga menganjak kepada kemajuan dan kejayaan kawasan perindustrian disini nanti.

Dalam pada itu, YB Dato' Mohd Sharkar menyeru penduduk daerah berkenaan agar terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum supaya negara yang sedang berkembang pesat ini akan terus berjalan lancar. Katanya lagi, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara bukannya datang begitu saja, tetapi adalah hasil dari kerja keras antara kerajaan dan rakyat. Walaupun terdapat perbezaan dari segi ideologi politik namun kemakmuran dan perpaduan kaum jangan sesekali digadaikan.

Read more »

MB PAHANG NAFI KERAJAAN BANKRAP

MB Pahang di Sambutan Tahun Baru Cina 2013 - Keratan Sinar Harian



Kuantan - DSD Adnan Yaakob meminta orang ramai agar tidak mempercayai tohmahan pembangkang bahawa kerajaan Pahang menghadapi masalah kewangan dan bankrap apabila membuat pinjaman kewangan dari kerajaan persekutuan.

Beliau berkata demikian di Maran ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Peringkat Dun Luit semalam. Menurut beliau, pinjaman berkenaan digunakan sebagai dana pelaburan pembangunan bagi manafaat rakyat dalam jangka panjang.

Menurutnya lagi, Pahang menyumbang perolehan cukai negara dalam sektor perindustrian terutamanya yang berjumlah RM800 juta setiap tahun. Itu membuktikan pelaburan yang dibuat dan mendapat pulangan yang baik.

Kerajaan negeri juga sentiasa melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf rumah pam serta menggantikan paip lama setiap tahun bagi membekalkan air bersih di negeri ini. Walaupun membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan berkenaan namun kerjaan tidak pernah menaikan kadar tarif air semenjak 30 tahun lalu.


Read more »

PAS DUN TAHAN HILANG PENYOKONG

Keratan Sinar Harian


Jerantut - Pengarah Majlis Tindakan Dun Tahan Pas terpaksa menggunakan akhbar Sinar Harian untuk menyangkal isu 100 ahli Pas Cawangan Kuala Tahan keluar parti. Ini adalah usaha terdesak Pas Jerantut bagi menutup kelemahan yang berlaku dalam Pas. (Rujuk Sinar Harian 26hb Feb 2013)

Jika benarpun 100 orang yang didakwa ahli Pas yang keluar parti itu tidak ada dalam senarai nama dalam sistem parti Pas tidaklah bermakna mereka itu tidak menyokong Pas sebelum ini. Bahkan mungkin mereka itu adalah penyokong atau pengundi Pas secara senyap-senyap.

Walau apapun, pengumuman 100 orang keluar parti pas itu adalah membawa maksud bahawa mereka yang sebelum ini menyokong dan mengundi Pas tidak akan lagi berbuat demikian dalam PRU13 nanti kerana sudah hilang keyakinan kepada parti dan pucuk pimpinannya.

Ini adalah isyarat bahawa Pas akan menerima kekalahan teruk dalam PRU akan datang di DUN Tahan. Kita percaya walaupun hanya 100 orang yang menyatakan pendirian mereka seperti ujtukmtidak menyokong Pas, namun kita yakin lebih banyak lagi tidak akan mengundi pas dalam PRU nanti.


Read more »

ARAB SPRING TIDAK AKAN BERLAKU DI MALAYSIA




DR. GHAZI Ahmad Hamad atau lebih dikenali masyarakat antarabangsa sebagai Dr. Ghazi Hamad serius apabila memperkatakan tentang penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Baik di Gaza mahu pun di Tebing Barat, bagi Timbalan Menteri Luar Hamas itu, darah rakyat Palestin tidak pernah dihalalkan untuk dihirup oleh tentera rejim Zionis itu.

Dalam pertemuan ringkas di Putrajaya petang kelmarin, Ghazi berulang kali bercakap tentang nasib rakyat Palestin. Umpama tiada maruah, jauh sekali memiliki harga diri - penduduk Palestin diletak di bawah kaki Israel. Tentera Zionis beraja di hati, bersultan di mata meranapkan pembentukan negara bangsa sejak lebih 64 tahun lalu.

Kekejaman Israel meliputi segala aspek. Tidak cukup dengan membunuh, mengebom, merogol, meranapkan sekolah serta hospital, rejim Zionis menyeksa mental penduduk Palestin dengan melaksanakan sekatan demi sekatan.

Read more »

Tuesday, February 26, 2013

MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG BUKAN JANJI

Manifesto bukan janji dan tak perlu ditepati.


Pakatan Pembangkang sudahpun mengeluarkan manifesto mereka bagi menghadapi PRU akan datang. Azmin Ali dengan bangganya mendabik dada konon mengeluarkan manifesto lebih awal adalah tanda mereka berani. 

Berbagai komen dari berbagai pihak kedengaran namun rata-rata rakyat memperlekehkan manifesto berkenaan. Dari apa yang dijanjikan kelihatan seolah-olah kerajaan yang akan mereka bentuk dalam angan-angan mereka itu adalah kerajaan yang sangat berkebajikan dengan memberikan segalanya percuma.

Jika dibandingkan dengan mana-mana negara maju sekalipun, apa yang mereka tawarkan itu tidak akan mampu ditawar oleh negara maju. Jika segalanya percuma, dari manakah akan mereka dapati sumber kewangan untuk menguruskan negara? Di negara-negara maju, benar mereka memberikan kebajikan kepada golongan tertentu termasuk rakyat yang menganggur, namun  mereka mengenakan cukai yang jauh lebih tinggi dari apa yang dikenakan kepada rakyat Malaysia.

Rasionalnya adalah bahaawa janji Pakatan Pembangkang itu hanyalah sekadar janji manis untuk memerangkap dan menipu rakyat sekali lagi. Kerana kita masih ingat bahawa masih banyak janji-janji mereka pada PRU12 lalu yang masih tidak ditunaikan. Bahkan Kerajaan Selangor dalam usaha untuk mengelak dari menepati janjinya dengan berani juga menjelaskan bahawa manefesto bukanlah janji dan tidak perlu ditunaikan.

Oleh yang demikian usahlah kita percaya kepada mansfesto mereka kali ini kerana ini juga bukannya satu janji yang akan mereka tunaikan, bahkan mereka sendiri sedar bahawa mereka tidak akan mampu menunaikannya jikapun diberikan peluang memerintah.

Pengundi-pengundi muda termasuk para mahasiswa diharapkan jangan terlalu ghairah dengan meletakkan harapan pada janji pembangkang itu. Mereka masih muda dan tidak bijak dengan politik serta tipu daya pembangkang, justeru jangan gadaikan masa depan mereka sendiri serta generasi akan datang akibat kesilapan membuat perhitungan. Jika negara lain memuji dan mencontohi kepimpinan negara kita, kenapa pula tidak kita menghargainya. 

Read more »

Monday, February 25, 2013

FUZIAH THORON PASTI TEWAS DI PARLIMEN KUANTAN....





Ustazah YB Fuziah Al-Thoronni bersetuju dengan pendirian DAP bahawa kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut agama lain. Kenyataannya itu tentunya akan mengundang kemarahan penganut agama Islam khususnya pengundi-pengundi dan penyokong Pas dalam Parlimen Kuantan yang telah memberi kepercayaan kepadanya dengan mengundinya dalam PRU12 lalu.

Nampaknya penyebar fitnah Anti Lynas ini tidak langsung menghargai penganut agama Islam di parlimen Kuantan dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu. Justeru tidak hairanlah apabila ramai percaya bahawa dalam PRU13 nanti rakyat dan pengundi parlimen Kuantan akan menolaknya.

