Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 30, 2012

ANU ARR PATUT BERTAUBAT




Oleh: Beruang Biru

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti uamt Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk  Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas.

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduandan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan.

"Kita dapat lihat sekarang, apabiala orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya.

Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW.

"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya.

Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut. 

"Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya.

"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut  (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya.

Read more »

Bajet Kosong Anwar Ibrahim


BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.

Mengimbas kembali, apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas, bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.

Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu, sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.

Lebih menarik, individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah.

Dengan bajet poket kosong 2013, mereka janji dan terus berjanji untuk membina jalan raya di Sabah sedangkan di negeri sendiri masih menunggu, mahu turunkan cukai kenderaan 20 peratus tetapi cukai pintu masih tergantung, serta pendidikan percuma dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sesuatu yang masih dinanti-nantikan pelajar negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Bagaimana pula janji-janji mereka di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mahupun Perak ketika mereka memegang kuasa dahulu? Mungkin kerana itu tema Hari Merdeka tahun ini begitu sensitif kepada sesetengah pihak.

Bantuan bagi pendidikan prasekolah, anak yang dihantar ke nurseri, menurunkan cukai pintu dan cukai premis perniagaan serta elaun ibu tunggal juga masih dinanti-nantikan.

Tidak cukup dengan itu, janji-janji 'berat' juga semakin bertambah seperti penurunan harga kereta, pemansuhan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN sedia ada, kononnya semua itu mampu ditampung kerajaan pembangkang, cukup dengan menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan sahaja.

Ini belum mengambil kira rancangan 'kurang cerdik' seperti mengurangkan bilangan kakitangan awam, terowong dasar laut Pulau Pinang, menurunkan harga minyak dalam 24 jam selepas menang PRU, meroboh tembok penjara jika pemimpin mereka dipenjarakan mahupun ada yang mengangkat komunis sebagai hero, menukar Jalur Gemilang dan sebagainya.

Yang nyata, setiap bajet bayangan yang menjanjikan bulan, bintang dan roket itu gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin semua yang dikatakan mampu dipenuhi.

Bagi rakyat biasa tentu sekali apa yang digula-gulakan itu sangat menarik, untuk lima saat, tetapi akal yang waras dan rasional tentu melihat banyak lompang dalam perancangan yang tidak berdiri atas realiti dan kemampuan sebenar pembangkang menunaikan janji mahupun kemampuan negara ini menampung bajet boros mereka itu kelak.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh, apa yang cuba dilakukan pembangkang sukar difahami kerana ia umpama bajet bunuh diri.

"Tidak masuk akal, itu yang mampu saya katakan. Selama ini saya bayangkan pembangkang di negara kita lebih bijak.

"Mereka seperti tidak berfikir, tiada rancangan sokongan dan tidak gantikan hasil yang hilang. Asas akaun pun tidak lulus kalau tidak boleh imbang antara tolak dan tambah," tegasnya.

Menurut beliau, bajet pembangkang itu juga tidak menceritakan bagaimana untuk menggantikan hasil hilang yang digunakan untuk menampung semua rancangan mereka menghapuskan kos perbelanjaan tertentu.

Walaupun bajet bayangan pembangkang itu dikatakan ada pelan mencari hasil, beliau tetap merasakan ia tidak mampu menampung apa yang cuba dilakukan mengikut moto Negara Berkebajikan mereka.

"Mereka nampaknya mengambil contoh elemen tertentu dari beberapa negara maju lain yang mempunyai sistem kebajikan sosial tetapi negara terbabit juga hanya mengamalkan sesetengah aspek yang disebutkan bajet pembangkang itu.

"Tiada satu kerajaan pun mampu melaksanakan kesemua elemen yang pembangkang sebut dalam bajet itu secara serentak seperti menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya, jika tidak negara itu boleh lumpuh," jelasnya.

Katanya lagi, bajet bayangan sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh satu ke dua tahun dan bukannya yang tidak masuk akal mahupun diganti dengan alasan tunaikan satu demi satu dahulu selepas mendapati janji itu sukar ditunaikan.

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Amir Baharuddin pula berpendapat, bajet yang dibentang pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangannya.

"Bajet eutopia ini macam main-main ditambah. Asas pun tak ada, hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula. Janji yang bukan-bukan, budak tingkatan enam pun boleh hasilkan bajet sebegini!

"Kalau nak lebih mudah, ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor-nombor sahaja. Ini bukan caranya. Untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja, berbincang dengan ramai pihak sebelum kumpul semuanya dalam satu belanjawan," tegasnya.

Beliau turut menempelak janji kononnya dengan menghapus atau mengurangkan cukai mereka masih boleh menguruskan sebuah kerajaan kerana ia jelas menipu rakyat dan itu belum melibatkan pembayaran hutang negara.

Tambahnya, untuk susutkan hutang negara juga mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya dalam satu belanjawan sahaja, jika tidak bajet kerajaan untuk tahun itu hanya untuk membayar pinjaman semata-mata.

Beliau memaklumkan pertumbuhan 4.5 peratus juga kini sukar dicapai melihatkan situasi global tetapi sasaran bajet pembangkang umpama satu usaha simplistik untuk mengelirukan rakyat.

"Dia (pembangkang) boleh janji apa saja tapi pelaksanaannya tentu 'sakit'. Perubahan kekal di bawah kuasa Perlembagaan dan Parlimen, mereka tidak boleh buat apa pun yang dibentangkan selagi tidak memegang kuasa.

"Mereka perlu ubah Perlembagaan untuk buat semua yang dijanjikan itu dan ini akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Jika tidak, mereka terpaksa akur juga kepada sistem sedia ada," jelasnya.

Beliau juga kesal dengan taktik pembangkang sekali lagi membentang satu bajet dengan poket kosong seperti tahun lepas, lebih-lebih lagi diumumkan lebih awal daripada bajet kerajaan.

Tambahnya, tindakan itu umpama satu bentuk hasutan yang mengganggu perjalanan proses kerajaan dipilih majoriti rakyat dan menyusahkan kerja Perdana Menteri.

Amir menegaskan, pembangkang sepatutnya menyokong apa yang ada kini dan ubah apa yang mereka mahu jika sudah berkuasa, agar apa yang mereka lakukan itu tidak dibalas setimpal kelak.

"Kalau dia perintah dan orang buat begitu, dia suka? Ini cara kebudak-budakan berjanji itu dan ini. Rakyat bukan sahaja kena fikirkan kenapa mereka bentang bajet bayangan malahan kenapa melangkaui pembentangan Perdana Menteri.

"Kalau agendanya baik dan betul, mereka tak bentang sekarang, patut tak bentang langsung sebaliknya akan bantu stabilkan negara," ujarnya.

Menurut beliau, secara individu memang pembangkang banyak duit tapi untuk perbelanjaan negara tentu mereka akan menggunakan hasil daripada cukai dan memerah keringat rakyat.

Tambahnya, jika pembangkang pamkan duit sendiri ke dalam tabung negara mahupun meminjam dengan orang kaya seperti George Soros sekalipun belum tentu ia akan mencukupi.

"Orang kaya seperti Soros pun tiada cita-cita nak biayai negara lain. Mungkin derma main-main beberapa juta sana sini tetapi payah untuk orang sepertinya beri pinjaman berbilion ringgit kepada negara seperti Malaysia.

"Oleh itu, rakyat perlulah berwaspada dengan perkembangan ini kerana orang yang cetak wang palsu pun sudah ramai, yang janji palsu lagi banyak," tegasnya.

Read more »

Saturday, September 29, 2012

Kekuasaan Cenderung Kepada Penyelewengan


DALAM beberapa kajian tentang sifat dan gaya kepimpinan, para pengkaji dalam pelbagai disiplin ilmu bersependapat bahawa seorang yang menampakkan keangkuhan dan kesombongan peribadi tidak boleh diterima baik secara majoriti oleh masyarakat.

Seseorang pemimpin yang angkuh dan sombong sentiasa mempamerkan peribadi yang bertentangan dengan norma umum kerana menganggap orang lain adalah salah manakala diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam mempertahankan keputusan yang dibuat, pemimpin yang angkuh dan sombong akan memberikan penjelasan, keputusan yang dibuat itu bukanlah isu yang besar kerana hal itu tidak melibatkan kepentingan umum.

Hal yang sama telah berlaku apabila masyarakat mula mempersoalkan siapakah yang menaja penyewaan jet peribadi yang digunakan oleh pemimpin pakatan pembangkang dalam lawatan mereka ke Labuan ketika seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia yang disifatkan bukan isu kerana tidak menggunakan wang rakyat atau pembayar cukai.

Lumrahnya, seseorang pemimpin yang berperwatakan angkuh dan sombong tidak bersedia menerima nasihat atau pandangan yang diberikan. Kalaupun ada yang memberikan pandangan, pandangan itu dianggap sebagai satu penjelasan yang bodoh dan penuh kenakalan. Pandangan bodoh dan nakal wajib disergah dan ditolak kerana dianggap tidak relevan.

Penolakan ataupun kecaman kepada pemberi nasihat itu menggambarkan emosinya yang tidak stabil dan tertekan. Dalam situasi itu, orang yang memberikan nasihat bukan sahaja diketepikan, ada ketikanya dituduh sebagai tidak menghormati prerogative dan hak eksklusif seorang pemimpin.

Orang yang merasakan dirinya betul dan orang lain salah paling dibenci oleh Allah SWT, kerana sikap itu amat bertentangan dengan hukum moral dan peraturan memimpin.

Seorang pemimpin, sama ada merupakan warisan, dilantik atau dipilih tidak boleh membebaskan dirinya daripada hukum moral dan norma kumpulan orang yang dipimpinnya, kerana dalam Islam tidak ada konsep pemimpin berkuasa mutlak. Pemimpin adalah golongan yang diamanahkan untuk membawa kebaikan kepada golongan yang dipimpin, dan kerana itulah dia tidak boleh bebas daripada ikatan adat, agama dan peraturan berorganisasi.

