Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 31, 2012

KISAH CINTA POLITIK ANWAR - AZIZAH

Oleh Beruang Biru


Cinta 3 segi si jantan curang


Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

Read more »

KEMPEN ANTI-LYNAS TERIMA DANA ASING?

Oleh Beruang Biru





Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Read more »

Kerana Tamak Mahu Keuntungan, Guan Eng Gadai Keselamatan Rakyat

  • Batu Kawan
    Raja Abdul Aziz: We did not approve the project as nobody applied for an AELB license.
KUALA LUMPUR:  The Atomic Energy Licensing Board have not issued any operating license or approval for the proposed Robert Bosch solar Photovoltaics (PV) plant in Batu Kawan, Penang.
AELB’s operating license or approval is a compulsory prerequisite for any factory or plant that produces radioactive materials as products or waste.

AELB director general Raja Abdul Aziz Raja Adnan confirmed that the board has not received any application for the controversial solar PV plant in Batu Kawan.

Speaking to The Mole Raja Abdul Aziz said, “so far we have not received any application for the Batu Kawan solar panel project.”

Raja Abdul Aziz said the project has to be evaluated by AELB despite the initial International Energy Agency (IEA) approval.

“If they do not get the approval from AELB, they will not be able to operate. This is due to the fact that the solar panel plant will produce radioactive material and we have to evaluate the level of its radioactivity,” Raja Abdul Aziz said when contacted. 

A blog post in Stop The Lies pointed that the solar PV plant that the German company Robert Bosch plans to build in Batu Kawan was similar to a plant in China that was closed down due to health risks to the local population.

Penang state executive councillor Phee Boon Poh said the solar panel manufacturing plant project in Batu Kawan will proceed and had insisted the solar PV project was safe as several bodies including the IEA and DOE had vetted the project before the Penang Government gave its go-ahead.

Meanwhile former Batu Kawan Member of Parliament Huan Cheng Guan told The Mole that he was still waiting for Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s official response on the state government plans to dispose toxic radioactive waste from the solar panel plant.

“So far there is no reply from (Lim) Guan Eng. I wonder why the chief minister is so quiet. It’s unfair for him to keep mum as the people in Batu Kawan are aware of the health risks. Penangites are worried.

“If he (Guan Eng) can be so vocal about Lynas, why can’t he explain this serious radioactive toxic threat in his own backyard?” Huan who now heads Parti Cinta Malaysia questioned.

Huan had previously claimed that the state government failed to consult residents and other stakeholders before the ‘radioactive’ plant was given the green light.

In a news report he had urged Lim to disclose the details about the project especially on its waste management steps.

Huan said he will continue to pursue the matter in the best interest of Penangites.

“Like minded NGOs and environmentalists must get together and deliberate this matter in details as it involves the future of our children,” Huan added.

Kedah Gerakan youth chief Tan Keng Liang who has been highlighting the issue in his blogpost echoed similar sentiment, saying that Penang government has failed to reveal precautionary actions to stop pollution or to allow the environmental disaster caused by solar photovoltaics (PV) plnat in Zhejiang, China from recurring in Penang.

Tan also said people should not compare the solar plant in Kulim and Batu Kawan as the former was built in industrial area and not residential area.

“Similar to Lynas, I would recommend for the solar PV plant in Batu Kawan to be evaluated by independent bodies and international experts as well,” Tan told The Mole.

Read more »

Friday, March 30, 2012

Nallakaruppan Tekad Berdepan Anwar Di Mahkamah

Oleh Beruang Biru



Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.

Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.

Read more »

Gerakan Anti Lynas Di Biayai Dana Asing


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.


Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersebut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.



Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.



Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.



Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia. - Sumber

Read more »

Thursday, March 29, 2012

HANGAT: SKANDAL BH DENGAN YUNITA




Kecoh dan heboh mengenai skandal BH dengan penyanyi dangdut Citra Yunita. Baca kisah selanjutnya disini;


Penyanyi dangdut Citra Yunita yang terlibat kasus narkoba mendapat masalah lagi dengan beredarnya foto-foto toplessnya di internet.

Foto yang beredar menampilkan pedangdut asal Surabaya itu, mengenakan kemben nyaris sama dengan kulitnya dan sedikit terbuka sehingga sebagian payudaranya terekspos.

Citra sebelumnya tertangkap basah mengonsumsi narkoba di sebuah kamar kos di kawasan Mangga Besar, Taman Sari, Jakarta Barat, Sabtu 14 Januari 2012 malam. 



