Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 30, 2011

Institusi Keadilan Malaysia Dihina - Pemimpin PKR Diupah Menyamar Peguam !

Read more »

MP Pembangkang Rogol Pengikut Sendiri ?


Percaya lagi dengan pembangkang buat apa. Mereka bukannya pedulipun dengan orang lain. Mereka nak jadi ahli politik inipun sebab nak dapat projek, nak dapat duit elaun je. Bila dah senang mereka memang takkan pedulikan rakyat.

Kesianlah dengan penyokong pembangkang hahahaha.

Read more »

Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan.

Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat air kerana pembetung

Bulat manusia kerana muafakat

Kata seia kata sepakat

Setuju sependirian setuju sependapat

Kata dibulati kata bertepati

Janji termeteri, kejayaan dinikmati

Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah SAW yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan 'Auz dan Khazraj.

Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

KUASA POLITIK MELAYU GOYAH,FITNAH TERHADAP UMNO

Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO antidemokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na'uzubillahi min zalik.

Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa.

Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innall'ha ma'ana.

Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

TEMBELANG PEMBANGKANG

Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP.

Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera.

Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah - daripada fiqh maqasid kepada qazaf - semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka.

Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,

Terbit asap menjadi abu

PKR umpama golok kayu

Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Lain pula halnya dengan Pas. Suatu ketika dahulu, Pas begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan Pas adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan Pas. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang Pas.

Mutakhir ini, tak semena-mena Pas sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin Pas, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam Pas. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

Anehnya, Pas tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, Pas sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik Pas. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam daripada kamus politik Pas. Bagi Pas, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.

DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAPlah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAPlah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini Pas membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada Pas. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada Pas, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

Sebenarnya Pas bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

KERESAHAN MELAYU

Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan bumiputera jika apa sahaja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan Islam?

Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dahulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO ADALAH JAWAPAN KEPADA KERESAHAN MELAYU

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif.

Terkini, Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar.

Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi bumiputera.

Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak RM500 juta, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kehidupan.

Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-'adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.

UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama daripada terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita.

Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al-Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah SWT. dalam Surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ia bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syiar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum.

UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.

Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan Pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakan jentera untuk membantu mereka.

Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu.

UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103 yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya.

Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7,470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ia akan menentukan kemenangan kita.

Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh,

Patah paruh bertongkat siku,

Patah siku bertongkat dagu,

Patah dagu bertongkat kuku.

Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

"Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu".

Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.

Read more »

FAMA Perlu Proaktif - Datuk Seri Adnan Yaakob


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam mengangkat penjenamaan serta produktiviti pasar tani di negeri ini bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kualiti produk dipasarkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kewujudan pasar tani banyak mengubah kehidupan para petani apabila mereka memasarkan produk serta hasil tani terus kepada pengguna.

Menurut beliau, sejak wujud hampir 30 tahun lalu, pasar tani menjadi pusat pemasaran hasil pertanian segar dan perlu menjalani proses transformasi sesuai dengan keperluan semasa.

''Walaupun mengalami pelbagai proses perubahan tetapi ia perlu diberikan penjenamaan semula supaya kehadirannya dan produk dipasarkan dapat memenuhi semua golongan rakyat.

''Sebenarnya pasar tersebut menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja kerana ia menawarkan harga berpatutan dan secara tidak langsung mengurangkan bebanan perbelanjaan dapur rakyat terutama dalam menangani inflasi," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke pasar tani Bukit Piatu dan merasmikan Bazar Agro Gerai Rakyat serta program pemasaran motosikal roda tiga.

Turut hadir, Pengarah FAMA Pahang, Ibrahim Mahmood dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Menurut Adnan, program keusahawanan FAMA yang diberikan kepada peserta pasar tani banyak mengubah kehidupan mereka apabila tidak lagi bergantung kepada orang tengah yang sebelum ini sering memanipulasi harga hasil pertanian.

Katanya, pemasaran menjadi kekangan utama usahawan tani dan industri kecil dan sederhana (IKS) walaupun mereka mampu mengeluarkan produk yang berkualiti untuk memenuhi keperluan rakyat.

Read more »

Tuesday, November 29, 2011

Ultra Kiasu Masih Takut Kepada Tun Mahathir

China Press
Perkara: Remeh Temeh Tun Mahathir?
Ruagan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 22 November 2011 (Selasa)

Tajuk:

kekeliruan Mahathir tidak habis-habis
penulis: Kim Ting / nasi04@yahoo.com.sg

Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir pernah menyandang jawatan perdana menteri lebih 20 tahun, menyebabkan beliau rasa bangga diri, dan sangat rasa yakin kepada diri sendiri, sebab itu walaupun beliau sudah bersara sejak beberapa tahun ini, masih tidak henti-henti bersuara tentang isu remeh-temeh, seperti beliau mahu setiap rakyat di Negara ini dengar cakap beliau, termasuk Perdana Menteri sekarang Najib. Mahathir lupa bahawa beliau bukan Menteri Kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.

Seorang tua dan sudah berumur, buah fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik, kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.

Contohnya, baru-baru ini beliau mengingatkan Barisan Nasonal, BN tidak boleh hanya mengharapkan tiket-tiket undi dari orang-orang Cina, jangan asyik memberi kepuasan kepada kemahuan orang-orang Cina, memang benar apa yang beliau katakan itu, kerana penduduk kaum Cina hanya menduduki 23 peratus di Negara ini, orang-orang Melayu lebih daripada separuh banyaknya, dan orang Cina tiada sebab untuk mempengaruhi keputusan PRU, sedangkan waktu ini orang-orang Melayu sudah berpecah-belah, barulah mereka lihat tiket-tiket undi dari kaum Cina, apabila UMNO melalui tiket- tiket undi orang-orang Melayu sudah boleh memerintah kerajaan, kenapa pula mahu ambil perhatian terhadap tiket undi kaum Cina?

Tukar Sikap Pengundi

Tun Mahathir berkata, “di kebanyakan kawasan Cina yang berpecah-belah, tiket undi Melayu memainkan peranan penting”, jika orang-orang Melayu sendiri tidak menyokong BN, jika benar perkara itu berlaku, sudah tentu ini satu perkara yang amat dasyat. Dan apa sebenarnya yang telah berlaku sekarang ini, Mahathir juga mencadangkan tidak boleh adakan PRU dalam masa terdekat, BN perlu penuhkan tempoh tamat penggal PRU terlebih dahulu, Mahathir berharap dalam tempoh itu BN dapat mempengaruhi semula semua sikap pengundi.

Mahathir memberi mesej bahawa ada orang-orang yang bercakap tentang “orang Cina sebagai penumpang” itu semuanya benar, sebaliknya kenapa isu itu menerima kritikan. Dengan itu beliau mahu orang-orang Melayu huraikan perkara yang sebenar, kenapa Negara ini dinamakan Malaysia. Di sini mungkin lebih ramai orang akan berkata bahawa Mahathir sudah semakin keliru. Nama itu hanya satu Simbol, adakah ia melambangkan kuasa yang ada sekarang? Kaum lain terima nama Negara ini, ia melambangkan bahawa mereka bersikap terbuka menerima apa yang ada. Adakah beliau sanggup dengan nama Negara ini menyebabkan rakyat Negara ini tidak bersatu padu?

