Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 31, 2012

JBA Tetap Dikorporatkan


KUANTAN - Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA) akan tetap diteruskan kepada Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP).

YAB Menteri Besar Pahang mengatakan sedemikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Presiden CUEPACS di Temerloh semalam.

Tambah beliau lagi, wujudnya perbezaan diantara Penswastaan dan juga Pengkorporatan dalam isu bekalan air ini.

"Ada beza diantara penswastaan dengan pengkorporatan. Pihak Kerajaan telah membuat keputusan supaya Jabatan Bekalan Air dikorporatkan," kata beliau ketika ditemui media hari ini.

Selian itu, beliau juga turut menjelaskan bahawa tujuan bagi langkah ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam membekalkan air kepada rakyat diseluruh Negeri Pahang.

"Biasanya dalam bidang korporat, pengurusannya lebih terurus dan lebih cekap secara relatif jika dibandingkan dengan Kerajaan.

Dan kepada rakyat, bekalan air tetap sama. Tarif air tidak akan dinaikkan sejak dari tahun 1982 sehingga sekarang tidak akan dinaikkan," katanya.

Pihak Kerajaan juga akan memberikan peruntukan tetap kepada PAIP sebanyak RM50juta setahun bagi tempoh lima tahun bagi tujuan penambah-baikan bekalan air di Negeri Pahang.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pihak kakitangan JBA sedia ada tidak perlu risau dengan isu ini dan akan diberi makluman oleh pihak Kerajaan dalam masa terdekat.

"Majlis Penerangan akan kita buat dan tidak ada seorang pun kakitangan JBA, dari Pegawai Tinggi sehingga kepada kakitangan rendah yang akan diberhentikan apabila JBA digantikan dengan PAIP," katanya lagi. - BPUNP

Read more »

Kisah Mat Rempit Dan Haji Hadi


Alahai! Ingatkan tak de orang yang simpati dengan Si Haji Hadi ni. Rupanya ada jugak manusia dalam dunia ni yang simpati dengan dia ye.

Ceritanya begini. Semalam Semut merayap disekitar Kuala Lumpur. Dengar kata ada Wacana yang sedang berlansung. Jadi Semut pun singgah la ke wacana tersebut.

Datang la sorang Mat Motor ni memberikan taklimat dalam wacana tersebut. Antara lain, kata Mat Motor ni dia turut bersimpati dengan Si Haji Hadi tu.

Kata dia, sekarang ni Si Haji Hadi tu dah terasa yang dia memang cukup bersalah kerana menyokong Si Ketua Penipu tu selama hari ini.

Dia sedar yang Si Ketua Penipu tu telah membuatkan perjuangan PAS jauh menyimpang dari dasar serta hala tuju asalnya.

Si Haji Hadi tu juga, 'katanya' turut menyesal sebab terpaksa memecat Datuk Dr. Hassan Ali atas sebab Hassan Ali tak menyokong Si Ketua Penipu tu.

Dan atas sebab itulah, 'katanya' menjadi punca sebenar Si Haji Hadi tu tak nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jadi, kata Si Mat Motor tu tadi, dia berikan Haji Hadi tiga pilihan. Pertama, Haji Hadi boleh terus kekal dalam PAS dan mengukit arus Parasit Anwarinas sedia ada.

Kalau dia ikut cara tu, kemungkinan besar dia akan diberikan ganjaran dan diberikan kedudukan dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Kedua, dia boleh mencantas semua pengikut - pengikut PAS yang pro kepada Parasit Anwarinas tu secara terang - terangan.

Dia perlu mendedahkan kepada umum, siapa Si Ketua Penipu tu sebenarnya. Tapi akibatnya nanti, dia akan disisih dan dipinggirkan.

Bukan sahaja dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang, malah dia juga akan turut disisihkan dikalangan ahli - ahli PAS sendiri.

Dan ketiga, dia boleh pilih untuk terus bersara dari Politik. Balik kampung dan jaga anak bini serta keluarga dia. Itu pun ada juga faedahnya daripada terus menyokong Si Peliwat tu secara berterusan!!!

Ps: Apa - apa pun keputusan Si Haji Hadi tu nanti, Semut harap dia boleh beristiqarah mohon petunjuk dari Allah S.W.T.

Cadangan Semut sendiri ialah agar Haji Hadi menarik PAS keluar dari Pakatan Pembangkang dan bersatu dengan UMNO demi masa depan serta perpaduan Ummah. Itu lagi bagus.

Pilihan terbaik ialah dengan cara kita kembali kepada yang Maha Esa. Itu sahaja caranya. Bukannya tebus dosa dengan Israel!!!

Read more »

PAS YANG SEMAKIN DIRAGUKAN



KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menolak pandangan media bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menjadi sasaran susulan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali awal bulan ini, berhubung tindakan penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Sambil menegaskan isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza, Salahuddin berkata, Pas juga bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya.
"Pas bukan (parti) suka pecat orang. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang melihat siri pemecatan dari Pas. Jadi, kita bukan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang......... (Sinar Online)

Walau apapun, rakyat melihat parti Pas sudah kian runtuh dan hilang wibawa. Kekuatan yang ada dan tinggal ketika ini hanyalah sebahagian sibertroppernya yang juga sudahpun semakin hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat serta juga Parti Pas sendiri.

Ini berikutan beberapa isu yang tidak menyenangkan penyokong-penyokongnya akhir-akhir ini termasuk isu pemecatan Datuk Dr Hassan Ali dan isu bahawa MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dihebohkan akan turut dipecat gara-gara kes tindakan beliau menggantung 5 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Selain itu, rakyat dan penyokong-penyokong Pas juga sudah tidak yakin dengan sokongan yang Pas berikan kepada Pakatan Pembangkang serta sokongan terhadap DS Anwar Ibrahim dalam rancangan mereka merampas Putrajaya.

Majoriti rakyat dan penyokong tegar Pas sudah tidak lagi yakin kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim serta kredebilitinya sebagai 'bakal PM Malaysia' berikutan skandalnya bersama pelacur China serta kes liwat Saiful baru-baru ini.

Walaupun hakim membebaskan beliau namun ianya hanya kerana kelemahan dari segi teknikal sedangkan keyakinan terhadapnya sebagai tertuduh yang bersalah amat tinggi. Bahkan DS Anwar yang yang hanya dibicarakan dari kandang tertuduh serta tidak mengangkat sumpah sangat mencurigakan dan dikesalkan.

Tindakan pemimpin-pemimpin Pas yang terus-terusan memberikan sokongan kepada DS Anwar dilihat sebagai lebih kepada berkepentingan politik dan bukan lagi perjuangan menegakkan Islam dan tidak lagi berada dilandasan yang benar memnimbulkan kekecewaan penyokong-penyokong mereka.

Khabarnya, dalam masa terdekat, seorang lagi pemimpin Pas peringkat tertinggi akan keluar meninggalkan Pas kerana sudah hilang percaya kepada parti dan sudah tidak ingin lagi bersubahat dengan perlakuan dan sokongan yang salah selama ini. Ini sudah tentu akan memberikan tamparan hebat kepada parti berkenaan menjelang PRU13 nanti.



Read more »

Program Penghayatan Maulidu Rasul DUN Kerdau

Klik Imej Untuk Besarkan
Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri kawasan Kedau dengan rasa rendah dirinya menjemput seluruh umat Islam ke Program Penghayatan Maulidu Rasul tahun 2012.

Jadual program adalah seperti yang dipaparkan diatas. Dengan kehadiran seluruh umat Islam diharapkan mendapat berkat dan syafaah dari Allah S.W.T. Insya Allah.

Read more »

Monday, January 30, 2012

Syukur Kepada Allah, Terima Kasih Sesama Manusia

ALLAH melimpahkan rahmah dan nikmah yang banyak kepada manusia. Kepada-Nya manusia dididik bersyukur. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Kasih Allah kepada semua makhluk yang dicipta-Nya. Orang yang tidak beriman juga diberikan rezeki.

Limpahan rahmah dan nikmah yang Allah berikan kepada manusia dalam pelbagai bentuk. Ada yang sifatnya ketenangan jiwa dan kebahagiaan diri. Ada yang bentuknya sumber-sumber rezeki yang terdapat di atas dan di perut bumi.

Orang yang jiwanya sentiasa bersyukur, lafaznya menyebut nama Allah. Rezeki yang diterima dimanfaatkan kepada yang lain. Ia memiliki jiwa sakinah yang tinggi dan merasakan rezeki itu dicari yang pada hakikatnya adalah milik Allah.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan ditambah rezekinya dan ketenangan dirinya sebagai tanda barakah yang melimpah. Doa dipanjatkan memohon taufik dan petunjuk diikuti amal soleh. Orang seperti ini memiliki jiwa muttaqeen yang tinggi.

Sumber rahmah dan nikmah itu sebahagiannya diuruskan oleh manusia. Namanya individu, keluarga, masyarakat, kepimpinan negara dan rakyat, ilmuwan dan ulama, perancang dan pentadbir negara semuanya bergerak ke arah menjadikan pengurusan sumber suatu taklif atau amanah.

Kekuatan ihsan dan insan yang ada pada manusia menyebabkan rasa syukur sentiasa subur dalam lafaz dan tasdiq (membenarkan) sentiasa terjadi. Orang yang bersyukur menghubungkan apa yang diterima sebagai hak dan milik Allah. Lalu kepada Allah dikembalikan supaya ada pengiktirafan bahawa semuanya itu adalah anugerah Allah.