Selain dari tidak melakukan apa-apa yang memberi manafaat kepada pengundi Kuantan, Fuziah Thoron hanya ingin dilihat sebagai aktivis alam sekitar melebihi dari seorang wakil rakyat kerana tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan berkesan.

Tidak mustahil PRU13 nanti Fuziah Thoron akan di 'toron' oleh pengundi parlimen Kuantan dan penyokong Pas sendiri kerana tidak bersama Pas memperjuangkan agama Islam. Baca pandangan sesat Fuziah Al-Thoronni disini (Klik)



Wajah penyebar fitnah dan pengadai agama.....


Read more »

KESILAPAN TUN DR MAHATHIR....?




Kesilapan Tun Dr. Mahathir adalah kerana tertalu mempercayai seorang yang bernama Anwar Ibrahim. Sehingga pada mulanya tidak mempercayai bahawa Anwar adalah musuh dalam selimut, musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan.

Memang sukar untuk mempercayai bahawa Anwar pengamal seks songsang, namun hakikatnya beliau juga seorang manusia biasa dan tidak mustahil tidak melakukan sebarang kesalahan. Yang lebih merbahaya adalah apabila beliau sanggup mengadaikan agama dan bangsa bagi mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri.

Menolak Anwar  bererti menyelamatkan negara dan masa depan bangsa dari tangan seorang yang rakus dan tamakkan kuasa,

Read more »

Saturday, February 23, 2013

Undi PKR PAS = Undi DAP


SEBELUM tahun 1999, pertembungan bagi merebut undi dalam kalangan orang Melayu melibatkan dua parti sahaja iaitu UMNO dan Pas.

Pertembungan antara kedua-dua parti Melayu ini berterusan sehingga ke hari ini kerana UMNO mempunyai tanggungjawab membela nasib orang Melayu, memartabatkan Islam tanpa meminggirkan kaum lain.

Pas pula dilihat terus memperalatkan agama demi kepentingan politik dan sanggup mengeluarkan apa sahaja hujah dan fatwa demi meraih sokongan.

Sikap politik Pas yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam dan orang Melayu memaksa UMNO harus 'berperang' dengan parti tersebut khususnya di kawasan luar bandar.

Namun sejak pilihan raya umum 1999, UMNO berhadapan dengan satu lagi 'peperangan', iaitu mengekang kemaraan PKR yang memperalatkan Pas bagi memperolehi undi orang Melayu di kawasan bandar.

''Inilah perkara yang perlu disedari oleh orang Melayu, kalau mereka mahu kuasa Melayu terus dipertahankan, Islam dimartabatkan dalam masa yang sama kita membela nasib kaum lain, mereka bukan sahaja perlu menolak Pas di kawasan luar bandar tetapi juga PKR di kawasan bandar,'' kata satu sumber kepada penulis.

Read more »

Nik Aziz Ulama Chap Ayam

Blogger Pakatan Menghina Orang Miskin

BAHANG pilihan raya semakin terasa dan semua orang mula memberikan fokus siapakah pemimpin yang boleh mereka sandarkan harapan selepas pilihan raya nanti.

Meskipun tarikh tepat pilihan raya belum ditentukan dan pelbagai spekulasi lama berlaku, hakikatnya pilihan raya itu adalah proses memilih pemimpin yang mana seseorang pemimpin yang layak bertanding kebiasaannya adalah wakil kepada sesebuah parti politik.

Dua tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep "winnable candidate" bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 memandangkan keputusan PRU-12 berlaku sedikit masalah dalam penentuan calon yang bertanding. Lebih mendukacitakan apabila ada pemimpin yang merasakan dirinya patut dicalonkan mengambil keputusan tidak memberikan kerjasama kepada calon yang dipilih oleh parti.

Kita perlu menyedari pada hakikatnya masalah kepemimpinan adalah kuasa Allah. Meskipun secara realiti dan persepsi yang tersebar luas seolah-olah seseorang itu sudah hampir pasti terpilih menjadi pemimpin, akan tetapi sekiranya Allah tidak menghendaki seseorang itu menjadi pemimpin, maka orang itu perlu reda dan menerima secara lapang dada kenyataan itu.

Begitu juga halnya dengan orang yang sudah berada di tampuk kekuasaan. Orang yang menjawat perlu menyedari sekiranya Allah mencabut kuasa yang ada di tangannya, maka orang itu perlu ikhlas menerima hakikat itu tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Firman Allah SWT: "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kuasa pemerintahan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al Imran: 26).

Persoalannya, dalam menentukan kepimpinan negara siapakah pemimpin yang paling berkesan? Beberapa hari lalu timbul persoalan, ulama perlu diberikan peluang untuk memimpin manakala sekelompok lagi tidak bersetuju kerana sejarah membuktikan banyak ulama gagal apabila diberikan peluang memimpin. Pandangan yang lain adalah ulama dan umara perlu berganding bahu, seandainya umara ke sasar dalam melaksanakan tanggungjawabnya, ulama akan memberikan nasihat sebaik-baiknya.

Hal itulah yang menyebabkan pandangan Al-Ghazali begitu istimewa, beliau tidak mempromosikan dirinya sebagai seorang yang layak memimpin, tapi terus bergelut dengan keilmuannya. Beliau tidak pernah berdiam diri, tetapi sepanjang hayatnya memberikan pandangan bagaimana menyelesaikan kemelut masyarakat.

Atas pendirian itulah beliau dihormati sebagai ulama terhebat sepanjang sejarah bahkan ada yang memberikan pengiktirafan, selepas Nabi Muhammad SAW, al-Ghazalilah ialah pemimpin agama yang tiada tandingan. Pengaruh pemikirannya harum sehingga ke hari ini walaupun beliau telah meninggal dunia lebih seribu tahun lalu.

Itulah kehebatan seorang ulama yang sentiasa memikirkan kemaslahatan manusia dan bukannya mengadudomba merebut jawatan serta mempromosikan dirinya sebagai pemimpin hebat, pakar dan berwibawa. Kewibawaan akan datang dengan sendirinya, dan tidak perlu dipromosikan, kononnya dialah seorang yang berjaya mengharungi ujian getir, maka dia sahajalah berhak untuk memimpin.

Selama ini ulama dikenali mempunyai keperibadian dan integriti yang hebat. Ulama juga menjadi contoh dan rujukan kepada masyarakat kerana kedalaman ilmu agamanya. Tapi lain pula sifatnya seorang ulama yang digelar Mursyidul Am apabila membuat kenyataan bahawa penerima bantuan wang dari kerajaan diumpamakan seperti 'haiwan'. Ingatlah bahawa kesempurnaan iman seseorang atau seorang yang bergelar ulama dapat dilihat sejauhmana dia memelihara lidah (mulut) dan perkataannya daripada suatu hal yang tidak patut menurut agama.

Tahap keimanan seseorang itu juga ditentukan oleh bahasa yang digunakan dalam segala aspek kehidupan. Kalau kita tidak mampu berbahasa secara baik, kalau ucapan kita akan membuat orang lain sakit hati, marah, maka kita dianjurkan lebih baik diam. Sesungguhnya Allah SWT mengecam mereka yang memiliki ilmu (ulama) tetapi ucapan dan tindakannya tidak sesuai dengan tahap pengetahuannya. Adakah ini yang dikatakan ulama 'cap ayam'?

Imam Ahmad bin Hanbal pernah diajukan soalan memilih dua orang calon ketua pasukan perang. Orang pertama ialah orang yang kuat tetapi bergelumang dengan dosa dan orang kedua, taat agama tetapi lemah dalam memimpin pasukan.