Seterusnya Mahathir berkata lagi: “ada orang mengatakan BN tidak tolong orang-orang Cina, sebaliknya kekayaan orang Cina berlipat kali ganda dari orang-orang Melayu”, ini bukan kali pertama Mahathir mahu orang-orang Melayu jangan iri hati terhadap kekayaan orang-orang Cina, tetapi mereka tidak faham bagaimana orang-orang Cina bertungkus lumus mencari rezeki dan kekayaan, ia bukan dari pemberian kuota dari pihak kerajaan ataupun hasil ikatan kontrak dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang disanjung tinggi dan yang dimuliakan, sebelum bersuara beliau perlu buat kerja rumah dan kajian terlebih dahulu, bangaimana jika dicadang upah beberapa orang setiausaha untuk itu?

Sumber: MyMassa

Sejak akhir akhir ini golongan ultra kiasu banyak kali mencela Tun. Semuanya gara gara Tun terus menerus memberi sokongan kepada UMNO-BN. Golongan ultra kiasu berusaha memecahbelah UMNO-BN dan undi kaum cina. Tetapi sokongan Tun kepada UMNO- Ds Najib menyedarkan orang melayu bahawa mereka tidak boleh terus berpecah.

Inilah yang amat ditakuti oleh golongan ultra kiasu. Setiap kata kata dan buah fikiran Tun dipandang tinggi oleh orang melayu. Kerana inilah golongan ultra kiasu amat membenci Tun sejak Tun menjawat jawatan PM sehinggalah hari ini.

Read more »

Tokoh Maal Hijrah Pahang


Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dikurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini, semalam.

Anugerah tersebut diberikan sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang dakwah agama Islam bagi mensejahterakan umat di seluruh negeri ini sepanjang perkhidmatannya sebagai Menteri Besar dan selepas bersara.

Abdul Rashid yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang selama 10 tahun berkata, beliau terharu kerana usahanya selama ini dihargai oleh kerajaan.

"Saya bersyukur kerana apa dilakukan selama ini diberkati oleh Allah SWT dan saya akan meneruskan perjuangan dakwah ini melalui Perkim.

"Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini dalam usaha memberi dakwah kepada seluruh ahli masyarakat," kata beliau yang menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun 1980-an.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Pada majlis itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenaan mengurniakan wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penghargaan kepada beliau.

Sementara itu, Imam Kampung Taman Sedia Cameron Highlands, Zainal Abidin Syafiee dianugerahkan Tokoh Pendakwah manakala Panglima Markas Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Datuk Mohd. Roslan Mohd. Ramli menerima anugerah Inovasi Jabatan.

Masing-masing menerima wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Read more »

Tuan Ibrahim Tuan Man Mengaku PAS CUKUP Terdesak !


Apalah yang Tuan Ibrahim ni cuba nak cakap. Dia fikir rakyat peduli ke dengan akta baru berkenaan perhimpunan. Untuk makluman Tuan Ibrahim, rakyat Malaysia langsung tak berminat nak berhimpun atau berdemo. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh mereka buat daripada ikut cakap orang gila politik macam Tuan Ibrahim dan rakan rakan tu.

Jadi untuk apa rakyat kata "cukup" kepada UMNO-BN. Rakyat langsung tak merasa mereka ditipu. Tapi mereka tahu mereka ditipu oleh Tuan Ibrahim dan rakan rakan yang lain. Mereka tahu Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Guan Eng tu penipu. Sebab itulah mereka tak mengundi pembangkang wahai Tuan Ibrahim.

Sedar sedarlah. Janganlah terus menunjukkan kebodohan sendiri. Buat malu kat anak cucu je Tuan Ibrahim oii.

Read more »

Monday, November 28, 2011

Janji Pembangkang Tidak Akan Laksanakan Hudud !


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apa jua dasar yang ingin dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) haruslah dipersetujui bersama dan ini termasuklah persoalan hudud.

“Selagi ia (hudud) tidak dipersetujui ketiga-tiga parti (PAS, DAP dan PKR) ia tidak akan dilaksanakan, tetapi PAS berhak untuk mengusahakan dan menjelaskan kepada masyarakat dan mendapat persetujuan masyarakat untuk perlaksanaannya. Tetapi ia tidak akan dilaksanakan sehingga ketiga-tiga parti ini bersetuju,” kata Khalid dalam wawancara dengan portal berita Roketkini.com.

“Apa dasar yang ingin dilaksanakan harus dipersetujui bersama, tetapi setiap parti ada dasar masing-masing dan dasar ini tidak perlu digugurkan, boleh diusahakan oleh parti masing-masing, tetapi tidak dapat dilaksanakan sehingga dasar dasar ini telah dipersetujui oleh semua.

“Sebagai contoh, persoalan hudud dan sebagainya, selagi ia tidak dipersetujui ketiga-tiga parti ia tidak akan dilaksanakan, tetapi PAS berhak untuk mengusahakan dan menjelaskan kepada masyarakat dan mendapat persetujuan masyarakat untuk perlaksanaannya. Tetapi ia tidak akan dilaksanakan sehingga ketiga-tiga parti ini bersetuju,” ujarnya.

Mstar

Ayat manis dari Khalid Samad untuk terus meujuk puak PAS supaya terus setia dengan parti walaupun PAS dah membuang perjuangan islam. PAS akan terus mendendangkan Hudud kepada pengikutnya. Kononnya PAS akan membina negara islam. PAS akan melaksanakan hukum Hudud.

Padahal dua parti lagi iaitu DAP dan PKR memang SAH tolak. Jadi sampai bila bilapun tiada persetujuan akan dicapai dalam isu Hudud. Hanya orang yang tak mampu berfikir je yang boleh terpedaya dengan janji Khalid Samad ni.

Inilah permainan politik 3 parti pembangkang. Mereka memang tidak akan laksanakan Hudud tapi terus sengaja memainkan isu Hudud untuk mendapatkan undi dan simpati. Politik politik....

Read more »

Umat Islam Perlu Bersatu


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menemui rakyat Kelantan pada Rabu lalu membayangkan betapa indahnya jika UMNO dan Pas boleh bersatu menjadi satu pasukan.

Percantuman ini akan memudahkan urusan kerajaan negeri dan Persekutuan kerana perselisihan faham dapat diminimumkan, program pembangunan dapat ditingkatkan untuk kepentingan masyarakat Melayu-Islam sendiri.

Pandangan Muhyiddin itu mempunyai kaitan rapat dengan kegusaran pelbagai pihak tentang rapuhnya hubungan sesama Islam yang berlaku di Malaysia apabila perbezaan fahaman politik mengheret bukan Islam semakin keras membuat pelbagai tuntutan dan desakan. Ada pemimpin politik bukan Melayu mempersoalkan peruntukan terhadap pengurusan masjid yang diberikan oleh kerajaan, penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pelbagai program yang melibatkan orang Islam sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap pemeluk agama lain.

Namun demikian dalam desakan dan tuntutan itu ramai juga pemimpin yang kononnya berusaha mendaulatkan Islam menjadi goyah sehingga sanggup melenturkan asas perjuangan asal.