Sebahagian rahmah dan nikmat dari Allah itu diuruskan oleh manusia. Seorang bapa dan ibu bekerja mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan mendidik mereka.

Rasa syukur kepada Allah tetap dilafazkan dan rasa terima kasih kepada ayah dan ibu tetap diucapkan. Ia membayangkan nilai budi yang tinggi terhadap Allah dan manusia. Ia adalah penting membentuk sifat adab kepada Allah dan kepada manusia.

Jangan ada anak-anak yang berkata, "Memang dah tanggungjawab kamu mendidik kami. Memang dah tanggungjawab kamu membesarkan kami. Dan memang tanggungjawab kamu membelanjai kami. Kami bukan minta dilahirkan." Kata-kata ini membayangkan adab anak yang rendah.

Terima kasih harus diberi kepada ibu bapa dalam bentuk kasih sayang dan pesan nasihatnya yang baik harus diikuti. Ada anak yang selalu menempelak ibu bapa bahawa mereka lebih cerdik daripada ibu bapanya. Benar, dari segi pelajaran dan kelulusan terdapat anak-anak yang lebih tinggi kelulusannya. Kelulusan tidak sama dengan pengalaman. Ibu bapa sudah menempuh pengalaman yang banyak dalam hidup. Anak-anak masih mentah dalam pengalaman dan pengamatan. Lalu keputusan yang diambilnya selalunya tidak cukup kukuh untuk memahami keadaan.

Beradab dengan ibu bapa adalah suatu tuntutan. Tidak ada ibu bapa yang ingin menjadikan anak-anaknya rosak. Usahanya mencari rezeki untuk kepentingan anak-anak dan membesarkan anak-anak dengan susah payah harus dilihat dengan rasa terima kasih.

Sekiranya rasa terima kasih ini pupus daripada anak-anak tunggulah masanya apabila anak-anak menjadi ibu bapa nanti, anak-anaknya pula bakal melakukan kebiadapan dan langsung tidak ada rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada ibu bapa.

Seorang guru mendidik anak muridnya menjadi pandai dan berpengetahuan. Ilmu yang datangnya dari Allah itu patut disyukuri dan usaha guru menyampaikan ilmu dan membentuk peribadi murid harus diikuti dengan lafaz terima kasih. Seorang guru yang berjaya mendidik anak muridnya tidak mengharapkan balasan yang berbentuk kebendaan. Jangan ada murid-murid yang berkata begini, "Dia jadi guru kerana digaji oleh kerajaan. Memang dah kerja dia mengajar dan mendidik." Kata-kata begini membayangkan akal budi yang rendah. Siapalah kita kalau tidak ada guru yang mendidik kita menjadi manusia.

Hal yang sama berlaku terhadap kerajaan yang memerintah. Soal bersetuju atau tidak dengan kerajaan adalah sesuatu yang lazim dalam proses demokrasi. Tetapi sebagai seorang warga Islam rasa terima kasih perlu ada. Yang baik dikatakan baik dan yang tidak dikatakan dengan tidak, secara adab dan berhemah terutamanya di kalangan generasi muda. Jangan biarkan emosi dan sentimen mengambil tempat.

Kerajaan yang memerintah sentiasa memikirkan kebaikan untuk warganya. Kelemahan pemerintah tetap ada kerana pemerintahan itu dikendalikan oleh manusia yang bersifat lupa (nasiyya) dan lalai (ghaflah).

Pemerintah kena memikirkan bagaimana ekonomi menjadi lebih stabil, peluang pekerjaan kepada rakyat tersedia, peluang pendidikan dalam negara dan keluar negara diberikan dengan adil, kemudahan prasarana terbina dengan baik, program pembiayaan dalam berbagai bentuk diwujudkan, pendekatan mensejahterakan rakyat dilakukan. Dan ia tidak datang bergolek. Ia perlu dirancang dengan bijaksana dan berhemah.

Memang benar ada kelemahan di sana dan di sini. Rasuah masih ada dan ketirisan dalam pelaksanaan dasar tetap terjadi. Yang pentingnya ada tidak usaha pencegahan dibuat dan pembaikan strategi memperkemas pelaksanaan dasar berlaku. Jawapannya ada.

Anak-anak muda yang diberi peluang belajar dalam negara dengan bantuan PTPTN adalah bernasib baik. Program ini tidak dibuat oleh mana-mana negara Islam lain. Kadang-kala berlaku kelemahan yang sifatnya teknikal dalam mengendalikan PTPTN dan ia perlu diperbaiki. Bayangkan berapa ramai yang lupa membayar kembali hutang-hutang PTPTN walaupun sudah bekerja dan bergaji besar.

Apakah ia membayangkan rasa terima kasih terhadap kerajaan supaya menjelaskan hutang dapat membantu pelajar-pelajar lain pula. Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan perjalanan sistem bernegara menjadi terjejas. Sekiranya ini menjadi tabiat generasi muda bayangkan apa akan terjadi jika generasi muda bakal mengambil kepimpinan negara nanti. Begitu juga peluang pelajar cemerlang untuk belajar di luar negara diberikan kepada generasi muda khususnya anak orang Melayu. Pemilihan mereka tidak dibuat atas pertimbangan parti. Anak orang pembangkang juga dipilih dengan syarat ada merit dan kebolehan. Ia adalah suatu dasar yang adil.

Berapa ramai di kalangan pelajar-pelajar ini yang ada rasa syukur dan berterima kasih dengan pihak yang membantunya. Kedapatan perangai tangan menghulur, jari digigit. Maka berkatalah sebahagian daripada mereka, "Itu memang sudah tanggungjawab kerajaan!". Bayangkan kerajaan yang memerintah tidak ada upaya kewangan yang tinggi, bolehkah program menghantar pelajar itu berlaku. Tentunya kerajaan yang bertanggungjawab dan punya sumber kewangan mampu melakukan sesuatu.

Bangsa yang tidak berterima kasih adalah bangsa yang lupa diri. Bangsa yang lupa diri bakal menghadapi generasi hari depan yang bakal melupakan peranannya. Balasan itu tetap datang. Tradisi Islam mengajarkan kita supaya menjadi mata rantai perubahan yang beradab dan beretika.

Kepayahan yang dilalui oleh orang terdahulu menyebabkan nikmat kesenangan sampai kepada kita pada hari ini. Jadilah insan yang sentiasa mengenang budi baik orang supaya kita pula bakal dikenang oleh orang lain.

Read more »

Nik Abduh Ibarat Katak Bawah Tempurung


Betullah puak PAS ni ibarat katak bawah tempurung. Benda dah sah 2 3 hari lepaspun dia masih tak boleh nak terima kenyataan. Inilah jadinya apabila terlalu taksub dengan seseorang manusia.Anwar sendiri yang mengaku nak melindungi keselamatan Israel, boleh pulak ada yang tak percaya.

Read more »

Sunday, January 29, 2012

Islam Perlu Bangkit Di Malaysia

KUASA ketiga dalam landskap politik Malaysia, begitulah tajuk program Soal Jawab di TV3 yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Berita Media Prima, Datuk Ahmad Talib pada 25 Januari lalu. Panel penjawab ialah Datuk Hasan Ali yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana namanya saban hari menjadi sebutan media lama dan alternatif.

Seorang lagi anggota panel ialah Datuk Aidid Ghazali, mantan felo kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Ketua In Mind, badan pemikir kerajaan negeri Selangor dulu. Beliau kini adalah perunding dalam pengurusan Islam.

Walaupun perbincangan lebih berkisar kepada soal pemecatan Hasan daripada Pas dan jawatan Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, tajuk 'kuasa ketiga' telah dilontarkan sebagai pencetus pemikiran serius bagi mereka yang menonton program itu.

Namun tidak pula dikupas dengan terperinci identiti kuasa ketiga itu dengan jelas. Seolah-olah baru nampak ekor sahaja, dan kita diminta menunggu bila kepala dan seluruh badan akan muncul. Yang lebih disebut oleh Hasan dan Aidid ialah kuasa ketiga itu kelak akan berpaksikan perjuangan untuk mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan Raja-raja atau kependekannya IMR, sama dengan akronim Institute of Medical Research Malaysia.

Turut disebut bahawa para pemimpin kuasa ketiga itu kelak adalah orang-orang Islam yang mempunyai akhlak yang baik supaya kuasa ketiga itu kelak dipandang dengan penuh integriti oleh rakyat.

Oleh kerana tidak banyak pendedahan yang dibuat tentang kuasa ketiga melalui program Soal Jawab itu, hamba terpaksa membuat andaian lanjut tersendiri mengenainya. Ia sesuatu yang patut difikirkan dengan serius oleh orang Islam, khususnya orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

Konsep kuasa ketiga atau dalam bahasa Inggeris dipanggil third force, bukanlah sesuatu yang sangat baru di Malaysia. Apabila disebut kuasa ketiga, bermakna ada kuasa pertama dan kedua. Yang dimaksudkan kuasa pertama ialah kerajaan yang memerintah dan kuasa kedua ialah pihak pembangkang yang sentiasa berusaha untuk menjadi kuasa pertama.

Kuasa ketiga merujuk kepada pihak lain yang boleh mempengaruhi pemikiran dan pendirian politik rakyat, tanpa menyekutukan dirinya dengan kuasa pertama dan kuasa kedua. Di beberapa negara demokrasi Barat telah wujud kuasa ketiga yang dilihat sebagai perkembangan yang sihat dalam kerangka demokrasi.