Beliau menjawab memilih orang pertama. Imam Ahmad berhujah orang pertama dosanya ditanggung sendiri sedangkan kekuatannya untuk kepentingan umat. Orang kedua pula ketaatannya hanya untuk dirinya sendiri sedangkan kelemahannya akan mendatangkan malapetaka bagi umat yang dipimpinnya.

Anda boleh menetapkan pertimbangan anda tapi ingatlah selalu sabda Nabi SAW: "Siapa yang mengangkat seorang untuk satu jabatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih tepat, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul dan kaum muslim."

Memilih pemimpin bukanlah perkara mudah. Dalam mana-mana sistem masyarakat, seseorang calon yang dianggap boleh menang mestilah lulus ujian peribadi, yakni hampir bersih daripada segala bentuk tabiat negatif. Seseorang calon yang "tidak bersih" dalam aspek moral akan berhadapan dengan potensi kalah besar. Pada pandangan pengundi, oleh kerana pemimpin itu merupakan orang yang diharapkan dapat menguruskan masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat, maka pemimpin yang tidak begitu bersih etikanya tidak akan diterima.

Pengundi akan melihat, jika pemimpin itu sudah mempunyai "track record" yang tidak baik, seperti tidak mempedulikan kesejahteraan rakyat, maka potensi kalahnya besar. Kesan daripada itulah juga mungkin menyebabkan Perdana Menteri memperkenalkan konsep "winnable candidate".

Bagi seseorang yang menetapkan terlebih dahulu sasarannya untuk mendapat jawatan sebagai menteri atau Perdana Menteri, secara alaminya tidak akan dilihat sebagai berintegriti. Orang seperti ini sebenarnya membuat pilihan yang salah dalam perspektif kepimpinan, kerana ia sudah menentukan kedudukannya sendiri sebelum menang.

Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang mengejar jawatan. Perkara ini ditegaskan Nabi yang bersabda: Abu Said (Abdurrahman) bin Samurah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepada saya: wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau mencari-cari jawatan dalam pemerintah, kerana jika engkau diberi jawatan tanpa meminta, engkau akan dibantu oleh Allah untuk melaksanakannya, tetapi jika dapat jawatan itu kerana permintaanmu, maka akan diserahkan ke atas pundakmu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan perkara lainnya akan lebih baik, maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang lebih baik daripada itu. (Bukhari, Muslim).

Seseorang pemimpin yang berkesan bukan sahaja hanya tahu mengutarakan sesuatu pandangan atau idea, tetapi wajar disusuli dengan tindakan bagi melaksanakannya. Jika ia hanya dalam idea dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan, pemimpin sedemikian pernah dipanggil sebagai "penyair kabur." Pemimpin ini, memang bijak bercakap dan mempunyai pandangan yang bernas dan menarik, tetapi belum cukup untuk menjadikan rakyat menikmati hasilnya.

Pemimpin "penyair kabur" hanya berselindung di sebalik kepetahan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, yang umumnya terlalu bersifat retorik. Jika mereka merupakan golongan yang berpendidikan agama, maka kaedah penyelesaiannya adalah bersabar dan berdoa sahaja, sedangkan agama turut meminta agar manusia memikirkan kaedah mengatasinya.

Alasan kelompok penyair kabur adalah mudah, kerana tidak dilimpahi sumber kewangan maka tidak boleh dilaksanakan projek tertentu, sebaliknya, menuduh kekontangan idea itu sebagai satu bentuk penindasan. Mereka sebenarnya bukanlah seorang pemimpin yang kreatif dan inovatif, tetapi pemimpin yang hanya hidup dalam bayangan imaginasi.

Pemimpin yang mendahulukan rakyat, setiap gerak kerjanya mempunyai matlamat yang jelas dan tindakannya adalah praktikal. Setiap fikirannya sentiasa berkembang dan konsisten dengan langkah yang dikenalpasti boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat. Di tengah-tengah kesibukannya, pemimpin yang hebat ini sentiasa bertambah fikirannya dan mengeluarkan kaedah penyelesaian yang kreatif dan inovatif.

Pemimpin seperti ini akan dilihat membina prestasinya berdasarkan kekuatan hasil. Pemimpin sedemikian berpegang kepada amanah, kerana sentiasa menunaikan tanggungjawab dan tidak sanggup berjanji kalau janji itu hanyalah sekadar janji. Rakyat akan mempersoalkannya dan tiba waktunya rakyat akan menghukum pemimpin yang hanya tahu berjanji itu sebagai pembohong. Rakyat juga boleh mencampakkan pemimpin berkenaan ke negara kehidupan yang paling hina dan keji.

Kesimpulannya , pemimpin itu hendaklah sedar tentang kedudukannya sebagai khalifatullah fi'l-ardh, yang memegang amanah, yang didasari oleh iman, Islam dan ihsan; mempunyai akhlak yang baik, tentu disandarkan pada niat yang sentiasa baik, mencari keredaan Allah.

Read more »

Friday, February 22, 2013

PAS HANYA LAYAK JADI PEMBANGKANG




1. PRU13 semakin hampir. Banyak gerak-gerak kerja pilihanraya sudah dijalankan sejak lama dulu oleh semua parti politik samaada Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang kearah meraih sokongan pengundi.

2. Dari laporan dan risikan berbagai pihak, banyak perubahan yang akan berlaku selepas PRU13 nanti, termasuk kerajaan negeri Kelantan yang khabarnya sedang tenat dan diramalkan akan tumbang nanti. Beberapa isu yang melibatkan tidak puas hati rakyat telah mempengaruhi perubahan dan sokongan pengundi.  Isu tanah Ladang Rakyat serta rampasan tanah rakyat memberikan impak yang besar.

3. Parti Pas yang memerintah kerajaan Kelantan memang telah gagal memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya selama ini. Setelah lebih 20 tahun memerintah, tiada apa yang mampu dilakukan mempertingkatkan ekonomi negeri seterusnya mengakibatkan rakyat menderita. Isu kegagalan kerajaan negeri membekalan air bersih juga mendatangkan kesan yang besar kepada pentadbiran Pas Kelantan.

4. Pas dilihat sebagai hanya pandai bercakap namun tidak pandai dan tidak mampu memberi perubahan. Mereka hanya layak berperanan sebagai parti pembangkang dalam kerajaan dengan menyalahkan setiap yang kerajaan lakukan namun apabila diberikan peluang mereka gagal melaksanakannya. 

5. Memang wajarlah rakyat Kelantan memberikan semula peluang kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negeri bagi memajukan dan mempertingkatkan ekonomi negeri dan rakyatnya. Syabas kepada anak-anak Kelantan diperantauan yang dilihat memacu kepada perubahan dan menukar pentadbiran kerajaan negeri dalam PRU13 kelak.


Read more »

Ikrar Wanita UMNO Pahang


Pergerakan Wanita UMNO negeri berikrar memberikan sepenuh komitmen bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Datuk Rosni Zahari berkata, perkara itu bukan mustahil kerana banyak perubahan telah berlaku hasil kerja keras yang ditunjukkan oleh semua ahli di peringkat cawangan dan bahagian.

Kita telah bekerja keras bagi memutihkan pengundi kelabu dan saya yakin Pergerakan Wanita UMNO Pahang mampu mencapai sasaran ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Gerak Kerja Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; ADUN Damak, Datuk Lau Lee; ADUN Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Norhelan Mahmud.

Rosni berkata, pihaknya akan sentiasa turun padang bagi mengenal pasti masalah rakyat dan memberi penerangan sebenar mengenai agenda kerajaan untuk semua sekali gus menangkis segala fitnah ditabur oleh pembangkang.