Seorang pemimpin yang menghormati kuasa atas kepentingan rakyat sentiasa memandu rakyat untuk hidup dalam suasana aman, harmoni dan persekitaran yang selamat. Ia bukan di sebaliknya, hanya mencari jalan selamat untuk diri sendiri manakala rakyat yang ramai dibiarkan berada dalam kesulitan, kesempitan dan kesengsaraan.

Bersandarkan nilai agama, seorang pemimpin adalah sebagai pentadbir. Seorang pentadbir mestilah sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dan mempraktikkan makna amanah. Ini bermakna, seorang pemimpin yang baik bersedia menerima dan mendengar nasihat.

Seperti dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Semasa dipilih menggantikan Khalifah Abu Bakar as-Siddik, beliau memberikan pesanan yang amat besar ertinya dalam usahanya untuk memimpin umat Islam.

Bagi Khalifah Umar al-Khattab, seandainya apa yang dilakukan sepanjang kepimpinannya membawa kepada kemaslahatan ummah, ia wajib ditaati tetapi apabila dilaksanakan secara buruk, rakyat berhak untuk menghukumnya dengan pedang. Itu adalah janji pertama yang dibuat oleh Khalifah Umar al-Khattab.

Bagaimanapun, ramai pemimpin Islam ketika ini tidak bersedia untuk menerima hukuman daripada orang yang dipimpinnya, sebaliknya terus mempertahankan kesombongan diri dengan tidak memberikan pengakuan yang jujur kerana mahukan kedudukan yang lebih tinggi.

Adakalanya, pemimpin tersebut sanggup mereka-rekakan alasan untuk membenarkan tindakannya, walaupun alasan itu bukanlah sesuatu yang boleh meredakan rakyat kebanyakan. Akibatnya pemimpin berkenaan semakin tidak dipercayai.

Apabila tindakannya semakin kurang disenangi, sokongan semakin menggelongsong, maka dipersalahkan orang lain konon mengamalkan kaedah politik keji untuk menjatuhkan imej dan membunuh peribadinya. Dalam masa yang sama, rakyat terus menyaksikan pemimpin tersebut semakin ghairah melakukan tindakan semberono kerana semakin terdesak, masa semakin singkat dan di hadapan sedang menanti satu pertarungan yang lebih besar, pertarungan untuk berkuasa.

Fungsi dan kepentingan nasihat adalah penting dalam sesuatu kaedah pentadbiran. Islam mengajar kaedah yang baik dalam usaha memberikan nasihat kepada pemimpin. Nasihat hendaklah dilaksanakan secara berhemah, dan bukannya melempiaskan rasa terkilan itu dengan cara biadab, turun ke jalan raya memberontak dan melancarkan serangan kepada pemimpin.

Secara umumnya pemilihan seseorang pemimpin rakyat berlaku dalam dua situasi. Pertama, rakyat memilih pemimpin berdasarkan peribadi dan ciri kepimpinan yang ada dalam dirinya. Kedua, rakyat dipaksa secara halus memilih pemimpin berdasarkan percubaan mempamerkan kehebatan, kekayaan, kepintaran dan lakonan hebat seseorang kerana dialah yang paling baik dan bijaksana.

Pemimpin yang dipilih berdasarkan kategori pertama akan menjunjung tanggungjawab kerana ia adalah amanah yang wajib dilaksanakan dan bersedia menerima nasihat daripada orang bawahannya. Pemimpin yang berlakon hebat dan bijaksana, tidak boleh menerima kritikan dan nasihat daripada orang bawahannya. Setiap kritik dan nasihat dinilai mempunyai hubungan yang rapat dengan kaedah memburuk-burukkan peribadinya.

Pemimpin yang dipilih berdasarkan situasi kedua tidak boleh menerima kekalahan. Kekalahan dinilai sebagai sabotaj ataupun percubaan mengkhianati dan adanya tangan-tangan ghaib mengganggu kelancaran proses pemilihan. Ini kerana pemimpin itu secara terang-terangan berusaha 'mengangkat bakulnya sendiri' walaupun apa yang diisi dalam bakul itu adalah sampah dan bahan yang tidak berguna bagi menampakkan dirinya hebat, cekap dan mempunyai keupayaan yang besar.

Pemimpin yang meminta-minta untuk dipilih dan suka menonjolkan diri pada awalnya akan mudah berubah peribadi dan sikapnya selepas memperoleh kuasa. Kebiasaannya pemimpin sedemikian mudah hilang janjinya, rakyat yang memilihnya dianggap tidak lagi penting. Rakyat wajib mematuhinya walaupun apa yang dilakukan itu salah dan tidak wajar.

Petandanya sudah pun berlaku, belum pun memperoleh kuasa yang besar, bercadang untuk tukarkan kesemuanya, termasuk bendera negara, undang-undang dan dasar.

Pemimpin sedemikian mudah bertukar, daripada seorang yang merendah diri kepada seorang yang sombong dan angkuh. Daripada seorang yang mudah dan mesra menjadi seorang yang gilakan penghormatan dan pujian. Tidak boleh menerima berita yang tidak menggembirakan.

Orang di sekelilingnya menjadi semakin tidak jujur, setiap kali bertemu akan menyembunyikan keburukan, kerana keburukan itu didakwa sebagai rekaan dan boleh menyebabkan penyampainya disingkir atau dihina. Suasana itu terus berjalan dalam kebohongan dan kepura-puraan.


Realitinya, pemimpin semakin banyak menipu manakala orang yang berada di sekelilingnya terus mempertahankan penipuan itu, kerana pembohongan akan dilihat seolah-olah benar dan betul apabila terlalu kerap diulang-ulangkan.

Pemimpin bersifat seperti ini sebenarnya berada di bawah pengaruh material keduniaan bersulamkan kekuasaan yang ada di tangannya. Pengaruh itu menyerap masuk ke dalam diri untuk dimanfaatkan secara boros dan tidak terbatas.

Kecenderungan, amalan itu menjadi daya kekuatan untuk digunakan demi kepentingan peribadi sahaja. Soal semangat serta roh spiritual diketepikan secara mudah dan penuh kedangkalan.

Dalam memerihalkan pemimpin yang bersifat sombong, suka mempamerkan kemewahan, ada orang yang sanggup menaja kemewahan sama ada dalam menyediakan kenderaan, kediaman dan tempat perjumpaan, Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Read more »

Janji Kerajaan Bukan Retorik


Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat supaya menghakimi hasil kerja dan rekod kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini yang terbukti bukan retorik.

Meski akur bahawa kerajaan BN tidak bebas daripada kesilapan, namun Perdana Menteri berkata, apa yang membezakan kerajaan BN dan pembangkang ialah sikap tawaduk untuk mengakui kesilapan.

Tegas beliau, sebaliknya pembangkang sentiasa mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.

''Pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka. Kerana mereka bukannya tidak dikenali rakyat. Malah ada kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri, mereka juga mengepalai kerajaan.

''Kalau hari ini mereka menjanji itu ini, rakyat harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan? Hakikatnya jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya apabila diberi kuasa sekarang?'' soal beliau.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.

Menyentuh hal sama, Najib turut melontarkan persoalan berikut : ''Bukankah apabila berdepan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya? Jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka (pembangkang), apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji. Mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?''

Hal itu, ujarnya, berbeza dengan kerajaan BN yang apabila berjanji ia akan ditepati.

Bahkan katanya, sebelum melaungkan janji, kerajaan BN bersikap bertanggungjawab dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau sebaliknya.

''Bukannya mengambil sikap asal menang, segala-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah kemana. Kata Plato : 'The measure of a man is what he does with power'. Justeru, hari ini kita dapati, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa, sanggup menggadai segalanya serta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa.

''Kerajaan BN, dibimbing prinsip 'fastabiqul khairat' iaitu berlumba-lumba melakukan kebaikan. Sedangkan pegangan puak sana (pembangkang) tampaknya 'fastabiqul fasad' iaitu berlumba-lumba membuat onar kerosakan,'' katanya.

Beliau berkata, hakikatnya kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional berbanding pihak lain yang ingin menjadi kerajaan merintis kekuatan melalui konflik serta kebencian.

Ujar Najib, kerajaan sedar wujudnya pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan.

Secara berlapang dada katanya, dalam sebuah negara yang demokratik, pihak tersebut juga mempunyai hak untuk menawar diri tetapi pada akhirnya rakyat akan menentukan siapa bakal mendapat mandat melalui peti undi.

''Kini masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka. Persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan adakah hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi?

''Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambah baik apa yang ada,'' katanya.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat untuk bersama kerajaan dalam mengembangkan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh dibanggakan.

''Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap.

''Sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah kegawatan global,'' jelasnya.

Read more »

Bajet 2013 Mengurangkan beban Rakyat


Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu setengah bulan gaji manakala pesara pula RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala selebihnya pada Januari depan.

Katanya, setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri lalu.

Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji," katanya dalam pembentangan Bajet 2013 semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga bagi menghadapi musim persekolahan pada awal Januari depan.

Najib turut mengumumkan bakal-bakal haji yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi menampung kekurangan kos tambang.

Katanya, inisiatif itu terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

Selain itu Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Perdana Menteri berkata, pemberian sebanyak RM250 menerusi bantuan dikenali BR1M 2.0 itu mula dibayar awal tahun depan.

Kriteria penerima masih sama iaitu ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Menurut beliau, bantuan itu akan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

"Penerima BR1M tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru pula perlu mendaftar mulai November 2012 secara dalam talian atau kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara," katanya lagi.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, membabitkan peruntukan hampir RM2.16 bilion.

Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Read more »

Friday, September 28, 2012

Gambaran Sokongan Mahasiswa


KEPUTUSAN pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 minggu ini menunjukkan dominasi kumpulan proaspirasi yang memenangi 17 daripada 20 perwakilan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Jumlah itu melibatkan kemenangan besar di 13 kampus IPTA, kemenangan calon individu yang cenderung kepada proaspirasi di empat kampus dan hanya kalah kepada kumpulan promahasiswa di satu kampus.