Di Malaysia juga secara teorinya juga sudah wujud kuasa ketiga pada zaman pra Pilihan Raya 2004 dan 2008. Mereka terdiri daripada NGO-NGO yang digembleng untuk menyokong perjuangan pembangkang. Pada zahirnya badan-badan itu seolah-olah bebas, tetapi hakikatnya tidak. Mereka menentang kerajaan dan menyokong pembangkang. Peranan mereka turut memberi kesan kepada keputusan Pilihan Raya 2008.

Namun kegiatan mereka ini telah disedari dan dikhuatiri oleh pihak-pihak yang bersimpati dengan kerajaan. Lalu muncul beberapa NGO baru yang menyokong kerajaan dan menentang pembangkang. Akhirnya, apa yang wujud bukanlah benar-benar kuasa ketiga yang ideal untuk penyuburan demokrasi. Disebabkan pendirian mereka yang terlalu pro kepada kerajaan atau pembangkang, maka peranan kuasa ketiga yang ideal itu sebenarnya belum wujud lagi di Malaysia.

Maka kita tertunggu-tunggu apakah kuasa ketiga yang disebut dalam program Soal Jawab itu benar-benar bakal merupakan kuasa ketiga yang bebas daripada pengaruh kerajaan dan pembangkang. Senang cakap, tidak memihak kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Mereka hanya berpihak kepada kebenaran. Siapa yang benar akan disokong dan yang tidak benar akan ditentang.

kegawatan

Kuasa ketiga yang dibayangkan ialah satu kumpulan orang-orang yang amat insaf terhadap kegawatan dan kecelaruan yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang, khususnya orang-orang Melayu yang menjadi tonggaknya. Juga kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam yang turut tercabar. Segala status-quo yang mampan sekian lama kini semakin menjadi mangsa kepada percaturan, kerakusan dan pergelutan politik.

Isu murtad, penggunaan kalimah Allah, kitab Bible dalam Bahasa Melayu, pemimpin bukan Islam mempersenda ayat-ayat Quran, pemimpin wanita bukan Islam tampil di rumah-rumah ibadat Islam untuk berceramah dengan berpakaian tidak menutup aurat, adalah antara perkara yang sungguh merisaukan orang-orang Melayu yang beriman dan mempunyai kesedaran tentang ancaman terhadap agama yang Allah redai ini.

Bagi mereka, parti-parti politik yang ada sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk menyelesaikan isu-isu ini kerana masing-masing sudah menjual diri kepada bukan Islam demi mendapatkan undi untuk merebut kuasa politik. Tanggung jawab menegakkan dan mempertahankan agama tidak lagi menjadi perjuangan 'kerana Allah,' sebaliknya hanyalah wadah percaturan untuk mendapat kuasa politik di dunia. Soal akhirat sudah menjadi perhitungan kedua, malah mungkin ketiga.

Mereka ini mulai khuatir kalau-kalau umat Islam kini akan terjadi seperti yang Rasulullah SAW pernah sebutkan: ''Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi SAW menjawab : "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Muslim)

Dalam kegawatan ini, muncul beberapa NGO yang pada zahirnya seolah-olah tampil untuk memainkan peranan sebagai pembela kepada kepentingan IMR (Islam, Melayu dan raja-raja) itu, tetapi persepsi umum terhadap mereka masih dicalit dengan keraguan. Ada yang menganggap mereka masih pro kepada satu pihak. Mungkin ia disebabkan komposisi barisan kepimpinan atau latar belakang beberapa pemimpin NGO berkenaan.

Kini sedang diuar-uarkan kemungkinan munculnya kuasa ketiga yang diharap akan berjuang benar-benar kerana Allah dan bukan kerana mahukan habuan dunia. Mereka tidak perlu menubuhkan parti politik baru dan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Memadai dengan pengisian untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam mengenai tanggung jawab orang yang beriman di Malaysia ini. Tanggung jawab itu telah ditunjukkan dengan jelas oleh Rasulullah semasa hayat baginda.

Dan jika ada keperluan untuk bersuara di Dewan Rakyat, mungkin kuasa ketiga ini kelak meletakkan calon-calon untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang atas tiket bebas. Mereka tidak perlu berjuang untuk menubuhkan kerajaan, memadai sekadar menjadi kuasa pengimbang antara dua kuasa yang semakin kalut berebut kuasa. Keghairahan untuk merebut kuasa telah menjadikan perjuangan mereka tersasar daripada landasan 'kerana Allah.' Akhirnya hanya duniawi yang mereka kejar.

Akhir kalam renungi maksud hadis berikut ini:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu (orang Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "cinta pada dunia dan takut pada mati". (Hadis Riwayat Abu Daud)

Read more »

Buku Jingga Itu Bukan Al Quran - Azizan Abdul Razak


Dalam siri ceramah anjuran Himpun di dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru minggu lalu, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ditanya oleh seorang hadirin mengenai doktrin Pas adalah agama.

Hadirin itu musykil kerana mereka yang keluar daripada Pas dianggap seolah-olah terkeluar daripada Islam. Jawapan Hasan yang baru saja dipecat daripada Parti Islam SeMalaysia itu mudah, iaitu Pas bukan agama tetapi parti politik.

Menurut Hasan, doktrin itu mungkin sengaja diwujudkan supaya parti tersebut akan sentiasa berada dalam jajaran hati manusia. Keluar daripada Pas tidak akan membuatkan seseorang itu terkeluar daripada agamanya.

'Jadi, janganlah risau,' nasihat Hasan yang menggunakan platform Himpun itu untuk menyedarkan umat Islam mengenai gejala murtad yang mahu diperanginya habis-habisan.

Sebenarnya siri jelajah Hasan Ali yang menjanjikan bakal mendedahkan jati diri sebenar Pas yang menurutnya, 72.28 peratus kepimpinannya kini bukan golongan ulama dan dianggap parasit, belum bermula.

Majlis Himpun di Meru itu yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang sehingga melimpah ke luar dewan adalah siri rutin Himpun. Tetapi ramai termasuk ahli Pas dalam dewan itu berminat dengan isu yang berlegar dalam Pas.

Sebahagian daripada mereka walaupun telah ditarbiahkan dan berbaiah untuk taat setia, mahu membuka diri dengan sudut pandang lain. Mereka bukan dalam kalangan yang taksub. Mereka masih bersikap terbuka yang tidak sanggup menggadai agama dan bangsa demi kekuasaan Putrajaya.

Tetapi kepimpinan pakatan pembangkang khususnya Pas semestinya yakin benar Hasan 'tidak ada pengaruh'. Buktinya, bertalu-talu kenyataan daripada Mursyidul Am sehingga pimpinan Pas Pusat dan negeri cuba untuk merendam suara Hasan.

Di atas permukaan, terlihat tidak ada seorang pun dalam kalangan pemimpin mereka yang bimbang pemecatan itu bakal menghakis sokongan kepada Pas. Mereka juga tidak hirau dengan bakal munculnya kuasa ketiga dan rancangan Hasan untuk melakukan siri jelajah.

Mungkin sebab itu juga, Pusat Penyelidikan Pas pun buru-buru membuat kaji selidik yang hasilnya tentu sekali akan senada. Kajian itu merumuskan pemecatan keahlian Hasan hanya memberi kesan minimum kepada masyarakat Melayu.

"Melihat kepada penilaian terhadap respons pembaca dan penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr. Hasan Ali adalah lebih dominan," kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Ahmad Zuhdi Marzuki.

Selain kenyataan akhbar dan sidang media untuk menangkis persepsi umum, analisis dan komentar mereka merujuk kepada satu rumusan - biarkan Hasan kerana dia sudah tiada pengaruh.

Hasan bagi pimpinan Pas adalah musuh 'yang selama ini dikelilingi oleh orang UMNO dan yang kecewa tidak mendapat jawatan Menteri Besar. Strategi seperti ini sudah biasa dilakukan pemimpin pakatan pembangkang iaitu melabel dan seterusnya mengaitkan orang yang tidak sehaluan dengan UMNO.

Azmin Ali, tokoh PKR yang pakar memperlekeh orang lain juga tidak ketinggalan tumpang semangkuk. Beliau tetap lancang walaupun desakannya sebelum ini yang mahu Hasan diambil tindakan ditempelak ramai pemimpin Pas.

Pemimpin kesayangan Anwar ini tetap saja dengan perangai suka mencampuri urusan rumah tangga orang lain. Hasan yang tegar menentang permainan politik Anwar menurut Azmin, adalah sebenarnya parasit yang boleh merosakkan perpaduan pakatan pembangkang.

Begitulah 'pengaruh' Hasan bagi musuh baru Pas dan pakatan pembangkang ini. Berbondong-bondong mereka cuba melakukan pembunuhan karakter Hasan tetapi pada masa sama berkata tiada apa yang dibimbangi dengan pengaruh Hasan.

Mungkin saja kepimpinan Pas begitu yakin dengan tarbiah dan ikrar taat setia parti itu sehingga exodus pemimpin dan ahli, tidak mungkin boleh berlaku sebagaimana dialami parti rakan mereka, PKR.