Perubahan ini bukanlah sesuatu yang boleh membantu memperkukuhkan Islam bahkan dalam sebuah tulisan terbaru, ada yang menyindir bahawa penyatuan orang Melayu bukan menggambarkan perpaduan Islam. Pandangan kabur itu sebenarnya hadir dalam pemikiran segelintir manusia yang lupa diri dan asal usulnya, kerana tidak dapat memahami watak Melayu itu sendiri diikat kuat dengan agama Islam.

Tema sambutan Hijrah pada tahun ini, Persefahaman Asas Perpaduan memberikan kita gambaran betapa pentingnya hubungan erat antara umat Islam perlu dibina semula bagi membangkitkan sebuah kehidupan lebih baik dan sejahtera. Islam memandang berat tentang persaudaraan bahkan sentiasa mengecam sikap sesebuah kelompok yang terlalu menganggap keyakinan politik dan pemikirannya sahajalah yang terbaik.

Peristiwa hijrah oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat - dari Mekah ke Madinah - merupakan detik kemenangan umat Islam. Ia berlaku di bawah ‘payung persaudaraan’ yang sewajarnya menjadi ikutan kepada kita dalam menempuh hidup yang kini semakin didorong arah persengketaan dan pertikaian tidak berpenghujung.

Terlalu banyak untaian ayat suci dan hadis tentang persaudaraan dilontarkan tetapi ia bagaikan angin lalu. Ramai yang lebih pentingkan diri dan membanggakan puak masing-masing. Lantas bahasa apakah yang paling memukau dan dapat menggerakkan jiwa untuk memahami dan bertindak sedangkan hakikatnya banyak lagi persoalan belum selesai?

Prinsip jemaah yang berdiri di atas tiang tafaahum (saling memahami), takaful (saling bertanggungjawab), ta‘awun (saling tolong menolong) dan tawa‘azum (timbang rasa), kini hanya tinggal kenangan. Jiwa kita kini di nista oleh gaya berfikir yang jauh daripada prinsip Islam. Kalau merenung secara mendalam dengan hati seorang mukhlis (ikhlas), apalah erti kehadiran parti-parti Islam dan organisasi Islam kalau bukan membangun persaudaraan Islam?

Bahkan para ulama Islam terdahulu yang kemudiannya dikatakan sebagai pembawa aliran mazhab sentiasa membuat pengakuan, jika ada pendapat lebih baik, maka ikutlah pendapat itu. Ini tidak diambil iktibar oleh umat Islam di Malaysia, sebaliknya terus mempertahankan seseorang sehingga kesalahan pemimpin itu seolah-olah tidak berlaku, lebih bersifat maksum.

Dalam zaman Rasullullah SAW, baginda tetap mengutamakan seseorang yang mahir dan pakar dalam bidang tertentu mengetuainya.

Mencontohi cara Rasullullah SAW menguruskan manusia adalah contoh terbaik bagaimana pengaruh kepimpinan, visi dan membentuk struktur sosial yang mantap sehingga kini terus dikaji sebagai model masyarakat pelbagai agama yang paling berjaya. Ia bukanlah sekadar iltizam politik bersifat retorik, ia melangkaui setiap tahap kehidupan dan dipandu dengan hemah dan bijaksana.

Dalam konteks itulah tema hijrah pada tahun ini boleh dijadikan penunjuk arah atas kesedaran bahawa pergolakan dalam kalangan orang Melayu banyak bersangkutan dengan permasalahan politik kepartian. Telahan Muhyiddin itu membawa makna besar, tetapi malangnya sesetengah pemimpin melihatnya sebagai negatif.

Dalam semangat menyambut hijrah adalah perlu diketengahkan semula semangat persaudaraan, kerjasama itulah memberikan kekuatan kepada Islam sehingga mampu lahir sebagai sebuah tamadun yang paling besar dan lama sepanjang sejarah manusia. Tetapi, malangnya kelunturan semangat penyatuan turut menyumbang kepada kehancuran tamadun Islam.


Kekuatan Islam di Malaysia tentunya lebih besar terletak di tangan orang Melayu. Maka dakwaan perpaduan Melayu tidak dapat menjamin kedaulatan Islam adalah pemikiran yang tercabut dari akar budaya, kerana tidak memahami orang Melayu terikat dengan Islam, meskipun mereka tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Menghayati peristiwa hijrah sebenarnya membawa kepada kelahiran semangat yang kental bagi menyucikan jasmani dan rohani. Islam melihat fitrah ciptaan manusia mempunyai dua sisi utama, iaitu jasmani dan rohani. Islam tidak mengiktiraf konsepsi manusia berdasarkan aliran pemikiran behaviorisme psikologi barat, bahawa manusia sebenarnya menuju ke pencapaian material dan kemantapan psikologi, tetapi hakikat psikologi tidak mengarahkan kepada keyakinan beragama. Psikologi hanyalah satu usaha memahami aspek kejiwaan. Ia tidak merangkumi bagaimana jiwa yang tenang itu sebenarnya terlahir daripada kekentalan iman dan dedikasi diri kepada Allah SWT serta bergerak seirama dengan kepentingan masyarakat, visi bangsa dan matlamat negara.

Jika kedatangan tahun baru Islam pun kita tidak memanfaatkannya sebagai saat untuk “memanggil kembali” semangat keagungan ukhuwah Islam daripada keeratan persaudaraan Muhajirin dan Ansar, maka siapakah kita ini sebenarnya?

Read more »

Skuad Cakna Wanita UMNO Membantu Rakyat Miskin


Seorang warga emas di Kampung Baru Peramu dekat sini terharu apabila menerima bantuan daripada Skuad Cakna Wanita UMNO Bahagian Kuantan di sini, baru-baru ini.

Zariah Mat Ali, 73, yang kematian suami sejak 13 tahun lalu menerima bantuan berupa 16 keping zink untuk membaiki atap rumahnya yang usang serta wang tunai dan hamper.

Menurutnya, dia bersyukur dengan bantuan tersebut dan menghargai keprihatinan pergerakan itu yang memahami kesulitan kehidupan mereka sekeluarga.

"Apabila hujan, bahagian dapur yang paling teruk bocor dan memang kena sentiasa bersedia dengan bekas tadahan supaya dalam rumah tidak basah," katanya selepas menerima rombongan skuad tersebut di sini, baru-baru ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Senator Datuk Zaiton Mat bersama Pengerusi Program Cakna,Siti Zainab Abd. Ghani.

Zariah kini bergantung harap dengan anaknya, Rosnani Mamat, 48, yang kini bekerja sebagai tukang cuci kira-kira sebulan lalu.

Rosnani ketika ditemui berkata, dia menghargai bantuan itu yang sedikit sebanyak mengurangkan beban dan kegelisahan terhadap ibunya apabila keluar bekerja.

"Saya juga baru bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan kasar RM420 sebulan. Sebelum ini saya kerja mencucuk satar dengan upah mingguan kira-kira RM20," katanya.

Dalam pada itu, Zaiton memberitahu, sejak program itu dimulakan pada awal bulan ini, kira-kira 400 orang sudah menerima pelbagai bantuan yang diberikan berdasarkan kesesuaian masing-masing.

Menurutnya, ia adalah aktiviti berterusan sepanjang masa dan mengamalkan konsep 'turun padang' dengan berhadapan golongan sasar yang layak dibantu.