Dua kubu kuat promahasiswa yang diselubungi khabar angin akan tumpas terpaksa melalui pemilihan semula, satu daripadanya atas masalah teknikal sementara satu lagi bergantung kepada dua kerusi yang seri untuk menentukan kemenangan tipis kepada promahasiswa atau proaspirasi.

Secara rasminya, kumpulan proaspirasi mahupun promahasiswa tidak mewakili senario politik kepartian negara tetapi bagi warga kampus dan rakyat Malaysia secara umumnya, telah lama melabelkan kedua-duanya mewakili kumpulan prokerajaan atau propembangkang.

Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir, pilihan raya kampus kali ini menarik perhatian ramai bagi melihat kecenderungan muda-mudi yang dikatakan bakal menentukan pemimpin dan hala tuju negara selepas 2013.

Seperti mana dalam sebuah PRU, kemenangan satu pihak mengatasi lawannya dalam pilihan raya kampus bukan sahaja menunjukkan sokongan pengundi muda malahan menggambarkan penolakan terhadap pihak lawan yang kalah.

Walaupun tiada hubungan rasmi calon MPP dengan kumpulan tertentu di luar kampus, persepsi warga IPTA terhadap calon terbabit akan tercalit sama dengan pandangan mereka terhadap kumpulan politik di luar, terutamanya melihatkan taktik berkempen dan isu yang dibangkitkan.

Secara keseluruhan, proses berkempen dan pengundian pada pemilihan kali ini dilihat berjalan dengan lancar dan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya, menggambarkan para mahasiswa yang semakin matang.

Hanya beberapa kejadian dikesan mencemar suasana pilihan raya kampus seperti seorang pelajar mendakwa dipukul dan surat layang menggunakan nama Perdana Menteri yang disyaki taktik pihak tertentu mempengaruhi sentimen warga IPTA.

Bagaimanapun, kebanyakan calon MPP kali ini bertindak sebagai cendekiawan muda dan lebih fokus kepada isu dalaman IPTA serta kebajikan pelajar berbanding retorik berkaitan agenda mahupun politik kepartian di luar kampus.

Lebih membanggakan, ramai antara calon muda ini juga menyahut seruan tidak membawa politik kepartian ke dalam kampus agar MPP di setiap IPTA dapat memberi fokus kepada isu-isu pelajar tanpa campur tangan pihak luar.

Ini termasuk menyekat ketaksuban warga IPTA kepada mana-mana pergerakan politik sehingga mengabaikan tugas serta menyalahguna platform untuk memperjuangkan kebajikan para pelajar.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, keputusan pilihan raya kampus kali ini menunjukkan trend kematangan di kalangan mahasiswa yang kebanyakannya telah sedar dan memahami realiti negara.

"Mereka nampaknya sudah tahu dan faham tanggungjawab diri sendiri selaku pelapis serta implikasi buruk kepada negara jika bertindak tanpa berfikir secara waras.

"Kemenangan besar kepada kumpulan proaspirasi juga menunjukkan adanya kecenderungan orang muda menyokong kerajaan dan menolak pembangkang," katanya.

Walaupun ada pihak yang menyarankan kumpulan mahasiswa tidak diberikan label, beliau merasakan semuanya perlu bergantung kepada suasana dan realiti semasa.

Tegasnya, golongan pelajar sendiri yang melabelkan diri sendiri apabila mahu mahasiswa dibenarkan berpolitik dan memegang jawatan politik di luar kampus sehingga memaksa kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Suka atau tidak, pelajar-pelajar ini cenderung untuk menunjukkan sokongan dan mahu dibenarkan menyokong parti politik tertentu. Dahulu tidak jelas tetapi sekarang label kumpulan tertentu ini adalah jelas.

"Walaupun ada buruk baiknya, realiti semasa memerlukan adanya label tersebut kerana mahasiswa perlu membuat keputusan yang jelas. Dengan menyokong proaspirasi, boleh diumpamakan mereka menyokong kerajaan," ujarnya.

Walaupun bersetuju politik kepartian dihalang daripada mengganggu mahasiswa yang sepatutnya fokus kepada pelajaran, beliau berharap semua pihak menerima realiti label tertentu asalkan politik luar tidak dibawa ke dalam kampus.

Menurut Ibrahim, walaupun kumpulan promahasiswa dilihat lebih vokal, berani dan agresif, keputusan pemilihan menunjukkan kumpulan majoriti yang senyap selama ini tetap menyokong kumpulan proaspirasi dan kerajaan.

"Trend tersebut berkait rapat dengan kejayaan program transformasi oleh Perdana Menteri yang memilih cara terbuka dan telus terutamanya dengan generasi muda dan pelajar.

"Perdana Menteri juga kerap turun padang dan menggunakan media baru dalam memahami kehendak rakyat. Pendekatan ini membolehkan orang muda dan pelajar berfikir dengan lebih baik dan matang," jelasnya.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah pula berpendapat apa yang berlaku dalam pilihan raya kampus tahun ini merupakan satu manifestasi kepada apa yang akan berlaku pada PRU13.

"Kita lihat kemenangan besar proaspirasi menunjukkan isyarat jelas iaitu anak-anak muda kini kembali memberikan keyakinan kepada kepimpinan negara dengan mempertaruhkan masa depan dan kebajikan mereka kepada calon yang mendokong aspirasi universiti dan kerajaan.

"Ini menunjukkan apa yang Perdana Menteri lakukan selama ini memberi kesan mendalam dan keterbukaan beliau telah menjamin lakaran harapan orang muda akan tercapai," katanya.

Beliau juga yakin momentum pilihan raya kampus itu akan berterusan di luar apabila masyarakat melihat golongan berilmu di kampus juga menyokong kerajaan.

Jelasnya, sebanyak 85 peratus daripada sekitar 620 kerusi yang dipertandingkan tahun ini dimenangi calon proaspirasi dan itu menunjukkan warga IPTA mahu mengekalkan keadilan semulajadi bagi memboleh mahasiswa duduk belajar dan bukannya ditarik menyertai rusuhan jalanan.

"Ini adalah petunjuk jelas modus operandi pembangkang ditolak mahasiswa IPTA yang lebih mengutamakan belajar di kelas dan menimba ilmu di perpustakaan.

"Para pelajar mempunyai impian masa depan masing-masing. Mereka sudah bijak memilih selepas menilai apa yang Perdana Menteri laksanakan selama ini seterusnya memilih calon yang menjaga kepentingan mereka," ujarnya.

Beliau juga berbangga calon-calon proaspirasi menunjukkan kematangan dalam memenangi hati mahasiswa melalui kaedah kempen yang lebih tersusun dan jelas.

Mohd. Shahar bagaimanapun sekali lagi mengingatkan semua warga IPTA agar tidak membawa masuk politik kepartian ke dalam kampus walaupun mereka sudah boleh berpolitik di luar.

"Selepas selesai pilihan raya kampus, saya berharap semua calon yang menang tunaikan manifesto masing-masing, tunaikan janji dan buat kerja bersungguh-sungguh dalam satu tahun berikutnya tanpa mengira proaspirasi mahupun promahasiswa.

"Selain itu, jangan lupa menilai kemampuan diri dalam persatuan dan sebagai pelajar, seterusnya beringat agar membawa suara akar umbi di perwakilan kebangsaan dan bukannya suara 'orang lain'," tegasnya.

Beliau turut menasihatkan para perwakilan bersedia berinteraksi dengan isu antarabangsa kerana mereka juga bakal menjadi duta negara yang akan membawa imej Malaysia di mata dunia.

Read more »

Bajet 2013 Bajet Rakyat


BAJET 2013 yang akan dibentang petang ini tetap menarik perhatian semua lapisan masyarakat. Bajet 2013 harus mengandungi cadangan-cadangan menangani kos hidup tinggi dan pelbagai cabaran ekonomi lain.

Bajet berkenaan bukan sahaja perlu memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah malah perlu juga melindungi mereka yang membentuk kelas menengah.

Sebilangan besar daripada mereka yang tergolong di dalam kelas pertengahan ialah pekerja bergaji yang membayar cukai pendapatan tetapi berasa ketinggalan kerana tidak mendapat manfaat yang ketara daripada belanjawan pada setiap tahun.

Ramai daripada kalangan yang berpendapatan pertengahan ialah penghuni bandar yang juga terjejas oleh kos kehidupan yang semakin meningkat. Walaupun pelarasan gaji telah di laksanakan namun ia tidak membantu mereka menangani kos sara hidup yang tinggi serta untuk menghadapi tekanan hidup di dalam persekitaran bandar.

Bajet 2013 diamati dengan penuh harapan bahawa rakyat Malaysia boleh diberi tahu bagaimana mereka boleh dibantu terutamanya apabila berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Rakyat Malaysia menaruh harapan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu mereka dengan apa cara yang boleh demi mengurangkan beban hidup mereka untuk membangun keluarga serta membesarkan anak-anak.

Pekerja dari kedua-dua sektor awam dan swasta sangat mengharapkan pelepasan cukai yang tinggi bagi pembayar cukai individu, isteri mereka dan anak-anak di dalam bajet yang akan di bentangkan nanti.

Dalam hal ini, Menteri Kewangan harus mempertimbangkan secara serius perkara-perkara seperti berikut:

l Pelepasan cukai pendapatan peribadi perlu dinaikkan dari RM9,000 kepada RM12,000.

l Pelepasan pasangan harus dinaikkan kepada RM6,000 manakala tanggungan terhadap anak-anak harus ditingkatkan dari RM1,000 kepada RM3,000.

l Buat masa ini anak boleh menuntut jumlah pelepasan cukai sebanyak RM5,000 jika mereka menanggung perbelanjaan perubatan ibu bapa mereka. Adalah dicadangkan pelepasan cukai di naikkan dari RM5,000 ke RM6,000 berkaitan tuntutan perubatan yang berkenaan.

l Bantuan untuk anak-kanak yang sedang menuntut di universiti harus ditingkatkan dari RM4,000 ke RM8,000 untuk menampung kos pendidikan yang tinggi.