Belum selesai mengurus Hasan, kini timbul pula isu Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Menteri Besar Kedah ini memang dilihat sering bertentangan dengan aspirasi kepimpinan Pas dan pakatan pembangkang.

tempias

Sebagaimana Hasan, Nasharuddin Mat Isa, Harun Din dan ramai lagi yang dilabel pro BN, Azizan juga sudah terkena tempias itu. Malah Aziz Bari, pendukung Anwar itu secara terbuka mencadangkan supaya Azizan menyertai BN.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini yang kini aktif di atas pentas ceramah pakatan pembangkang menempelak Azizan kerana menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Aziz mahu Azizan dikenakan tindakan tegas kerana pendirian Menteri Besar Kedah itu bertentangan dengan kesepakatan pembangkang untuk menghapuskan AUKU yang juga termaktub dalam buku jingga mereka.

Azizan pun bingkas menjawab desakan Aziz dan menyifatkan Aziz sebagai buta undang-undang. Ketegasan Azizan bahawa buka jingga bukan al-Quran yang mesti dipatuhi sepanjang masa melegakan ramai pemimpin akar umbi yang sebelum ini berkeluh-kesah melihat pemimpin mereka diperkotak-katikkan.

Sejak dari awal, pendirian Azizan terhadap tindakan ke atas lima pelajar Kolej Universiti Insaniah yang didakwa di bawah AUKU kerana menyertai demonstrasi haram ini, tidak berubah. Beliau tidak melayan kerenah pelajar institusi milik kerajaan negeri ini, malah menyokong keputusan penggantungan pelajar berkenaan.

Inilah yang menyebabkan persatuan pelajar pro AUKU yang juga pro pembangkang dan pembela Aziz Bari semasa dikenakan tindakan oleh pengurusan UIAM dulu marah-marah. Mereka tidak menjangka sebegitu sekali sikap Azizan yang dianggap mengkhianati ikrar dalam buku jingga.

Tetapi Azizan sebagaimana juga Hasan selalu bersikap rasional dan matang. Mereka yang mahu AUKU dimansuhkan hanyalah kumpulan minoriti, tetapi pandai membuat gempar dan meraih sokongan.

Majoriti mereka yang berkepentingan termasuk Kerajaan Pusat mahu AUKU dipinda. Nisbahnya menurut Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ialah 60 mahu pinda manakala 40 tidak mahu pinda.

Tetapi apakah suara majoriti itu akan didengar oleh kumpulan ini? Percayalah, kumpulan ini dengan menggunakan segala pengaruh dan peluang akan terus melaksanakan supaya kehendak mereka dipenuhi walaupun mungkin nantinya akan memakan korban baru iaitu Azizan.

Azizan pun bukanlah tokoh yang disenangi oleh kepimpinan Pas. Beliau dianggap tidak lagi kompeten dan sudah ada usaha untuk menggantikannya dengan bermacam alasan digunakan termasuk tahap kesihatan Azizan.

Selepas Hasan yang dikenakan tindakan sejurus PKR membuat desakan, apakah mungkin Azizan akan mengalami nasib sama?

Sejauhmana Pas boleh bertolak ansur menangani desakan kumpulan minoriti yang pro Anwar itu? Azizan pun sudah merelakan jika pakatan pembangkang mahu mengambil tindakan termasuk memecatnya. Tetapi beliau mengingatkan, ia bukan mudah!

Read more »

Lim Kit Siang - Bapa Rasis Malaysia


PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang melakukan provokasi lagi, kali ini dalam perutusan Tahun Baru Cina. Menurut beliau, masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) gagal. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Tindakan Kit Siang membangkitkan soal kekayaan kaum adalah berbahaya. Semua orang tahu bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina antaranya disebabkan percaturan penjajah yang menempatkan kaum itu di bandar-bandar, budaya niaga yang diwarisi sejak zaman lampau selain perpaduan kukuh kaum berkenaan.

Persoalannya apakah wajar ia dijadikan modal politik? Memang banyak persoalan berlegar berikutan kenyataan tersebut. Antaranya, apakah soal kekayaan hanya hak kaum Cina dan mengapa berjanji tentang penguasaan kekayaan untuk satu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan kaum lain?

Ternyata Kit Siang tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP yang membuak-buak untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia menyerlahkan hakikat sebenar bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Awang tertanya-tanya mengapa Kit Siang, 71, masih enggan berundur daripada politik. Zaman beliau sudah berlalu. Suatu ketika dulu, beliau pernah dilabel diktator sehinggakan beberapa pemimpin DAP merajuk dan berundur angkaranya.

Lagipun Kit Siang sudah sukses dalam membina dinasti Lim ekoran perencanaan kronisme yang berjaya menempatkan anaknya, Lim Guan Eng berada di persada kuasa sebagai Setiausaha Agung. Seperti bapanya, beliau akan bergayut dengan jawatan itu untuk puluhan tahun. Anak beranak yang mencorakkan parti itu. Khabarnya dalam diam, sebahagian pemimpin Cina DAP kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng. Awang tidak terkejut jika cucu Kit Siang juga akan diatur untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng.

Tetapi yang beliau tidak akan berjaya ialah untuk memulihkan imej rasis DAP yang makin busuk. Penambahan ahli Melayu dalam parti yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat, tidak akan mengubah apa-apa.

Realitinya, majoriti Melayu tetap menolak DAP biar apa topeng yang dipakai. Hanya segelintir Melayu sahaja yang boleh diperkuda.

Kit Siang dan Guan Eng tidak ikhlas menerima ahli Melayu dan pada masa yang sama tidak percayakan orang Melayu untuk diberi peranan penting dalam parti itu. Lihatlah nasib orang India dalam DAP, yang terpinggir dan menjadi kelas kedua.

DAP apatah lagi ketika era dinasti Lim, tidak akan berubah. Ia akan kekal menjadi parti paling rasis di dunia.

Umat islam sepatutnya menolak parti DAP kerana ianya parti yang bukan sahaja memusuhi orang melayu malah juga agama islam. 

Read more »

Nasrudin Hentam Anwar Ibrahim Melalui Facebook


Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.

Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).

"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.

Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin.

Selepas ini  Nasrudin pula yang kena buang dari PAS sebab mengutuk kenyataan Anwar Ibrahim. Tapi bagus juga kalau Nasrudin ini disingkirkan. Lagi cepat hancurnya parti PAS yang selama ni hanya memburukkan nama islam dan perpecahan umat Muhammad s.a.w saja.

Read more »

PAS PAHANG JANJI BERI TANAH?




1. Pas Pahang mengulangi cara lama mereka menjelang PRU13, iaitu memberi janji-janji palsu. Kali ini Pesuruh jaya Pas Pahang janji untuk berikan tanah 'jika' mereka menang PRU. (Klik Sini)

2. DSD MB Pahang nasihatkan rakyat supaya tidak termakan janji Pas itu. '...orang jahil hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka tidak jahil, dia tidak boleh tipu'....kata MB lagi. (Klik Sini)

3. Janji-janji adalah tindakan terdesak Pas dan Pakatan Pembangkang dalam menghadapi PRU. Mereka sedar bahawa sokongan sudah semakin hilang terhadap mereka. Keretakan didalam Pakatan Pembangkang juga sudah semakin jelas.

4. Selain itu, isu sokongan membabi-buta Pembangkang terhadap DS Anwar Ibrahim juga mengecewakan penyokong Pas kerana majoriti mereka sudah percaya bahawa DS Anwar memang terlibat dalam banyak kes-kes berbuat onar.

5. Kes pemecatan Hassan Ali juga menyinggung hati sebahagian besar penyokong Pas. Ketika DS Anwar dipecat, beliau dimaklumkan terlebih dahulu dan diberikan peluang membela diri namun dalam kes Hassan Ali, pucuk kepimpinan Pas bertindakdiktator dengan mengenepikan hak-hak tertuduh untuk membela diri, ini bukan cara Islam sebenar.

6. Memang mudah untuk berjanji, namun janji-janji lama, semasa PRU12 dulu masih banyak yang Pakatan Pembangkang tidak mampu tunaikan. Pas Kelantan contohnya, sedang berpusing-pusing lidah dalam isu janji-janji PRU ini. Dulu Pas Kelantan janji nak beri RM100 kepada warga emas tapi masih belum tertunaikan lagi. (Baca Sini)  Jika janji wang sebanyak itu pun masih tidak mampu ditunaikan, bagaimana pula untuk tunaikan jajnji yang lebih susah? Memberi tanah bukan semudah memberi wang tunai melainkan 'tanah kubur'. Di Kelantan, kaum kerabat Nik Aziz pun masih berganttung kepada ikhsan Kerajaan BN. (Baca Sini)

7. Ketika menjelang PRU12 lalu, Pas Kelantan juga berjanji untuk berikan tanah kepada rakyat, namun selepas menang PRU, mereka sibuk memberi alasan bahawa tiada siapa yang berjanji demikian. Demikianlah apabila 'Ularmak' berpolitik. Apabila mereka yang menonjolkan imej Islam berpolitik rakyat mangharapkan mereka akan jujur dan tidak menipu, namun sebaliknya.

8. Nik Aziz kata, mana ada laporan dakwa calon Pas janji untuk beri tanah. (Klik Sini) Dengan serban masih diatas kepala, Nik Aziz sudah memusingkan kata-kata. Apakah tidak ada laporan bermakna tidak ada penipuan?  Jika Nik Aziz ini bukan Mursyidul Am Pas, tentu dia sama taraf dengan Ayah Pin, pemimpin 'Kerajaan Langit'.