Read more »

Sikap Ultra Kiasu Dan Sekatan Makanan Halal

Gambar Hiasan

China Press
Isu kantin SJK (C) menjual makanan halal?
Dalam negeri m/s A8
24 November 2011

Tajuk I:

Kekalkan budaya makan di kantin sekolah rendah Cina ataupun buka ruang makanan halal di kantin: Chou Chong Han

23hb Kuala Lumpur, Naib Presiden Dong Zong En. Chou Chong Han berkata, bagi menjaga kepentingan murid bukan Cina, Dong Zong akan fikirkan sama ada mahu buka satu lagi ruang di kantin untuk menjual makanan halal untuk kemudahan murid-murid bukan Cina ataupun tidak.

“ibu bapa bukan Cina selalu akan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka di sekolah, dan ada sesetengah ibu bapa yang minta pihak kantin sekolah sediakan jualan makanan halal untuk murid-murid bukan Cina.”

Sebaliknya Beliau menegaskan, pihak sekolah rendah Cina tidak akan kerana segelintir murid Islam, dan tukar budaya makanan di kantin sekolah-sekolah rendah Cina.

Chou Chong Han hari ini bersama gabungan Dong Zong negeri Sembilan semalam semasa ditemu ramah memberitahu, beberapa sekolah rendah Cina di negeri Sembilan telah mendapat surat arahan dari Jabatan Pelajaran negeri, menetapkan syarat dalam tender Kantin sekolah rendah Cina menyentuh tidak boleh jual barangan yang tidak halal, dan perjanjian kontrak itu perlu dipersetujui oleh pihak kanteen melalui guru besar sekolah, hari ini memberi jawapan kepada pihak media China Press.

Boleh menyebabkan kualiti sekolah rendah Cina berubah

Beliau berkata, pihak Dong Zong risau jika sekolah rendah Cina dipaksa patuh peratuan kantin sekolah rendah kebangsaan, tidak boleh jual barangan yang tidak halal, akan menyebabkan kualiti sekolah rendah Cina akan berubah.

Beliau berkata, surat kontrak kantin yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran menunjukkan beberapa klausa perjanjian itu sama dengan kontrak kantin di sekolah rendah kebangsaan, jika ia dipaksa bermakna itu sebagai salah satu langkah pertama mereka berniat untuk mengubah kualiti sekolah rendah Cina.

Budaya makan dan minum adalah salah satu budaya Cina yang penting untuk anak-anak kaum Cina, tidak boleh memaksa sekolah rendah Cina mematuh cara kantin di sekolah rendah kebangsaan.

Beliau berkata, kantin sekolah rendah Cina perlu mengesuai cara makan minum kelaziman murid-murid Cina di sekolah rendah Cina, kerana kebanyakan sekolah rendah Cina dipenuhi dengan anak-anak Cina, tidak boleh kerana segelitir murid bukan Cina mahu ubah budaya pemakanan dan minuman di kantin sekolah rendah Cina.

Chou Chong Han berkata, mengikut akta pendidikan tahun 1996, di sekolah-sekolah pelbagai aliran boleh menggunakan cara pengurusan pengelola sekolah itu sendiri untuk membuat keputusan termasuk kantin di sekolah.

“urusan kantin sekolah bukan di bawah penjagaan jabatan Pelajaran, ia dikendalikan oleh pengelola pihak sekolah.”

Beliau menyeru guru besar dan pihak pengelola sekolah ambil perhatian terhadap isu ini, kerana ia boleh menyebabkan kualiti sekolah rendah Cina berubah, jawantankuasa gabungan pengelola sekolah rendah Cina timbulkan isu ini memang satu perkara yang baik.

Tajuk II

Dong zong risau orang muslim ambil alih kantin di sekolah rendah Cina

Chou Chong Han berkata, pihak Dong Zong risau, jika pihak sekolah rendah Cina ikut cara dan arahan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran, dimana ikut butir dan kontrak yang ada, ia boleh menyebabkan kantin sekolah rendah Cina akan dikendalikan oleh orang muslim.

Beliau berkata, banyak program khas yang ditempatkan di sekolah rendah Cina ataupun program pendidikan pra-sekolah, menetapkan pihak kanteen sekolah menjual menu makanan halal.

Chou Chong Han juga sebagai pengerusi pengelola di salah sebuah sekolah menengah Cina, beliau berkata, pihak sekolah yang di bawah pengelolaan beliau masih belum terima sebarang surat seumpama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran itu.

Beliau berkata, selama ini pihak pengelola sekolah yang mengeluarkan tender kantin, kerana itu di bawah kuasa pengelola pihak sekolah, kontrak kantin juga di bawah olahan pengelola sekolah, jika perjanjian kontrak kantin diserahkan kepada guru besar, bermakna telah melanggar kuasa dan peraturan pihak pengurusan pengelola sekolah.

Chou Chong Han berkata, sejak tahun 2006 Dong Zong telah melancarkan “kempen kesedaran Pengelola Sekolah”, supaya dapat menyedarkan pihak pengelola sekolah batas-batas dan tanggungjawab mereka, kuasa pengurusan kantin juga di bawah pihak pengelola sekolah, termasuk pusat jualan buku-buku dan pengurusan dewan sekolah.

Beliau menegaskan “Jika semua kuasa diserahkan kepada guru besar, bermakna kita sudah tidak perlukan bahagian pengelola sekolah lagi.”

Sumber: Tun Faisal

Maka sahlah makanan yang dijual dikantin sekolah cina adalah meragukan dan haram dimakan. Hendaklah ibubapa islam yang menghantar anak mereka belajar disana mengambil berat soal halal haram makanan yang ada disana.

“Hai para rasul, makanlah dari makanan yang baik dan kerjakanlah amalan yang shalih” [Al-Mukminun : 51]

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” [Al-Baqarah : 172]

Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti ia akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan tubuh badan manusia.

Read more »

Sunday, November 27, 2011

Pemimpin Tertinggi DAP Idam Jawatan PM


Lim Guan Eng menolak ura-ura untuk meminda Perlembagaan pusat untuk memberi jaminan hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri kerana realiti politik sudah jadi bukti penyandang jawatan harus kalangan komuniti Melayu.

Setiausaha Agung DAP ini (gambar)berkata, dalam politik negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, sebagaimana menjadi amalan sejak lima dekad lalu.

“Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang,” kata beliau sambil menegaskan, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya dari kaum Melayu.

“Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu hanya untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua,” kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sudah terang lagi bersuluh yang Lim Guan Eng bercita cita nak jadi PM. Kerat jarilah kalau tiada orang kat Malaysia ni nak pegang jawatan tu. Sedangkan Hj Hadipun tersengih kalau ditawarkan jawatan PM, inikan pula seorang pemimpin parti politik rasis. Lagilah dia suka sampai berguling.

Tapi yang pasti, kalau si pemimpin rasis ni dapat jadi PM, siaplah semua orang islam. Akan disingkir keluar dari kampung halaman masing masing. Nak beli rumah? Jangan mimpilah. Tanah kubur untuk orang islampun nanti silap silap dikecilkan. Lagi nak beli rumah.

