Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 31, 2012

NIK AZIZ PERGUNAKAN ISLAM UNTUK POLITIK





1. Sejak dulu lagi diperkatakan bahawa Nik Aziz jadikan agama sebagai laluan untuk mendapat kekuasaan dalam politiknya. Justeru tidak hairanlah jika pengikut parti Pas yang selama ini dicanangkan sebagai parti Islam menjadi jumud dan taksub terhadap Nik Aziz dan parti Pas itu sendiri.

2. Malangnya pengikut Pas bukann semuanya boleh berfikir secara rasional sehingga mereka percaya bahawa Pas adalah Islam dan Islam itu adalah Pas sedangkan hakikatnya Pas itu hanyalah sebuah parti Politik dan Islam adalah agama Allah yang sudah ujud sebelum Pas ujud bahkan di negara-negara Arab sekalipun tidak ada parti Pas sama sekali.

3. Jika Pas itu adalah Islam apakah bermakna negara-negara Arab yang tidak sebuah parti yang bernama Pas juga tidak Islam? Namun demikianlah dangkalnya pemikiran para pengikut Pas yang taksub itu.

4. Terkini dalam satu wawancara Nik Aziz menyatakan bahawa 'Membangun Bersama Islam' itu hanyalah satu slogan dan slogan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Apakah pengikut Pas sedar bahawa Pas sudah beransur-ansur meninggalkan perjuangan Islam yang mereka sendiri canangkan sebelum ini bagi membolehkan mereka berkerjasama bersama PKR dan DAP,

5. Tidak hairanlah jika 'Hudud' juga adalah satu dari slogan Pas yang terpaksa mereka korbankan demi perpaduan Pas dengan DAP sebuah parti politik yang nyata sosialis bahkan menyokong kuasa gerakan komunis suatu ketika dahulu.

6. Sebenarnya Pas tidak lebih adalah sebuah parti yang memecahbelahkan perpaduan bangsa Melayu dan meletakkan agama Islam ketahap yang amat rendah dengan mengadaikannya demi perpaduan dalam Pakatan Pembangkang. Pas tidak lebih hanyalah 'anjing' kepada DAP dalam Pakatan Pembangkang.

7. Bahkan Nik Aziz sendiri adalah seorang tokoh politik yang memungkiri janjinya untuk bersara jika Tun Dr. Mahathir bersara sepertimana yang diucapkannya sendiri. Apakah 'gamaknya' hukum bagi seseorang yang mendustai janjinya?

Read more »

Penemuan Minyak Di Pahang Mengemparkan PR


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan pertambahan rizab tersebut, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan atau minyak yang tersedia di situ sebanyak 64 juta tong.

''Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersial dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, ini merupakan kejayaan besar.

''Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komesial, pengeluaran minyak dijangka dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 hingga 20,000 tong sehari," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Penemuan itu, kata Najib, membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin.

Medan minyak itu, katanya, terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepasi tiga batu dan di dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, kerajaan komited untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri.

''Dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014," katanya.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi dasar kerajaan untuk mengagih-agihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang.

Sementara itu, Naib Presiden Pengurusan Petroleum, Penerokaan & Pengeluaran Perniagaan, Petroliam Nasional Berhad, Ramlan A. Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial itu dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Menurut beliau, kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil.

Read more »

Tuesday, October 30, 2012

ANWAR YANG AKAN DILUPAKAN




1. Anwar Ibrahim semakin tidak sabar untuk menghadapi PRU. Demikian itulah beliau kesana kemari berkempen samaada menaiki Bas Peribadi mahupun Jet Peribadi. Misinya hanya satu; untuk mendapat undi sebanyak mungkin bagi memenangi PRU seterusnya akan berkuasa di Putra Jaya dan menduduki kerusi Perdana Menteri.

2. Sudah banyak diperkatakan bahawa beliau rela dan sangup lakukan apa saja demi mencapai cita-citanya. Beliau rela gadaikan hak keistimewaan bangsa Melayu bagi menarik undi kaum Cina dan India. Beliau sangup bahagi-bahagikan kuasa kepada kaum lain bagi memastikan mendapat sedikit kuasa untuk kepentingan peribadinya.

3. Anwar pemimpin yang tidak bermaruah dan tanpa rasa malu dan segan layak digelar binatang politik. Jika di negara-negara lain, pemimpinnya akan mengundurkan dir apabila dituduh dengan kesalahan yang melibatkan moral tetapi Anwar tetap tidak mengaku bersalah bahkan menuduh orang lain dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

4. Bagaimanapun semakin banyak beliau berkata-kata semakin terserlah pembohongannya, semakin terbongkar kesilapannya. Beliau pernah dengan keras mengutuk Pas dan DAP satu ketika dahulu, namun pada hari ini beliau menelas segala kata-katanya semula. Cuma yang menghairankan kita adalah kenapa Pas dan DAP yang dicela dulu tetapi masih sanggup berkerjasama dengannya? Nyatalah bahawa kepentingan politik dan demi kekuasaan segalanya boleh dilakukan. Bahkan Pas sanggup menolak perlaksanaan hududnya yang diperjuangkan sejak lama bagi bersama-sama dengan Anwar dan DAP.

5. Rakyat sudah sangat celik politik. Anak-anak muda yang dulunya terpengaruh dengan dakyah pembangkang juga sudah semakin celik. Semakin lewat PRU diadakan semakin cerah kemenangan yang akan dapat diraih oleh BN. Anak mudah sudah melihat yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana pemimpin sebenar dan yang mana pendusta. Beberapa siri event yang menjahanamkan negara seperti Bersih dan lain-lain tunjuk perasaan sudah tidak lagi mendapat sambutan. Yang menyertainyapun hanyalah para 'pendemo professional', iaitu mereka yang kerjayanya berdemo sebagaimana di Indonesia untuk mendapat sebungkus nasi dan sebotol air minuman.

6. Anwar semakin dilihat sebagai petualang oleh kebanyakan rakyat. Semakin hari simpati terhadapnya semakin berkurangan. Setelah pembangkang tewas dalam PRU akan datang, tentu sahaja Anwar akan dilupakan. Sejarah negara hanya mencatat namanya di nota kaki sebagai tokoh politik yang gagal dan silap dalam perjuangan.....seorang penikam belakang!

Read more »

Monday, October 29, 2012

KERAJAAN KELANTAN RUGI RM700 JUTA?


Kelantan Rugi Lebih RM700 Juta - Oleh Beruang Biru
Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.
Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya.

PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta.

Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul.

Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal.

Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian. 

Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.

Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri.

Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar. Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan.

Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?

Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.

Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.

Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.







Read more »

Thursday, October 25, 2012

Mengenalpasti Pengkhianat Parti


SEJAK kebelakangan ini dalam kehangatan merentasi pecutan akhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), ramai yang mula menyuarakan kebimbangan sekiranya segala persediaan dan yang dilakukan sejak pasca PRU 12 pada 2008 akan tercemar dengan masalah yang dihadapi dalam hampir kesemua PRU iaitu masalah dalaman parti.

Dalam PRU 12, rata-rata perubahan calon di saat-saat akhir menyebabkan jentera parti tidak berfungsi dan kemarahan serta kekecewaan diterjemahkan dalam bentuk pengundian. Maka, 'undi protes' besar-besaran dilakukan oleh ahli dan penyokong tegar parti kerana mahu menyedarkan kepimpinan bahawa zaman untuk mengikut apa sahaja ketetapan yang dilakukan oleh badan pemilihan calon tidak boleh bertindak dengan autoriti mutlak tanpa mendapat maklum balas daripada peringkat akar umbi.

Hakikatnya, sabotaj dalam parti boleh berlaku dalam pelbagai cara. Ia boleh dilakukan secara makro dan mikro membabitkan pemimpin, ahli, calon, jentera dan lawan parti. Kesemua ini terjadi kerana masing-masing hanya mahu menjadi 'ahli parti' dan bukan 'orang parti'. Jika sekadar menjadi ahli yang penuh dengan hasad dengki, tamak, ego, tamakkan kuasa, pangkat serta kedudukan; maka golongan ini tidak teragak-agak menggunakan apa sahaja kaedah yang hanya bersifat kepentingan diri dan bukan memperkasakan parti.