Kami akan bertungkus-lumus untuk memastikan BN kekal di Pahang dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menghargai jasa Wanita UMNO," ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya akan memberi perhatian yang lebih kepada golongan belia kerana terdapat segelintir mereka yang masih keliru parti mana yang mampu menjamin masa depan generasi akan datang.

Sementara itu, Norhelan berkata, beliau mahu Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut menyelesaikan segala perbezaan dalam kalangan ahli sebelum turun padang untuk membantu rakyat.

Mana-mana tempat yang ada masalah, sila selesaikan kerana kita perlu bersatu hati dan bekerjasama bagi memastikan semua urusan berjalan lancar. Saya yakin kami akan membawa golongan wanita di daerah ini untuk bersama BN," jelasnya.

Read more »

Pakatan Umpama Tong Kosong


KALAU orang bertanya, tong siapa yang kuat bunyinya apabila diketuk, tentulah ramai yang kata pakatan pembangkang. Sebabnya, isi dalamnya kosong dan bunyinya sampai berdesing telinga.

Berbeza dengan tong yang diketuk oleh Barisan Nasional (BN), bunyinya padat sebab dalamnya berisi. Ini juga kerana BN mengetuk pintu hati rakyat.

Maka, pakatan pembangkang kenalah terima hakikat bahawa di Negeri Sembilan, mereka sudah tidak popular dan ramai yang dahulunya menyokong mereka, sudah kembali menerima BN. Apa tidaknya, segala cakap DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah tidak boleh dipercayai.

Ini kerana Pas umpamanya gagal dalam isu kalimah Allah. Sebagai sebuah parti Islam, Pas terumbang-ambing dalam mempertahankan kalimah suci ini apatah lagi menerima asakan daripada rakan sekutu, DAP dan PKR.

PKR pula, lebih banyak mengkritik dasar kerajaan BN, tetapi hakikatnya kerja yang dilakukan oleh mereka di Negeri Sembilan ini tidaklah sehebat mana. Dasar UBAH yang dilaungkan juga, tidak menunjukkan perubahan yang baik dalam PKR di negeri ini. Soalnya, UBAH dulu dalam pakatan pembangkang, jika mahu bercakap soal UBAH kepimpinan negara.

Dalam Buku Jingga pun banyak yang tidak diselesaikan terutama sekali di negeri yang dikuasai pembangkang. Berapa ramai yang masih menderita, kononnya mahu membela golongan termiskin isi rumah berpendapatan di bawah RM1,500, sedangkan di Negeri Sembilan sudah lebih 30,000 keluarga miskin dijaring di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial di bawah kerajaan BN.

Mana ada ketelusan dalam pakatan pembangkang, kononnya mahu mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia. Ini ada dalam Buku Jingga mereka.

Isu kalimah Allah pun ada yang tidak dapat mempertahankannya, sama ada PKR mahupun Pas. Hari ini DAP masih lantang bersuara mengkritik Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini.

Maka, tidak perlulah berceramah ke hulu, ke hilir bercakap soal mempertahankan Islam. Kalau sudah ada pihak yang menyeru keluar daripada pakatan pembangkang, seeloknya Pas ‘beristiqarah’ untuk memperlihatkan mereka keluar daripada pakatan pembangkang dan bertanding atas tiket sendiri.

Pembangkang masih terus mengkritik dalam ceramah perdana mereka, soal ketidakupayaan kerajaan negeri dalam menguruskan sumber kewangannya dan bertekad menyebut bahawa kerajaan negeri ini muflis, gagal dalam pengurusan institusi Islam seperti Baitulmal dan Tabung Haji.

Hari ini sahaja, kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan bahawa rezab kerajaan negeri adalah sebanyak RM509 juta, yang boleh membayar gaji penjawat awam untuk beberapa bulan, seandainya tiada langsung perolehan dalam pendapatan negeri.

Di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula khususnya Baitulmal, banyak bantuan telah diberikan kepada umat Islam, bukan sahaja dalam aspek kebajikan bulanan, tetapi pendidikan, perniagaan, kesihatan dan sebagainya.

Begitu juga dalam pengurusan Tabung Haji, yang mana pada 7 Februari lalu, institusi ini mengumumkan bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 sebanyak 8 peratus, kadar tertinggi sejak penubuhannya 50 tahun lalu. Jelas apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, MAINS dan Tabung Haji itu membuktikan tahap kecekapan pengurusan agensi tersebut dan kekuatan ekonomi oleh kerajaan.

Dalam risalah Keadilan yang dikeluarkan baru-baru ini, DAP terus dianggap hero apabila bercakap soal hak orang Melayu dengan jaminan yang dibuat berdasarkan angka kerusi yang mereka tandingi sekadar 11 berbanding dengan Pas 12 kerusi dan PKR 13 kerusi.

Dengan sentimen Melayu dan Islam, DAP menyebut lebih 60 peratus yang bertanding itu adalah pemimpin Melayu dan Islam, maka kuasa orang Melayu tidak akan hilang. Sesiapa pun boleh membuat kenyataan sedemikian dan pengundi lebih tahu siapa DAP dalam permainan politik di Negeri Sembilan ini.

Mereka menyebut dalam risalah itu bahawa calon pakatan pembangkang, khususnya Pas dan PKR ini lebih Islamik dan lebih Melayu di atas dasar perjuangan mereka untuk membela nasib orang Melayu yang kononnya tertinggal jauh di bawah kepimpinan UMNO. Kalau benar mereka lebih Islamik, maka bertaubatlah daripada keseronokan menabur fitnah, kafir mengkafir, memecah belahkan kesatuan umat dan sebagainya.

Begitu juga dalam risalah itu menyebut, pemimpin Pas dan PKR majoritinya boleh menjadi imam di surau mahupun masjid. Maka dalam hal ini adalah lebih baik tugas sebagai imam itu digunakan untuk menyatukan umat Islam daripada menjadikan surau mahupun masjid sebagai medan dakwah politik.

Maka Pas dan PKR juga sepatutnya menjadi imam kepada kebaikan dan bukan imam yang diperkotak-katikkan oleh DAP dalam isu kalimah Allah.

Seperkara lagi, tuduhan Pas mengatakan UMNO pengkhianat Melayu di negeri ini, amat dahsyat. Ia adalah satu kebiadapan terhadap UMNO yang dalamnya ada orang Melayu dan Islam. Dalam hal ini, Pas Negeri Sembilan semakin tertekan, sama seperti DAP dan PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Strategi yang dipakai semakin ekstremis, bahasa dan tuduhan semakin melampau, sedangkan ketika ini DAP semakin santai mengatur strategi meraih keuntungan daripada pengundi di kalangan masyarakat Cina.

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya tahun lalu menunjukkan ia berpihak kepada BN Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum ini dan 69 peratus orang Melayu, 48 peratus kaum Cina dan 62 peratus orang India menyokong BN.

Sokongan pengundi di Negeri Sembilan pada tahun ini, kini bertambah baik daripada angka yang dibuat oleh UMCEDEL itu selepas transformasi kerajaan dan pelaksanaan Bajet 2013 untuk rakyat.

Daripada kajian dalam kalangan pengamal politik juga sedang menunjukkan kesan sampingan kegagalan dalam mempertahankan kalimah Allah, Pas bakal menyaksikan mereka kehilangan banyak kerusi pada pilihan raya umum nanti di Negeri Sembilan.

Sentimen tidak percaya kepada pucuk kepimpinan PKR, isu tidak relevansi individu berprofil tinggi dalam PKR juga bakal menyaksikan keruntuhan kerusi di Telok Kemang, Port Dickson, Chuah, Ampangan dan Sikamat. Orang ramai di negeri ini tidak suka ideologi ekstremis dan agresif melampau dalam PKR yang meletakkan kebencian tinggi terhadap sesuatu perkara.

