Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 30, 2011

Biawak Lim Guan Eng Bengkak Hati Kena Gigit Semut Hitam


Banyak sangat menipu, dah terbelit - belit lidah sendiri. Apa lagi yang dia nak kata sedangkan apa yang diucapkan tu keluar dari mulut dia sendiri?
Meh baca apa yang dikeluarkan oleh Si Biawak tu sebagai respon terhadap kemurkaan DYMM Tuanku Sultan Johor baru -baru ni:

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia.

Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Hah! Memang sah. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia ucapkan dalam perjumpaan tertutup tu. Kalau tidak, apa kejadahnya pulak dia nak cari pita rakaman tersebut?

Kurang ajar pulak. Mulanya ber'Patik' - 'Patik'. Lepas tu ber'saya' - 'saya' je. Memang dasar orang tak tau hormat betul la Biawak Komunis ni.

Dah nampak sangat yang Si Biawak Guan Eng ni terbelit dengan lidah dia sendiri. Maklum la, biawak. Lidah dia kan bercabang - cabang.

Sumber: Semut Hitam

Mengelupur Lim Guan Eng dibuatnya. Nak menipu sangat. Dah bercakap dekat radio lepas tu taknak mengaku pulak. Orang macam ni yang dipuja oleh pemimpin PAS. Opss lupa Mat Sabupun sama juga mudah lupa hehehe.

Read more »

Al-Fatihah


Allahyarham Dato Ghazali Sulaiman
Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut





Dato' Ghazali Sulaiman, mantan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 10.00 pagi di Kuala Lumpur. Beliau diberitakan telah dimasukkan ke Hospital Tawakal beberapa hari lepas setelah mendapat serangan stroke dan pendarahan otak.

Beberapa lama blog telah juga menyebarkan berita kepergian beliau termasuk blog Suara Prihatin UMNO Jerantut antara yang awal menyiarkan kenyataan berkenaan.  Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah keatas roh beliau semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara orang-orang yang beriman.


Read more »

Thursday, September 29, 2011

Pakatan Tolak Hudud - Nik Aziz Malu Sendiri


Seperti yang sudah dijangkakan, keputusan sebulat suara mesyuarat Pakatan telah bersetuju bahawa Hudud tak akan dilaksanakan. Apa lagi Nik Aziz nak meroyan menuduh UMNO yang tolak Hudud. UMNo langsung tak masuk campur pun dalam kes Hudud ni. Cuma pemimpin UMNO cakap je yang Hudud kurang sesuai digunapakai didalam negara ini buat masa sekarang. Itu je.


Tapi macam biasalah, Nik Aziz ni manusia jenis angkuh. Seboleh boleh dia nak salahkan juga UMNO. Dia tetap salahkan UMNO dan Kerajaan Malaysia kerana konon konon tak bagi dia buat Hudud kat Kelantan. Padahal dia sikitpun tak buka mulut pasal Hudud dalam Parlimen. Asyik menjerit kat luar Parlimen beranilah. Buka mulut dalam Parlimen tengok macammana ada berani ke tak.

Nak buat, buatlah. Tak ada siapa yang melarang. Tapi kalau rakyat Kelantan sendiri ramai ramai campak Pok Nik ke dalam Sungai Golok lepas tu, jangan salahkan UMNO dan Kerajaan Malaysia pulak. Takde maknanya UMNO dan Kerajaan Malaysia nak sibuk sibuk pasal PAS.

Read more »

Penguasaan Bahasa Arab & Bahasa Lain Sebagai Bonus



KAHERAH, 26 Sept - YAB Menteri Besar Pahang sekali lagi menegaskan bahawa kepentingan menguasai ilmu adalah melalui bahasa.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada para pelajar Malaysia yang berada di Mesir agar menguasai sepenuhnya bahasa Arab dengan baik.

Tambah beliau, penguasaan bahasa ini juga turut dapat membantu mereka dalam mencari pekerjaan dimasa akan datang.


"Jika kita tidak dapat menjadi Ustaz atau Kadi serta Peguam sekembalinya di Malaysia nanti, sekurang - kurangnya kita ada perkara lain yang boleh dijadikan sandaran.

Misalnya penterjemah bahasa atau pengacara seperti Mahathir Lokman sebagai contoh dimana ianya terbukti pendapatan beliau cukup lumayan," kata beliau dalam ucapan sempena Majlis Ramah Mesra bersama pelajar Malaysia disini.


Beliau juga turut menegaskan bahawa ianya hanya akan menjadi sia - sia jika mereka yang berada di Mesir ini tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan sebaik mungkin.

Atas dasar itu juga, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob turut menyeru agar para pelajar ini memperlajari bahasa lain selain bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


"Memandangkan kedudukan Mesir berhampiran dengan lautan Mediterranean, maka kita boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari bahasa lain seperti Perancis atau Sepanyol."