Cuba selami kisah kedudukan Khalid Al-Walid sebagai Panglima Perang di zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Ia wajar dijadikan iktibar dan iltizam oleh pemimpin hari ini dan kepimpinan akan datang. Bagaimanakah wujud nilai di sebalik mengapa perlu digugur dan pada waktu yang sama tidak menjejaskan jentera serta kemampuan parti merupakan dilema yang sedang dihadapi oleh parti politik agar tidak menjejaskan pencapaian dan perubahan yang cuba diketengahkan sejak 2008. Malahan ini merupakan antara yang akan dinilai terutama oleh pengundi bandar dan pengundi atas pagar agar keyakinan dan kepercayaan pulih berasaskan kepada 'kemuafakatan' dan keteguhan parti.

Parti UMNO jelas serius untuk menangani isu ini dengan penubuhan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang turut mengepalai Lembaga Disiplin parti. Begitu juga dengan cadangan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong agar nama calon diumum awal untuk mengelak daripada sabotaj ketika PRU supaya pemimpin yang digugur atau gagal menjadi calon dapat dipujuk agar kesetiaan kepada parti diutamakan. Ini kerana salah laku sabotaj juga boleh menjejas barisan jentera parti apatah lagi jika menggunakan emosi untuk memujuk penyokong mereka tidak membantu seseorang calon sehingga menghasut agar menggagalkan misi parti sendiri.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kedah ada menyatakan bahawa Kedah adalah winnable state jika selesai masalah dalaman; dan ia juga merupakan nasihat dan peringatan kepada keseluruhan gerak kerja seluruh negara kerana Muhyiddin ada menyatakan bahawa PRU akan datang adalah misi 'hidup atau mati' demi mempertahankan kedudukan parti yang terhakis sokongan dalam PRU yang lalu.

Perebutan jawatan dan pangkat bukan baharu dalam mana-mana parti tetapi masalahnya adalah apabila ia terbawa-bawa sehingga mengganggu proses 'merapatkan barisan' sebaik-baik sahaja selesai pemilihan Pengerusi Bahagian, negeri dan Majlis Tertinggi parti. Ada yang rela mengorbankan parti kerana tidak selesa dengan calon yang menang atau terpilih menjadi calon PRU. Apakah mereka lebih rela parti kalah kerana tidak dicalonkan?

Masalah dalaman boleh dihindar jika masing-masing berpegang kepada asas mengapa menyertai parti politik dan mendalami perjuangan asal parti. Pemilihan calon yang kalah seperti mana 2008 dan beberapa pilihan raya kecil perlu dijadikan sebagai pengajaran kerana apa makna menjadi calon jika kalah dan tahu boleh memberi kesan bukan sahaja kepada calon dan parti tetapi masa depan parti yang turut bergantung kepada kewibawaan calon.

Puak yang menentang dan menyokong lumrah dalam sepak terajang politik tetapi sekiranya PRU akan dilihat sebagai maruah parti dan masa depan parti, sesiapa sahaja yang dilantik sebagai calon mesti boleh diterima asalkan calon adalah winnable untuk rakyat atau pengundi dan bukan syok sendiri dalam parti.

Masalah dalaman juga sering berlaku kerana dana pilihan raya tidak sampai kepada kumpulan sasar. Jika dahulu, sukarelawan dan pekerja parti diberikan sedikit imbuhan atas penat lelah mereka, kini ia bukan lagi bernilai RM10 atau RM15 sedangkan harga rokok sahaja sudah mencecah RM10 sekotak berbanding di bawah RM5 satu ketika dahulu. Ini tidak termasuk duit minyak motor dan kenderaan serta makan-minum mereka. Dana ada, cuma sampai atau tidak yang menjadi persoalan; jika tidak sampai, siapakah yang menyimpannya dan untuk apa?

Penghormatan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pemimpin akar umbi dan para gurkha parti kerana tanpa mereka siapa calon atau siapa pemimpin. Mereka merupakan tulang belakang yang perlu dijaga makan-minum dan kebajikannya. Maka, dana perlu disalurkan kepada mereka dan bukan disimpan untuk pemilihan dalam parti atau untuk kegunaan sendiri terutama di kawasan yang dilabel kelabu dan hitam. Jentera akan berkerja siang dan malam, bertungkus lumus demi parti jika pemimpin menampakkan nilai 'sepakat' bukan berpakat-pakat untuk menjatuhkan parti atau 'membulatkan diri' tetapi 'sepakat' mempertahankan maruah parti.

Angkuh, hasad dengki, sombong, cemburu dan bersikap sambil lewa serta berlagak tahu segalanya dalam keadaan parti memerlukan sokongan ahli perlu dijauhi. Iktiraf dan hormat pemimpin cawangan yang menjadi mata, telinga dan nadi parti dengan penstrukturan yang kemas dan rapi. Luncai, Pak Pandir, Si Kitul boleh dilepas pergi tetapi bukan Abu Nawas yang sayangkan agama, bangsa dan tanah air.

Jangan terpedaya dengan janji-janji palsu segelintir pemimpin yang 'lebih sudu dari kuah' sehingga bijak bersilat dengan gaya seorang 'penipu' yang tidak jujur dan ikhlas kepada parti dan perjuangannya. Hari ini dia berbaju biru tetapi dalam sekelip mata berubah baju hijau, merah atau apa sahaja warna kerana kerakusan kuasa sahaja tanpa mengimbas kedudukannya hari ini adalah juga atas nama parti.

Strategi dalam PRU yang merupakan 'ibu segala pilihan raya' mesti bersifat rendah diri dan memahami naluri seorang 'rakyat biasa' bukan berjiwa 'elitis' tetapi orang kebanyakan yang berpaksikan kepada nilai perkongsian bersama. Sabotaj juga boleh berlaku jika berlebih-lebihan menonjolkan nilai yang bukan menjadi norma dan amalan budaya kita, 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak'. Itu tradisi politik kita.

Amanah untuk memastikan masalah dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) akan dipikul oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN. Sejauh manakah pemimpin lain akur untuk menunjukkan nilai komitmen dan kolektif ke atas keputusan Pengerusi BN juga akan dihalusi oleh pelbagai kelompok pengundi. Ada pemimpin yang sudah terlalu lama, molek jika berundur supaya tidak membebankan keputusan yang bakal diambil oleh Najib dan barisan pemilihan.

Bagi yang telah berkhidmat untuk beberapa penggal, barangkali ini masanya untuk menjadi idola kepada bakal pengganti; bersama membantu kempen dan calon baru pula jangan dipinggirkan pemimpin lama kerana tanpa mereka; parti tiada. Asam garam dalam parti; ada yang elok dan ada yang kurang elok; kita yang menentukannya. Lihat kepada pencapaian dan segala kelemahan boleh diperbaiki jika ada jati diri dan komited ke atas perjuangan masing-masing.

Musibah dalam PRU akan datang barangkali bukan daripada lawan tetapi parti sendiri jika tidak ditangani dengan berhati-hati. Penguasaan sumber dan guna tenaga boleh digunakan dengan praktikal dan dikongsi untuk meningkatkan kedudukan parti dalam PRU akan datang.

Baik bagi pemimpin pusat, negeri, bahagian dan cawangan perlu terus diperingatkan bahawa 'yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua' jika ikhlas dalam perjuangan politik kepartian sehingga masalah dalaman tidak akan wujud jika bersedia dengan tindakan kolektif walau ada jawatan mahupun tidak.