9. Harap-harap rakyat Negeri Pahang akan lebih cerdik dari Rakyat Negeri Kelantan yang sudah lebih 20 tahun jandi mangsa penipuan Pas dengan janji-janji syurga yang mustahil dapat mereka tunaikan. Air bersih pun Pas Kelantan tidak mampu bekalkan kepada rakyat, justeru apa lagi yang mampu mereka berikan selain dari janji-janji manis untuk terus berkuasa setiap kali Pilihanraya.

10. Mungkin benar apa yang Tuan Ibrahim kata, Pas Pahang akan beri tanah, tetap janji Pesuruhjaya Pas Pahang itu hanyalah 'sekeping tanah kubur' yang sudah pun jadi hak setiap rakyat.



Read more »

Saturday, January 28, 2012

King Of The Nyamuk


Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. - AGENSI

Read more »

PAS Hilang Maruah Setelah Membuang Islam


Prinsip perjuangan Pas terhadap Islam dilihat semakin luntur. Jika tidak, apa peranan Kerajaan Pas Kedah hingga tergamak hendak merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar bagi memberi laluan pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta.

Bagai sukar diterima akal, pimpinan Pas Kedah boleh bersetuju untuk meroboh sebuah madrasah yang masih elok dan diimarahkan selalu oleh para jemaahnya.

Mana pula maruah Pas yang dikatakan "dijulang tinggi" kalau sampai hari ini belum keluar kenyataan pimpinan Pas mengenai hasrat DAP untuk meletak calon Melayunya di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Hal-hal berkaitan peranan dan maruah parti berlambang 'bulan putih' itu belum mengambil kira isu pengambilalihan jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor!

Apa perasaan ahli-ahli Pas baik di Selangor dan seluruh negara. Mereka tentu rasa terhina apabila portfolio agama yang selama ini disandang oleh parti itu tiba-tiba diambil alih oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bukan sinonim dengan aktiviti agama.

Nampak sangat Pas sudah tidak dipercayai rakan pakatannya. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, sepatutnya Pas yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk memegang jawatan itu.

Tindakan terbaru pakatan pembangkang ini sudah tentu diperhatikan oleh penyokong Hasan dan mereka melihat Pas sudah terlampau mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Daripada hanya cakap-cakap politik, dan sekadar persepsi kini orang Pas telah pun mendapat gambaran sebenar.

Ahli-ahli Pas pun bukan semua setuju dengan perubahan hala tuju parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan. Dan sejak akhir-akhirnya ini, Pas banyak tunduk setuju dengan ideologi DAP dan PKR.

Akibat kebergantungan Pas kepada DAP konon untuk memulihkan imej ekstrem parti itu daripada kaca mata bukan Melayu, akhirnya Pas yang terpaksa membayar harga amat tinggi apabila dasar perjuangan negara Islam parti itu sendiri dikorbankan.

Tidakkah contoh-contoh tersebut menunjukkan peranan dan maruah Pas bagaikan dipijak-pijak? Bukankah ia juga menampakkan pengaruh dan kuasa parti itu semakin lemah dalam pakatan pembangkang.

Mana pendirian Pas dalam proses tawar-menawar dengan pakatan. Nampak sangat beberapa keputusan penting dilihat bagaikan dibayangi oleh PKR dan DAP. Pas hanya 'mengikut' sahaja.

Jelas, imej Pas sudah dicacatkan, sekali gus mengikis rasa hormat masyarakat kepada parti itu.

Sesungguhnya peranan Pas yang kian pudar dalam pakatan pembangkang perlu disedari pemimpin parti itu agar tidak syok sendiri.

Kedudukan Pas semakin kecil dan bagaikan melukut di tepi gantang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akar umbi. Penyokong Pas juga akan mempersoalkan kenapa parti itu kini lemah dan terpaksa akur pada tekanan.

Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Pas sudah jauh berbeza sejak berkawan dengan DAP dan PKR. Pemimpinnya leka berpolitik daripada merancang agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

Kepada pemimpin tertinggi dan ahli Pas, sedarlah bahawa sumbangan tenaga, masa dan buah fikiran yang mereka taburkan selama empat tahun bersama dengan pakatan kini tidak dihargai.

Kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang sekadar penumpang. Pas banyak tunduk dengan arahan DAP dan PKR tanpa tentangan.

Pas sepatutnya sedar parti itu hanya dipergunakan oleh PKR dan DAP bagi menjayakan impian mereka untuk menang dalam pilihan raya.

Read more »

Pembangkang Berjanji Untuk Terus Menipu Rakyat


DI Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor ada satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran berguna. Tanah TOL atau tanah lesen menduduki sementara di situ telah lama diterokai dan diduduki penduduk sejak 70 tahun lalu dengan menjadikannya rumah kedai.

Semasa Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, kira-kira tiga atau empat pekedai di situ cuma membayar premium kira-kira RM5,000 untuk mendapatkan geran.

Tetapi beberapa lagi pekedai daripada keseluruhan sembilan kedai di situ enggan berbuat demikian. Senang cakap barangkali mereka ini penyokong pembangkang. Mereka enggan menemui wakil rakyat kerajaan waktu itu untuk urusan geran.

Masa berlalu. Sebaik-baik sahaja kerajaan negeri BN itu jatuh ke tangan pembangkang, dikatakan antara pekedai tadi yang merupakan penyokong Pas merasakan peralihan kepimpinan itu adalah masa yang tepat untuk memohon geran. Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila kadar premium yang dituntut untuk tanah berkeluasan lebih kurang 83.128 meter persegi (894.782 kaki persegi) bukannya RM5,000 atau RM6,000.

Sebaliknya mencecah RM60,000. Terkedu dan 'terduduk' mereka. Terkena batang hidung sendiri apabila urusan permohonan geran itu mengikut harga pasaran.

Bukan sahaja kadar premium yang tinggi berlaku di Sungai Burong. Di satu kawasan di Sungai Kajang untuk keluasan tanah 3 ekar sahaja, kadar premiumnya melambung sehingga RM300,000.

Dahulu, dalam manifesto pakatan pembangkang, sibuk melaung-laungkan mahu tegakkan keadilan. Sama rasa dan sama rata kononnya. Tetapi tengoklah apa yang berlaku.

Peruntukan untuk sekolah-sekolah contohnya. Kerajaan PKR Selangor mengumumkan sejumlah RM6 juta disalurkan masing-masing untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang berjumlah 108 buah dan sekolah rendah agama (414 buah). Untuk SJKT (Tamil) pula yang bilangannya 97 buah di negeri itu, cuma RM4 juta.

Mengapa nisbah peruntukannya 6:6:4 (SJKC, Sekolah Agama dan SJKT) dan bukannya 6:6:6. Hanya kerana dibezakan dengan 11 buah sekolah sahaja berbanding SJKC (108-97), sekolah Tamil rugi RM2 juta. Perbuatan 'pilih kasih' ini bukti cakap tidak serupa bikin pembangkang. Tidak ada elemen sama rata dan sama rasa rupanya.

Berpegang kepada banyak isu yang dicetuskan pakatan pembangkang di Selangor inilah maka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Noh Omar mengajak rakyat Selangor supaya berfikir lebih panjang. Bahawa apakah wajar PKR, Pas dan DAP perlu dipertimbangkan lagi untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Rakyat Selangor tentu lebih bijaksana. Lebih lama pembangkang perintah negeri itu, lagi lama rakyatnya 'memendam rasa'.


"Kerajaan PKR Selangor ini buat sesuatu untuk rakyat negerinya hanya bermotifkan keuntungan politik mereka. Mereka sanggup tolak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah yang sepatutnya direncanakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan satu lagi kerjanya (PKR Selangor) hanya jual harta yang ada.

"Apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah? Daripada kita (rakyat) ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual mereka (pembangkang). Kita (BN) dahulu sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan. Jelas ini bercanggah dengan manifesto mereka.

"Dahulu kata nak sediakan kemudahan premis untuk usahawan, tapi hari ini bukan sahaja tak ada tetapi nak naik pula sewa dan tekan usahawan.

"Kemudian, rakyat Selangorlah yang rugi kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tentu sukarlah nanti Kerajaan Pusat hendak bangunkan projek pertanian kalau ada kelam-kelibut begini," kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ditemui penulis di Tanjong Karang kelmarin.

Noh sekali lagi menarik perhatian bagaimana sentimen peribadi tidak dicampur-adukkan oleh kerajaan BN sebelum ini namun pada era Selangor diterajui pembangkang, ia dipraktikkan pula.

"Contohnya permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan sebuah kilang di Kuala Selangor yang belum pernah dalam sejarah pentadbiran BN di Selangor, pemohon perlu mengemukakan atau mendapatkan ulasan/sokongan daripada Exco terbabit untuk kelulusan. Mengapa unsur peribadi dibabitkan untuk meluluskan permohonan berkenaan," katanya.

Cakap tak serupa bikin dan hipokrasi kini mewarnai pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

Cuba rakyat negeri Selangor nilaikan hipokritnya kerajaan PKR Selangor ini pula. Pada Mesyuarat Exco pada 25 Mac 2011, mereka bersetuju untuk menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya. Kenaikan elaun tersebut adalah dari RM4,112.79 kepada RM6,000. Bayaran dikira bermula 1 Januari 2011 (tertunggak).

Dalam hal ini, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mengakui dalam kenyataan pada Sidang DUN bahawa kenaikan itu sesuai kerana keadaan ekonomi yang baik dan tugas-tugas yang diberikan.