Peringatan juga kepada DAP bahawa kerusi di Repah, Lukut, Senawang, Rahang, Temiang, Bahau, Seremban dan Nilai belum tentu selamat untuk dimenangi pada pilihan raya umum, walaupun kedudukan selesa di Mambau, Bukit Kepayang, Lobak dan Rasah, yang kononnya menjadi kubu kuat mereka.

Banyak juga kedengaran kisah tidak puas hati akar umbi ketika diminta membantu kempen pilihan raya, pasang bendera dan sebagainya pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Imbuhan yang tidak setimpal, membuatkan jentera bawahan insaf untuk membantu DAP pada kali ini.

Pendek kata, pakatan pembangkang bolehlah mengetuk tong sekuat hati mereka, kerana isinya kosong di Negeri Sembilan ini. Janji dalam manifesto mereka pada pilihan raya kali ini pun, banyak telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Yang pasti, kerajaan BN tidak mengetuk tong seperti pembangkang, tetapi mengetuk pintu hati rakyat. UMNO, MIC, MCA, PPP dan Gerakan bersatu atas nama BN.

Read more »

Thursday, February 21, 2013

HJ HADI - RAJA PEMBELIT SETARAF ANWAR




BILA Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan - kerjasama Pas dengan DAP-PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar daripada pakatan pembangkang, tiada ragu-ragu lagi.

Suatu ketika selepas Revolusi Iran, Abdul Hadi mengambil pendekatan radikal memimpin politik Pas. Isu takfir yang diucapkan di Banggol Peradong tidak sama dengan bahasa politik yang jauh lebih lunak, pragmatik dan mengelirukan kini.

Lunak bermaksud akhir-akhir ini Pas membuat pilihan melakukan tahalluf siasi atau kerjasama politik dengan kelompok bukan Islam yang cauvinis dan sekular. Sebaliknya bersifat dendam, benci dan keras dengan UMNO.

Pragmatik bermaksud Pas mampu pula dalam Pakatan Rakyat menyesuaikan diri dengan politik Anwar Ibrahim. Pas sanggup mengorbankan perjuangan negara Islam dan hududnya dan digantikan dengan Negara Berkebajikan di bawah muafakat Buku Jingga.

Read more »

PENERIMA BR1M HAIWAN?



Menyamakan BR1M seperti memberi makan haiwan sangat melampau.. Bantuan itu disamakan dengan hampas kelapa dan padi.. Kalau macam itu ramai orang PAS yang menjadi haiwan sebab mereka juga mengambil BR1M..

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami" (Sumber: Utusan Malaysia)

Sepatutnya apa rezeki yang kita perolehi samaada besar atau kecil maka hendaklah kita bersyukur.. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah sepanjang masa. Anggaplah ianya sebagai hadiah dan penghargaan kerajaan serta tanda keperihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.

Tindakan MB Kelantan sudah terdesak sangat agaknya sehingga mengeluarkan kenyataan yang merapu. Mungkin beliau risau kerana BR1M mendapat sambutan yang menggalakkan oleh rakyat. Sudah tentu rakyat yang menerimanya tersinggung kerana dianggap seperti haiwan termasuk ahli-ahli PAS sendiri. BR1M bukan makanan haiwan dan bukan gula-gula sebaliknya bukti janji ditepati dan transformasi yang dilaksanakan kerajaan. 

Read more »

PAS TIDAK MAHU PERTAHANKAN AKIDAH UMAT ISLAM



Siapa yang tidak bimbang jika setelah berdekad-dekad lamanya menabur bakti bagi memperkukuhkan syiar Islam di negara ini, tiba-tiba terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba menghancurkannya dalam sekelip mata.

Pihak-pihak terbabit khususnya ahli politik pembangkang tidak segan silu untuk menyokong pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan bersikap tidak apa dengan fahaman pluralisme agama semata-mata atas nama tuntutan kerjasama politik bagi menawan Putrajaya.

Antara individu yang cukup bimbang dengan tindakan berani pihak berkenaan membangkitkan isu-isu sensitif sehingga mencetus polemik di peringkat nasional ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib, 84.

Beliau yang menjadi mufti dari 1991 hingga 1997 dan Imam Besar (Pertama) Masjid Putra, Putrajaya dari 1999 hingga 2001 berkata, mana-mana orang Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim dan fahaman pluralisme agama telah berdosa besar.

"Minta maaflah (membuat teguran). Saya bukan musuh Pas. Saya berkawan dengan semua pembesar dan ulama Pas, tapi ini (tidak bersetuju dengan pendirian parti itu) yang nak menunjukkan bahawa ia sebenarnya adil dan bagus.

"Memang ada sekumpulan, bukan semua dalam Pas itu, oleh kerana nak melicinkan hubungan antara parti-parti yang bergabung, maka mereka sanggup menyatakan bahawa kalimah Allah boleh diucapkan oleh agama lain dan menyokong pluralisme agama," katanya.

Beliau yang secara panjang lebar meluahkan isi hatinya berharap seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bersepakat dalam mempertahankan akidah ketika satu pertemuan di kediamannya di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu pernah menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Pendirian bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengubah pendirian masing-masing setelah mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama lain.

Menurut Abdul Kader, desakan orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bukanlah isu baru kerana perkara sama pernah tercetus semasa beliau berada di Mesir pada 1971.

"Ketika itu penganut Kristian Qibti yang berpegang kepada fahaman triniti telah mendesak supaya kerajaan Mesir membenarkan mereka merujuk tuhan mereka dengan nama Allah.

"Pada masa sama mereka turut mendesak supaya Injil yang diguna mereka dirujuk sebagai 'kitab', sama seperti penggunaan perkataan itu bagi merujuk kepada al-Quran.

"Mereka nak namakan juga sebagai kitab dan menggunakan kalimah Allah supaya orang Arab mudah masuk Kristian," katanya yang berkelulusan Sarjana Dakwah dan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al-Azhar.

Beliau berkata, ulama-ulama Universiti Al-Azhar pada ketika itu telah menasihatkan kerajaan Mesir supaya tidak melayan tuntutan berkenaan kerana ia dibuat di luar daripada lingkungan undang-undang dan faktor sejarah.

"Berdasarkan kepada pengalaman yang berlaku di Mesir ini, saya berpendirian kita mesti pertahankan (umat Islam sahaja menggunakan kalimah Allah).

"Kerajaan Mesir berjaya menangani isu desakan Kristian Qibti ini tanpa tercetusnya apa-apa pergaduhan dan saya yakin perkara sama boleh dibuat di Malaysia," ujarnya.

Mengulas isu pluralisme agama, beliau menegaskan, mana-mana umat Islam yang mendokong persamaan tak kira dari sudut apa jua antara Islam dengan agama lain boleh dianggap telah berpegang kepada fahaman khurafat dan tahyul.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pihak-pihak yang diberi peranan menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim dan fahaman pluralisme agama supaya mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya.

Katanya, antara pendekatan yang boleh digunakan adalah melibatkan ilmu mantik yang menggunakan hujah logik bagi berdepan dengan desakan bukan Islam.

"Semasa saya bertugas di Pusat Islam dari 1980 hingga 1984 (sebagai Timbalan Ketua Pengarah) saya pernah berdepan dengan pemimpin agama lain yang menyertai seminar persefahaman antara agama.

"Saya mendapati mereka lebih menerima hujah dari segi logik berbanding kita membawa ayat-ayat al-Quran kerana mereka tak tahu dan tidak mempercayainya.