Polisi kini menahan dan sedang menjalankan proses pemeriksaan di Polsek Sawah Besar. Jika terbukti terancam hukuman 4 tahun penjara.

Polisi terus mengembangkan penangkapan pelantun lagu Jangan Main Belakang dan Penari Malam itu karena diduga berkaitan dengan penangkapan tersangka BH yang ditangkap di tempat yang berbeda. BH ditangkap karena memiliki 1.800 butir ekstasi.



Citra ditangkap bersama dengan salah satu teman laki-lakinya bernama Foe Susanto. Saat digerebek, polisi mendapatkan alat bukti penghisap sabu, korek api, alat pembakar berisikan narkotika jenis sabu sisa pakai.

Sebelumnya Citra juga kerap menampilkan goyangan dan pose seksi di depan kamera. Namun fotonya kali ini benar-benar memamerkan bagian pribadinya. (Sumber)





Salah satu dari komen menarik dari blog sumber:


Anonymous said...
Tetek dah londeh ta stim lah bro ,ha...ah.... apa kata aku cadangkan ostaz badrul aman bagi tarbiah pada si boshia ni , agak agak nya kalau dua orang ni jumpa ko agak sapa yang tarbiah sapa. satu soaalan cepu mas




1. Mujurlah BH yang dimaksudkan bukannya BH yang kita kenali dan bukan dari rakan kita sendiri.

2. Cadangan supaya Ostad Badrul mentarbiahkan Citra Yunita tu rasa nya tak berapa sesuai sebab baimbangkan Ostad Badrul akan dibelasah oleh lebih ramai lelaki-lelaki yang tidak berpuashati dengan kebuasan Ostad politik itu.




Read more »

Keselamatan Pintu Masuk Negara Diabaikan?

Untuk sekian lama, rakyat Malaysia tertipu dengan kawalan keselamatan negara terutama melalui pintu masuk negara. Ini dibuktikan dengan Jawatankuasa Kabinet Pelancongan boleh mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa Imigresen pada tahun 2006 supaya tidak nmelakukan pemeriksaan keatas orang asing yang mahu masuk ke negara ini.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar New Straight Times minggu lepas mengenai wujudnya pekeliling sedemikian (klik sini). Amat menghairankan bagaimana keselamatan negara ini boleh diperjudikan semata mata ada pihak tertentu yang begitu kemaruk mahukan pelancong asing masuk ke negara ini.

Kementerian Pelancongan saban tahun begitu berbangga dengan jumlah kemasukkan pelancong asing kenegara ini tetapi saban tahun juga pihak berkuasa tempatan seperti polis terpaksa berhadapan dengan pelbagai kes jenayah yang melibat "pelancong asing" ini.


Oleh itu tidak menghairankan mengapa pusat pusat maksiat yang didominasi oleh warga China, Indonesia, Thailand dan juga Vietnam bahkan juga Rusia dan juga Afrika bertambah banyak. Itu belum lagi dicampur dengan kes jenayah seperti dadah, penipuan online dan lain lain. Ini jelas menunjukkan kawalan keselamatan negara kita amat mudah dibolosi oleh penjenayah asing yang menyamar sebagai pelancong.

Beberapa bulan yang lepas pihak berkuasa tempatan seperti Rela dan juga Imigresen melancarkan operasi menjejak dan menangkap pelajar Afrika yang melanggar undang undang negara. Setelah melakukan operasi besar besaran, rakyat dikejutkan betapa ramainya warga Afrika yang tinggal di Malaysia dan menyamar sebagai pelajar sedangkan mereka sebenarnya melakukan pelbagai jenayah seperti menipu, pengedaran dadah dan pelacuran.


Kehadiran warga Afrika yang terlalu ramai menimbulkan suasana tidak tenteram kepada penduduk tempatan. Sikap mereka yang kasar serta kelakuan tidak senonoh menyebabkan berlakunya masalah sosial selain pergaduhan dengan penduduk tempatan. Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada penduduk negara ini malah berani melawan apabila pihak berkuasa mahu mengambil tindakan keatas mereka.

Selepas operasi ini, barulah pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengambil tindakan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini. Kementerian Pengajian Tinggi hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Apapun yang penting adalah kawalan keselamatan di pintu masuk negara amat perlu dititikberatkan. Kerana semuanya berpunca dari sana selain daripada jalan haram. Keselamatan negara khususnya rakyat amatlah penting. Jangan sesekali memperjudikan keselamatan rakyat hanya kerana mengejar statistik kehadiran pelancong tanpa mengambil kira tujuan sebenar mereka.

Read more »

Dong Zhong / DAP Penyambung Agenda Komunis


Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin.

Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.


Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya.

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini? Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai.

Read more »

Tuesday, March 27, 2012

DAP Semakin Benci Apabila Nilai Hartanah Dan Ekonomi Kuantan Meningkat


Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah , Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas.

"Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah, terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suite.

Beliau berkata sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat.

"Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang," katanya.

Nilai hartanah masih tinggi, ini bermakna Lynas sememangnya tidak merbahaya. Jadi kenapa puak ultra kiasu DAP masih lagi marah marah kepada kerajaan negeri? Harap puak puak ini insaflah. Tak ada gunanya nak mensabotaj ekonomi negeri Pahang ni. Bumi Pahang ini masih ramai orang melayu. Ingat ini Pahang bukannya Penang ok.

Read more »

7 Fakta Tentang Radiasi

Diatas merupakan perbezaan diantara pendedahan radiasi dalam kehidupan manusia seharian. Jelas, radiasi dalam isu Lynas ni adalah yang paling rendah.

Tapi, bagi puak - puak Anti Lynas tu, semua tu tak penting. Bagi mereka, agenda menjahanamkan Negara perlu diutamakan.

Jadi, kita bagi la fakta apa sekali pun, mereka akan jawab, "Itu bukan isu utamanya...". Habis, kalau dah semuanya bukan isu, apa isu yang sebenarnya!!!

Read more »

Rakyat Malaysia Perlu Jujur Untuk Lebih Berjaya


BARU-BARU ini Malaysia menyambut ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur, iaitu dasar bagi mempelajari bagaimana negara Jepun boleh mencapai kejayaan dan menjadi salah satu gergasi ekonomi dunia, walaupun negara Matahari Terbit itu pernah dilanda malapetaka angkara dua butir bom atom yang dijatuhkan bumi berkenaan sehingga luluh segalanya umpama ‘Padang jarak, padang terkukur’.

Selepas Jepun, negara Asia lain dikagumi kerana mampu bangkit dan berada setaraf dengan negara maju lain dalam pelbagai bidang seperti sukan dan ekonomi ialah Korea Selatan.

Barangan elektrik dan kenderaan yang dikeluarkan negara berkenaan kini telah menembusi pasaran seluruh pelosok dunia.

Ahli-ahli sukannya pula seperti K.J Choi di dalam bidang Golf, Park Ji Sung dalam sukan bola sepak telah mencapai tahap dunia.

Jika dahulu pertumbuhan ekonomi Korea Selatan mungkin tidak jauh berbeza dengan Malaysia, begitu juga dengan prestasi pasukan bola sepak mereka, tetapi kini jurangnya ibarat langit dengan bumi. Tiada lagi jejantas atau jejambat, semuanya melalui bawah tanah.

Jika dilihat bandar Seoul dari segi luaran memang agak bosan kerana hanya dipenuhi bangunan korporat, pasar raya besar dan hotel.

Namun apabila kita melangkah ke dalam terowong bawah tanah yang menghubungkan kereta apinya, di dalamnya penuh dengan gerai yang menjual pelbagai produk dan restoran yang menghidangkan daripada makanan Korea hinggalah makanan Jepun dan Barat.

Pada pandangan penulis Korea Selatan menjadi maju pada hari ini kerana rakyatnya amanah dan jujur. Mereka tidak cuba menipu pelancong.

Gaji tukang sapu sampah pun hampir sama dengan gaji pegawai kerajaan di Malaysia. Bagi pegawai kerajaan tentulah lebih hebat dan laporan terbaru mencatatkan 60 peratus pegawai tinggi kerajaan Korea Selatan merekodkan kenaikan kekayaan berikutan peningkatan hartanah milik mereka.

Laporan tahunan yang dikeluarkan Jumaat lalu menunjukkan 60.1 peratus atau 2,329 pegawai kerajaan dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman telah bertambah kaya kerana harta milik mereka meningkat harganya, kata laporan Kementerian Pentadbiran Awam dan Keselamatan Korea Selatan.

Inilah yang mahu dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Malaysia muncul sebagai negara maju dan penduduknya pula berpendapatan tinggi, berbanding pada masa ini kos sara hidup tinggi sedangkan majoriti penduduk berpendapatan rendah. Dasar itu hanya akan tercapai jika rakyat faham dan menyokong dasar itu.

Sikap amanah dan jujur orang Korea Selatan dapat dilihat melalui peniaga di pinggir jalan yang memberi potongan harga sama tidak kira orang tempatan ataupun pelancong. Mereka tidak melihat pelancong sebagai peluang untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Dari segi bekerja pula mereka tidak merungut atau cuba ‘mencuri tulang’. Sebaliknya sentiasa bersemangat, tidak kira yang muda mahupun yang tua.

Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau turut melancarkan kempen Bersih, Cekap, Amanah. Kerana itulah Malaysia dengan pantas maju berbanding kebanyakan negara ASEAN yang lain.

Namun kini nilai-nilai itu yang telah dipupuk mulai pudar kerana masyarakat Malaysia semakin tamak dan terlalu mengejar kebendaan hingga sanggup melakukan apa sahaja demi mengaut keuntungan yang banyak. Kebanyakan tenaga kerja tidak digunakan sepenuhnya untuk memajukan syarikat atau institusi tempat bekerja.

Politik Korea Selatan juga telah jauh matang jika dibandingkan dengan Malaysia. Walaupun bulan hadapan Korea Selatan akan mengadakan pilihan raya, tetapi ia tidak kecoh seperti di Malaysia yang belum pasti lagi tarikh pilihan rayanya.

Malah seorang pemimpin kanan pembangkang dari Parti Bersatu Progresif (UPP) Lee Jung-hee menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya 14 April ini, kerana dia malu dan menganggap dirinya sebagai beban kepada parti. Jung-hee dikaitkan dengan skandal penipuan, tetapi beliau menafikannya.

Di Malaysia kita mungkin boleh lupakan sahaja jika mahu melihat pemimpin pembangkang menarik diri daripada pilihan raya kerana sentiasa menganggap mereka yang paling hebat dan tidak mempunyai pengganti yang sesuai, walaupun terpalit dengan pelbagai skandal seks dan rasuah.


Pembangkang kita terlalu terbawa-bawa dengan model ekonomi dan politik negara jiran yang ternyata lebih mundur berbanding Malaysia. Sedangkan negara jiran berkenaan sejak sekian lama kagum dengan negara kita dan kadangkala membangkitkan rasa cemburu.

Satu lagi perubahan di Korea Selatan, jika sedekad lalu amat sukar untuk menemui mereka yang faham bahasa Inggeris, tetapi kini keadaannya telah berbeza.

Jika dahulu bahasa menjadi penghalang untuk pelancong berkomunikasi, tetapi kini tidak lagi. Tidak ada peniaga yang penulis temui tidak memahami bahasa Inggeris, walaupun mereka bercakap tunggang terbalik.

Mereka sedar untuk lebih maju dan menarik pelancong asing, mereka perlu sekurang-kurangnya memahami bahasa pertuturan antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Apatah lagi tahun 2010 hingga 2012 telah diisytihar sebagai Tahun Melawat Korea.

Melihat kepada situasi semasa di negara kita, mungkin kerajaan perlu memberi penekanan semula kepada kempen Bersih, Cekap dan Amanah – supaya negara kita tidak terjerumus ke lembah rasuah yang merosakkan cita-cita untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.

Read more »

Monday, March 26, 2012

Pengundi Cina Masih Berbelah Bagi


WALAUPUN tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih belum dapat dipastikan, pelbagai spekulasi dan ramalan mengenai tarikh keramat itu juga tersasar, namun bahang pilihan raya semakin membara di segenap tempat di negara ini.

Topik mengenai peluang kemenangan sesebuah parti politik di satu-satu kawasan juga hangat dibincangkan, bukan sahaja di kedai-kedai kopi malahan situasi sama turut mewarnai kopitiam Cina.

Perbincangan kopitiam ini kadang kala dilihat 'kosong' atau dibicara secara bersahaja, manakala sarjana sains politik mungkin melihat perbualan di kopitiam ini sebagai kurang berasas atau tidak memenuhi syarat akademik.

Namun bicara politik di kedai kopi selalunya memberi mesej yang tersendiri di mana daripada perbualan biasa inilah, kita boleh mengetahui sedikit sebanyak hala tuju undi di sesuatu kawasan.

Keadaan ini adalah amat penting terutamanya untuk menilai dan meramal ke mana akan perginya undi di kalangan pengundi Cina, iaitu kumpulan pengundi yang dikatakan paling sukar untuk diramalkan.

Agak menarik apabila terdapat pakar-pakar tilikan dan fengshui Cina yang turut menggunakan kemahiran mereka untuk meramal keputusan PRU-13 akan datang.

Seorang pakar ramalan Cina umpamanya menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan berjaya memenangi 143 kerusi Parlimen sekiranya pilihan raya umum diadakan pada tahun ini, pakar tersebut turut meramalkan BN akan berkuasa di sembilan negeri.