Yang penting, bagaimana untuk mengemudi dan menterjemah sokongan dalam bentuk undian pada PRU akan datang yang menjadi tanggungjawab keseluruhan anggota parti tanpa mengira batasan pangkat, kedudukan dan fungsi dalam parti jika benar-benar mengidamkan kemenangan yang sudah tidak dapat bergolek seperti satu ketika dahulu.

Read more »

Hayati Makna Peristiwa Korban


HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.

Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.

Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan. Memetik kata-kata seorang cendekiawan: “Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Read more »

Wednesday, October 24, 2012

PAS Semakin Licik Berpolitik


''Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW."

Itulah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerjasama dengan DAP ketika menyampaikan ceramah sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, pada Ahad lalu.

Kita tidak pasti siapa yang dimaksudkan dengan Abdul Hadi apabila beliau berkata, ''ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW.''

Tetapi apa yang pasti perjalanan politik Pas dalam soal bekerjasama dengan parti bukan Islam sememangnya diketahui oleh umat Islam di negara ini.

Pada Ogos 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.

Selain itu seperti mana pernah dipaparkan oleh penulis sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pas suatu ketika dulu cukup popular membaca surah Ali Imran ayat 28 'separuh-separuh'.

Mereka membaca: "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun....''

Sambungan ayat itu, ''...kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.''. - tidak dibaca.

Tetapi tidak mengapalah mungkin pemimpin-pemimpin Pas kini semakin memahami betapa pentingnya kerjasama dengan parti bukan Islam. Mereka sudah faham sekarang realiti politik Malaysia.

Oleh itu bagi membolehkan kesepakatan yang dicapai bersama DAP maka Abdul Hadi menganggap mereka tidak faham hubungan yang dipanggil 'tahaluf siasi' itu sebagai ''...ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalam Nabi SAW seluruhnya...''

Sikap Pas mempertahankan kerjasama dengan DAP sememangnya mengagumkan kerana pemimpin DAP secara terbuka menentang pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

Sebab itulah pada majlis ceramah yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui wujud perbezaan antara parti itu dengan Pas dalam pakatan pembangkang antara lain membabitkan hukum hudud dan negara Islam.

Apa pun dalam soal kerjasama politik dengan bukan Islam ini, UMNO jauh lebih telus berpegang kepada seruan Islam berbanding Pas.

UMNO sejak dulu memahami bahawa kerjasama itu penting dalam membangunkan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.

Ini selaras dengan seruan Islam yang menegaskan, berkerjasama dengan orang bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia seperti kesejahteraan hidup, keadilan, membanteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya tanpa melanggar mana-mana hukum syariat, adalah harus.

Di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam seperti mana firman-Nya dalam surah Al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud:

"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam".

Malahan dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud; "Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil."

Selain itu, sejarah Rasulullah SAW menunjukkan baginda mengadakan perjanjian Madinah yang membabitkan bukan sahaja golongan-golongan Islam tetapi juga kabilah-kabilah Yahudi di Madinah.

Jika berpakat dengan orang bukan Islam haram secara mutlaknya, nescaya baginda tidak akan mengadakan perjanjian dengan mereka. Adapun ada kabilah Yahudi yang diusir dari Madinah oleh baginda disebabkan mereka melanggar perjanjian dengan Nabi dan mengkhianati baginda.

Apa pun dalam menjalinkan kerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC, UMNO tidak pernah menggadaikan prinsipnya apatah lagi bersikap tidak konsisten dalam memaju dan memperkembangkan Islam.

Sebab itulah, sejak merdeka lagi walaupun pernah dikecam oleh Pas kerana bekerjasama berkenaan, namun UMNO tetap mempertahankan kesepakatan itu.

Ini memandangkan UMNO yakin apa yang mereka lakukan bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9 yang bermaksud; "Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Apa pun, pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh marah jika ada pihak menyatakan, kerjasama mereka dengan DAP semata-mata untuk memperoleh kuasa.

Ia memandangkan, Pas sendiri sudah memahami bagaimana penentangan DAP terhadap perjuangan Islam parti itu, biar pun DAP memberi alasan kerjasama tersebut dilakukan demi menegakkan keadilan, mengembalikan demokrasi, memulihkan keutuhan, kebebasan institusi-institusi penting negara.

Dari satu segi, sememangnya menjadi hak Pas untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja tetapi janganlah sampai menggadaikan prinsip dan dasar perjuangannya.

Sepatutnya apa pun berlaku, Pas perlu tegas dengan perjuangan tetapi malangnya apa yang kita lihat kerjasama antara kedua-dua parti itu lebih banyak merugikan Pas.

Malahan ketika DAP konsisten menolak hukum hudud dan perjuangan negara Islam yang diperjuangkan Pas, Pas pula terus terhegeh-hegeh untuk meneruskan kerjasama berkenaan.

Apabila Pas melihat sikap mereka mula menimbulkan perasaan tidak senang orang Melayu dan umat Islam, mereka mula berhujah kononnya perjuangan Islam akan diteruskan.

Oleh itu berikutan kenyataan Abdul Hadi mempertahankan kerjasama dengan DAP, diharapkan mereka juga tidak lagi memandang serong kerjasama UMNO dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN).

Terimalah hakikat, biar pun bukan sebuah parti Islam, namun dalam pelaksanaan perkara berkaitan Islam, UMNO jauh lebih ke depan berbanding dengan Pas.

Ulama-ulama Pas jangan lagi bercakap soal Islam apatah lagi melaksanakan hukum hudud kerana semua itu hanyalah khayalan selagi Pas bekerjasama dengan DAP.

Mereka perlu membuat kenyataan selari dengan apa yang diputuskan oleh kepimpinan parti supaya mereka tidak dikategorikan '...tok-tok guru yang mengaji bab sembahyang sahaja, tidak mengaji bab politik.."

Read more »

Tuesday, October 23, 2012

Nik Aziz Terus Dipermain Puak PAS


Nampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi.  Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan ‘kewalian’ Tok Guru.

PAS sendiri nampaknya ‘malu alah’ dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya.  Namun, sudah menjadi budaya orang Melayu itu untuk tidak berterus terang tetapi lebih senang mengata di belakang kononnya atas alasan hormat dan menjaga hati orang, terutama orang yang lebih tua, apatah lagi pemimpin bertaraf Ulama.  Akibatnya, Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun telah tiba masa.

Sedangkan, orang yang paling hebat dikritik PAS sebagai ‘gila kuasa’ suatu ketika dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun berundur, walaupun sehingga ke hari ini, fizikal dan mental beliau masih kuat dan jauh melangkaui kemampuan manusia di usianya.   Tetapi, Nik Aziz yang kononnya tawaduk lagi warak ini, tidak sanggup pula melepaskan jawatan walaupun sudah tidak mampu dari segala segi.

Dalam ucapan tahniah oleh Presiden PAS atas ulangtahun 22 tahun kepimpinan Nik Aziz di Kelantan semalam, telah menyebut tentang bagaimana Nik Aziz pada ketika hendak dilantik sebagai MB telah telah menolak jawatan tersebut. 

Mungkinkah beliau sebenarnya ingin menyindir Nik Aziz, dengan harapan agar Nik Aziz kembali terfikir akan perubahan dirinya sehingga menjadi manusia yang gila kuasa dan sayangkan jawatan?

Nik Aziz telah menceburi politik sejak tahun 1967 iaitu 45 tahun dahulu.  Dari jangkamasa itu, beliau telah pun menjadi Menteri Besar selama 22 tahun.  Tidak mungkin beliau belum puas berpolitik lagi.  Jika nak dikatakan yang beliau masih punya perancangan untuk Kelantan yang perlu dilaksanakan, adalah tidak logik kerana tempoh itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk beliau melaksanakan apa jua rancangannya.  Sedangkan dalam tempoh yang sama, Tun Mahathir berjaya membangunkan sebuah negara dari negara ketiga menjadi Harimau Asia yang dicontohi dan dikagumi serata dunia.