"Misalnya, jika mereka datang dan menyatakan nak menggunakan kalimah Allah, kita kena tanya apa tujuannya. Kalau tujuannya hendak menyamakan tuhan mereka dengan Allah SWT, kita kena tolak mentah-mentah kerana ia tak boleh sama sekali.

"Tetapi kalau mereka menyatakan mereka perlu kepada Allah SWT, tuhan orang Islam kerana merasakan tuhan mereka tak cukup kuat, maka mereka sepatutnya masuk Islam dengan meninggalkan tuhan yang lemah dan mengambil tuhan yang lebih kuat," tegasnya.

Menurutnya, bagi menghadapi pemimpin Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan orang muslim yang berpegang kepada fahaman pluralisme, selain hujah logik, ia juga perlu disertakan dengan dalil ayat-ayat al-Quran.

"Saya rasa tiada masalah untuk mendapatkan pakar dalam ilmu logik ini kerana mana-mana lulusan dalam bidang Usuluddin yang belajar berkaitan akidah telah diajar dengan ilmu mantik," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang hampir tiba, Abdul Kader menyambut baik usaha Barisan Nasional (BN) untuk mengetengah golongan ulama muda sebagai calon pilihan raya bagi menggantikan tokoh-tokoh agama yang telah bersara seperti bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Bagaimanapun, Abdul Kader meluahkan kebimbangan kerana terdapat ura-ura baru-baru ini bahawa BN dan pihak pembangkang bercadang mencalonkan tokoh ulama muda yang dilihatnya mempunyai kecenderungan kepada fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi).

Fahaman Wahabi mengetepikan amalan harus dan sunat umat Islam negara ini sejak turun-temurun, seperti amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir dan ziarah kubur.

"Walaupun Wahabi tidak difatwakan sesat, saya bimbang fahaman ini boleh mengeruhkan hubungan sesama umat Islam yang selama ini berpegang kepada pemikiran al-Ash'ari dan al-Maturidi.

"Saya bimbang kalau mereka menjadi calon dan menang, akan meresap roh Wahabiah di dalam pentadbiran negara dan memberi kesan kepada akidah kita," ujarnya lagi.

Read more »

Mahu Bible Bahasa Melayu - Fuziah Salleh Sesat


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun.

Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.

Read more »

Masalah Air Penduduk Felda Bakal Diatasi - Adnan Yaakob


Sebanyak RM70 juta diperuntukkan bagi menaik taraf rumah pam dan menggantikan paip lama di seluruh Bera.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi menggantikan paip-paip lama di kawasan kampung tradisional di daerah itu.

Tambahnya, RM40 juta lagi diperuntukkan oleh Felda bagi kerja yang sama di seluruh gugusan tanah rancangan Felda daerah itu yang sering mengalami gangguan bekalan air.

"Kerja-kerja menggantikan paip lama di kampung tradisional akan dijalankan dalam lima pakej dan RM16 juta daripada peruntukan itu telah dibelanjakan untuk menggantikan paip lama.

"Bagi kawasan tanah rancangan peneroka, Felda kini dalam proses tender dan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan arahan supaya kerja-kerja tersebut disegerakan," katanya.

Adnan berkata, penduduk atau peneroka yang mengalami masalah bekalan air diharap bersabar kerana kerja menaik taraf kedua-dua prasarana itu mengambil masa untuk disiapkan.

"Kerja-kerja tersebut bukan mudah seperti menggantikan bateri telefon bimbit yang hanya boleh disiapkan dalam masa beberapa saat.

"Sehubungan itu saya menasihati penduduk dan peneroka tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan nasib mereka,".

Read more »

Wednesday, February 20, 2013

BR1M - Bukti Kerajaan Tidak Pinggirkan Rakyat


Sebanyak 19,565 penduduk daerah ini telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 membabitkan peruntukan lebih RM8.4 juta dalam Parlimen Bera.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian tersebut secara langsung merancakkan ekonomi setempat apabila rakyat berbelanja dan peniaga mendapat untung daripada perniagaan mereka.

''Lebih memberi makna sebanyak 5,340 golongan muda di Bera turut menerima faedah apabila masing-masing bakal mendapat RM250 sebelum akhir bulan ini.

"Jumlah penerima dijangka mencecah 20,000 orang di kawasan Parlimen ini berikutan ada yang tercicir kerana baharu sahaja mengisi borang permohonan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan BR1M 2.0 fasa dua di Kompleks Rakan Muda Bera di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.

Beliau berkata, kerajaan tidak berjanji kosong, malah setiap yang dijanji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap akan ditunaikan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

"Kerajaan mampu melaksanakan pembangunan untuk rakyat kerana kedudukan ekonomi negara kini semakin berkembang berikutan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini,"

Read more »

Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang


Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.

“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”


Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”.

Sementara itu Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar dan menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.


Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang.

“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu.

Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidka menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.

“Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut.

Read more »

Fuziah Salleh Main Gila


Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) dalam isu pertelagahan antara pemimpin DAP dan PKR Johor.

“Saya kira akhirnya kita tahu siapa musuh kita sebenarnya dan kita akan menghalakan peluru sebenar kepada Umno-BN.

“Kemelut ini adalah sesuatu yang kita boleh selesaikan. Saya yakin,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Fuziah Salleh ni agaknya dah tak betul. Apa pula kaitan BN dengan perbalahan DAP-PKR di Johor tu. Punca sebenar perbalahan itu adalah bila Jui Ming tamak kuasa dan cuba cantas DAP Johor. Pakatan sendiri bermasalah, nak tuduh BN pulak. Memanglah Pakatan ni suka memfitnah. Sendiri buat jahat, tuduh orang lain pula yang buat. 

Fuziah Salleh sila jaga mulut baik baik. Jangan nak memfitnah tak tentu arah. Jangan sampai kena cili mulut tu, baru tahu.

Read more »

Tuesday, February 19, 2013

Siri Jelajah Walkabout

Dato' Shahaniza Shamsuddin merupakan Adun Kuala Sentul, Maran. Sikap beliau yang merendah diri dan mesra rakyat amat disenangi oleh orang orang di sana. Disamping itu, beliau sering melakukan ziarah keatas warga emas dan uzur, menghulurkan bantuan dan juga mengambil perhatian keatas setiap masalah yang menimpa mereka.

Terbaru Dato' Shahaniza Shamsuddin bersama jentera BN mengunjungi 10 buah rumah di Kg Kuala Sentul yang penghuninya terdiri dari mereka yang sakit, uzur dan terlantar. Kunjungan kali ini turut disertai oleh seorang doktor bagi memberikan khidmat nasihat perubatan serta kesihatan. Selain itu YB Dato' Shahaniza turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada mereka.





Read more »

Warga Felda Perlu Bersyukur Dengan Nikmat Yang Dikecapi


Warga Felda seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi di bawah skim itu yang telah banyak membantu rakyat di negara ini memperbaiki kehidupan terutama di kalangan orang Melayu dari selepas zaman kemerdekaan sehingga sekarang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad berkata, mereka juga perlu berasa beruntung dan bernasib baik kerana kerajaan yang diberi kuasa selepas zaman penjajah terfikir untuk mewujudkan skim seperti Felda yang tidak terdapat di negara lain di dunia.

Sebenarnya kita disini dapat banyak nikmat, nikmat yang datang sebab kita bernasib baik kerana pemerintah yang dipilih rakyat selepas zaman penjajah tahu tentang bagaimana hendak tolong rakyat dan nasib baik mereka terfikir hendak buat skim Felda.

Malah tidak ada satu negara di dunia ini yang pernah adakan sistem untuk peneroka seperti Felda ini. Hanya di Malaysia yang ada sehingga ia berjaya menjadi satu tanda kemajuan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini.