Agama islampun nanti digangu gugat. Silap silap pemimpin PAS sendiri dicampak kedalam ISA kalau dia ni pejang jawatan PM. Apa yang terjadi kepada orang islam P.Pinang sudah cukup menjadi bukti bahawa si pemimpin rasis ni memang tak layak jadi PM.

Read more »

Penyewa PAKR Perlu Mengambil Iktibar Dari Kezaliman Pembangkang


Sikap segelintir penyewa Projek Perumahan Kos Rendah (PAKR) di negeri ini yang liat menjelaskan bayaran bulanan menyebabkan berlaku tunggakan sebanyak RM10.42 juta sehingga Oktober tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah tunggakan yang membabitkan 4,239 penyewa rumah murah itu jauh lebih tinggi berbanding kutipan sewa iaitu hanya RM7.26 juta.

"Kerajaan negeri sentiasa bertimbang rasa dan bertolak-ansur kepada golongan berkenaan walaupun terpaksa menanggung beban tunggakan yang tinggi.

"Bagaimanapun, kita tidak akan halau mereka kerana kita merupakan kerajaan yang prihatin. Malah, kita sediakan beberapa pilihan supaya mereka dapat menjelaskan hutang masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran e-Perumahan, e-Pelaburan dan Penyerahan Hak Milik PAKR Tanah Putih Baru 1 dan 2 serta PAKR Kempadang Soi di sini semalam.

Hadir sama pada majlis yang dihadiri kira-kira 400 penerima hak milik rumah ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Unit Perumahan), Zaeidah Mohamed Isa.

Menurut Adnan, penyewa yang ingkar menjelaskan sewa boleh membuat penjadualan semula perjanjian sewa beli supaya bayaran bulanan dapat diselaraskan dengan kemampuan mereka.

"Mereka juga boleh memilih mengeluarkan wang dalam akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat bayaran penuh harga rumah berkenaan.

"Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menjelaskan bayaran termasuk meminta bantuan daripada anak-anak yang telah bekerja jika mereka tidak berkemampuan," jelasnya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa prihatin kepada keperluan rumah oleh rakyat terutama golongan miskin namun jika masalah pembayaran balik berlaku, usaha untuk membina lebih banyak PAKR akan terganggu.

"Sekiranya RM10 juta itu berjaya dikutip, kerajaan berupaya membina 250 unit rumah kos rendah lagi untuk rakyat miskin di negeri ini," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya pemilik PAKR yang mendapat surat hak milik atau geran tidak menjual rumah mereka sebaliknya menghargai hasil titik peluh mereka selama ini.

Inilah masalah rakyat Malaysia terutama orang melayu ni. Bila dah bagi kemudahan pinjaman, cukup degil untuk membayar hutang. Padahal bukan mereka tak tahu, hutang mereka simpan tu boleh membebankan mereka di akhirat kelak.

Selain tu mereka sepatutnya bersyukur yang Kerajaan BN ni tidak zalim macam kerajaan Pakatan. Kalau kerajaan Pakatan, dah lama mereka ni diusir keluar tanpa notis. Menanggis airmata darah sekalipun, kerajaan Pakatan memang tak akan peduli. Yang penting bagi mereka cuma wang. Kebajikan rakyat langsung tak dipedulikan.

Read more »

Agenda Bumiputera Dan Serangan Peribadi


ORANG Melayu, terutama di bandar kini tidak lagi melihat UMNO sebagai parti yang mampu mempertahankan dan mempertingkatkan kepentingan mereka di negara ini. Apakah pandangan Datuk Seri mengenai perkembangan ini?

NAJIB: (Sikap) Ini disebabkan teori (Hierarchy of Needs Abraham Maslow) Maslow.

Sebab kita (kerajaan BN) sudah berjaya menyelesaikan keperluan asas rakyat iaitu tuntutan asas mereka seperti perumahan, bekalan elektrik, air, jalan, sekolah dan pekerjaan. Semua sudah kita sediakan. Adanya mobiliti sosial, berlakunya ledakan maklumat, revolusi ICT, dan sebagainya sebab kita telah memodenkan negara kita.

Ini bererti bahawa sebahagian besar daripada rakyat Malaysia sudah melalui proses actualisation (realisasi). Jadi mereka sudah melepasi garis tuntutan minimum (hierarki keperluan). Jadi mereka mempunyai banyak ruang untuk melahirkan pelbagai pendapat. Kepelbagaian pendapat itu adalah satu tanda masyarakat yang semakin sofistikated dan matang.

Kita lihat dalam demokrasi maju misalnya, terdapat pelbagai pendapat dan spektrum politik yang wujud dalam negara tersebut. Saya anggap Malaysia ini tidak berlainan dari negara lain dalam perjalanan kita kepada sebuah negara maju. Kita akan lihat perbezaan pendapat sebagai satu kelaziman. Tetapi hakikatnya orang mesti sedar bahawa kejayaan selama ini adalah hasil perjuangan UMNO, bukan orang lain.

Saya bukan kata bahawa mereka wajib berasa terhutang budi kepada kita sebab ramai yang tidak senang hati jika saya cakap sedemikian.

Apa yang saya hendak kata bahawa selain daripada rekod kerja yang baik dan jasa kita yang tidak ternilai ialah perancangan kita untuk masa depan. Apa yang boleh kita janjikan bukan sahaja pada ahli UMNO tapi rakyat Malaysia adalah jaminan bahawa kita, seperti dulu, mampu melaksanakan dan tunaikan janji kita kepada rakyat.

Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa bahawa kerajaan atau UMNO tidak melakukan secukupnya sehingga kaum Melayu masih dipinggirkan. Apa pendapat Datuk Seri?

NAJIB: Itu tidak benar. Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata bahawa agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi merupakan agenda utama (UMNO) dan sebahagian agenda nasional kita. Apa yang kita lakukan terhadap kaum-kaum lain ialah untuk melakukan apa yang perlu sebagai kerajaan yang adil dan yang berdiri atas tunggak keadilan sosial.

Umpamanya apabila kita kata kita hendak menolong orang miskin, sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dulu pun, kita cakap tentang penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum. Itu janji kita pada tahun 70-an.

Hari ini pun kita masih menolong orang miskin di kalangan bukan Bumiputera atau berpendapatan rendah. Kita tidak pernah lari daripada janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Jadi kita jangan terkeliru atau salah faham, agenda Bumiputera kita tetap teruskan. Pagi ini pun saya telah melancarkan hala tuju baru untuk Bumiputera, iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), yang merupakan satu road map di mana beberapa inisiatif baru telah kita umumkan. Bererti kita tidak pernah ketepikan atau mencairkan perjuangan kita untuk kaum Bumiputera.

Mengenai usaha transformasi negara untuk menjadi negara maju, sejauh manakah pada pandangan Datuk Seri, orang Melayu bersedia menghadapi perubahan drastik, baik daripada segi ekonomi, politik dan sebagainya. Adakah mereka sudah bersedia?

NAJIB: Orang Melayu Bumiputera harus bersedia, tingkatkan kesediaan dan kemampuan kita untuk menghadapi dunia yang berubah pantas, sebab kalau kita tidak berubah, tetapi dunia berubah, apa akan berlaku? Kesannya kita ini akan terus terpinggir. Apakah itu kehendak kita? Sudah tentu tidak. Jadi kalau tidak, maknanya kerajaan menyediakan pelan transformasi supaya kalau kita berubah berdasarkan kepada pelan ini, maka kita tidak akan ketinggalan sebaliknya kita akan menjadi bangsa yang maju.