Hadir dalam Majlis tersebut termasuk TYT Datuk Duta Besar Malaysia di Mesir, wakil - wakil pelajar dari seluruh Malaysia serta kakitangan kedutaan.

YAB Menteri Besar juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar dalam Majlis yang dihadiri seramai 500 orang pelajar ini.

Read more »

Wednesday, September 28, 2011

Syor JPA Henti Taja Luar Negara


Seorang pakar ekonomi mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan penawaran biasiswa kepada pelajar negara ini untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, termasuk dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid, berkata JPA sebaliknya perlu menggunakan dana biasiswa berkenaan untuk menaja pengajian pelajar di universiti tempatan dalam bidang profesional atau separa profesional.

Katanya, ini strategi serampang dua mata iaitu negara dapat mengurangkan beban menaja pelajar di luar negara yang kosnya kian meningkat dan pada masa sama universiti tempatan menerima pelajar terbaik dalam setiap bidang. Beliau berkata, dasar menghantar pelajar ke luar negara dibuat ketika Malaysia hanya mempunyai satu universiti.

Saya tidak faham mengapa JPA masih meneruskan dasar yang tidak sesuai dengan keadaan sekarang dan sudah lapuk ini, katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

JPA membelanjakan lebih RM1.5 billion setiap tahun untuk menaja pelajar ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Russia, India, Korea Selatan dan Jepun.- Berita Harian

Akupun setuju jika perkara ini dikaji semula. Universiti di Malaysia juga mampu mengadakan pembelajaran yang setanding dengan universiti luar negara. Malah jika JPA membantu pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, pengantungan pelajar kepada PTPTN juga dapat dikurangkan dan seterusnya mampu mengurangkan pembelanjaan yang ditampung oleh PTPTN.

Read more »

ANUGAY TERKEDU DEPAN KUBUR PKR PAHANG!!!


Adalah disarankan supaya Parti Kencing Rakyat yang ada dalam Negeri Pahang ni dikuburkan terus daripada bumi Pahang.

Apa tidaknya. Kalau dah asyik sangat buat hal yang bukan - bukan, baik tanam je terus. Lagi baik dari menyusahkan orang.

Kalau hari tu, dua orang pemimpin kanan dia dah nak dipecatnya atas alasan menyertai program parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.

Maka hari ni, tampil salah seorang daripada mereka berdua membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.

Seperti mana bekas graduan Universiti Al - Juburi yang berjaya, Abdul Rahman Othman ni kata semuanya konspirasi belaka.

Dia yang juga merupakan bekas Naib Ketua Cabang Pekan mendakwa ada pihak tertentu yang nak menjatuhkan maruah dia dengan tuduhan tersebut.

Katanya, dia kecewa sebab pihak terbabit hanya ingin menghukum berdasarkan beberapa laporan yang tidak berasas oleh pihak musuh.

Maknanya, dia mengakui bahawa musuh sebenar Parti Kencing Rakyat tu adalah dari kalangan mereka sendiri. Bukannya UMNO atau BN yang buat pasal.

Selain itu, Si Abdul Rahman ni jugak turut mengakui bahawa berlakunya kepincangan didalam tindakan PKR Pahang terhadap pemilihan cabang.

Kata dia lagi, pemilihan tersebut yang dijadualkan akan berlansung pada Oktober nanti perlu ditangguhkan.

Macam - macam. Yang di Inderamahkota nak dipercepatkan pemilihan. Yang di Pekan ni nak ditangguhkan pulak?

Nak kata bangang sangat kang, puak - puak Parti Kencing Rakyat ni marah pulak. Tapi memang itulah hakikatnya.

Diorang ni memang bangang. Buat kerja apa pun tak reti. Lepas tu pandai menyalahkan orang itu ini je. Kalau bergaduh pun, bukan pasal kepentingan rakyat.

Bergaduh hanya semata - mata kepentingan diri sendiri. Perjuangan untuk rakyat menda kejadahnya kalau macam tu? Patut la makin ramai orang yang pakat keluar dari parti ni.

Jadi, adalah lebih baik dikuburkan je la parti yang jelas suka menipu rakyat ni. Buat mengabihkan masa rakyat Negeri Pahang je!!!

Read more »

Pembangkang Tawar Lubang Kubur Jika Mereka Memerintah Negara


Dakwaan pembangkang tanah baru ala Felda akan dibuka semula di negeri ini jika pakatan pembangkang berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti adalah suatu gimik politik bagi meraih undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, janji pembangkang itu adalah mimpi pada siang hari.

Katanya, bukan semudah itu untuk membuka sesuatu kawasan tanah baru apatah lagi membabitkan kawasan tanah yang luas seperti rancangan tanah Felda kerana negeri ini sudah tidak mempuyai tanah mencukupi.