Maka, jelaslah tidak ada alasan yang konkrit bagi Nik Aziz untuk terus kekal berkuasa selain dari, gila kuasa.  Jika benar beliau seorang yang tawaduk sebagaimana 22 tahun lepas di mana beliau menolak jawatan Menteri Besar, maka beliau pasti akan berundur dengan sendirinya, tanpa perlu disindir, disuruh atau dipaksa memandangkan keadaan fizikal dan mental beliau yang semakin hari semakin kronik.

Jawapan yang diberi Nik Aziz ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan bertanding lagi membuktikan yang beliau enggan berundur.  Katanya, beliau menyerahkan ‘nasibnya’ kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kali ini.

Sedangkan ‘kepimpinan tertinggi’ itu adalah beliau sendiri iaitu sebagai Mursyidul Am, satu jawatan yang mengatasi Presiden, yang terletak dalam kategorinya yang tersendiri, yang berhak mengampun dan menghukum manusia lain, tidak boleh dikritik atau disentuh hatta maksum, mengikut pemikirannya.

Berdasarkan hakikat ini, beliau cukup maklum yang tiada siapa di dalam PAS yang sanggup untuk menyatakan secara terus terang yang beliau tidak lagi diperlukan oleh rakyat Kelantan dan perlu berundur. 

Jelas, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan politik yang berniat untuk memperdaya rakyat.  Nik Aziz tidak ada niat langsung untuk berundur selagi hayat masih ada.   Beliau yakin jika rakyat Kelantan sanggup berada di bawah pemerintahannya yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka selama 22 tahun, maka apakah yang menghalang mereka untuk terus berada di bawahnya bagi beberapa tahun lagi? 

Jika air berkarat, kotor dan tidak cukup bekalan tidak pernah menjadi masalah selama hidup mereka, kenapa ia perlu menjadi masalah sekarang?  Jika rakyat tidak kisah berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki selama ini, maka kenapa pula mereka akan kisah mengenai perkara itu sekarang?

Belum ada rakyat Kelantan yang mati kerana bekalan air kotor atau tidak cukup.  Nik Aziz pula tidak pernah menghalang rakyat miskin untuk mencari rezeki di negeri lain, jadi apa masalahnya?  Rakyat hidup seperti biasa, dan beliau akan terus menjadi MB, seperti biasa juga.

Apapun, jika benar Nik Aziz ingin bertanding lagi, maka nasib beliau akan ditentukan oleh rakyat Kelantan sendiri, sama ada beliau akan terus menjadi MB atau bekas MB selepas PRU nanti.

Read more »

Komuter 1Malaysia, Go-KL City - Bukti Usaha Kerajaan Bantu Rakyat


Mulai semalam, warganegara Malaysia khususnya pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berpendapatan RM3,000 ke bawah berpeluang mendapatkan diskaun 50 peratus. Kadar diskaun melalui kad Komuter 1Malaysia itu dijangka melibatkan 300,000 pengguna untuk tempoh 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013 yang melibatkan perjalanan dari Tanjung Malim (Perak) ke Sungai Gadut (Negeri Sembilan) dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Tahniah dan terima kasih KTMB, tetapi kenapa hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Hakikatnya, komuter menjadi pengangkutan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pendapatan. Lihatlah pelbagai jenis kereta di stesen-stesen kereta api. Alangkah baiknya jika diskaun ini meliputi semua peringkat pengguna selaras dengan matlamatnya untuk meringankan beban rakyat di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sebelum ini, untuk tempoh beberapa bulan, golongan pelajar tidak dikenakan sebarang tambang ke mana-mana destinasi asalkan mereka berpakaian seragam sekolah atau aktiviti ko-kurikulum. Mereka hanya perlu mendapatkan tiket khas di kaunter. Bagaimanapun kemudahan itu sudah ditamatkan. Langkah KTMB memperkenalkan kadar diskaun ini memang kena pada masanya lebih-lebih lagi selepas pengenalan Komuter 1Malaysia yang lebih selesa berbanding tren komuter sebelum ini.

Melalui tren baru ini, mungkin sudah tidak ada lagi rungutan komuter seumpama bas mini yang sesak bagaikan ikan sardin dalam tin, masalah pendingin hawa, gangguan masa perjalanan dan pelbagai lagi. Komuter 1Malaysia enam koc lebih selesa berbanding tiga koc sebelum ini. Jadual perjalanan juga sudah baik. Biasanya kalau perkhidmatan bertambah baik, tambang sekurang-kurangnya dikekalkan atau dinaikkan tetapi kerajaan 1Malaysia tidak berbuat demikian. Pemurahnya KTMB. Bayangkan berapa banyak ‘kehilangan hasil’ yang ditanggung berikutan pemberian diskaun ini. KTMB juga perlu melihat lebih jauh berhubung masa depan perkhidmatan rel ini supaya tidak banyak gangguan operasi.

Ketika ini operasi terganggu apabila terdapat masalah bekalan elektrik, baik pulih landasan, kegelinciran gerabak dan memberi laluan kepada perkhidmatan kereta api antara bandar. Mungkin KTMB sudah pun memikirkan bagaimana mahu menambah landasan. Pada masa yang sama, kerajaan termasuk KTMB harus memberi perhatian terhadap perkhidmatan sokongan bagi setiap stesen komuter ini supaya pengangkutan awam benar-benar cekap, memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.


Di sesetengah kawasan, pengguna komuter terpaksa meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing dengan kos lebih tinggi melalui teksi, kereta sewa atau kereta sapu. Maka amat penting perkhidmatan pengangkutan awam sokongan di semua stesen komuter diberi perhatian supaya pengangkutan awam menjadi pilihan rakyat. Ingatlah di jajaran komuter ini terdapat banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menempatkan ramai pelajar.

Di samping diskaun komuter, satu lagi perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan untuk rakyat ialah kemudahan bas percuma dalam bandar yang dikenali sebagai Go-KL City. Idea ini dicetuskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak di bawah Program Tranformasi Kerajaan (GTP) bagi mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan awam lebih baik kepada orang ramai termasuk pelancong asing. Jajaran perkhidmatan bas ini terbahagi kepada dua warna. Bagi jajaran hijau, ia meliputi KLCC-Bukit Bintang-KLCC melibatkan 13 perhentian dengan jarak keseluruhan 7.4 kilometer (km) dan tempoh masa perjalanan pula kira-kira 38 minit.


Jajaran ungu meliputi Jalan Sultan Muhammad-Bukit Bintang-Jalan Sultan Muhammad, melibatkan jarak kira-kira 6.5km., 14 perhentian bas dan tempoh perjalanan kira-kira 36 minit. Bas yang beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga 11 malam itu mempunyai jadual kekerapan setiap lima minit pada waktu puncak, manakala 15 minit pada waktu biasa. Tahniah kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memperkenalkan perkhidmatan ini. Sekurang-kurangnya, kehadiran SPAD dapat dirasai oleh rakyat.

Mungkin perkhidmatan seumpama ini dapat diperkenalkan bagi laluan tertentu di negeri lain. Jika tidak silap, di Pulau Pinang, bas percuma ini juga disediakan di kawasan tertentu oleh RapidPenang. Bagaimanapun kekerapannya tidaklah sehebat di Kuala Lumpur sehingga pemandu bas percuma ini akan menyarankan kepada anda menggunakan bas berbayar untuk lebih cepat.

Malangnya Go-KL City pada peringkat awal mendapat bantahan sekumpulan pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas. Adakah kumpulan pemandu teksi ini mewakili ribuan pemandu lain? Sudah tentu tidak. Dalam setandan pisang, tidak semuanya elok. Inilah masalah yang perlu ditangani oleh SPAD. Cerita segelintir pemandu teksi yang umpama setitik nila terjatuh ke dalam belanga susu ini bukanlah cerita baru.