Terdapat pula ahli nujum yang meramalkan bahawa nasib BN akan lebih baik di utara tanah air sekali gus memberi peluang kepada BN untuk merampas semula Kedah dan menambah kerusi di Pulau Pinang.

Menariknya jika zaman dahulu biasanya ahli nujum akan membuat ramalan dengan mengkaji horoskop atau bintang. Tetapi pada era ini bintang pada logo 1Malaysia turut dijadikan petunjuk untuk meramal peluang kemenangan BN pada PRU-13.

Terdapat peramal umpamanya menjangkakan BN tidak dapat berkuasa di semua negeri kerana bintang pada logo 1Malaysia adalah tidak sempurna dan bukannya bentuk bintang yang lengkap.

Tidak kira tilikan peramal-peramal ini betul atau tidak, apa yang pasti pengundi Cina masih merupakan kumpulan pengundi yang paling sukar diramalkan hala tuju mereka.

Ketua Penerangan BN Selangor yang juga merupakan seorang pengunjung tegar kedai-kedai kopi di sekitar Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, masih ramai pengundi Cina tidak membuat keputusan untuk mengundi BN atau pembangkang.

''Keadaan ini disebabkan oleh nilai kehidupan tradisi masyarakat Cina sendiri di mana mereka akan membuat penilaian berterusan ke atas persekitaran semasa.

''Kemenangan BN juga amat bergantung kepada kemampuan parti komponennya termasuk MCA untuk melawan propaganda pembangkang yang mahu meracuni minda pengundi Cina,"

Pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 2006 umpamanya, sebahagian pengundi Cina didapati beralih sokongan kepada parti pembangkang membolehkan DAP mencatat kemenangan di enam kerusi, tetapi sokongan kepada pembangkang bagaimanapun dilemahkan semula pada Pilihan Raya Umum 2008.

Trend pengundi Cina yang sukar diramal turut ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil. MCA umpamanya mendakwa pengundi Cina lebih cenderung menyokong BN dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu pada Januari 2009; tetapi ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada April 2009 pula, pengundi Cina pula beralih kepada pembangkang.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008 pula, boleh dikatakan undi Cina beralih secara besar-besaran kepada pembangkang, pengaruh DAP berjaya diperluaskan ke Sabah malahan di sesetengah tempat di utara Johor, negeri yang merupakan kubu paling kuat BN.

Keadaan ini adalah berbeza dengan Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 sebelum ini yang memperlihatkan sokongan DAP merosot ke paras terendah.

Keputusan-keputusan pilihan raya tersebut menampakkan wujud trend undi secara kolektif yang jelas di kalangan pengundi Cina yang tidak terbatas oleh sempadan negeri, tetapi hala tuju undi tersebut adalah berubah-ubah dan amat sukar diramalkan.

Sememangnya jika dibandingkan dengan kebanyakan pengundi Melayu yang merupakan penyokong setia kepada sesebuah parti adalah sukar digugat, keadaannya adalah berlainan di kalangan pengundi Cina yang mana sokongan mereka boleh berubah setiap hari.

Mungkin disebabkan oleh sikap atas pagar kebanyakan pengundi Cina ini, tiada mana-mana parti berasaskan masyarakat Cina sama ada DAP, MCA mahupun Gerakan mempunyai keyakinan penuh untuk menang di satu-satu kawasan.

Pian Hon berkata, walaupun para penganalisis berpendapat undi Cina masih cenderung kepada parti pembangkang tetapi hakikatnya keadaan itu boleh berubah pada bila-bila masa bergantung kepada persekitaran semasa.

''Perlu diingatkan bahawa sejarah menunjukkan pengundi Cina merupakan penyokong setia kepada Perikatan atau BN selama ini, peralihan undi Cina secara besar-besaran ke arah pembangkang hanya berlaku dua kali iaitu pada 1969 dan 2008.

''Apa yang penting ialah setiap isu yang membelenggu pengundi Cina perlu diperjelaskan oleh BN satu demi satu," katanya.

Tidak dinafikan bahawa gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta sikap lantang bersuara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menghasilkan impak positif di kalangan pengundi Cina, namun sejauh manakah ia akan membantu kemenangan MCA masih menjadi satu persoalan.

Kunci kepada persoalan tersebut bergantung kepada kemampuan parti-parti politik berkenaan untuk mempengaruhi dan menarik sokongan kumpulan atas pagar yang mana undi mereka tidak menentu dan boleh berubah pada hari mengundi itu sendiri.

Read more »

share2