"Rakyat jangan mudah terperangkap dan terpengaruh dengan janji janji manis pembangkang kerana ia hanya janji kosong dan itu hanya muslihat semata-mata. Mereka sudah tidak ada modal untuk meraih sokongan rakyat, malah tembelang dan temberang mereka semakin hari semakin terbongkar," kata Mohamed.

Pembangkang kata nak buka tanah macam FELDA? Hahaha nampak sangat penipunya. Pembangkang pun tak boleh nak selesaikan masalah rakyat, ada hati nak buka tanah macam FELDA. Tanah mana pembangkang nak rampas? Pembangkang kalau bab rampas tanah orang memang pandai. Silap silap tanah kubur kitapun nanti dorang rembat.

Penipu sungguh pembangkang ni.

Read more »

Tuesday, September 27, 2011

UMNO Bagi Pangsapuri , PAS Bagi Lubang Kubur Tok Guru

Cadangan Hiasan
Kerajaan sedang membuat kajian untuk membina sebuah pangsapuri di kawasan tanah rancangan Felda Gugusan Mendi bagi memenuhi keperluan rumah generasi kedua Felda.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudah mengenal pasti tanah seluas lapan hektar untuk membina pangsapuri tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan sedang berunding dengan pengurusan Felda mengenai status tanah tersebut dan jika menjadi kenyataan, ia dapat menampung keperluan generasi kedua yang memerlukan rumah sendiri di daerah itu.

"Perumahan yang dibina untuk generasi kedua di Felda Triang 3 tidak mencukupi dan sebagai inisiatifnya kerajaan bercadang membina pangsapuri sebagai alternatif memandangkan kawasan tanah Felda amat terhad.

"Mengenai keputusan pemberian tanah pula adalah hak kerajaan negeri atau Felda. Dan tiada sesiapa pun boleh sewenang-wenangnya boleh memberi tawaran tanah kepada individu," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 'Santai Bersama Keluarga' anjuran UMNO Bahagian Bera, di Dataran Kerayong, semalam.

Katanya, kerajaan dan Felda sudah mempunyai perancangan untuk generasi kedua Felda bukan sahaja berkaitan isu perumahan tetapi merangkumi pelbagai aspek termasuk peluang pekerjaan, kemahiran, pendidikan dan keusahawan.

Menurut beliau, generasi kedua perlu memberikan kepercayaan Felda serta kerajaan dan bukannya terpengaruh dengan janji-janji manis Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk memberikan bulan dan bintang tetapi sebenarnya tidak mampu berbuat demikian.

"Anak tidak boleh mengeluarkan sebarang borang kerana mereka bukan pertubuhan yang dilantik Felda atau kerajaan untuk berbuat demikian.

"Jadi, apa sahaja yang datang daripada Anak mengenai permohonan tanah tersebut tidak seharusnya dipercayai walaupun itu merupakan impian mereka," kata beliau.

Menurutnya, tindakan persatuan yang berdaftar itu adalah untuk meraih sokongan dan memancing undi generasi kedua Felda supaya menyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Read more »

Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka Mengeratkan Perpaduan


Masyarakat pelbagai kaum di daerah ini boleh meningkatkan lagi perpaduan mereka menerusi sambutan hari perayaan mengikut budaya masing-masing.

Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining (RAGM), Datuk Ir. Azinudin Abdul Rahim berkata, sebagai sebuah syarikat swasta yang bertanggungjawab pihaknya terpanggil untuk meraikan semua perayaan yang membabitkan semua kaum dan warga daerah ini.

Katanya, melalui sambutan perayaan seperti itu, penduduk berbilang kaum akan lebih memahami budaya rakan-rakan mereka dan memupuk semangat kekitaan walaupun berlainan agama dan budaya.

''Tahun lalu RAGM mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dan tahun ini kita meraikan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 1Malaysia.

''Kami berharap aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat mendokong cita-cita untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan progresif," katanya semasa berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1Malaysia-RAGM 2011 di Dataran Raub di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif RAGM, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Moin; ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mohd. Ali.

Seramai 10,000 warga Raub membanjiri Dataran Raub dengan dihiburkan beberapa penyanyi, antaranya Uji Rashid, Hail Amir, Sheqal, Hazama AF9, Haiza dan Eja.

Majlis tersebut bertambah meriah dengan kehadiran pelakon yang juga pengacara, Sharifah Shahira yang bertindak sebagai pengacara.

Menurut Azinuddin, selain operasi carigali emas, RAGM juga turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti memberikan bantuan kepada golongan miskin, kurang upaya dan pendidikan.