Sebenarnya, masih ramai pemandu teksi di luar sana tidak terjejas dengan Go-KL City ini. Bagi mereka masih banyak penumpang yang memerlukan perkhidmatan teksi. Kenapa harus tertumpu di kawasan yang sesak itu? Apakah ada ‘muslihat’ tertentu? Sebagai rakyat, pengguna juga berhak menikmati sesuatu pada harga yang lebih menarik atau tanpa bayaran. Ini bukan soal menutup pintu rezeki mana-mana pihak. Begitu juga cerita pemandu teksi tidak menggunakan atau mengubahsuai meter tidak pernah kesudahan. Tambang teksi berkupon yang mulanya bertujuan mengelakkan penipuan juga sebenarnya boleh membebankan pengguna.

Seorang sahabat memberitahu, beliau pernah menaiki teksi dari Jalan Duta ke Hulu Klang dengan tambang RM30, lebih tinggi daripada tambang bas ekspres. Sebagai pengguna bas, sudah tentu beliau mahukan perkhidmatan ke destinasi seterusnya pada harga yang berpatutan. Pengalaman lain, ada juga pemandu yang pilih penumpang. Ketika terlibat dalam kemalangan dan terpaksa bertongkat, beliau terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan teksi. Daripada tujuh teksi tanpa penumpang yang ditahan, hanya sebuah yang sudi berhenti. Adakah teksi dikecualikan daripada mengambil orang ‘cacat’ atau tidak berupaya?

Bagaimanapun tidak semua pemandu teksi yang ‘mencekik’ atau ‘menjerut’ leher penumpang serta tidak peduli dengan kehadiran Go-KL City ini. Dalam erti kata lain, mereka masih boleh mencari rezeki secara ‘halal’ mengikut peraturan. Mungkin akan dibincangkan di ruangan minggu depan.

Read more »

Bilakah Nik Aziz Akan Bersara ?


SUDAH pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat.

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan. Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam barisan kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah.

Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

Penulis masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya Nik Abdul Aziz cukup dihormati oleh seluruh lapisan rakyat Kelantan.

Penulis tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz dilihat sukar untuk bersara. Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

''Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga ke hari ini,'' kata Nik Abdul Aziz ketika itu.

Justeru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas?

Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti mana suatu masa dahulu.

Penulis diberitahu bagaimana di warung-warung kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka. Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan suatu ketika dulu.

Walaupun keputusan pilihan raya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum.

Selain tindak-tanduk beliau melalui kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dahulu yang menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan itu berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biar pun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.

Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundur serta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya. Kalau saya rasa kesihatan semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah dalam Pas yang akan berani meminta Nik Abdul Aziz berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas itu Nik Abdul Aziz.'

Tafsiran itu berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara, ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk menggantikan Nik Abdul Aziz.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik.

Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau (Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"Langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutama Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," kata bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitulah hebatnya sandaran pakatan pembangkang terutamanya Pas terhadap Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu pada masa depan.

Bak kata ADUN Gaal, Dr.Nik Mazian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.'

Read more »

Monday, October 22, 2012

Malaysia Perjuang Keamanan Dunia Islam


Peranan Malaysia dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuk Sheikh Yusuf al-Qaradawi, pengerusi Al-Quds International Institution (QII).

Dalam perjuangan rakyat Palestin tatkala ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan telah mendapat pujian daripada QII menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi.

Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih beliau terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan penduduk di Baitulmaqdis.

"Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal dalam menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya," katanya dalam surat kepada Najib.

Beliau menambah kata, "Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya." Pencapaian terbaharu hasil daripada usaha tanpa mengenal jemu Malaysia itu ialah perjanjian damai yang dimeterai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pengwujudan wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina.

Al-Qaradawi berkata: "Lebih penting lagi, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.

"Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda". Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.

Sementara itu, kalangan rakyat Malaysia turut memuji kerajaan berhubung peranan strategiknya dalam menamatkan konflik dan penderitaan selama kira-kira 40 tahun di selatan Filipina dan dalam mewujudkan prospek bagi keamanan dan pembangunan di Mindanao.

Mereka berkata sewajarnya bagi Malaysia, sebagai jiran terdekat dan prihatin, memainkan peranan berterusan dalam membantu kerajaan Filipina dan Bangsamoro melaksanakan pembangunan semula di kawasan itu demi manfaat rakyat.

Memuji usaha jitu kerajaan Malaysia dalam membantu umat Islam di seluruh dunia, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima peranan Malaysia sebagai pengantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.

"Pujian Sheikh Yusuf Al-Qaradawi merupakan satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia (dalam memperjuangkan isu Palestin) dan kejayaan kerajaan Malaysia bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik antara Manila dan Bangsamoro, pastinya suatu pencapaian membanggakan," katanya.

Beliau berkata, kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan kepelbagaian juga telah membolehkan negara dijadikan sebagai rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.

Mengiktiraf usaha berterusan Malaysia sejak sekian lama dalam menyuarakan kebimbangan berhubung penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan umat Islam lainnya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, dalam soal konflik di selatan Filipina, Malaysia merupakan negara jiran paling hampir berbanding dengan negara atau badan Islam yang lain.

"Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu yang membabitkan penganiayaan terhadap etnik dan umat Islam seperti dalam isu Palestin dan bagi isu Bangsamoro ini, kita merupakan jiran paling hampir yang boleh diharapkan oleh Manila dan Bangsamoro sendiri untuk dirujuk sebagai orang tengah dan diberi kepercayaan," katanya.

Sebagai anggota perkumpulan serantau ASEAN, persefahaman dan kerjasama rapat antara Kuala Lumpur dengan Manila banyak membantu dalam kejayaan rundingan damai di antara MILF dan kerajaan Filipina.

"Sebenarnya peranan Malaysia dalam membantu Bangsamoro sudah lama berlangsung sejak zaman bapa Perdana Menteri, Tun (Abdul) Razak (Hussein) lagi... memang kita memperjuangkan pasal Bangsamoro dan membantu mereka dalam pelbagai sudut dan sebagai contoh banyak warga Filipina yang menjadi warganegara Malaysia khususnya di Sabah.

"Kita memang dikenali sebagai mediator yang berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku di sesebuah negara dan disebabkan itu kita dipandang tinggi oleh dunia dan peranan yang kita galas adalah besar," kata Junaidi.

Pendirian sederhana kerajaan Malaysia dan kestabilan politik negara turut diperakui oleh dunia dan diterima baik oleh banyak pihak, dengan itu memudahkan Malaysia untuk mendapat kepercayaan, katanya.

Penekanan Perdana Menteri terhadap pergerakan kesederhanaan dengan penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar sebagai pengantara untuk membantu menyelesaikan masalah dan salah faham di negara-negara yang berdepan masalah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berpendapat proses pembinaan semula Bangsamoro patut menggunakan pendekatan Islam sederhana bagi pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial menerusi penubuhan agensi-agensi Islamik seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia.

"Dengan membawa Islam seperti yang kita amalkan di negara ini, ia akan membantu membangunkan masyarakat Bangsamoro dari segi rohani dan juga materialistik," katanya.

Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata, kerajaan Malaysia boleh membantu kerajaan Filipina dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia merupakan elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara.

"Bidang ekonomi dan pendidikan merupakan aspek penting dalam memastikan kerajaan Filipina dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya. Ini termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat agar dapat mengatasi masalah kemiskinan," katanya.

Menyokong pendirian dan pendekatan sederhana kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A. Prakash berkata, setiap komuniti perlu saling membantu demi faedah bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

"Malah agama Hindu juga tidak sama sekali menggalakkan fanatisme dipraktikkan dan sebaliknya membantu semua umat manusia tidak mengira agama dan taraf hidup seseorang.

"Saya rasa apa yang telah kita capai adalah sesuatu yang cukup besar kerana kalau kita lihat, Filipina adalah sebuah negara yang besar dan kita (Malaysia) sebuah negara yang kecil tapi saiz itu tidak menjadi penghalang untuk kita membantu negara besar yang mempunyai konflik," katanya.