Peluang pekerjaan kepada bekas penagih dadah harus digalakkan untuk membantu mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Untuk membantu membuka peluang pekerjaan kepada bekas penagih dadah, syarikat yang menggaji bekas penagih dadah yang telah dipulihkan harus diberi potongan berganda terhadap gaji yang dibayar.

Ini akan membuka laluan untuk mengintegrasikan bekas penagih untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan membantu mengurangkan jenayah.

Read more »

Kemewahan Pemimpin PR


MANA-MANA pemimpin yang menunjuk cara kehidupan mewah yang keterlaluan sama ada pembangkang atau kerajaan boleh menimbulkan rasa muak rakyat.

Rakyat akan membuat kesimpulan tersendiri apa yang mereka lihat.

Faktor paling besar yang merentasi pemikiran rakyat adalah persepsi. Persepsi tak semestinya benar dan tak semestinya salah. Tetapi apa yang dipercayai oleh rakyat.

Seorang penulis, Stan Moore menukilkan: "Hanya kerana kebenaran tidak kelihatan, tidak bermakna hal itu palsu. Hanya kerana kenyataan tidak dirasai, tidak bermakna perkara itu tidak wujud".

Ini maknanya persepsi. Tetapi apa yang rakyat melihat dan mendengar itulah yang dicakapkan. Jadi, persepsi harus ditangani dengan cermat dan bijaksana oleh sesuatu pihak yang ingin menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Namun bagi Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang dikenali lebih cenderung melihat sesuatu itu dari luar kotak fikiran biasa memberitahu kami bahawa kadang-kadang pandangan rakyat tidak semestinya betul. Rakyat, katanya, boleh menyebabkan ada kalanya para pemimpin terpaksa hidup berpura-pura.

"Sebab penghakiman rakyat tak semestinya benar. Rakyat kadang-kadang suka melihat pemimpin naik kereta buruk, itu dianggap sebagai merendah diri. Sedangkan itu sebenarnya bukan realiti yang sepatutnya ada pada seseorang pemimpin.

"Seorang pemimpin harus mempunyai kereta yang baik, harus sampai cepat pada sesuatu tempat, harus diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu kerana dia perlu hadir pada banyak tempat dalam masa yang terhad dan perlu berjumpa dengan banyak rakyat.

"Rakyat harus memberi kelonggaran kepada pemimpin kerana dia punya tugas-tugas yang lain," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di Bukit Perdana, Kuala Lumpur semalam.

Namun, Fuad mengingatkan jikalau pemimpin itu berlebih-lebihan dan tidak sederhana pun, rakyat tidak boleh menerima juga.

"Kita harus melihat terutama kelayakan yang ada pada seseorang pemimpin. Kalau dia seorang PM (Perdana Menteri), yang sememangnya menjalankan tugas berjumpa dengan rakyat sebanyak mungkin atas kapasiti yang sah di sisi undang-undang selain kelayakan yang ada pada dia, maka itu harus didengarkan.

"Oleh kerana itu kelayakan dia dan tidak boleh nak dibezakan bahawa majlis itu adalah majlis parti atau kerajaan, kadang-kadang dia ada sebabnya.Tugas-tugas rasmi PM harus diraikan serta dibenarkan menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya kerana dia terpaksa berjumpa dengan sebanyak mungkin rakyat dalam masa yang terhad. Dia ada kelayakan yang sah.

"Tetapi kalau pemimpin tertentu yang menggunakan jet dalam saat dia tidak punya kelayakan dan dia punya banyak masa untuk berjumpa dengan rakyat, maka ini merupakan sesuatu yang menggambarkan sikap cetusan kemewahan ataupun nikmat kemewahan yang ingin dirasakan yang sudah dilihat oleh rakyat," kata beliau.

Fuad menarik perhatian bahawa ada insiden yang belum terlihat lagi atau didengari oleh rakyat. Banyak kes di mana pemimpin berpura-pura di depan rakyat tapi di belakang rakyat buat cerita lain. Contohnya, ada pemimpin yang duduk kelas ekonomi dalam negara tetapi apabila keluar negara, terus naik kelas pertama penerbangan.

"Ini menunjukkan apa? Dia nak mencipta imej supaya dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin rakyat. Bagi saya, ini suatu keadaan berpura-pura. Apa yang sepatutnya ialah pemimpin menggunakan apa yang dibenarkan. Itulah yang terbaik. Pemimpin tidak harus berpura-pura selagi dia dalam lingkungan kelayakan yang dibenarkan," katanya.

Bagi beliau, pemimpin terbaik ialah yang sentiasa bersederhana. Hidup dalam bidang kelayakan mereka sendiri.

"Kalau mereka layak pandu Mercedes, mereka harus dibenarkan. Itu kelayakan dia dan tiada siapa yang patut timbulkan rungutan dan dia sepatutnya begitu.Bukan sahaja pemimpin, rakyat yang layak pandu Mercedes pun patut guna. Kenapa kita harus menyamaratakan semua? Itu bukan pandangan Islam. Itu pandangan golongan kiri, sosiolis dan sebagainya. Semua mesti sama," katanya.

Yang penting, kata beliau, seseorang pemimpin mesti sentiasa menjaga imej, peribadi, serta tanggapan rakyat pada dirinya sendiri. Meningkatkan imej dan ikhlas dengan kehidupan diri kerana dia adalah pemimpin yang dilihat untuk menjaga negara.

"Rakyat perlu dididik untuk melihat sesuatu mengikut kesahihan dan kelayakan," katanya.

Fuad bagaimanapun mengingatkan bahawa kajian pihaknya menunjukkan imej parti UMNO tidak berada dalam keadaan yang baik pada pandangan mata rakyat.

"Apa sebab? Hal demikian ini kerana imej UMNO itu diserang bertubi-tubi oleh pihak pembangkang dalam isu kecil atau besar melibatkan politik, ekonomi, peribadi dan sosial - yang kesemuanya dilonggokkan kepada UMNO.

"Sama ada hal itu isu UMNO atau bukan UMNO, dilonggokkan dalam media sosial dan media cetak oleh pembangkang. Dalam ucapan ceramah pembangkang, semuanya 'dikambing hitamkan' kepada UMNO menyebabkan imej parti pemerintah cukup buruk," kata beliau.

Cuma, kata beliau, sebahagian orang UMNO mengambil sikap tidak menjawab. Atau, menjawab dan mengambil sikap secara defensif.

Sedangkan dalam strategi politik apa yang harus dilakukan pihak UMNO ialah parti itu harus menyerang pihak yang menyerangnya. Namun, oleh kerana rekod UMNO yang telah lama memerintah, sudah tentu banyak cerita lama yang memudahkan untuk diserang daripada parti baru yang memerintah yang belum panjang track recordnya.

"Tetapi sebenarnya UMNO masih boleh menyerang sebab apa yang dinamakan 'parti baru' itu terdiri daripada individu-individu lama yang punya track record tersendiri.

"Rekod peribadi sama ada dalam parti yang baru atau parti lama patut diambil kesempatan untuk dijelaskan oleh UMNO. Tetapi ia kurang diambil kesempatan oleh pekerja parti yang memerintah," katanya.

Namun, kata Fuad, imej Perdana Mentei adalah lebih baik berbanding imej UMNO.

"Hal ini demikian kerana imej Datuk Seri Najib sudah diterima umum oleh rakyat berbilang kaum. Dan banyak kajian menunjukkan secara berbanding, ada semacam satu jurang antara imej Najib dengan UMNO. Secara individu, beliau bekerja kuat untuk membentuk imejnya sendiri, memperbaiki imejnya di kalangan orang muda, memperbaiki caranya untuk bergaul orang muda, membuat 'tweet' dan bergaya sporting macam orang muda.

"Beliau bekerja bersungguh-sungguh sebagai seorang yang mempunyai visi dan kreativiti dalam menguruskan negara, menunjukkan kesungguhannya untuk berjumpa dengan semua kaum dan kumpulan masyarakat kita hari ini. Menunjukkan bahawa boleh dilakukan usaha pemulihan imej sekiranya ada langkah-langkah teratur untuk memperbaiki imej seseorang pemimpin itu sendiri," kata beliau.

Apa pun, pemimpin UMNO di peringkat bawah, iaitu peringkat lapisan kedua harus mengambil langkah sama dengan memulihkan imej ini dengan membalas balik serangan yang dilakukan pihak tertentu terhadap UMNO.

Imej UMNO sekarang adalah baik tetapi boleh dipulihkan lagi dengan cara-cara tertentu.

Isu-isu yang bersifat peribadi harus dijawab oleh tuan punya badan sendiri sama ada benar atau tidak sebelum dia dibantu oleh orang lain. Jawab juga sama ada isu rasuah, skandal atau orang kaya berlagak sombong. Dia harus menjawab mengubah cara dan membetulkan supaya dapat dilihat oleh rakyat sebelum orang lain membantu. Sebab itu persepsi perlu dijawab. Bukan semua persepsi salah.

Read more »

Thursday, September 27, 2012

Kemunculan 'Islamist Democrats' Pas


ISU penguasaan golongan Anwarinas di dalam Pas sememangnya menjadi perbualan hangat dalam arena politik negara. Kewujudan kumpulan ini dikatakan telah mengubah struktur landasan perjuangan politik parti itu yang selama ini mempengaruhi pemikiran orang Melayu dengan slogan, simbol, laungan dan perjuangan Islamnya.


Malahan kumpulan Anwarinas ini dikatakan semakin mencengkam penguasaan politik mereka, apabila Pas dalam usaha meraih kuasa, mengejar impian menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan memburu mimpi indah menggantikan UMNO bersedia menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Impian Pas untuk dilihat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan PKR dan DAP dalam satu gabungan yang dikenali dengan Pakatan Rakyat tidak tercapai.

Istilah tahaluf siyasi yang dicanangkan oleh Pas bagi menghalalkan persahabatan dengan kedua-dua parti itu hakikatnya dilihat lebih banyak membawa kerugian kepada Pas.