Hadir sama ialah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sendiri sebagai seorang yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun berasa begitu bangga dengan kewujudan Felda dan fungsinya yang terlalu banyak berjasa kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu.

Sebelum Felda wujud, ramai kawan-kawan saya terpaksa masuk hutan menebang tebas pokok-pokok untuk dijadikan ladang getah dan sebagainya kerana tiada pekerjaan sehingga ada yang jatuh sakit malah meninggal dunia. Itu semua mereka lakukan tanpa sebarang bantuan dari sesiapa.

Namun apabila kerajaan dipimpin oleh rakyat kita sendiri selepas zaman penjajah, perkara yang paling diutamakan ketika itu ialah untuk mengatasi kadar pengangguran yang tinggi di kalangan rakyat. Melihat kepada itu, maka kerajaan mengambil langkah mewujudkan skim Felda yang memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang ketika itu," katanya. - UTUSAN

Read more »

Ayah Busu Disanjung PM


Razikin Mahmud, 61, atau lebih dikenali sebagai Ayah Busu hanyalah seorang peserta Felcra sama seperti ribuan orang ramai yang menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini kelmarin.

Namun, majlis tersebut meninggalkan kenangan istimewa buat Razikin, yang hadir ke majlis tersebut biar pun berkerusi roda apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya merakamkan penghargaan secara khusus kepada beliau.

Perkara itu berikutan semangat Razikin menghadiri majlis tersebut walaupun dalam kekurangan fizikal sekali gus melahirkan tanda sokongan padu beliau kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malah, Najib melahirkan rasa terharu dengan sokongan ditunjukkan Razikin yang berada di barisan hadapan khemah kedua apabila turut bersama-sama para peserta Felcra yang lain mengangkat sepanduk 'Kami Sayang PM'.

"Orang macam Ayah Busu ini saya kira kalau kena rendam dalam sungai 10 kali pun, dia akan kekal kata sokong BN," kata Najib sambil disambut tepukan gemuruh para tetamu.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Razikin yang sudah 20 tahun menjadi peserta Felcra berkata, kehadirannya ke majlis itu sebagai menghargai jasa kerajaan BN membela nasib rakyat.

"Saya amat puas hati kerana bukan sahaja dapat melihat Perdana Menteri dari dekat bahkan berjaya mencuri perhatian beliau.

"Semangat ini adalah ikhlas kerana saya amat menghargai setiap sumbangan kerajaan," katanya.

Read more »

PAS Dilanda Tsunami Politik


ISU Kalimah Allah menyebabkan sebahagian ahli Pas tidak lagi segan-silu atau takut-takut untuk bersuara.

Renungkan dan nilaikan gambar-gambar yang tertera di ruangan ini. Mungkin mereka saudara terdekat atau jiran sebelah rumah anda.

Kelantangan ahli Pas terhadap isu sensitif ini disuarakan atas platform badan bukan kerajaan (NGO) atau bertindak dengan kudrat sendiri menganjurkan perhimpunan aman di merata-rata pelosok negeri.

Isu yang mula-mula sekali dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu itu benar-benar meletakkan Pas dalam keadaan tersepit - antara agama dan politik.

Pas sendiri tidak dapat menahan ahlinya memijak bendera DAP. Malah, terdapat laungan agar Pas keluar dari pakatan pembangkang.

Read more »

Monday, February 18, 2013

Lim Guan Eng Pemimpin Zalim


CORAK ‘pentadbiran’ Lim Guan Eng sama ada melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang atau organisasi parti itu mendapat pelbagai kritikan. Ada saja label diberikan terhadap Ketua Menteri itu yang juga Setiausaha Agung DAP. Isu panas berkaitan parti tentulah mengenai kongres yang menyaksikan kekeliruan bersejarah berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Banyak anggota parti yang mahu pemilihan diadakan semula selepas timbul keraguan mengenai keputusan berkenaan. Berikutan kecelaruan itu, ada juga pihak mendesak Guan Eng meletak jawatan.

Di luar parti pula, beliau dikritik hebat termasuk melibatkan anggota Pas, parti yang bersekutu dengan DAP berhubung kenyataannya supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Kenyataan itu yang dibuat sempena perutusan Krismas tahun lalu berjaya mencetuskan ‘kekalutan’ dalam kalangan orang Islam. Disebabkan kenyataan itu juga, pemimpin pakatan 3P - DAP, Pas, PKR bercelaru dengan pendirian masing-masing. Pengerusi DAP, Karpal Singh; Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mempunyai pandangan masing-masing. Pada peringkat awal ketiga-tiganya sepakat tetapi selepas menerima kritikan hebat, Abdul Hadi membuat ‘pusingan U’ dan tinggallah DAP dan PKR mempertahankan pendirian bersama berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Selama mana Abdul Hadi dan Pas mampu bertahan atau semuanya ini sekadar sandiwara politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)? Adakah Pas akhirnya akan tunduk kepada desakan Karpal Singh supaya isu itu dihentikan dan seluruh anggota Pas menghormati kesepakatan yang telah dibuat secara bersama oleh pemimpin 3P?

Apa pula pendirian Guan Eng yang menjadi pencetus isu ini yang sebenarnya sudah diselesaikan pada 2010?

Read more »

Jihad Tolak Politik Agama

BELUM pernah ada pihak yang berani mengeluarkan pengisytiharan bahawa mengundi Pas pada pilihan raya adalah haram. Selama ini, kita hanya mendengar fatwa-fatwa `songsang' Pas yang mendakwa mengundi parti itu yang memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud, mendapat syurga.

Maka, apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pula adalah haram, ia mengejutkan ramai pihak.
 

Boleh Ustaz jelaskan, apa sebenarnya yang mendorong NGO ini membuat pengisytiharan yang mengejutkan banyak pihak ini?

MOHD. SYAMSUL: Kita mahu mengisytiharkan jihad, kerana ustaz-ustaz muda hari ini ingin lihat orang lama, ustaz-ustaz lama melakukan tindakan terlebih dahulu, jadi kita tunggu, tetapi akhir sekali ustaz-ustaz lama ini tidak menonjolkan diri. Maka menjadi tanggungjawab kita Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati) yang hari ini ada 72 orang ahlinya dan Minda Pondok yang ada 18 orang tok guru di dalamnya sepakat untuk mengisytiharkan demi kepentingan agama dan bangsa kita.

Ini kerana agama kita hari ini dalam keadaan bahaya diperkotak-katikkan oleh orang bukan Islam. Hari ini kita berpecah belah bukan kerana unsur yang dimainkan oleh puak-puak kita orang Islam, tetapi dimainkan oleh orang bukan Islam.

Jadi, tahaluf siyasi ini sebenarnya kerjasama politik. Tahaluf siyasi membawa makna kerjasama gerakan Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Tahaluf siyasi juga boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik, ulama memecahkan maksud tahaluf kepada dua komponen iaitu pertama, meminta bantuan daripada orang kafir dan kedua, orang Islam membantu orang kafir.

Jadi, pendapat ulama tentang tahaluf siyasi terdapat dua pendapat, para ulama berbeza pandangan tentang hukum bekerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak sebarang usaha kerjasama ini serta menghukumkan kerjasama ini sebagai haram, di antara mereka yang menghukumkan haram ini ialah Sheikh Muhammad Khuttub dan Sheikh Al-Imam Abu Nasir Mohamad Bin Abdullah, manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr. Yusof Al-Qardawi, Dr. Mustafa Attahan, Sheikh Mohammad Ahmad Arrasyid, Dr. Solah Assowi dan Dr. Munir Ghazban, itu pun bersyarat. Harus tapi bersyarat.