Read more »

Siap Siaga Sebelum 'Berperang'


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera serta parti komponen Barisan Nasional (BN) berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi seluruh jentera dan komponen BN membuat persiapan terbaik termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku agar setiap gerakan berupaya dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan terbaik dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung MCA Ke-59, di Wisma MCA.

Dalam menegaskan perkara tersebut, Najib memetik falsafah seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan teliti boleh mengalahkan pihak kurang melakukan perancangan walaupun yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Perdana Menteri turut menyatakan rasa kagum dengan kebangkitan dan semangat baharu MCA yang disifatkannya sudah bersedia untuk 'berperang', sekali gus memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, MCA di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bukan sahaja berpadu dalam satu pasukan tetapi turut memperlihat sikap tidak gentar kepada pakatan pembangkang khususnya DAP apabila berani berdepan dan membongkar kelemahan mereka.

"Persidangan MCA kali ini ada kelainan dan keistimewaannya. Saya lihat ahli MCA begitu bersemangat dan sudah bersedia untuk berperang. MCA bukan sahaja tidak takut kepada pembangkang tetapi sekarang ini lebih berani untuk berdepan dengan mereka.

"Semangat ini saya yakin bukan sahaja mampu mendokong BN (menang majoriti besar) tetapi mampu 'mengkaramkan' pembangkang yang berhasrat mahu menawan Putrajaya," katanya.

Namun pada masa sama, Najib mengingatkan seluruh kepemimpinan dan ahli MCA, walaupun parti itu sudah bersedia berperang dalam pilihan raya umum, tetapi untuk memastikan kemenangan, mereka harus mempunyai hati dan pemikiran yang sama sebagaimana diasaskan BN.

Jelas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti, BN dan MCA perlu mempunyai persediaan serta perancangan terbaik agar keputusannya nanti bukan sahaja berpihak kepada kerajaan tetapi tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Tanpa persediaan serta perancangan tersebut kata beliau, parti mungkin boleh terperangkap, walaupun hakikatnya pakatan pembangkang banyak menipu dan berbohong kepada rakyat.

Beliau turut menyelar pakatan pembangkang yang mendakwa bersedia untuk menawan Putrajaya, sedangkan perkara asas seperti bertanding di bawah simbol yang sama sebagaimana BN, masih gagal dilaksanakan.

Tegas Perdana Menteri, rakyat tidak boleh menaruh keyakinan kepada parti yang hanya mahu menawan Putrajaya tetapi tiada kesatuan bagaimana untuk membangunkan negara ini kerana jika tersilap memilih, Malaysia boleh ranap dalam sekelip mata.

"Ingat lagi krisis ekonomi pada 1997? Siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Siapa yang naikkan kadar faedah sehingga 24 peratus? Siapa ambil jalan mudah nak serah negara ini kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) walaupun bererti menyerah kedaulatan negara.

"Siapa pula yang selamatkan negara ini jika bukan BN di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebab itu rakyat mesti pilih kerajaan yang mempunyai pengalaman dan rekod perkhidmatan cemerlang selain telah banyak berjasa," katanya.

Read more »

MCA Sedia Berhadapan DAP


MCA akan ‘berperang’ habis-habisan melawan pakatan pembangkang untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Tegas beliau, partinya sudah bersedia untuk menghadapi perang pilihan raya bagi mempertahankan kerajaan BN yang selama ini terbukti berjaya mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita sudah berada dalam persimpangan politik ‘bertindak atau mati pertempuran’. Oleh sebab itu kita mesti memegang aspirasi slogan MCA iaitu ‘Berperang Dengan Penuh Keberanian’.

“Lebih-lebih lagi, MCA sudah bertempur dengan DAP sebanyak 10 kali dalam 10 pilihan raya umum lepas dan rekod menunjukkan MCA seri sekali, ditewaskan dua kali dan berjaya mengalahkan DAP sebanyak tujuh kali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung MCA Ke-59.

Perhimpunan yang turut dihadiri Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, barisan kepemimpinan MCA lain serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN tersebut dirasmikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Soi Lek, MCA menyokong penuh kepemimpinan Najib untuk berdepan pakatan pembangkang pada PRU-13 dan bersama-sama menjamin kemenangan majoriti besar BN.

“Tema utama MCA adalah ‘Kestabilan Diutamakan dan Huru-Hara Diketepikan’ dan kita hendak pemimpin yang kita kenal, percayai dan telah diuji," katanya.

Tambah beliau, MCA juga tidak mempunyai ruang atau masa untuk membenarkan anasir-anasir sabotaj mengambil tempat di dalam parti.

“Jawatankuasa Pusat parti telah memutuskan sesiapa sahaja didapati bertindak mensabotaj parti ketika pilihan raya umum nanti akan berhadapan dengan tindakan dipecat," katanya.

Read more »

Saturday, October 20, 2012

PR Mempergunakan Orang Asli Demi Kepentingan Politik



Ketika masyarakat orang Asli berhimpun di Wisma Sri Pahang Rabu lalu, kelibat tiga orang peserta Himpunan Hijau Lynas turut kelihatan mundar mandir di perkarangan Wisma.

Selain itu, Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Nizam Hamid juga mengakui bahawa dia turut berada di Wisma pada hari yang sama.

Soalnya sekarang, ke mana mereka menghilang sewaktu MB Pahang berjumpa dengan masyarakat Orang Asli ini di Kantin Wisma? Meh baca apa yang berlaku pada mereka:
Dalam pada mengamati-amati tindak-tanduk mereka sementara menunggu kehadiran Menteri Besar, ternampak dua-tiga kerat orang berbaju-T lambang Himpunan Hijau 2.0 berlegar mundar-mandir dalam kalangan Orang Asli ini.

Apakah niat mereka turut berada di situ jika tidak kerana hendak ‘menangguk di air yang keruh’?    
Selain mereka yang dua-tiga kerat ini ialah dua (2) orang – lelaki dan wanita yang dalam ‘suit’ hitam mempunyai tanda Pemerhati daripada Jawatankuasa Peguam Negeri, serta wartawan-wartawan dari akhbar-akhbar The Star, Sin Chew Daily, Nanyang dan Sinar Harian, yang turut bersama.  

Pada satu ketika, kelihatan seorang daripada dua-tiga kerat berbaju-T Himpunan Hijau 2.0 tersebut, seolah-olah cuba ‘dictate’ (mempengaruhi) seorang daripada wartawan berkenaan dengan membawa wartawan tersebut untuk bertemu seseorang dalam kalangan Orang Asli tersebut.

Bagaimanapun, sebaik-baik Dato’ Sri DiRaja Adnan tiba pada kira-kira 11 pagi, kelibat dua-tiga kerat orang berbaju-T lambang Himpunan Hijau 2.0 tersebut sudah tidak kelihatan lagi, begitulah juga dengan dua orang yang dikatakan mewakili Jawatankuasa Peguam Negeri tadi. - sumber
Nah!!! Korang fikir la sendiri. Kalau betul mereka ni nak bantu memperjuangkan Hak rakyat, kenapa pulak masa MB Pahang sampai diorang melarikan diri?

Kalau betul diorang nak bantu, sepatutnya diorang tunggu dan turut bersama - sama mereka untuk berbincang mengenai Memorandum tersebut bukannya cabut lari.

Jelas puak - puak Pakatan Pembangkang ni hanya mahu mempergunakan masyarakat Orang Asli ni demi kepentingan Politik mereka sahaja. Diorang bukannya nak membantu sangat pun.

Setakat nak menangguk di air keruh dan menjadikan masyarakat Orang Asli ni sebagai boneka mereka. Itu sahaja yang penting bagi mereka.

Tindakan ini jelas menghina masyarakat Orang Asli secara terang - terangan dan mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan. Orang macam ni ke yang nak diangkat jadi pemimpin dimasa akan datang? Alamat jahanam la Negara jawabnya!!!