Perjuangan negara Islam semakin ditinggalkan dan golongan ulama yang menjadi pengasas serta simbol kekuatan Pas selama ini semakin terpinggir. Apa yang lebih malang, dalam usaha menjaga persahabatan dengan PKR dan DAP, Pas dilihat sedia menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kedua-dua parti berkenaan.

Malahan kadang kala pemimpin-pemimpin Pas dilihat hilang keberanian untuk menyanggah kenyataan atau tindakan pemimpin PKR dan DAP biar pun kebanyakannya bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan Pas.

Kalau pun ada yang bersuara hanya golongan ulama, namun ia tidak ke mana kerana cengkaman puak Anwarinas dikatakan cukup hebat, malahan satu sumber memberitahu penulis, sudah ada pemimpin Pas bertaraf ulama yang sudah dpengaruhi oleh golongan Anwarinas ini.

Dalam memperkatakan soal cengkaman Anwarinas ini, maka tulisan Ahli Majlis Penyelidikan, Dewan Ulama Pas pusat, Ahmad Mouyideen Hasyim di dalam laman web ulamak.pas.org.my pada 22 September lalu amat menarik untuk dikaji. Ini kerana beliau mendedahkan pula bagaimana wujud satu kumpulan baru dalam Pas yang menggelarkan diri mereka Islamist Democrats' .

''Jelaslah, golongan ini menggunakan istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam Pas. Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam," tulis Ahmad Mouhyideen.

Apa yang menarik, beliau turut menulis, ''Daripada istilah Islamist yang membawa maksud pejuang demokrasi yang Islamik, kita dapat fahami bahawa asas perjuangan golongan ini adalah demokrasi dan Islam hanyalah sifat kepada perjuangan tersebut.

"Penekanannya adalah kepada demokrasi sementara Islam hanya untuk memperincikan lagi siri demokrasi tersebut. Dari sudut ini, golongan ini telah membuat kesilapan yang sangat besar.

"Secara tidak sengaja, ia telah menukar penekanan daripada perjuangan Islam kepada perjuangan demokrasi. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri Islamik menjadi hanya salah satu ciri sahaja kepada Pejuang Demokrasi."

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah golongan Islamist Democrats ini sudah melebarkan pengaruh mereka di dalam Pas tetapi apa yang pasti ciri-ciri golongan ini jika tulisan Ahmad Mouhyideen dirujuk tidak ada bezanya dengan golongan Anwarinas.

Ia memandangkan beliau menekankan, ''Justeru, tidak peliklah mereka mengelak daripada memperjuangkan dasar Pas yang amat jelas dan syumul. Mereka mengesa agar Pas tidak menimbulkan isu hudud kerana perbincangan dan perdebatan isu ini pada pandangan mereka membawa kesan yang negatif."

Mungkin ramai pemimpin Pas terutamanya golongan pro-Anwarinas akan berasa tidak selesa dengan tulisan Ahmad Mouhyideen namun jika dikaji secara mendalam beliau secara ikhlas ingin memberi peringatan kepada penyokong-penyokong parti itu mengenai wujudnya satu kelompok yang boleh menggugat dasar perjuangan Pas.

Mereka perlu faham imej parti itu semakin merudum dan keyakinan orang Islam bahawa Pas akan meneruskan perjuangan Islam semakin terhakis. Ini memandangkan orang Melayu percaya bahawa Pas kini bukanlah lagi dikuasai oleh golongan ulama yang akan mampu mempertahankan perjuangan parti tersebut.

Oleh itu, 'pendedahan' Ahmad Mouhyideen ini boleh dianggap satu lagi peringatan bagaimana Pas kini semakin berceramuk dengan usaha puak-puak tertentu untuk menguasai parti berkenaan demi mencapai cita-cita politik mereka.

Dalam soal ini, golongan ulama seharusnya menyedari bahawa jika mereka masih lagi mahu berdiam diri dan mengamalkan sikap terlalu bertolak ansur dengan golongan Anwarinas atau Islamist Democrats semata-mata untuk menjaga kepentingan politik Pas menjelang pilihan raya, percayalah kelompok ulama akan terus terpinggir dan tidak akan dihiraukan lagi kewujudan mereka.

Kita sudah saksikan bagaimana ketika golongan ulama mengecam keceluparan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam isu demonstrasi membantah penerbitan filem Innocence of Muslims, ada di kalangan pemimpin Pas seolah-olah tidak menghormati ketegasan berkenaan.
Mereka menganggap kenyataan Koo Ham sebagai peribadi dan ia sama sekali tidak akan menggugat hubungan Pas dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

Sememangnya tidak salah jika golongan ulama mahu mementingkan perpaduan dalam parti bagi mengelakkan tercetus perpecahan menjelang pilihan raya tetapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh dilihat terlalu tunduk untuk melawan kelompok Anwarinas atau Islamist Democrats dalam parti itu.

Jika golongan ulama tidak mahu melihat Pas terus diperkotak-katikkan, maka mereka perlu menunjukkan ketegasan, puak Anwarinas dan Islamist Democrats harus ditentang habis-habisan. Ia memandangkan kewujudan kelompok berkenaan telah menyebabkan Pas dianggap bercelaru dalam perjuangannya.
Tambahan pula Ahmad Mouhyideen sendiri menegaskan, perjuangan golongan Islamist Democrats bercanggah dengan perjuangan Pas dan gerakan Islam yang lain. Tegas beliau, perjuangan mereka tidak boleh diterima kerana asas perjuangan mereka adalah demokrasi, bukannya Islam.

Justeru, jika puak-puak ulama di dalam Pas masih membiarkan golongan Anwarinas atau mereka dikenalpasti sebagai Islamist Democrats membuat kenyataan dan tindakan bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh golongan ulama, ia sudah tentulah akan merugikan politik parti tersebut.

Apa pun sudah jelas kini, Pas semakin berserabut dengan berceramuk dengan kewujudan pelbagai kumpulan yang mahu menguasai parti itu dan segala-galanya berlaku akibat ketaksuban dan terlalu percaya dengan janji-janji politik PKR dan DAP bahawa mereka akan menguasai Putrajaya dan sekali gus menumbangkan kerajaan BN.

Tetapi hakikatnya, semua orang sudah menyaksikan bagaimana sejak bersahabat dengan kedua-dua parti itu, Pas lebih banyak ruginya daripada untung sehingga timbul anggapan bahawa dalam pilihan raya umum nanti parti itu akan menjadi lebai malang menang sorak kampung tergadai.

Read more »

Evolusi PR1MA Kepada Sistem Komuniti


PENDAPATAN perkapita rakyat di Malaysia malahan di seluruh rantau ini dilihat gagal mengejar peningkatan kos hidup dan inflasi khususnya kenaikan mendadak harga rumah sejak krisis kewangan dunia pada 1990-an.

Ini jelas kelihatan melalui statistik yang menunjukkan sekitar dua juta isi rumah masih belum mempunyai rumah sendiri di seluruh Malaysia dengan majoritinya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,500 kini telah disediakan dengan bermacam bentuk bantuan seperti Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Rakyat dan Skim Pinjaman Perumahan.

Bagaimanapun, isi rumah berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan yang tidak layak untuk bantuan tersebut dan tidak mampu membeli rumah pada harga pasaran pula tersepit di tengah-tengah.

Sekitar separuh daripada isi rumah berpendapatan sederhana yang belum memiliki rumah sendiri juga didapati berada dalam kawasan Lembah Klang, lebih 250,000 isi rumah di Selangor yang hanya mempunyai sekitar 7,000 unit rumah kosong dan lebih 120,000 lagi di Kuala Lumpur yang hanya mempunyai sekitar 2,000 unit rumah kosong.

Walaupun negeri-negeri lain turut mencatatkan jumlah tinggi isi rumah pertengahan yang belum mempunyai rumah sendiri, tetapi nisbah dengan rumah kosong sedia ada tidak begitu ketara seperti di Lembah Klang.

Memandangkan sebahagian besar rakyat yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah telah beralih ke kumpulan berpendapatan sederhana sejak 20 tahun lalu, bilangan isi rumah yang tersepit di tengah-tengah ini semakin meningkat dan memerlukan bantuan segera daripada kerajaan.

Walaupun kerajaan telah menggerakkan pelbagai program bagi menjana ekonomi dan pendapatan tinggi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), kumpulan pertengahan ini dilihat masih sukar mengejar trend harga rumah semasa.

Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan konsep perumahan mampu milik, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan melalui fasa pertama pada 4 Julai 2011 melibatkan 42,000 unit rumah di 20 lokasi strategik.

Perdana Menteri yang mahukan satu sistem lebih mantap kemudiannya membentuk Unit PR1MA, bukan sahaja untuk menyediakan perumahan mampu milik malahan membentuk komuniti yang kukuh dan selamat dari awal hingga selepas unit rumah itu didiami.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias menjelaskan, fasa pertama itu digerakkan beberapa syarikat perumahan swasta mengikut sistem awal untuk bina dan jual.

“Unit PR1MA kemudian ditubuhkan pada Julai 2011 bagi membentuk satu sistem kukuh untuk menjamin kejayaan konsep perumahan mampu milik berkualiti dan gaya hidup komuniti dalam jangka panjang.

“Dengan mandat yang diberikan, Akta PR1MA diluluskan di Parlimen pada hujung 2011 dan digazetkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Januari 2012," katanya.

Menurut beliau, pejabat dan organisasi baru Perbadanan PR1MA Berhad mula dibentuk sejak Februari lalu dan kini dalam proses mengaktifkan Akta PR1MA dan membentuk PR1MA Corporation.

Jelasnya, pembangunan rumah mampu milik di bawah fasa pertama pada 2011 tidak tertakluk kepada Akta PR1MA tetapi tetap dibangunkan pemaju swasta secara kerjasama dengan Unit PR1MA.

Tegasnya, konsep rumah mampu milik PR1MA oleh Perdana Menteri kini telah mengalami evolusi menjadi satu sistem lebih baik bagi mengurangkan beban kumpulan pertengahan khususnya perumahan berkualiti di kawasan bandar.