Kalau kita lihat pendapat pertama yang mengharamkan tahaluf secara mutlak, pendapat ini merupakan pendapat kebanyakan ulama, mereka berhujah dengan hadis-hadis sahih yang menyebut - ‘‘Aku tidak meminta pertolongan daripada orang kafir.’’ Dalil daripada al-Quran yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahluf siyasi ialah sebagaimana ayat 9 dalam Surah Al-Mumtahanah yang bermaksud “"Sesungguhnya Allah hanya melarang kami menjadikan mereka sebagai kamu mu iaitu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halaman mu dan membantu orang lain untuk mengusir mu. Sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan mereka itulah orang-orang yang zalim."

Read more »

Jenama 1Malaysia Dipercayai Rakyat


JAMINAN yang dinanti-nanti rakyat Malaysia akhirnya diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri minggu ini, menjanjikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan kerajaan pada tahun-tahun mendatang.

Beliau menyifatkan agihan BR1M dalam kalangan mereka yang layak menerimanya di samping 139 produk 1Malaysia lain sebagai satu pulangan semula kepada rakyat hasil pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan memberangsangkan.

Yakin tahun-tahun berikutnya akan lebih baik lagi daripada sebelumnya, Perdana Menteri berharap rakyat akan terus memberi kerjasama, sokongan dan mandat dengan bersatu menyokong kerajaan yang telah menyahut tuntutan perubahan melalui pelbagai program transformasi.

Read more »

DAP Mungkin Diharamkan



Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP apabila parti itu gagal mengemukakan laporan kepada badan itu sehingga semalam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Jelajah Anak Malaysia di Stadium Mini Pancarona, Putrajaya kelmarin ini.

DAP bakal hancur disebabkan kedegilan dua beranak hehehe.

Read more »

Sunday, February 17, 2013

BN Janji Ditepati - PR Janji Dicapati


LAGU Getaran Jiwa dendangan P. Ramlee dalam filem Antara Dua Darjat begitu berkesan sekali. Ia menggambarkan betapa resahnya jiwa apabila kebahagiaan yang diharapkan akhirnya musnah berkecai atas angkara seseorang yang hidupnya penuh delusi.

Delusi dikaitkan dengan rasa cemburu yang keterlaluan. Akibat cemburu jugalah menyebabkan seseorang itu terus menyimpan dendam, dan sentiasa mencari jalan untuk membalasnya.

Itulah juga yang berlaku dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Akibat delusi, maka pakatan pembangkang terus berusaha menghumban parti yang masih sah kekuasaannya dengan pelbagai dakwaan buruk sehingga suatu ketika rakyat seakan-akan resah dan percaya, hanyalah pakatan pembangkang sahaja parti yang boleh mengembalikan kemakmuran negara.

Pakatan pembangkang dianggap terbaik dan mampu selesaikan banyak masalah termasuk ekonomi. Setelah berlalu hampir lima tahun lamanya, kini pakatan pembangkang resah sekali lagi kerana rakyat semakin sedar haknya. Mereka bangkit beramai-ramai menagih janji, kerana janji itu tidak ditunaikan dan seringkali diputarbelitkan.

Read more »

Undi PAS Adalah Haram


HARI-HARI kita boleh membaca kemelut dalaman parti yang mendakwa parti yang mendokong Islam.

Namun daripada laporan yang dibaca, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) itu kini semacam hilang keyakinan dalam kalangan ahlinya sendiri. Kumpulan-kumpulan atas pagar yang menyokong Pas selama ini pun sudah nampak berubah angin. Mereka tak macam dahulu dan kini semakin terbuka membidas kepimpinan Pas Pusat.

Ternyata ada yang marah secara diam dan ada yang tidak dapat menahan marah dan bosan dengan cara pemimpin Pas menangani tindakan DAP yang banyak menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pas terutama perkara berkaitan Islam.

Kerana menjaga hati atau takut pada DAP, Pas sanggup mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar misi menawan Putrajaya.

Habis luluh harapan ahli dan penyokong Pas melihatkan perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud terkulai apabila menerima tekanan DAP dan PKR.

Hakikat yang tidak boleh disembunyikan lagi ialah banyak ahli Pas seluruh negara kecewa apabila DAP dan PKR nampak lebih dominan dalam pakatan pembangkang. Kemuncak sakit hati ahli Pas apabila pemimpin DAP dan PKR terus berdegil dalam isu kalimah Allah tanpa mempedulikan pendirian Pas yang merupakan rakan sekutu mereka.

Apa yang patut ahli dan penyokong Pas lakukan dalam kemelut ini? Ada pihak minta Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan apakah hukum membantu DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, adakah mengundi kedua-dua parti itu meletakkan mereka dalam keadaan kekufuran?

Hakikatnya DAP dan PKR menjadi faktor pencetus utama perpecahan dalam masyarakat Melayu/Islam. Kalau ahli Pas dan penyokongnya membantu kemenangan DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, kemungkinan besar Islam akan diperlekehkan.

Sebab itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan ulama, guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan baru-baru ini bahawa memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.

Berat sungguh perisytiharan itu. Kumpulan daripada Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita menegaskan ‘hukum’ itu berdasarkan perjuangan menentang Pas adalah jihad. Ini kerana mengundi parti itu juga bermaksud menyokong DAP yang terang-terang menolak negara Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pas sepatutnya menentang DAP yang dilihat bebas menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga perkara berkaitan akidah pun mahu dicampurinya.

Lihatlah bagaimana beraninya pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh bersuara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sebenarnya banyak pihak ‘malu-malu’ membangkitkan isu undi Pas adalah haram dalam konteks semasa.

Namun pengisytiharan kumpulan NGO tersebut memberi tamparan hebat kepada Pas yang sebelum ini mendakwa undi mereka akan mendapat pahala serta masuk syurga.

Keadaan ini menyaksikan golongan ulama dan ahli agama mula hilang kepercayaan kepada Pas. Sesungguhnya ada banyak ‘dalil kenapa haram undi Pas’.

Dalam ceramah politik Pas, tiada seruan kepada perpaduan ummah sebaliknya yang dicanangkan ialah hapuskan UMNO yang dituduhnya sekular. Hakikatnya Pas adalah ejen pemecah belah umat Islam di Malaysia kerana parti itu selalu menolak usaha penyatuan umat.

Dulu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘amanat’ mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA. Sekarang, mengapa Abdul Hadi tidak mengeluarkan ‘fatwa’ yang sama terhadap DAP.

Janganlah kerana undi, Pas sanggup menipu penyokong mereka, sedangkan menyokong DAP yang anti negara Islam, hukumnya haram.

Kerana DAP juga, Pas hingga kini belum memberi kata putus tentang persetujuan penggunaan kalimah Allah untuk dipakai oleh penganut Kristian.

Pas semakin teruk dan hilang fokus hingga tergamak mengotori dan mengeksploitasi ajaran Islam.

Hakikatnya Pas terang-terang menyalah guna Islam demi tujuan politik. Pas mengamalkan politik kebencian. Parti itu juga mendakwa merekalah paling Islamik sedangkan yang lain tidak.

Pengundi boleh meneliti bahawa Pas lebih mementingkan tujuan politik berbanding dakwah Islam yang sebenar.

Renungkan dengan mendalam, patutkah umat Islam terus menyokong DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini.

Kalau ulama dan ahli agama mengatakan perbuatan itu adalah haram dan berdosa, adakah kita masih meraguinya? Atau umat Islam tunggu ceramah politik daripada ‘ulama’ ciptaan Pas yang sering membuat keputusan bertentangan dengan hukum syarak?

Read more »

share2