Read more »

Thursday, October 18, 2012

Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2012, Pahang



KUANTAN - Selepas tamatnya Sukan Malaysia (SUKMA 2012) yang lalu, negeri Pahang sekali lagi bakal menjadi destinasi sukan apabila menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan kali ke 34.

Kejohanan kali ini disertai sebanyak 10 buah kumpulan termasuk dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut menghantar wakil.

Diantara pasukan - pasukan lain yang bakal berentap dalam kejohanan kali ini ialah Wilayah Persekutuan, Terengganu, Selangor, Perak, Perlis, Johor, Kedah, Melaka dan Pahang.

Kejohanan peringkat kebangsaan ini bermula pada 18 Oktober sehingga 21 Oktober di Stadium Majlis Sukan Pahang (SUKPA).

Berikut disertakan jadual bagi perlawanan hari ini:

Jadual Perlawanan bagi hari ini (18 Oktober 2012)

Read more »

PAS Terperdaya Dengan Perjanjian Syaitan


PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik.

Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sedi ada.

PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi.

Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti 'pressure cooker' ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk.

Hanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP.

Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik tidak disenangi oleh sesetengah tokoh dalam PAS.

Malah Menteri Besar Kelantan itu merasa tidak salahnya PAS bekerjasama dengan DAP walaupun secara jelas parti perkauman itu menentang pelaksanaan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan olehnya.

Bagaimanapun dalam pendiriannya mempertahankan DAP, Nik Aziz sebenarnya telah mengesahkan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa PAS adalah keldai tunggangan DAP.

Inilah yang berlaku dalam sebuah parti politik apabila pemimpin tidak lagi mendengar luahan hati nurani akar umbi tetapi tetap dengan sikap sombong bodoh yang akhirnya akan membawa kepada kerugian.

Walaupun bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah mendedahkan perihal agenda DAP untuk mengkristiankan negara ini apabila parti itu menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, suara beliau seolah-olah diketepikan.

Malah pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang menjadi golongan talibarut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam parti itu yang dipanggil 'Anwarinas' turut menghentam Nasharuddin.

Nik Aziz juga dengan lantas melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang.

DAP kini mahu menyaman Nasharuddin atas pendedahan rahsia besar DAP itu tetapi tidak kedengaran pun suara pimpinan PAS mempertahankan ahli parlimen Bachok itu.

Begitu juga nasib yang menimpa bekas Exco PAS Selangor, Hasan Ali yang dipecat daripada parti apabila beliau membangkitkan bahaya gerakan Kristian di negeri itu.

Dengan mempertahankan DAP adakah Nik Aziz menunjukkan toleransi tidak bertempat terhadap agenda kristianisasi DAP?

Sebagai tokoh agama yang dihormati oleh ahli PAS tidakkah sikap ganjil yang dipamerkan oleh Nik Aziz sebenarkan akan membawa kemusnahan kepada parti itu sendiri apabila peringkat akar umbi lambat laun akan memberontak?

Perjuangan politik PAS kini menjadi begitu teruk kerana kerenah Nik Aziz yang lebih mementingkan politik daripada agenda Islam.

Suara Abdul Hadi Awang sebagai presiden sudah tidak laku kerana PAS telah dikawal sepenuhnya oleh ideologi Nik Aziz.

Nik Aziz seolah-olahnya tidak pedulikan lagi maruah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sanggup menolak mentah-mentah permintaan Umno untuk bermuzakarah dalam semangat persaudaraan sesama Islam tetapi memilih untuk melihat titik persamaan dengan sebuah parti bukan Islam dan rasis pula.

Suara-suara bantahan sudah mula kedenganran dan semakin lantang apabila bekas ahli parlimen Baling, Dr Shahanon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.

Begitu juga Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengkritik Anwar yang berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme agama apabila tokoh ulama itu mengatakan tindakan Ketua Umum PKR itu bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal jelas menunjukkan beliau menolak kesesuaian Islam dalam pembentukan sebuah negara.

Islam diserang daripada pelbagai sudut namun PAS membiarkan perkara ini berlaku.

Nik Aziz mempertahankan Anwar walaupun beliau menyokong negara Zionis Israel dan memperlihatkan pegangan ideologi pluralisme agama yang nyata.

Nik Aziz berdiam diri apabila wartawan bertanya mengenai komen Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam berdemonstrasi membantah filem anti-Islam dalam twitternya.

Mengapa Nik Aziz begitu menikus apabila berdepan dengan DAP tetapi sanggup memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saudara seagamanya dalam Umno?

Adakah kedudukan DAP yang anti-Islam lebih mulia daripada ahli-ahli Umno yang sama-sama mempunyai pendirian serta prinsip agama dan berkongsi kalimah syahadat yang sama?

Read more »

Anwar Ibrahim Tertekan Dengan Rakyat Malaysia


Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh kebanggaan, kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim.

Malaysia berasa syukur kepada ALLAH SWT kerana usaha yang dimulakan dengan niat yang baik dan suci akan menghasilkan natijah yang baik jua.

Malaysia berasa insaf kerana negara akan menerima nasib yang sama sekiranya tidak berhati-hati terhadap segala usaha elemen subversif sekarang yang bermaharajalela di dalam masyarakat.

Bayangkan pimpinan MILF baru kini menyatakan hasrat supaya Malaysia membantunya membangunkan satu pembangunan tanah seperti skim Felda yang telah terlaksana sebelum merdeka lagi.

Negara yang huru hara, penuh dengan kacau bilau dan tidak ada kestabilan politik akan tidak berpeluang untuk menikmati kemajuan bagi rakyat apatah lagi mampu untuk mengecapi hasil titik peluh daripada usaha tersebut.

Malaysia berasa bangga kerana bak kata Perdana Menteri, negara ini adalah model dan ikutan kepada negara-negara lain di rantau ini bahkan di seluruh dunia kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju, stabil dan progresif.

Kata beliau yang sarat dan penuh bermakna terserlah apabila Datuk Seri Najib mengatakan mana mungkin Malaysia menjadi contoh yang baik jika ia sendiri bergolak dan terbelit dalam konflik yang berpanjangan.

Sesungguhnya perjanjian yang menamatkan konflik yang menelan lebih daripada 150,000 nyawa serta membawa bersama persengketaan tersebut kerugian yang tidak ternilai harganya adalah satu lagi bukti kejayaan Barisan Nasional membangun negara ini sejak merdeka ke tahap yang amat dibanggakan kini.

Malaysia adalah model kejayaan sebuah negara yang dahulunya berlandaskan kepada pertanian asas kepada negara perindustrian menuju dan seterusnya kepada negara berpendapatan tinggi.

Malangnya semua kejayaan ini akan terancam dan musnah sekiranya pembangkang mengambil alih kepimpinan negara.

Bukan sahaja pihak pembangkang merubah segala polis dan dasar yang baik bagi semua lapiran rakyat tetapi yang menjadi mangsa pertama adalah bangsa Melayu sendiri.

Jika pembangkang menang, jam kemajuan Malaysia akan dikebelakangkan lebih teruk daripada konflik kerajaan Filipina dan MILF kerana impak kerosakan dan kemusnahan institusi yang telah dibina kukuh selama lima dekad akan lebih dahsyat.

Kemusnahan dan kebinasaan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk fizikal tetapi kehancuran masa depan bangsa Melayu daripada bangsa yang cemerlang dan megah kepada bangsa yang menggemis di bumi sendiri.

Dasar pembangkang yang di bawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya seperti halwa telinga sedap didengar, manis disebut bibir dan terpesona dipandang.

Namun apabila dihalusi dengan pengamatan yang realistik dan keinsafan seperti cadangan bajet alternatif pembangkang akan membawa negara ke lembah kehancuran.

Janji pembangkang tidak ubah seperti kata pepatah pujangga Melayu yang mengatakan disangka intan rupanya kaca yang tidak bernilai.

PAS nampaknya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia  bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu tetapi Ketua Pembangkang sepi dengan komennya.