“PR1MA juga berperanan menyediakan polisi dan garis panduan yang jelas untuk jangka panjang dalam membentuk komuniti yang stabil dan selamat serta gaya hidup holistik, mengikut permintaan isi rumah dan bukannya mengikut trend pasaran.

“Projek pertama PR1MA yang sepenuhnya di bawah kelolaan unit ini dan mengikut Akta PR1MA akan dilancarkan Perdana Menteri di Seremban pada 29 September ini," katanya.

Menurut Abdul Mutalib, projek PR1MA di bawah akta sama di Lembah Klang pula akan dilancarkan secepat mungkin dengan sasaran pelancaran serentak beberapa tapak projek di kawasan strategik sekitar Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan, beberapa syarat kelayakan ditetapkan termasuk pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM7,500 tetapi hanya mengambil kira untuk suami dan isteri, tidak termasuk anak yang sudah bekerja.

“Kita juga beri keutamaan kepada mereka yang sudah tinggal atau bekerja di kawasan projek PR1MA akan dibangunkan tetapi mereka yang dalam perancangan berpindah ke kawasan itu juga boleh memohon mengikut syarat tertentu.

“Rumah PR1MA juga hanya boleh dibeli oleh mereka yang tiada rumah atau ada satu rumah lain sahaja, selain syarat ketat iaitu jika mahu menjual rumah PR1MA mereka dalam tempoh 10 tahun pertama," tegasnya.

Menurut beliau, mereka yang menjual rumah itu di bawah satu tahun pemilikan hanya akan menerima kembali kos asal, sementara antara tahun kedua hingga ke sembilan hanya menerima harga kos dengan nilai inflasi tahunan sahaja.

Tambahnya, pembeli juga perlu tinggal di rumah PR1MA yang dibeli dan hanya boleh menyewakannya atas alasan tertentu mengikut kelulusan pihak pengurusan sementara mereka yang melanggar garis panduan boleh diambil tindakan mengikut peruntukan akta tersebut.

“Syarat tersebut bagi mengelakkan aktiviti spekulasi harga rumah tanpa membebankan pembeli yang terpaksa menjual atas faktor tertentu di samping menghalang rumah disewa kepada warga asing mahupun terlalu ramai penyewa dalam satu rumah.

“Selain itu, program ini juga boleh menjana kekayaan untuk pembeli rumah PR1MA jika mereka menjualnya selepas 10 tahun apabila anak-anak sudah besar, mengikut harga pasaran," katanya.

Abdul Mutalib menegaskan, sistem baru di bawah Akta PR1MA itu penting bukan sahaja bagi mencapai sasaran menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti malahan berserta satu struktur pengurusan dan kawal selia yang jelas agar sebarang masalah peringkat akar umbi dapat sampai kepada pihak atasan dengan pantas.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak khuatir tentang proses pemilihan kerana semuanya akan dijalankan secara telus melalui laman web dan setiap permohonan akan ditapis dengan rapi sebelum diluluskan.

“Sebuah pangkalan data kebangsaan akan dibina menjelang hujung tahun ini dan semua yang berkelayakan boleh mendaftar bagi memastikan kemampuan masing-masing serta saiz, bilangan dan harga rumah yang sesuai disediakan mengikut permintaan di sesebuah kawasan.

“Kita akan memaklumkan jika ada projek PR1MA akan dibina berhampiran tempat tinggal atau bekerja mereka bagi memudahkan proses permohonan, tapisan dan menjamin ketelusan undian," ujarnya.

Beliau menjelaskan, reka bentuk rumah PR1MA akan mengikut saiz tanah yang disediakan kerajaan negeri atau pemaju tetapi bukannya seperti rumah kos rendah kerana keutamaan kepada memenuhi permintaan dan keperluan pembeli.

Tegasnya, apa yang mahu disediakan adalah rumah mampu milik berkualiti yang lebih murah daripada harga pasaran, sama ada bagi keluarga ataupun yang bujang, seterusnya membawa kumpulan pertengahan kembali ke kawasan bandar.

“Trend pasaran rumah kini memaksa golongan pertengahan keluar tetapi fokus kita adalah meningkatkan jumlah perumahan mampu milik yang berkualiti secepat mungkin seterusnya membawa mereka kembali ke bandar-bandar.

“Dalam menyelesaikan masalah perumahan kumpulan pertengahan ini, secara tidak langsung dapat menjana kekayaan jangka panjang kepada mereka dan pada masa sama membina jaringan serta struktur dalam sebuah komuniti yang kukuh dan selamat seperti yang disasarkan Perdana Menteri," tegasnya.

Read more »

Wednesday, September 26, 2012

PAS Akhirnya Setuju Menerima Kewujudan Negara Israel


Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka. 

Dimasa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM. 

Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.

Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang.   Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing.

Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan. 

Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka?   Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?  Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat. 

Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.  Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.  

Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka.  Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain. 

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.   Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka. 

Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama. 

Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun pluralisme. 

Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut. 

Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam.  Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’.  

Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas. 

Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah.  Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR.   Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar. 

Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan.  Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing?

Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?  

Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa ‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?  

Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam? 

Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan PAS iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?

Read more »

Mini MAHA Buka Peluang Usahawan Pertanian


BANDAR BENTONG - Program Mini Maha yang diadakan selama tiga hari berakhir kelmarin, mendapat sambutan baik bukan sahaja dalam kalangan pengunjung, tetapi juga usahawan yang terlibat menjayakannya.

Bagi Zaid Mohd Taib, 41, peluang yang diberikan kepada mereka membuka gerai sepanjang program itu secara tidak langsung membantu mempromosikan produk yang dikeluarkan.

Menurutnya, program itu perlu diadakan sebagai acara tahunan bukan sahaja di daerah ini,  tetapi juga di daerah lain memandangkan ia mampu membantu usahawan dari pelbagai bidang menonjolkan produk masing-masing.

“Ia mampu menjadi satu medium mewujudkan jalinan interaksi antara usahawan yang terlibat dan seterusnya berupaya berkongsi idea serta pengalaman. Saya berpuas hati dengan hasil yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung dan berharap pada masa akan datang gerai melibatkan usahawan penternakan dapat ditambah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, pengusaha nurseri, Rozahari Nordin, 47, berkata, penganjuran program  itu sememangnya memberi impak positif kepada usahawan dari pelbagai bidang.


Menurutnya, walaupun program berjalan dengan baik dan lancar, namun pada masa akan datang aspek promosi perlu ditingkatkan.

“Dalam masa sama, ruang pameran atau gerai perlu lebih luas bergantung kepada keperluan usahawan supaya lebih banyak produk atau barangan dapat dijual,” katanya.

Kamal Hisham Saad, 35, berkata, kepelbagaian produk yang diketengahkan terutama yang dihasilkan usahawan dari daerah ini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Menurutnya, sebagai usahawan pertanian, dia menghargai peluang yang diberikan oleh penganjur untuk turut serta dalam program itu.

“Walaupun julung kali diadakan, namun sambutan diterima daripada pengunjung sangat baik, malah kami sebagai peniaga (usahawan) berpuas hati dengan pelaksanaan program ini,” katanya.

Read more »

Port Judi Diserbu


TEMERLOH - Polis melumpuhkan kegiatan haram lapan premis judi yang beroperasi tanpa lesen sejak seminggu lalu dalam serbuan berasingan di sekitar Mentakab bermula 17 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 98 unit komputer yang dipercayai digunakan sebagai mesin judi bernilai RM30,000.

Menurutnya, polis turut menahan 21 individu berusia antara 18 hingga 66 tahun termasuk lapan penjaga premis bagi membantu siasatan.

"Polis bagaimanapun tidak menemui wang tunai kerana kesemua premis terbabit baru seminggu beroperasi.

“Kita menganggap ini fenomena baru kerana sepanjang tiga tahun lalu belum ada kegiatan judi yang beroperasi secara haram berleluasa seperti ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam.

Zundin berkata, modus operandi mereka ialah dengan beroperasi di sebalik perniagaan kafe siber, selain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu penggera khas di pintu masuk.

“Kita telah membuka kertas siasatan terhadap kesemua 21 yang ditahan dan mereka akan didakwa di bawah Seksyen 4 (B) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 4(1) (b) Enakmen Hiburan 1993. Barang-barang kes akan dihantar ke bahagian forensik dan pakar judi mesin, selanjutnya kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya. Kesemua yang ditahan kini dibebaskan atas jaminan polis,” katanya.

Zundin berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan yang secara tiba-tiba beroperasi secara serentak di kawasan bandar Mentakab. Menurutnya, pihaknya akan mengenalpasti mereka yang terlibat bagi menghapuskan kegiatan judi yang mampu meruntuhkan institusi keluarga.

Read more »

Tambah Baik Sektor Pengangkutan





JIKA kerosakan lif dan sampah tidak dikutip adalah lumrah bagi penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu kota, satu lagi masalah yang tiada penyelesaiannya sehingga kini membabitkan kekurangan tempat meletak kereta.


Antara penempatan dengan masalah tersebut adalah Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur yang penduduk kawasan tersebut terpaksa berkongsi tempat meletak kereta berikutan bilangan petak yang disediakan terlalu sedikit.

Ekoran itu, kenderaan terpaksa diletakkan dengan jarak yang sangat dekat antara satu sama lain dan tidak kurang juga yang meletakkan kereta mereka di depan kenderaan yang mendapat petak letak kereta.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Penara, Mohd. Sakri Masdi, kekurangan petak parkir yang dialami penduduk sudah berada pada tahap kronik yang memerlukan penyelesaian segera daripada kerajaan.

"Oleh itu, pada pembentangan Bajet 2013 ini, saya berharap Kerajaan Pusat dapat mencari penyelesaiannya termasuk menyalurkan peruntukan khusus kepada DBKL untuk membina lebih banyak tempat meletak kenderaan di kawasan pangsapuri," katanya.

Tinjauan itu mendapati masalah sama turut dialami oleh kebanyakan PPR dan PA DBKL yang berpunca kerana petak meletak kenderaan yang disediakan hanya satu pertiga daripada keseluruhan nisbah unit rumah.
Perancangan kawasan perumahan berkenaan dengan andaian bahawa tidak semua penduduk mampu memiliki kereta sendiri sudah lapuk kerana kenderaan itu kini adalah satu keperluan.

Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan penduduk di kawasan itu mempunyai lebih daripada sebuah kereta bagi menampung keperluan keluarga yang ramai.

Jaringan pengangkutan awam yang belum efektif sepenuhnya berikutan banyak projek yang dicadangkan masih belum disiapkan telah menyebabkan rakyat tiada pilihan lain kecuali menggunakan kenderaan persendirian.

Mengulas perkara itu, penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, langkah meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam itu adalah penting bagi merapatkan jurang pendapatan golongan kaya dengan miskin.

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) berkata, langkah itu dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi penduduk miskin ekoran peningkatan inflasi yang masih berlaku di negara ini.

"Malaysia perlu belajar daripada kesilapan negara Eropah seperti Greece yang mengalami masalah ekonomi serius secara perlahan dan hampir tidak disedari. Kita mesti mengambil tindakan pembetulan yang tepat melalui Bajet 2013 bagi memastikan keseimbangan ekonomi kita," katanya.

Menurut beliau, bagi memastikan kerajaan mempunyai wang mencukupi untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan lain-lain maka projek besar yang bukannya satu keutamaan harus dikurangkan.

"Wang yang dapat disimpan daripada projek berkenaan boleh digunakan untuk projek-projek kecil bagi memenuhi kehendak mendesak golongan berpendapatan rendah," katanya.

Seperti yang disarankan oleh Navaratnam, maka dalam Bajet 2013 kerajaan perlu memikirkan kaedah bagi mengurangkan beban yang dialami oleh golongan miskin yang kini semakin terhimpit apabila terpaksa membelanjakan wang banyak untuk kos kenderaan.

Oleh itu, sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menurunkan harga petrol atau memberikan rebat bahan api itu dalam Bajet 2013.

Dalam mengimbangi peningkatan perbelanjaan kerajaan bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana, cukai terhadap barangan mewah dan warga asing yang membeli hartanah di negara ini perlu ditingkatkan.

Kerajaan juga perlu memikirkan langkah drastik bagi membaiki sistem jalan raya bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang sering memeningkan warga kota dan meningkatkan penggunaan minyak kenderaan.

Selain itu, kerajaan juga perlu melakukan sesuatu bagi membantu golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang kini perlu membelanjakan sebahagian besar pendapatan bulanan mereka untuk membayar ansuran kereta.

Bagi mengurangkan beban, kerajaan juga perlu menurunkan cukai jalan kereta persendirian melibatkan jenis yang banyak digunakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan mencukupi bagi meningkatkan kemudahan pengangkutan awam negara.

Katanya, mengikut kajian pihaknya dari 2008 hingga kini yang melibatkan lebih 30,000 orang, rakyat mahukan sistem pengangkutan awam yang mampan.

"Pada masa ini, kerajaan lebih menumpukan pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang berbanding kawasan luar bandar.

"Apabila saya pergi ke Slim River, Bidor atau Taiping di Perak, saya jarang dapat melihat bas-bas awam berulang-alik untuk kemudahan penduduk. Ini semua berpunca kerana kita memberikan terlalu banyak tumpuan di Lembah Klang," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya menyediakan pelan pembangunan pengangkutan awam menyeluruh bagi membantu penduduk seluruh negara yang kini terpaksa membelanjakan wang banyak untuk membeli kenderaan yang harganya kini bukanlah murah.

Dalam perkembangan sama, kerajaan juga harus menimbangkan untuk menurunkan harga kereta terutama kereta buatan tempatan bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kenderaan yang kini menjadi satu keperluan.

Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pihak bank untuk memudahkan lagi proses pinjaman buat rakyat yang ingin memiliki kenderaan dan dalam masa sama memastikan bank tidak mengenakan kadar faedah tinggi.

Bagi meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di luar Lembah Klang, kerajaan perlu menyediakan satu skim subsidi bagi syarikat-syarikat pengangkutan awam, berdasarkan skim yang diterima pakai oleh negara-negara lain.

Satu lagi langkah popular yang sudah pasti mendapat sokongan sebahagian besar rakyat adalah untuk menurunkan kadar tol kecuali bagi kenderaan mewah.

Akhirnya, marilah kita sama-sama menghayati kembali kata-kata bapa pengangkutan China moden, Ye Gongchuo yang terkenal dengan slogan "Menyelamatkan China Dengan Pengangkutan."

Beliau yang hidup ketika zaman pemerintahan Dinasti Qing menegaskan sesebuah kerajaan perlu meningkatkan kemudahan pengangkutan kerana ia adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan negara berkenaan daripada kemunduran.

Read more »

DAP Hina Islam - PKR Bersetuju ?


KENYATAAN Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menerusi laman twitter yang mempersoalkan penentangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, terhadap filem Innocence of Muslims sebagai membuang masa dan tenaga adalah suatu provokasi dan menghina.

Beliau seorang Kristian - sekiranya ada pihak menerbitkan filem bertajuk "Jesus is a questionable baby" tentu ia sensitif bagi orang Kristian. Sekiranya orang Kristian mengadakan penentangan apakah ia suatu langkah yang membuang masa dan tenaga?

Koo Ham kena faham, menghina para Nabi dan Rasul apalagi Nabi Muhmammad SAW dengan penghinaan yang dahsyat adalah tidak diterima oleh masyarakat beragama lebih-lebih lagi orang Islam. Barat umpamanya sering menimbulkan isu ekstremisme yang selalu dihubungkan dengan orang Islam.

Tetapi Barat lupa akan punca yang menyebabkan ekstremisme itu terjadi. Perlakuan media Barat dan dasar sesetengah negara yang tidak adil terhadap umat Islam menyebabkan umat Islam tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

Orang Barat mengambil pendekatan moderate ikut ukuran mereka tetapi Islam memilih wasatiyyah sebagai suatu cara kerana ia ada hubungannya dengan syariat.

Keceluparan pemimpin DAP akhir-akhir ini terhadap isu negara Islam, hudud dan juga filem menghina Nabi adalah gambaran yang tidak baik bagi sebuah anggota pakatan pembangkang yang ingin berkuasa.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menyatakan umat Islam wajib menentang apa saja bentuk penghinaan terhadap para Nabi dan Rasul serta agama Islam (Utusan Malaysia, 19 September 2012) menarik untuk diteliti.

Telah berulang kali pemimpin DAP menghina konsep negara Islam, hudud dan yang terakhir isu filem menghina Nabi Muhammad SAW, apakah ia tidak dilihat kenyataan memusuhi. Kalau begitu apa makna dan sikap Pas yang masih bertahan dengan tahalluf siasi atau kerjasama politik dengan DAP.

Paling tidak isu negara Islam dan hudud adalah sesuatu yang legitimate atau sah dari sudut perjuangan Pas. Tetapi ia tidak dimasukkan dalam Buku Jingga yang menjadi dasar perjuangan pakatan pembangkang dan Anwar Ibrahim juga tidak berminat untuk melaksanakan hudud sekiranya dia berkuasa sebagai Perdana Menteri. Kena tunggu persetujuan DAP dulu. DAP selamanya menyatakan penentangan terhadap isu itu.
Kalau begitu apa lagi yang ditunggu oleh Pas kerana DAP teguh menentang dan Anwar juga tidak berminat.

Bila Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi di Masjid Kampung Baru dan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi atas isu yang sama di depan Kedutaan Amerika Syarikat, apakah Pemuda Pas juga dilihat sebagai 'membuang masa dan tenaga' oleh Koo Ham?

Pemuda Pas tentu mempunyai pendirian bahawa penghinaan terhadap Islam dan umatnya mesti dibela. Langkah Pemuda Pas ini harus lebih jauh lagi termasuk isu murtad, kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), fahaman pluralisme agama, pengaruh agensi Zionis terhadap tokoh dan agensi kerana ia adalah gerak kerja anti agama dan Islam.

Tanggapan orang ramai terhadap Pas seolah-olah bersekongkol dengan tokoh dan pihak yang memperjuangkan isu ini, sedangkan gerak kerja mereka secara jangka panjangnya lari daripada Islam dan menghina agama ini juga.

Dengan demonstrasi Pemuda UMNO dan Pas ini walaupun tempatnya tidak sama tetapi ada perkongsian isu secara bersama. Bukan Khairy saja yang menjadi sasaran kecaman Koo Ham tetapi Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan juga dilihat sebagai membuang masa dan tenaga.

Apakah kenyataan Koo Ham ini boleh diterima oleh Pas. Kalau Pas tidak boleh menerima kenyataan Koo Ham ini mengapa dalam isu yang lebih besar seperti negara Islam dan hudud, parti itu hanya gamak membuat kenyataan tetapi tidak tergamak membuat keputusan.

Yang lebih menghairankan Pemuda Keadilan tidak ikut serta dalam demonstrasi ini. Mengenali Ketuanya, Shamsul Iskandar memang gemar melakukan demonstrasi yang bersifat politik.

Apakah sikap membisu terhadap isu-isu Islam ini membayangkan Pemuda Keadilan sedang mengalami sindrom 'kecairan' dalam perjuangan Islamnya atau isu Islam seperti ini tidak menjadi dasar perjuangan Buku Jingga.

Read more »

Tuesday, September 25, 2012

Pelajar Dipukul Guru Kerana Buku





RAUB – Seorang bapa kesal apabila anaknya cedera selepas dipercayai dipukul seorang guru menggunakan siku ketika waktu persekolahan.

R Munisamy, 49, berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi 7 September lalu ketika anaknya, M Ravivarma, 14, bersama 300 pelajar lain dalam dewan sebuah sekolah di sini.

Menurutnya, anaknya memaklumkan dia hanya cuba meminjam buku daripada seorang kawan, kemudiannya datang seorang guru lelaki dalam keadaan marah.

“Guru berkenaan bertindak menyiku mata kanan anak saya mengakibatkannya pengsan a lebih kurang setengah jam.

“Apabila dia tersedar, dia berasa sakit di bahagian mata, pening dan muntah-muntah,” katanya.