Datuk Seri, dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk mengangkat agenda Bumiputera, bagaimanakah kaum Melayu menjadi lebih yakin (kepada UMNO).

NAJIB: Yakin hakikatnya tidak ada alternatif berdaya maju kepada UMNO sebenarnya dari segi kepentingan Melayu dan Bumiputera. Sebab, kita lihat pergantungan kepada orang lain tidak beri kita keyakinan bahawa mereka boleh dan mampu melaksana apa yang dituntut orang Melayu dan masyarakat.

Datuk Seri katakan tadi rakyat Malaysia sudah semakin matang, termasuk dalam pertimbangan politik dan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2008. Apakah langkah yang diambil oleh Datuk Seri untuk memastikan kedudukan Umno dan BN akan terus kekal sebagai peneraju kerajaan?

NAJIB: Apa yang kita telah buat selama dua tahun setengah ini ialah usaha untuk menyakinkan rakyat bahawa kita ini mendengar kehendak rakyat. Ini yang saya kata sejak awal bahawa era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir, dan kita mesti merasai denyut dan nadi rakyat.

Jadi berdasarkan itu, kita buat GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan Program Transformasi Luar Bandar. Kita teruskan agenda Bumiputera dengan strategi dan pendekatan baru. Jadi semua ini berdasarkan kepada apa yang kita buat iaitu menilai dan mendengar kehendak rakyat.

Tetapi parti juga mesti melakukan perubahan dan pembaharuan di peringkat masing-masing. Peringkat bahagian dan cawangan mesti mencerminkan satu budaya politik yang baru, iaitu kita tidak terlalu dibuai dengan urusan intra politik tetapi mesti sanggup melihat pada masyarakat luaran parti supaya mereka juga mendukung parti. Kalau zaman 70-an dan 80-an, memadai bagi kita untuk menjaga urusan parti sahaja sebab orang secara automatik akan sokong UMNO dan BN, dia tidak persoalkan.

Tetapi di zaman ini, kalau kita hendak dia sokong kita, dia akan tanya apa yang telah kita lakukan untuk dia, apa engagement kita dengan dia. Itu tidak berlaku pada zaman-zaman dahulu, itu yang saya kata zaman sudah berubah.

Kalau kita masih lagi dalam ruang lingkup pemikiran lama kita akan terkecundang seperti mana nasib berlaku pada parti-parti tua yang lain seperti LDP (Parti Liberal Demokratik di Jepun), Golkar (Indonesia) dan Congress (Indian National Congress) suatu ketika dahulu. Parti-parti ini yang berjuang untuk kemerdekaan, telah banyak berjasa.

Tetapi kalau kita tidak melakukan perubahan dan kita tidak sedar bahawa landskap politik sudah berubah, rakyat boleh menolak kita. Ini yang saya hendak katakan sebab itu mesti timbul satu kesedaran dalam diri kita bahawa tidak ada kekebalan dalam politik. Politik terdedah kepada kedinamikannya tersendiri.

Sebagai anggota parti, kita mesti menghayati perubahan landskap ini dan berani untuk membuat perubahan. Sejak Pilihan Raya Umum 2008 lagi, masa itu saya masih timbalan presiden UMNO, saya sudah katakan bahawa kalau kita tidak berubah kita akan diubah.

Dalam perasmian Konvensyen Media Sosial baru-baru ini, Datuk Seri ada menyebut ada serangan-serangan terhadap Datuk Seri daripada pembangkang contohnya isu semasa Datuk Seri mengerjakan haji dan keluarga Datuk Seri dikatakan berbelanja besar di Australia semasa Datuk Seri menghadiri sidang CHOGM (Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel). Apa pandangan Datuk Seri?

NAJIB: Salah satu penentu nasib kita dalam pilihan raya adalah faktor kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden (UMNO), siapa saja yang menjadi pemimpin utama. Kalau pembangkang hendak melemahkan kita, mereka anggap mereka mesti menyerang saya (sebagai pemimpin utama). Kalau tidak boleh serang dari segi dasar, mereka akan serang dari segi peribadi. Kalau tidak ada isu, mereka akan cuba spin (putar belit), kalau tidak boleh spin, mereka akan cipta kepalsuan.

Inilah yang berlaku, mereka anggap dalam politik every thing is fair (segalanya adil) termasuk benda yang tidak berlaku pun dikatakan berlaku, dan kalau berlaku pun, dia akan cuba pamerkan sesuatu itu sehingga boleh dikatakan tidak benar atau separuh benar. Umpamanya semasa saya buat tawaf (semasa mengerjakan ibadah Haji baru-baru ini), dia padamkan orang sekeliling, seolah-oleh saya mendapat keistimewaan, padahal tidak sedemikian rupa. Saya tawaf bersama orang lain.

Apabila saya pergi CHOGM (pada Oktober lepas), anak saya yang tidak berada di Australia dikatakan berbelanja besar. Jadi ini fitnah, dan ini pembunuhan karakter yang mereka lakukan sebab mereka ini sudah begitu terdesak) hendak mencapai kejayaan dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak bermoral dan tidak beretika.

Apakah harapan Datuk Seri pada para perwakilan UMNO pada perhimpunan kali ini

NAJIB: Yang paling penting ialah mereka mesti memperlihatkan imej pada pengundi luar bahawa UMNO parti yang sanggup berubah dan tahu bagaimana menilai hati nurani rakyat, akan melakukan yang terbaik untuk rakyat. Sebab kita selalu menekankan Rakyat Didahulukan. Jika kita ingat kepada dua perkataan itu, Umno akan mendapat sokongan yang lebih menyeluruh lagi.

Para pembentang dan pembahas usul dalam ucapan mereka diharap tidak menyinggung perasaan orang lain. Menggunakan bahasa dengan waras dan sedar yang mereka bukan berucap hanya untuk 3,000 perwakilan yang berada di dalam dewan, tetapi juga 28 juta rakyat Malaysia yang juga meneliti ucapan mereka.

Read more »

UMNO Perlu Bersatu


BERNAMA: Apakah intipati amanat Datuk Seri kepada anggota parti berlatarbelakangkan transformasi politik yang Datuk Seri cadangkan baru-baru ini?

NAJIB : Sebagai sebuah parti, bila menjelang tiba cabaran yang sangat besar, yakni, pilihan raya umum maka parti mesti berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang sepenuhnya.

Kesiapsiagaan yang saya maksudkan ini ialah secara menyeluruh dan komprehensif sama ada dari segi latihan, keilmuan, logistik mahupun dari segi mindset kita, iaitu kerangka minda kita, untuk memberi tumpuan kepada sebarang usaha yang boleh mengukuhkan parti kita, dan sebaliknya untuk mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh melemahkan parti.

Jadi pendekatan kita mesti menyediakan barisan yang ampuh, kita mesti rapatkan barisan kita dan kita mesti menampilkan kekuatan yang boleh digeruni pihak lawan.

Adakah siap siaga boleh dianggap sebagai menyediakan parti untuk berada dalam keadaan war footing atau rentak perang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13?