Mungkinkah Anwar kecewa kerana Datuk Seri Najib yang ditakdirkan penghargaan untuk menyaksikan perjanjian tersebut dan bukan dirinya?

Itulah akibatnya apabila niat di dalam hati tidak lurus dan ikhlas kerana Tuhan sentiasa menolong hambanya yang dizalimi dengan nikmat kemuliaan.

Malah Anwar bingung apabila dunia termasuk negara yang dicintainya, Amerika Syarikat memuji kepimpinan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib di atas kejayaan membawa keamanan di Nusantara.

Ini merupakan pukulan hebat kepada Anwar hingga menyebabkan mulutnya tidak dapat berkata-kata dan kepalanya tidak mampu mencari kata-kata untuk menyanggah penghargaan yang dilimpahkan seluruh dunia kepada Malaysia.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengejutkan dunia dengan pelbagai strategi pembangunan negara dan kebajikan rakyat yang unik dan innovatif.

Daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) hinggalah kepada pemberian wang tunai BR1M serta program KR1M, Klinik 1Malaysia, TR1MA, KADS1M dan lain-lain kemudahan untuk rakyat, dunia terpegun dan mengiktirafkan kemampuan Datuk Seri Najib menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa dikala negara-negara lain di dunia bergelut dengan pelbagai kemelut dan krisis ekonomi.

Inilah bezanya dengan retorik dan tin kosong Anwar dengan kesungguhan Perdana Menteri menjana kejayaan melalui perancangan dan usaha yang gigih.

Akhirnya rakyat akan memilih yang mana satu manikam dan yang mana satu kaca.

Read more »

Wednesday, October 17, 2012

Amanat Hj Hadi Menikam Diri


BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan apabila DAP Kedah sekali lagi menegaskan akan menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di negeri itu.

Sebenarnya, penentangan DAP terhadap sebarang usaha sedemikian bukanlah perkara baru sejak mereka menjalani kesepakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Di Selangor, sebelum ini kita juga menyaksikan bagaimana DAP menentang langkah Pas melalui Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu Exco Kerajaan Negeri untuk melarang jualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Malahan kita juga sudah mengetahui bagaimana kerasnya penentangan DAP melalui pemimpin-pemimpin kanannya terhadap perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud.

Tetapi malangnya Pas masih lagi mahu bekerjasama dengan DAP sehinggakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa parti itu akan meneruskan kerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Alasan Nik Abdul Aziz mudah iaitu Pas memerlukan sokongan undi bukan Islam dan kenyataan beliau disambut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang yakin kerjasama dengan DAP tidak akan merugikan parti itu pada masa depan malah strategi itu memberikan harapan ke arah kemenangan lebih besar.

Kedua-dua pemimpin itu sepakat bahawa Pas mahukan sokongan dan undi kaum Cina, justeru kerjasama dengan DAP perlu dipertahankan. Tambahan pula seperti mana kata Abdul Hadi, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP kerana beliau percaya kebangkitan Pas secara beransur-ansur adalah hasil usaha seumpama itu.

Berdasarkan kepada hujah Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz jelaslah, Pas kini berada dalam kedudukan yang terdesak untuk mendapat sokongan bukan Melayu.

Oleh itu mahu tidak mahu mereka terpaksa menjalin kerjasama dengan DAP dan berpakat dengan PKR biarpun perjuangan Islam Pas menjadi taruhan. Jika benar Pas masih mahu memperjuangkan Islam dan menegakkan hukum hudud, sudah pasti mereka akan meninggalkan DAP yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya akan menghalang cita-cita Pas itu.

Bayangkanlah, kalau hendak memasang papan iklan yang menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung pun ditentang oleh DAP seperti mana berlaku di Kedah, bagaimana dengan soal-soal pelaksanaan hukum Islam yang lebih besar? Apakah Pas akan berupaya untuk berhadapan dengan penentangan DAP itu, jika pakatan pembangkang menenangi pilihan raya umum akan datang?

Sebab itu kita ingin bertanya, apakah Pas boleh memberi jaminan bahawa Pas itu tidak akan berada kategori dalam apa yang pernah dilafazkan oleh Abdul Hadi pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Masih ingatkah amanat ini, ''Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.''

Persoalannya, apakah Pas begitu yakin bahawa DAP akan menyokong mereka untuk menghapuskan apa yang dianggap oleh Abdul Hadi Perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah itu?

Selain itu bagaimana pula dengan surah Ali Imran ayat 28 yang suatu ketika dulu 'diambil separuh-separuh' oleh pemimpin-pemimpin Pas untuk memburuk-burukkan kerjasama UMNO dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC.

Ketika itu, pemimpin Pas hanya mengambil ayat berkenaan separuh sahaja iaitu, ''Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun....,.

Sedangkan sambungan ayat itu seterusnya bermaksud, ''.... kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali".

Tetapi kini mungkin pemimpin-pemimpin Pas tidak akan mengulangi gelagat membaca surah berkenaan 'separuh-separuh' kerana mereka sudah 'berpeluk rapat ' dengan DAP dalam satu selimut, satu tilam dan berkongsi bantal biar pun mimpi-mimpi lain.

Pada masa ini, penulis percaya biar pun apa juga yang dilakukan oleh DAP terhadap Pas termasuk menentang keras perjuangan Islam, Pas tetap akan bertolak-ansur dan menerima dengan rela.

Pemimpin-pemimpin Pas yang membuat kenyataan kononnya mereka akan tetap melaksanakan hukum hudud dan meneruskan perjuangan Islam hanyalah retorik.

Sebenarnya, kenyataan bahawa Pas masih lagi dengan dasar dan perjuangan Islamnya adalah strategi politik parti itu untuk mengaut sokongan daripada umat Islam serta memastikan Pas tidak dilihat sudah tergelincir daripada hala tuju perjuangan asalnya.

Tetapi dalam masa yang sama, perjalanan politik Pas sejak bersahabat dengan DAP menunjukkan sejauh mana keberanian Pas untuk terus mempertahankan perjuangan Islamnya. Dan apa yang berlaku di Kedah sudah menjadi bukti bahawa DAP tidak akan berkompromi dalam soal Islam yang ingin diperjuangkan oleh Pas. Walaupun dari satu segi, Pas jauh lebih berwibawa dan berkemampuan daripada DAP, tetapi Pas bersedia menjadi bak kata pepatah 'melukut di tepi gantang' dalam pakatan semata-mata untuk memburu kuasa.

Sebab itulah Ahli Pas seumur hidup, Datuk Shahnon Ahmad menegaskan, sepatutnya, DAP perlukan Pas dan bukan sebaliknya. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin utama Pas sendiri tidak mahu menyebut perkara itu, sebaliknya lebih rela mempertegaskan bahawa Pas perlu DAP untuk meraih undi bukan Melayu khususnya orang Cina.

Pas ternyata sudah menunjukkan betapa mereka begitu kemaruk untuk berkuasa sehinggakan apa pun yang akan dilakukan oleh DAP, mereka akan terima dengan hati terbuka.

Dalam soal ini, penulis ingin menasihatkan kepada penyokong-penyokong Pas tidak usahlah mereka bermuram durja apatah lagi mahu memperotes terhadap kerjasama parti itu dengan DAP.

Semua itu hanya sia-sia, sebaliknya berikutan ketegasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dalam mempertahankan kerjasama dengan DAP, maka mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berkempen habis-habisan untuk DAP meraih sokongan orang Melayu.

Maklumlah itu sebagai 'timbal balik' kepada harapan pemimpin Pas untuk melihat DAP berkempen bagi parti itu dalam meraih sokongan masyarakat Cina.

Justeru mereka perlu menjadi ahli atau penyokong setia yang berpegang kepada prinsip 'kami dengar kami patuh' bagi memastikan kemenangan DAP, biar pun perjuangan Islam Pas - satu perjuangan yang menjadi tarikan utama mereka menyokong parti itu - selepas ini entah ke mana.

Read more »

share2