Munisamy berkata, dia hanya mengetahui insiden itu pada jam 1 petang hari yang sama, sedangkan kejadian berlaku pada sebelah pagi.

Katanya, dia bergegas membawa anaknya ke Hospital Raub bagi mendapatkan rawatan dan menerima cuti sakit selama satu hari.

“Pada 9 September pula, pihak hospital mengeluarkan surat untuk membawa anak saya menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultah Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pula.

“Pada 10 September pula isteri saya, M Parvathy, 48, dipanggil pihak sekolah untuk membincangkan perkara ini tetapi hasilnya tidak memuaskan kerana mereka mendakwa anak saya sering terlibat dengan masalah disiplin,” katanya.

Dia berkata, sebelum kejadian mengakibatkan kecederaan mata Ravivarma, pihak sekolah tidak pernah menimbulkan sebarang isu berkaitan disiplin dan salah laku anaknya itu, sebaliknya memaklumkan bahawa Ravivarma adalah pelajar yang baik.

“Kami tidak puas hati dengan penjelasan diberikan pihak sekolah sedangkan pada hari kejadian anak saya tidak melakukan sebarang kesalahan selain cuba meminjam buku daripada seorang kawan.

“Kami juga menunggu sehingga 20 September agar pihak sekolah melakukan tindakan yang wajar dan adil kerana kesan insiden itu mengakibatkan mata kanan anak saya mengalami kecederaan,” kata Munisamy.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) India Daerah Raub, K Temil Selvam berkata, isu itu dipandang serius kerana mengakibatkan pelajar berkenaan trauma untuk ke sekolah lagi.

Read more »

Perkasakan Subjek Sejarah Untuk Generasi Muda





KENYATAAN Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasa subjek Sejarah amat tepat sekali. Isu-isu keperluan pendidikan sejarah, kurikulum dan tafsirannya, metodologi pengajaran-pembelajaran yang berkesan dan isu mewajibkannya dalam sistem persekolahan kita adalah hal-hal yang sewajarnya diberi perhatian.


Sejarah sifatnya mengulangi. Apa yang berlaku pada masa lalu diulangi pada masa kini dan mungkin diulangi pada masa depan. Sifatnya merentasi masa dan zaman.

Mempelajari dan mengkaji sejarah memungkinkan manusia mengetahui sebab mengapa sesuatu itu berlaku pada masa lalu dan mengapa ia tidak harus diulangi pada masa kini dan akan datang.

Sejarah kejadian 13 Mei 1969 umpamanya banyak mendedahkan faktor ideologi, pertentangan ras, kemelut sosio-ekonomi, pemahaman budaya dan konflik politik yang menyebabkan muafakat hilang dan akhirnya anarki terjadi.

Mengkajinya boleh membawa kesedaran dan keinsafan kepada kita untuk memperbaiki kelemahan yang ada supaya asas perpaduan yang dibina harus diperkukuh dengan kerjasama yang baik, persefahaman yang tinggi dengan kualiti pengurusan negara dan rakyat yang berintegriti.

Kealpaan kita mengkaji sejarah boleh menyebabkan hilang ibrah dan sumber teladan dan menyebabkan peristiwa yang sama boleh berulang lagi. Harga perpaduan, tolak ansur dan persefahaman dalam masyarakat majmuk adalah terlalu tinggi. Ia perlu dipelihara dengan etika kenegaraan secara telus dan tulus.

Ibarat sebuah kereta mempunyai cermin sisi dan belakang untuk dilihat supaya pemanduan ke hadapan terarah. Begitu juga hakikat sejarah, kita tidak boleh hanya melihat ke hadapan, melupakan peristiwa kini dan tidak reflektif terhadap sejarah masa lalu. Apa yang dicapai kini adalah himpunan pengalaman dan percubaan yang panjang dan berterusan.

Sekiranya generasi muda umpamanya menolak kesilaman dan mengambil sikap yang lalu itu kolot dan ketinggalan zaman dan yang terkini itu sebagai moden dan maju, sejarah menunjukkan bahawa tanpa adanya kesinambungan perjalanan sejarah dan budaya manusia akan menjadi kacau.

Sebab itu sejarah sifatnya dinamik perkembangannya kerana watak dan kemajuan manusia sedemikian. Tetapi jalur sejarah dan budaya sering respons terhadap perubahan teknologi, ilmu dan zaman. Namun asas-asas fundamental pada diri manusia tetap memerlukan nilai-nilai yang fitrah.

Dalam konteks bina negara, jati diri dan kewatanan adalah sesuatu yang amat penting. Ia memberi bentuk dan sifat kepada watak warganegara Malaysia seperti yang terangkum dalam Rukun Negara.

Rukun Negara adalah falsafah hidup orang Malaysia supaya kepercayaan kepada Tuhan menjadi sesuatu yang utama. Kesetiaan kepada raja dan negara menjadi lambang muafakat dan perpaduan. Keluhuran Perlembagaan sebagai sumber rujuk yang utama dalam negara. Kedaulatan undang-undang sebagai asas keadilan. Kesusilaan sebagai etika penting membangun watak dan peribadi.

Jika Rukun Negara dapat difahami dan dihayati ia bakal membentuk jati diri Malaysia. Memiliki jadi diri Malaysia tidak bermakna kita anti-Barat dan Timur. Pada dunia Barat dan Timur terdapat aspek-aspek berbanding yang memberi manfaat yang baik dan boleh diperkongsi. Kelahiran sesebuah tamadun antara faktornya adalah kesediaan melakukan adaptasi dan penyesuaian supaya ia diolah menjadi acuan kita sendiri.

Mempelajari dan memahami sejarah ibarat meneliti peristiwa zaman demi zaman yang sifatnya berkembang dan berubah. Yang sangat penting dikaji adalah perkembangan dan perubahan diri manusia. Apakah warga Malaysia berada dalam senario menghormati asas-asas fundamental dalam proses bina negara dan reseptif terhadap perubahan semasa yang sifatnya menyumbang.

Aspek terpenting dalam memperkasa subjek Sejarah adalah penyusunan kembali kurikulumnya. Kurikulum Sejarah harus sifatnya merangkumi dan merentasi. Sejarah Malaysia tidak saja memberi latar sejarah Melaka dan sejarah sebelum merdeka tetapi juga sejarah selepas merdeka di mana semua pihak memainkan peranan menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Bila generasi hari ini mengkaji dan memahami sejarah Malaysia, mereka memiliki rasa kepunyaan dan kebanggaan terhadap negara ini kerana mereka bukan sahaja diberikan kefahaman mengenai permulaan negara ini, cabaran yang dihadapi, cabaran sejarah Melaka yang menjadi landasan sejarah Malaysia, muafakat pemimpin berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, prinsip-prinsip dan hikmah di sebalik terbinanya Perlembagaan Malaysia, tolak ansur yang terjadi sehingga Malaysia mencapai ke tahap negara yang sedang maju seperti hari ini.

Sejarah bukan sekadar catatan tarikh sesuatu peristiwa atau tokoh-tokoh berjasa dalam zamannya tetapi setiap yang berlaku dan melakar peta sejarah harus dikaji dan diteliti mengapa dan bagaimana ia berlaku dan bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.

Sejarah Malaysia suatu ketika dulu membawa cara tafsiran penjajah dan sifatnya Euro-centeric. Kemudian ia difokuskan kepada tafsiran mengikut jendela Malaysia. Orientasi pentafsiran ini penting supaya perjalanan sejarah sejak lebih setengah abad yang lalu ditafsir berasaskan kaca mata orang Malaysia.

Apabila tafsiran ini dibaca oleh anak murid, para pelajar dan generasi muda ia mencetuskan kesedaran dan keinsafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dari sudut latar, penyertaan warganegaranya dalam bina negara, asas toleransi yang membawa kebijaksanaan, pemahaman terhadap asas-asas fundamental dalam Perlembagaan, merasakan Rukun Negara sebagai suatu pedoman perjuangan dan akhirnya bakal mencetuskan rasa kewatanan yang tinggi.

Mencetuskan kesedaran ini tidaklah suatu hal yang mudah. Ia memerlukan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran dan kuliah menjadi salah satu cara dalam menyampaikan bahan-bahan sejarah tetapi kerja-kerja lapangan dalam bentuk penelitian dan kajian harus dikembangkan supaya di peringkat awal lagi anak-anak memiliki kesedaran sejarah sama ada tempatan, negeri atau negara. Ia dibuat dalam bentuk jurnal, kertas-kertas dapatan dan carian supaya hal-hal penting yang berlaku dalam negara direkod dan diperkongsi.

Lebih-lebih lagi dengan bantuan teknologi terkini banyak perkara yang boleh dirakam, dianalisis, ditafsir dan diperkongsi supaya para pelajar memiliki kesedaran sejarah yang tinggi.

Generasi yang buta sejarah sering tidak menghargai apa yang berlaku. Contohnya kemajuan yang terbina kini tidak berlaku secara tiba-tiba atau kebetulan. Ia akibat perancangan, pemikiran dan strategi bijaksana yang terjadi dan menyebabkan generasi hari ini berada dalam iklim sosial dan kehidupan yang jauh lebih baik berbanding situasi di awal kemerdekaan dulu.

Yang baik itu seharusnya dijadikan tradisi, manakala landasan yang berguna itu harus diteruskan walaupun dengan pendekatan berbeza untuk respons cabaran yang tidak serupa. Asas-asas fundamental dalam bina negara harus dipertahankan dan dikembangkan dengan strategi baru supaya perubahan terus berlaku.

Justeru seperti subjek Bahasa Melayu, subjek Sejarah seharusnya menjadi mata pelajaran wajib. Kurikulum, pentafsiran, buku teks, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, memanfaatkan teknologi baru dalam memahami sejarah, kaedah pengukuran yang lebih komprehensif mampu menjadikan subjek Sejarah itu menarik dipelajari.

Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran jati diri dan kewatanan supaya generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah adalah penting supaya kesayangan kepada negara terbina.

Read more »

share2