Tetapi dalam sidang Parlimen hujung 2011, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen atas alasan yang sama diberikan, dengan 'bermuka-muka' dan hipokrit pula pembangkang termasuk Azmin Ali yang juga Ketua Whip di Selangor menentang 'sehabis-habis alam' kenaikan itu.

"Nak jadi jaguh konon, elaun negeri kebas, untuk Ahli Parlimen ditentang pula, maknanya dia turut menganiaya ahli-ahli Parlimen pembangkang juga. Tidakkah itu hipokrit namanya... cakap tak serupa bikin," kata Noh lagi.

Banyak lagi cacat-celanya pemerintahan kerajaan PKR Selangor yang memerlukan tindak balas rakyat negeri itu untuk memberi pengajaran berharga kepada mereka pada PRU13 nanti.

Ketika mula-mula menyandang jawatan Menteri Besar pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan sulungnya menyasarkan perlombongan pasir di negeri itu boleh mencecah sekitar RM150 juta setahun. Tetapi akhirnya tak sampai pun RM15 juta.

Semasa berucap sempena hari jadi Sultan Selangor tempoh hari, beliau mengumumkan pula kenaikan elaun guru KAFA menjadi RM1,300 sebulan. Tetapi langsung tak sebut pun daripada RM1,300 itu, cuma RM500 sahaja peruntukan datang daripada kerajaan negeri manakala baki RM800 lagi adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

Noh percaya peluang BN untuk kembali menerajui Selangor semakin terbuka. Apatah lagi jentera pilihan raya sudah pun disusun rapi daripada peringkat cawangan, DUN dan Parlimen. Malah, seramai 894 ketua-ketua pusat mengundi pun sudah dilantik. Dan baru-baru ini pula setiap seorang dengan penuh bersemangat bersalam dan berbaiah dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor untuk menebus kembali maruah BN di negeri itu.

Untuk mengembalikan semula kuasa di Selangor, BN memerlukan kemenangan di sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi DUN.

Dengan 'cakap tidak serupa bikin' pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sekarang, peluang untuk BN kembali menerajui negeri itu dilihat boleh melepasi 'reading' 50-50.

Itupun terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai dengan 'mata hati' akan isu-isu terbaru yang menyelubungi Pas, PKR dan DAP di Selangor.

Read more »

Pemimpin PAS Janjikan Tanah Kubur Buat Rakyat


Rakyat negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji Pas yang mahu memberikan mereka tanah untuk lot rumah sekiranya dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang kini mempunyai tanah seluas 3.6 juta hektar dan daripada jumlah itu hanya tiga peratus iaitu kira-kira 100,000 hektar yang boleh digunakan.

“Yang lain adalah tanah rizab seperti rizab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas boleh berbuat demikian?

“Jadi, orang jahil ini hanya boleh menipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir sebagai tetamu khas pada majlis perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini semalam.

Hadir sama sebagai tetamu khas ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata, setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti.

Adnan berkata, walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, beliau tetap berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) akan tetap memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau nak kira pasal isu, sampai kiamat pun tak habis. Pembangkang akan terus bangkit pelbagai isu di sini. Tetapi saya yakin BN bukan sahaja akan kekal memerintah di Pahang, malah di Putrajaya juga,” katanya.

Read more »

Nurul Izzah Mengaku Menyesal


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) bahagian Lembah Pantai agar meningkatkan usaha secara strategik untuk menawan semula kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata usaha yang tersusun, terancang dan rapi adalah penting dalam situasi masa kini yang agak mencabar terutama dengan sikap putar belit pihak pembangkang.

"Ketika ini usaha sedang dimulakan. Dalam situasi sekarang ini beberapa isu dan masalah yang timbul mudah digunakan oleh pembangkang.

"Mereka guna pelbagai cara terutama media sosial untuk sebar dakyah, bidaah dan fitnah kepada BN. Apa saja yang kita buat mereka putar belit untuk tunjukkan segala usaha yang kita buat tidak memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama Jentera Induk Pilihan Raya BN Lembah Pantai di sini, Jumaat.

Nurul Izzah sudah goyang sekarang. Jika dahulu bolehlah dia menang bergaya tapi sekarang tidak lagi. Pengundi Lembah Pantai sudah tahu keburukkan Nurul Izzah ni. Sama je macam bapak dia suka menipu keliling. Tak buat kerja membantu rakyat sebaliknya hanya bercerita pasal derita ayah dia je. Derita rakyat dia buat tak tahu.

Dengar cerita Nurul izzahpun dah mula kemas barang nak lari dari kawasan Lembah Pantai. Kalau dia masih lagi nak bertanding dikawasan Lembah pantai, memang kena baling dengan pengundilah nanti. Sekarang baru dia kenal erti penyesalan.

Read more »

Friday, January 27, 2012

Filem Terbaru Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim ada filem terbaru ke? Ataupun ini sambungan filem Chinadoll In Love yang dilaporkan menjadi satu fenomena tidak lama dahulu? Buat masa ini masih belum ada apa apa info yang boleh dikongsikan. Sebab semua ini terpulang kepada Anwar Ibrahim sendiri sama ada hendak bertaubat ataupun tidak. Cuma sekarang dengar khabar Anwar Ibrahim dah mula marah marah pasal filem terbaru ni hehehehe.

Read more »

Fitnah Pembangkang Menhancurkan Ummah

ADA pepatah yang menjelaskan sebuah hakikat diri seseorang: "Ketika dia diam, kita menyangka dia orang pandai. Namun ketika dia mula berbicara maka jelaslah kejahilannya". Kata-kata hikmah ini sangat tepat malah sering terlihat dalam masyarakat kita.

Betapa banyak orang yang pada mulanya kita sangka mempunyai minda 'genius' ketika dia diam. Sebaliknya apabila mulutnya mula ternganga dan lidahnya terjelir saat berkata-kata, terus sahaja kita menjatuhkan hukuman terhadap dirinya: "Ternyata orang ini tidak memahami apa-apa".

Kesalahan ini terletak pada lidahnya. Kerana pulut, santan binasa kerana mulut, badan binasa. Orang mengetahui dia jahil apabila dia bersuara. Seandainya dia hanya mendengar dan diam sampailah tamat isu yang dibangkitkan, nescaya tiada sesiapa yang tahu akan hakikat dirinya yang jahil. Malah diamnya itu sebagai sebuah tanda bijaksana kerana dia mengetahui hakikat dirinya yang tidak berilmu.

Ironinya betapa banyak orang yang binasa kerana lidahnya di dunia ini? Betapa banyak manusia yang nantinya akan dihumban ke neraka kerana silap berkata-kata. Lantaran itu Islam tidak mengajar kita untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanfaat kepada sesiapa hatta kepada musuh atau orang yang kita tidak suka. Malah kepada seorang kafir pun kita disuruh untuk menjaga lidah dan adab.

Kita selalu menyangka lidah kita tidak pernah berdusta, tidak pernah tersasul dan tidak pernah tersilap bicara. Kita tanpa sedar seperti menetapkan bahawa diri kita adalah maksum seperti nabi. Tambahan pula kalau orang ramai menobatkan kita dengan gelaran keramat iaitu 'ulama'. Semakin kuatlah iman kita untuk menafikan kebarangkalian kita tersilap kata, tersalah langkah.

Padahal Rasulullah SAW berkata: "Setiap anak Adam akan melakukan kesilapan, dan yang terbaik adalah yang paling cepat taubatnya." (Hadis Tarmizi).

Ketika kita menggunakan hadis "ulama itu adalah pewaris nabi", kita tergelincir dengan membuat takwilan batil. Kita beranggapan sebagai pewaris nabi kedudukan kita sama seperti nabi di zaman ini. Natijahnya apa yang kita benarkan itu berupa perintah dan apa yang kita tegah berupa larangan. Barang siapa yang menyelisihi kita diancam neraka dan barang siapa yang mentaati kita diberi syurga. Sekiranya begitu, moleklah kita tuliskan dihujung nama kita "Alaihissalam". Atau hadiahkanlah kita sebuah Kursi Alaihissalam.

Tahukah apabila keadaan itu terjadi, umat juga akan menuruti jejak langkah ulama mereka. Ketika ulama mereka mendengar sebuah berita yang tidak dipastikan kesahihannya, maka terus sahaja sang ulama itu menyampaikan kepada umat. Apabila cuping telinga umat terdengar khabar tersebut, mereka cepat-cepat menyebarkan kepada masyarakat. Akhirnya merebaklah sebuah berita yang tidak sahih di tengah-tengah manusia.

Saat ini, ulama dan umat yang menjadi penyebar khabar tersebut sudah tidak memerlukan sebarang bukti terhadap tuduhan yang mereka lemparkan. Hujah adalah diri mereka; apabila mereka berkata "shahih" maka benarlah khabar tersebut. Ketika mereka berkata "ini dusta" maka palsulah khabar tersebut. Walhal Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya setiap manusia diberikan haknya berdasarkan dakwaan atau tuduhan mereka, sudah tentu akan ada orang-orang yang akan menuntut harta dan darah milik suatu kaum yang lain. Oleh itu pembuktian diwajibkan bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi pihak yang yang dituduh." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat Islam kita. Betapa banyak berita yang tidak dapat kita pastikan kebenarannya namun kita tetap bercerita kepada jiran tetangga, kita siarkan dalam laman peribadi kita, dan kita teguh mempertahankannya ketika ada orang meminta bukti. Malah kita mencela pula orang yang menagih pembuktian dari kita.