NAJIB: Yalah, kalau kita gunakan analogi perang, maknanya sebelum tembakan pertama di letupkan maka sebarang angkatan tentera kena melalui proses latihan dan persediaan dari segi strategi dan persediaan dari segi logistik, kelengkapan.

Semuanya ini mesti kita lakukan dalam keadaan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan yang kita harapkan.

Tidak kurang penting juga ialah nilai-nilai asas kita dalam menentukan kita boleh menang dalam sebarang peperangan iaitu nilai-nilai seperti ketaatan dan kesetiaan, disiplin, kesungguhan membuat kerja, semangat berpasukan.

Semua ini, nilai-nilai asas yang kita mesti hayati dan kita tidak boleh kompromi dalam hal ini. Kalau tidak parti kita boleh kecundang dalam kawasan yang berkenaan.

Kalau boleh saya gunakan analogi Harimau Muda yang tetap tabah walaupun berdepan penyokong Indonesia dan cabaran sengit (pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA di Jakarta minggu lepas)?

NAJIB: Kita kalau ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi.

Tetapi kalau kita kental dari segi kekuatan minda, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga.

Adakah Datuk Seri yakin bahawa Harimau Muda UMNO pun juga kental menghadapi cabaran terutama berdepan peningkatan pengundi muda dalam pilihan raya umum akan datang?

NAJIB: Sudah terbukti dalam pilihan raya kecil sejak dua tahun yang lalu, setiap kali kita menang pilihan raya kecil sejak Bagan Pinang kita dapati pengundi-pengundi saluran orang muda, biasanya kita lihat majoriti menyokong . Bererti bahawa sudah terbukti tidak semestinya orang muda bersikap anti-establishment (anti kerajaan) dan tidak menyokong parti kerajaan iaitu parti Barisan Nasional. Mereka akan menilai, siapakah yang lebih memahami kehendak dan naluri mereka sebagai orang muda.

Pada pandangan Datuk Seri, adakah Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah mencapai matlamatnya untuk mendapatkan sokongan pengundi muda, yang merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-13?

NAJIB: Kita dapati bahawa usaha ini mesti merupakan usaha yang secara bersepadu walaupun Pemuda dan Puteri mewakili generasi muda, tetapi mereka juga memerlukan keprihatinan daripada kerajaan dan pucuk pimpinan untuk mereka merealisasikan apa-apa tuntutan yang mereka lakukan bagi pihak orang muda atau generasi muda.

Umpamanya, bila kita buat projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA), kita telah memansuhkan bayaran pendahuluan 10 peratus, dan kita hendak menjual rumah pada harga yang amat berpatutan dengan 100 peratus pinjaman.

Ini merupakan satu yang berbangkit dalam makmal Pemuda BN (Barisan Nasional) yang telah mencadangkan kepada kerajaan tetapi Pemuda sendiri tidak boleh menterjemahkan ini dalam bentuk sesuatu dasar atau pun program.

Ini memerlukan pertimbangan daripada kerajaan, dan kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang amat peka dan amat prihatin kepada kehendak dan tuntutan generasi muda. Saya sendiri terlibat dengan pelbagai program secara langsung secara khusus dengan generasi muda. Jadi, maknanya walaupun saya bukan orang muda... walaupun saya rasa saya muda (ketawa), tetapi maknanya kita mesti melakukan pendekatan dengan generasi muda seperti mana juga dengan wanita, seperti mana juga dengan golongan warga emas, kelas pertengahan dan pelbagai lagi kelompok dalam masyarakat.

Datuk Seri mahu anggota UMNO supaya mengelak melakukan kesilapan sehingga boleh melemahkan parti. Kenapa Datuk Seri membuat peringatan ini?

NAJIB: Kita pun boleh merumuskan apakah perkara-perkara yang boleh merugikan kita. Semua orang UMNO tahu apakah perkara-perkara ini tapi tahu sahaja tidak bererti bahawa perkara itu terhapus sama sekali.

Kita mesti memperlihatkan iltizam kita untuk melakukan sedikit pengorbanan dan tidak membiarkan perasaan atau perhitungan peribadi kita mengatasi pertimbangan yang lebih besar iaitu kepentingan parti. Ini satu daripada prinsip kita berparti.

Orang yang menganggotai parti itu ramai tapi orang yang berparti, yang tahu tentang semangat parti, tahu tentang matlamat dan kepentingan parti, itu yang mesti kita tanam di kalangan 3.4 juta ahli UMNO.

Datuk Seri mahu anggota UMNO berada dalam kesiapsiagaan seperti mengadakan latihan dan sebagainya. Adakah disebabkan itu, perhimpunan UMNO kali ini berbeza kerana ia dimulakan dengan forum dan persidangan antarabangsa sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula?

NAJIB: Forum (Wasatiyyah) itu tidak dikhususkan (untuk perhimpunan UMNO), sebaliknya forum itu merupakan satu wahana untuk kita memprojekkan nilai keintelektualan UMNO, dan juga peranan UMNO dalam konteks antarabangsa supaya dunia memahami akan apakah matlamat perjuangan UMNO, dan khususnya atas apa yang didokong oleh UMNO hari ini seperti pelan transformasi nasional yang kita sedang perjuangkan dan sebagainya.

Sejak Datuk Seri memimpin tampuk parti dua setengah tahun lepas, Datuk Seri telah banyak membawa transformasi. Sejauh mana proses transformasi itu telah dilaksanakan oleh anggota parti?

NAJIB: Ada perubahan, tapi saya anggap ini sebagai satu pelayaran sebenarnya.

Sebab hendak ubah manusia, ia satu cabaran yang cukup besar sebab pada akhirnya dia bukan perubahan daripada segi perlembagaan (parti) sahaja, perubahan daripada segi struktur dan perubahan daripada segi cara melakukan pemilihan dalam parti.

Tapi kesudahannya, ia bergantung kepada sikap dan nilai masyarakat kita, itu yang paling mencabar sekali.

Datuk Seri ada cakap pasal pengorbanan dan juga calon boleh menang. Jadi setiap kali pilihan raya ini adalah isu yang timbul bagi mereka yang memegang jawatan dan sebagainya. Bagaimana Datuk Seri tangani isu “cantas-mencantas” calon BN pada pilihan raya umum yang akan datang ini?

NAJIB: Kita rumuskan apa winnable candidate itu supaya setiap kerusi yang kita bertanding, kita cuba tampilkan calon yang ada peluang terbaik untuk menang.

Tapi winnable candidate kita ini bukan sahaja kita lihat daripada segi kebolehan dan rekod kerja yang baik, tetapi juga penerimaan daripada sudut masyarakat tempatan termasuk jentera parti. Kalau jentera parti menolak, seorang yang ada kebolehan pada akhirnya dia tidak akan berjaya.

Sebaliknya, kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan tekankan orang itu mesti merupakan calon kerana berdasarkan hierarki, tetapi calon kita itu tidak mungkin berjaya, apa yang berlaku ialah calon kita akan gagal.

Jadi winnable candidate ini mesti difahami. Kita mesti yakinkan kepada jentera (pilihan raya parti) untuk menerima siapa yang kita tonjolkan, kalau tidak sukar hendak mencapai kejayaan.