Malangnya, kita berhadapan dengan dua keadaan yang mana kedua-dua keadaan itu akan membuatkan kita berdosa. Ibarat timun dan durian; menggilis luka, digilis pun luka. Jika benar khabar itu shahih maka kita tetap berdosa kerana Syubail bin 'Auf berkata: "Dikatakan barang siapa yang mendengar sebuah kekejian lalu menyebarkannya, maka orang itu seperti orang yang melakukan perbuatan keji tersebut" (Shahih. Adabul Mufrad).

Sebaliknya jika ternyata khabar tersebut tidak shahih maka kita juga akan berdosa kerana Rasulullah SAW bersabda; "Cukup seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang didengarnya." (Hadis Tarmizi)

Dua contoh yang hangat disebarkan oleh umat walhal mereka tidak mempunyai bukti walau sekelumit pun. Pertamanya ada seorang tokoh agama yang berkata kepada anak muridnya bahawa Sekreatariat Ulama Muda UMNO (iLMU) menerima wang sebanyak RM15,000 sebulan setiap orang: "Ulama Muda; ulama gila. Masuk parti sekular, masuk berenang dalam air najis. Terima RM15,000 khabarnya seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar dari Islam, sesat dunia akhirat".

Pertamanya ustaz ini menuduh iLMU menerima wang hampir RM 0.6 juta sebulan dan keduanya ustaz ini telah mengkafirkan iLMU. Sedangkan masalah takfir (mengkafirkan orang) merupakan satu perkara yang sangat besar dalam Islam. Ulama Ahlus Sunnah sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukum kafir, sehingga kelompok sesat seperti Khawarij dan Mu'tazilah hanya dihukum sesat walaupun mereka menyeleweng jauh daripada Islam.

Keduanya adalah kes Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan fatwa bolehnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Jamil Khir ketika disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lucunya, segelintir masyarakat kita mengatakan Jamil Khir telah memakan wang zakat, padahal perbuatan beliau dilakukan setelah fatwa dikeluarkan oleh Mufti. Apakah kita ini lebih alim daripada mufti atau sebenarnya kita mahu melawan mufti? Jika kita diminta bukti terhadap tuduhan itu, ternyata kita tidak mempunyai hujah walau setitik pun.

Mufti mengeluarkan hukum atas ijtihad beliau yang disandarkan kepada Syeikh Rasyid Redha dalam Tafsir Al Manar: "Pendapat yang benar dalam jihad fi sabilillah ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan".

Sementara Imam As Son'ani dalam Subulus Salam berkata tentang jihad fi sabilillah adalah: "Termasuk mereka yang berkerja untuk kepentingan orang muslimin, seperti bidang peradilan, pemberian fatwa dan pengajaran, walaupun mereka termasuk orang kaya".

Ingin dilontarkan satu pertanyaan: Jika Anwar menang dalam kes ini, ke manakah wang zakat yang digunakan MAIWP itu pergi?

Read more »

Politik Mengikut Islam, Bukan Politik Mengikut PAS


IMAM al-Ghazali (450 - 505H/1058-1111M) yang terkenal dalam bidang tasawuf dan psikologi pendidikan Islam turut memberikan sumbangan besar kepada falsafah politik dengan melahirkan beberapa karya penting sama ada dalam bentuk surat-surat kumpulan nasihat kepada pemerintah atau tanggungjawab menguruskan negara.

Dalam usaha menguruskan negara, al-Ghazali menjelaskan falsafah politik hendaklah berteraskan kepada membentuk perpaduan dan memacu kemajuan bagi membolehkan rakyat hidup selesa dan tenteram.

Berkonsepkan kepada itulah al-Ghazali mendefinisikan politik atau siasah ialah menambah baik urusan manusia dengan memacu jalan yang lurus bagi meneruskan kehidupan selaras dengan prinsip menegakkan kebenaran dan menghapus kemungkaran.

Dengan menggunakan rangka falsafah politik itu, sekurang-kurangnya dapatlah kita menilai apakah realiti politik yang berlaku di Malaysia setelah beberapa kaedah dilaksanakan oleh parti politik semakin menipis dengan peraturan adab dan nilai-nilai moral.

Bentuk politik beradab ialah kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki hendaklah digunakan untuk melakukan kebajikan kepada rakyat dan bukannya mengheret rakyat dalam kancah sengketa ataupun huru-hara.

Sebuah parti politik yang mendakwa perjuangannya adalah untuk membentuk masyarakat dan negara berdasarkan Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafur, atau negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun tidak dapat ditemui apakah sesungguhnya perjuangan mereka. Yang jelas ialah setiap tindak-tanduknya telah menghasilkan perilaku politik yang amat tidak beretika.

Apabila memperlihatkan bingkai ubudiyah, yakni pengabdian manusia seruannya lebih menumpukan kepada rasa ketaatan yang lebih besar kepada pemimpin sehingga membentuk situasi bahawa pemimpin itu adalah penentu segala-galanya, rakyat tidak perlu mempersoalkan apakah yang dilakukan itu benar-benar bercirikan kehendak Islam atau di sebaliknya.

Resah rakyat tidak dipedulikan. Keinginan rakyat tidak diberikan perhatian yang serius bahkan bagi 'menyuntik sedikit kelegaan' elit politik menggunakan pautan sejarah dan petikan ayat-ayat al-Quran bagi menggambarkan bahawa retorik politiknya menurut jalan yang lurus dan tepat. Realitinya tidak sedemikian, kerana rentetan sejarah dan petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis tidak dikembangkan dalam kerangka tindakan yang komprehensif.

Sejak kemunculannya lagi belum terangkum dengan jelas apakah kaedah yang dilakukan demi meningkatkan kehidupan rakyat manakala setiap masa menyatakan bahawa pendekatan yang dibawa telah menghasilkan persekitaran kehidupan yang baik dan penuh keimanan. Apakah muslihatnya bila membuat dakwaan sedemikian, sedangkan secara drastiknya tidak ada kemajuan dan petunjuk positif boleh dibanggakan.

Mungkin sebahagian daripada kita boleh meneliti apakah benar kesejahteraan hidup rakyat telah berjaya ditingkatkan sedangkan kadar pengangguran semakin meningkat, jumlah penghidap HIV/AIDS kian bertambah manakala lain-lain jenayah (curi, pecah rumah, menipu, merogol, mengugut dan pergaduhan) tidak juga berkurangan. Tetapi, pemimpin yang mendakwa dirinya telah mampu menyuburkan semangat keislaman dan keimanan semakin sehari semakin membusung dengan nilai-nilai kehidupan yang terkeluar daripada peraturan adab.

Untuk membuktikan dirinya berintegriti, pemimpin tersebut masih berdolak-dalik. Untuk membuktikan dirinya bersih daripada sebarang prasangka mementingkan kekayaan, pemimpin itu masih berdiam diri daripada mengisytiharkan aset yang dimilikinya sama ada atas nama dirinya atau pun ahli keluarganya.

Sebagai ulama fiqh, Iman al-Ghazali memberikan ketegasan bahawa kekuasaan dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang pemimpin hendaklah digunakan bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tetapi apa yang berlaku ialah pemimpin yang mendabik sebagai orang yang beriman dan sentiasa bertakwa kepada Allah SWT itu tidak pernah memikirkan dengan tepat dan jelas bagaimana rakyat yang memberikan harapan dan kuasa kepadanya, maka dia perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya secara lebih berkesan.

Sebaliknya, rakyat diajak dan didorong untuk bertindak keterlaluan sehingga masalah peribadi dihubungkaitkan sebagai persoalan memastikan peluang dan memusnahkan masa depan dalam politik. Maka, dalam menimbuskan jurang kredibiliti dan melonjakkan imej, pemimpin tersebut sanggup melancarkan kempen mengajak rakyat mencetuskan kekecohan sehingga menampakkan bahawa yang bersalah ialah pihak yang berusaha menguatkuasakan peraturan dan mengawal situasi.

Mereka yang gigih berusaha mengekang tindakan liar dilihat sebagai zalim dan keterlaluan, sedangkan secara lojik, penganjurnya harus dipersalahkan akibat membelakangkan peraturan dan tidak menerima ketetapan. Atas kegelisahan takut dijatuhkan hukuman bersalah, rakyat diberitahu secara sinisnya bahawa memang peraturan itu sengaja digunakan untuk menafikan kebebasan dan hak setiap orang.

Bukankah kebebasan seluas-luasnya telah diberikan? Bukankah peluang tersebut telah digunakan secara maksimum sehingga menggelorakan pemikiran rakyat seolah-olah setiap hari adalah hari penentuan? Setiap hari perlu diperkuatkan azam bahawa pihak yang memerintah perlu disingkirkan kerana pemerintah dianggap gagal dan melakukan kezaliman? Apakah kaitannya persoalan peribadi dengan tindakan kerajaan apabila mempertahankan kewajaran undang-undang bagi membuktikan terlaksananya proses mencari keadilan kepada pihak yang mendakwa dan didakwa?

Hal itulah yang menjadi bahan pemikiran politik al-Ghazali apabila beliau menggariskan asas berpolitik mestilah dilaksanakan secara terbuka dengan menolak keinginan mempertahankan peribadi seseorang. Mengekalkan keamanan negara menjadi prinsip perjuangan dan meletakkan tindakan memenuhi kebajikan rakyat sebagai praktis yang besar, bukannya hanya sekadar menabur janji dan menyalahkan orang lain, apabila gagal.