Sebaliknya, kalau winnable candidate itu yang ditampilkan oleh kelompok dalam sesuatu bahagian, tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tidak akan berjaya.

Pada pilihan raya umum lepas, ada dakwaan kata penilaian terhadap calon tidak begitu kemas dan teratur. Kali ini Datuk Seri sering mengatakan winnable candidate, bolehkah Datuk Seri berkongsi bagaimana pucuk pimpinan melakukan identifikasi mengenai winnable candidate ini?

NAJIB: Kita sekarang belum lagi muktamad (mengenai calon). Kita mesti membuat penilaian secara objektif, bukan sahaja subjektif. Ini yang paling penting sekali. Calon yang dipilih bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi, tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan.

Soal menentukan calon ini adalah satu soal yang sangat mencabar dan sukar dilakukan. Mustahil kita dapat memberi kepuasan kepada semua orang . Mengikut pengalaman saya selama 35 tahun dalam politik, tidak pernah berlaku dalam pilihan raya (membuat keputusan mengenai calon yang memuaskan semua pihak).

Tetapi apa pun keputusan yang dibuat parti, pada kesudahannya kita kena terimalah sebagai orang berparti keputusan parti, walaupun tidak mengikut selera atau kehendak kita.

Dan saya telah mengalami banyak peristiwa di mana saya lihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan yang dibuat parti tidak disenangi, tetapi dia terima. Tapi jika diterima keputusan itu calon itu akan menang, tetapi sebaliknya kalau dia terus menentang dia hendak kata apa hendak jadi jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tidak setia pada parti, dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa.

Sepatutnya apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana kita (BN) tewas lima buah negeri adalah satu pengajaran yang seharusnya tidak dilupai oleh kita. Dan akibat daripada punca kekalahan itu mesti kita sedar. Saya tidak menafikan kadang-kadang kita tidak dapat memuaskan hati semua penyokong kita di peringkat bahagian, sebab itu saya kata sejak awal lagi mustahil kita memberi kepuasan 100 peratus kepada ahli dalam satu bahagian sebab di peringkat bahagian, mereka pun tidak sependapat.

Apa yang harus ada ialah disiplin parti dan kesetiaan kepada parti. Maknanya bila sampai pada masanya keputusan itu (pemilihan calon) diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti.

Read more »

Saturday, November 26, 2011

Mugabe Kata Nik Aziz Iblis Kerana PAS Sokong Gay ?


Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menggelar Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai 'syaitan' selepas bantuan dari Britain mungkin disekat ekoran negara Afrika itu tidak menghormati hak golongan gay.

Mugabe dalam ucapannya berkata, tindakan Cameron sangat teruk dan tidak ubah seperti syaitan kerana mahu negara lain menerima golongan gay jika ingin mendapatkan bantuan dari Britain.

"Ia merupakan tawaran yang bodoh dengan syarat-syarat yang tidak masuk akal," katanya ketika berucap di sebuah pekan perlombongan di Shurugwi, 300 kilometer di selatan Harare, kelmarin.

Pada sidang kemuncak Komanwel pada Oktober lalu, Cameron berkata, negara-negara yang menerima bantuan dari Britain perlu menghormati hak asasi manusia termasuk golongan gay.

Itu cerita luar negara. Mugabe gelarkan PM Britain sebagai iblis kerana PM Britain ini mahu gay diberi layanan baik. Tapi malangnya di Malaysia ni, seorang yang mengaku dirinya ulama mengatakan umat islam lain sebagai iblis syaitan kerana tak sokong parti politik dia (klik sini).

Nampaknya orang tua ni lebih sayangkan gay daripada umat islam yang saudara seagama dengannya.

Read more »

Salam Maal Hijrah


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini kami telah melakukan laranganMu tetapi kami masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu.

Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetap kepada kami. Engkau telah memerintahkan supaya kami bertaubat dari kesalahan itu.

Sesungguhnya, pada hari ini, kami memohon keampunan dariMu, ampunilah kami dan apa yang telah kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka kami memohonnya daripada Engkau.

Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin, Ya Rabbil Alamin.

Warga Pahang-Ku Mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua umat islam di negara ini tanpa membezakan fahaman parti politik. Semoga Allah s.w.t mengampunkan semua kesalahan kita yang telah lalu dan memberikan petunjuk dan rahmat kepada kita didalam menempuh hari hari mendatang.

Read more »

Friday, November 25, 2011

Apa Kena Dengan TNB???


Ini satu persoalan yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang penduduk yang kami temui. Rata - rata mereka menyatakan rasa tidak puas hati kepada TNB.

Apa yang tak kena dengan Tenaga Nasional berhad ni? Mereka dah naikkan tarif elektrik ke? Atau adakah mereka kenakan caj bayaran tanpa sebarang notis dan sebagainya?

Tidak. Ini bukan pertikaiakn mereka yang sebenarnya. Apa yang mereka bangkitkan baru - baru ini ialah mengenai permohonan mendapatkan lampu di tepi jalan raya.

Umum tahu, kawasan disekitar Negeri Pahang ini agak kelam kerana dikelilingi oleh tumbuh - tumbuhan semula jadi. Satu perkara yang sewajarnya dibanggakan.

Tetapi, apa bila malam menjelma, kawasan - kawasan ini akan menjadi gelap dan menyukarkan pengguna jalan raya untuk melaluinya.

Kami bukan merujuk kepada kawasan bandar. Tapi dikawasan - kawasan luar bandar. Rata - rata jalannya sempit dan tidak mempunyai lampu jalan.

Dulu kami pernah menghadiri satu sesi dialog penduduk sebuah kampung bersama dengan Datuk Seri Sharizat Jalil. Dan turut hadir ialah Ketua Pegawai TNB kawasan tersebut.

Datuk Sharizat pernah memohon kepada Ketua Pegawai itu agar dapat dipasang tiang - tiang lampu dikawasan kampung tersebut memandangkan ianya sangat gelap.

Namun, malangnya, selepas beberapa bulan perkara itu dibangkitkan, lampu yang diminta masih juga tidak kunjung tiba. Rasanya, siapa yang akan dipersalahkan?

Adakah rakyat akan salahkan pihak TNB atau Datuk Shahrizat kerana permohonan tersebut dia yang buat? Dah tentu rakyat akan salahkan Datuk Shahrizat.

Jadi, apa yang TNB buat sebenarnya? Dari maklum balas yang kami terima, TNB sering memberi alasan yang bukan - bukan berkaitan dengan perkara ini.

Salah satu yang pernah diberikan ialah, siapa nak tanggung kos pemasangan lampu - lampu ini? Wah! Itu je jawapan yang mampu mereka berikan?

Apakah TNB lupa bahawa mereka juga ada mempunyai CSR tersendiri? Adakah begitu jawapan yang sepatutnya diberikan oleh pihak yang menjaga kepentingan awam?

Pihak Kerajaan pun jangan buat - buat tak nampak perkara ini. Terutama sekali PBT. Mereka perlu segera mengambil tindakan. Jangan anggap ianya satu isu sambil lewa. 

Jangan nanti bila dah terantuk, baru nak terngadah sudah la!!! Dah kena batang hidung sendiri, baru padan muka!!!

Read more »

share2