Sebarang usaha yang konkrit perlu didedahkan. Bukan sekadar mendakwa berjaya mengurangkan hutang hampir RM600 juta sedangkan usaha itu sebenarnya dilakukan oleh pihak lain. Yang menyumbangkan dana ialah orang lain, tetapi yang mendakwa kejayaan adalah elit politik yang gagal melaksanakan program membela nasib rakyat secara berkesan, hanya menempel atas kejayaan dan inisiatif pihak lain.

Pemimpin yang mengamalkan budaya "lembu punya susu tetapi sapi dapat nama" itulah dinilai sebagai politik tidak beradab oleh al-Ghazali.

Seseorang pemimpin mestilah mencapai tahap kualiti yang tinggi baik dari segi ilmu mahupun perilakunya kerana ia terdedah kepada pelbagai cabaran. Seseorang pemimpin mestilah bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawabnya menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya sekadar bermain dengan retorik, menyebarkan maklumat palsu dan menimbulkan suasana bermusuhan.

Perkembangan politik semasa, kerana tarikh pilihan raya umum semakin dekat, lebih banyak pendekatan propaganda digunakan sehingga menampakkan hanya pihak tertentu sahaja yang bersalah sedangkan orang yang melancarkan serangan itu tidak sedikit pun memperlihatkan kesungguhan melaksanakan prinsip membentuk kesejahteraan dan menganjurkan perpaduan.

Setiap apa yang ditawarkan membawa kepada penyelesaian berdarah, kerana falsafah politik yang dipeganginya itulah sahaja yang benar dan berjiwa Islam sedangkan seluruh tindakannya tidak pernah membuktikan budaya beradab dan berintegriti.

Read more »

Program 1Azam Membantu Membasmi Kemiskinan


Program Azam Tani, Azam Niaga, Azam Kerja dan Azam Khidmat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjaya menarik 65,000 peserta dari seluruh negara tahun lalu.

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan kerajaan bagi membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan penduduk.

"Langkah itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menceburi bidang perniagaan berteraskan konsep keusahawanan sosial.

"Kementerian juga menggunakan pendekatan kebajikan produktif dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan golongan miskin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Barangan 1Azam Parlimen Lipis di Kampung Penjom di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Suhaimi menyerahkan bantuan peralatan perniagaan bernilai RM495,000 kepada 99 penduduk daerah ini menerusi program Karisma Teman 1Azam.

Menurut Suhaimi, usaha kementerian memperkenalkan program itu merupakan strategi kerajaan bagi menggalakkan golongan tersebut berdikari menerusi bidang keusahawanan.

"Program ini mampu membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan dan terbukti sebelum ini ramai peserta berjaya meningkatkan jumlah pendapatan antara RM500 sehingga RM700 sebulan," jelasnya.

Suhaimi yang juga Timbalan Ketua UMNO Lipis berkata, kementerian turut memberikan bantuan perniagaan kepada 30 orang masing-masing kaum Cina dan India di Parlimen Lipis dalam usaha merangsang mereka memajukan perniagaan sedia ada.

"Peserta program Karisma Teman 1Azam juga akan dipertimbangkan untuk menerima pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mikro dari Amanah Ikhtiar Malaysia dan institusi kewangan lain," katanya.

Read more »

Thursday, January 26, 2012

LBGT Agenda Yahudi Memerangi Islam


TIDAK pernah terfikir bahawa perjuangan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjalar ke Malaysia dan ironisnya telah ditakrifkan sebagai perjuangan hak kebebasan bersuara yang tidak sepatutnya disekat oleh kerajaan.

Sememangnya itu adalah fenomena global kerana di seluruh dunia kumpulan tersebut begitu lantang memperjuangkan hak mereka dan agak ironis sekali apabila ada antara mereka mengumpamakan kebangkitan LGBT selari dengan revolusi rakyat Arab yang cuba bebas daripada belenggu setelah ditindas oleh pemimpin diktator buat sekian lama.

Timbul kemusykilan mengapa dengan secara mendadak perjuangan LGBT mendapat simpati dan sokongan padu global bukan sahaja dalam kalangan individu atau pertubuhan malahan ada negara dengan secara rasminya menyokong dan memberi bantuan kepada aspirasi perjuangan LGBT.

Mungkin ada agenda tersirat atau pun sememangnya gerakan LGBT ini mempunyai matlamat yang sah, agak menarik untuk dibahaskan.

Tetapi satu perkara yang agak nyata adalah persepsi yang cuba digambarkan adalah bagi individu, pertubuhan atau negara yang menyokong perjuangan LGBT, mereka ini dianggap sebagai kumpulan yang menghormati proses demokrasi. Sebab itu dikaitkan perjuangan LGBT dengan hak asasi manusia dan revolusi rakyat Arab kerana kedua-duanya adalah sinonim dengan perjuangan demokrasi.

Paling membimbangkan adalah kayu ukuran yang digunakan untuk negara yang mempunyai undang-undang mesra LGBT dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem demokrasi yang matang.

Sebaliknya pula negara yang mengekang golongan LGBT dilabelkan sebagai pemerintahan ala diktator yang langsung tidak mempunyai sifat tolak ansur. Begitu mengaibkan sekali wujud pula masyarakat antarabangsa yang akur dengan persepsi songsang tersebut dan terperangkap dengan agenda yang lebih popular dikenali sebagai pinkwashing.

Rejim Israel umpamanya telah mengamalkan strategi pinkwashing ini dengan mempergunakan agenda LGBT untuk menggambarkan bahawa sistem demokrasi mereka adalah yang terbaik di rantau Asia Barat.


Tel Aviv dianggap sebagai antara bandar paling mesra LGBT dan rejim tersebut tanpa segan silu mempromosikan gambaran tersebut sebagai benar dan bukannya persepsi semata-mata. Tentera Israel daripada golongan LGBT tidak perlu menyembunyikan kecenderungan mereka kerana hak mereka diiktiraf. Malah Mahkamah Agung Israel turut mengiktiraf hak seperti pewarisan harta keluarga LGBT sama seperti keluarga lain.

Datuk Bandar Tel Aviv Ron Huldai dengan megah menyatakan bahawa Israel cuba membentuk model masyarakat yang mempunyai sifat toleransi, keterbukaan dan pluralisme dengan lebih memahami kehendak LGBT.

Jika kota London, Toronto atau New York dianggap sinonim dengan ungkapan bandar mesra LGBT, tidak keterlaluan jika diandaikan Tel Aviv telah berada jauh di hadapan di antara ketiga-tiga bandar raya tersebut.

Malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika memberi ucapan di hadapan perwakilan Kongres Amerika Syarikat pada Mei tahun lepas dengan megah mengisytiharkan Israel adalah sebuah negara demokrasi contoh terbaik di Asia Barat berbanding negara lain yang merejam wanita, kumpulan gay dihukum gantung dan penganut agama Kristian dikekang aktiviti mereka.

Begitu jelas sekali strategi Israel yang mengamalkan pinkwashing bukan sahaja untuk menggambarkan demokrasi Israel adalah yang terbaik tetapi dengan sekali gus memburukkan negara Islam.

Rejim Israel sebenarnya mempergunakan isu LGBT sebagai alat perhubungan awam untuk mengaburi persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman yang telah diperlakukan terhadap rakyat Palestin terutama sekali di Tebing Barat dan Genting Gaza. Begitu pintarnya rejim tersebut mengamalkan pinkwashing walaupun undang-undang Yahudi itu sendiri tidak mengiktiraf hak kumpulan LGBT.

Strategi pinkwashing Israel telah diamalkan secara terancang sejak 2005 apabila rejim tersebut menilai isu LGBT boleh dipergunakan untuk menutup segala kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Kempen yang pada asalnya dinamakan Brand Israel disasarkan khas kepada mereka yang berumur di antara 18 hingga 34 tahun untuk menggambarkan Israel sebagai sebuah negara yang moden dan relevan.

Setiap tahun kempen Brand Israel dengan strategi pinkwashing dijalankan dengan begitu agresif kerana mempunyai pembiayaan kewangan yang kukuh dan menerima sokongan daripada kepimpinan tertinggi kabinet Israel. Malah pada tahun lepas Lembaga Pelancongan Israel membelanjakan hampir AS$90 juta secara khusus untuk menonjolkan Tel Aviv sebagai destinasi terbaik untuk percutian golongan gay.

Amat menyedihkan jika ada rakyat Malaysia yang terbawa-bawa dengan isu LGBT dengan mengaitkan dengan faktor hak asasi manusia dan menuduh sesiapa yang menentang hak LGBT adalah berlaku kejam. Rakyat Malaysia perlu berhati-hati dan menilai dengan teliti sama ada tuduhan tersebut berasas atau pun mempunyai agenda tersirat.

Amat mengaibkan pula jika ada masyarakat antarabangsa yang termakan dengan pinkwashing Israel yang cuba menutup kekejaman rejim tersebut terhadap rakyat Palestin yang bukan sahaja menahan atau membunuh rakyat Palestin tanpa usul periksa, malah merampas hak dan kedaulatan Palestin tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa.

Sokongan terhadap kebangkitan LGBT tidak boleh disandarkan semata-mata kepada hak kebebasan bersuara kerana kemungkinan tetap ada ia melanggar hukum agama, adat susila dan kehidupan yang lazim.

Bukan itu sahaja kerana ia mungkin dipergunakan oleh pihak tertentu untuk agenda global tersirat seperti pinkwashing Israel.

Read more »

share2