''Selain mewujudkan 200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, kehadiran kami di sini turut memberi impak dan merangsang pertumbuhan kitaran ekonomi yang berterusan kepada penduduk tempatan," kata beliau.

Read more »

Selamatkan Pahang - Siapa Munafik ?



Untuk menjawap pertanyaan ini, sebelum Nik Aziz dan mana mana orang PAS salahkan UMNO dan Tun Mahathir, ada baiknya korang tanya dahulu geng sendiri.


Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga merupakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, undang-undang hudud tidak mungkin boleh dilaksanakan buat masa sekarang di Kelantan atau mana-mana bahagian Malaysia.

Kenyataannya itu dikeluarkan berikutan isu hudud yang kembali didendangkan oleh Nik Abdul Aziz untuk menghadapi PRU13 bagi mendapatkan sokongan Melayu-Islam, sekaligus menimbulkan satu polemik baru membabitkan kepimpinan muda dan pemimpin tua renta seperti Nik Abdul Aziz. Seorang lagi Naib Presiden PAS yang berpengaruh besar, Husam Musa turut berkongsi pandangan yang sama dengan Salahuddin Ayub

Siapa munafik? Hj Hadipun kata tiada Negara Islam sebaliknya Negara berkebajikan. Siapa munafik?

Read more »

Saturday, September 24, 2011

Zaid - Melayu Yang Kecundang


Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah kehabisan modal politik untuk 'membaham' kerajaan apabila kini bersetuju pula dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai idea lagi untuk mencipta slogan baru dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan kini hanya mampu mengubah pendirian biarpun terpaksa melanggar dasar pakatan pembangkang.

''Saya lihat isu ini merupakan satu lagi helah politik Anwar kerana beliau sudah kehabisan modal untuk melawan pendekatan transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Agak lucu apabila seorang yang gagal didalam politik turut mengkritik ahli politik yang lain. Siapa yang tidak kenal dengan Zaid Ibrahim. Orang yang asalnya dari UMNO kemudiannya melompat kepangkuan Anwar. Selepas dirinya diabaikan Anwar, dia melompat pula kedalam parti KITA. Itupun kerana dijemput. 
Dan baru baru ini Zaid menunjukkan belang apabila memecat 3 orang ahli parti KITA tanpa melalui surat rasmi dan tidak mempunyai alasan yang kukuh. Inilah orang yang tidak sedarkan diri. Dia tu dikutip oleh parti KITA. Bayangkan kalau parti KITA tak kutip dia dulu, entah manalah dia merempat sekarang.

Kemungkinan Zaid bakal disingkirkan daripada arena politik tanahair adalah cerah disebabkan perangai buruknya sendiri. Kalau dia dipecat dari parti KITA, aku harap tak payahlah mana mana parti politik ambil dia lagi. Buang masa dan duit je ambil orang macam ni. Dia ni bukannya jenis tahu bersyukur.

Read more »

Manoharan Dihukum Gantung


Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

Manoharan juga dilaporkan membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. Tindakan itu mengundang kemarahan dan laporan polis pelbagai pihak.

Setakat hukum gantung 6 bulan tu apalah sangat. Nampak sangat pedaahnya DAP ni. Cuba kalau yang bersalah tu orang UMNO. Sudah pasti puak DAP akan menjerit jerit suruh dipenjarakan. Lagi satu, nampak sungguh penakutnya puak DAP apabila Teressa Kok merayu agar cerita Manoharan ni tak dipanjangkan. 

Itu lagi satu sikap double standard puak DAP. Kalau pesalahnya orang UMNO? Humm tak payah cakap, sendiri faham sudah macammana perangai puak DAP ni.

Read more »

Friday, September 23, 2011

Husam & Din Pudu Takut Hudud


Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga merupakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, undang-undang hudud tidak mungkin boleh dilaksanakan buat masa sekarang di Kelantan atau mana-mana bahagian Malaysia.

Kenyataannya itu dikeluarkan berikutan isu hudud yang kembali didendangkan oleh Nik Abdul Aziz untuk menghadapi PRU13 bagi mendapatkan sokongan Melayu-Islam, sekaligus menimbulkan satu polemik baru membabitkan kepimpinan muda dan pemimpin tua renta seperti Nik Abdul Aziz. Seorang lagi Naib Presiden PAS yang berpengaruh besar, Husam Musa turut berkongsi pandangan yang sama dengan Salahuddin Ayub.- TFK

Kena lagi Nik Aziz. Tapi kali ini daripada Din Puduraya iaitu orang PAS sendiri. Lepas ni takkan Nik Aziz nak tuduh UMNO bayar Husan dengan Din pulakkan hehehehe.

Read more »

Perkampungan Di Jerantut Bakal Dibangunkan


Projek membesarkan kampung di daerah ini boleh dijadikan alternatif bagi mengatasi masalah kesukaran membina rumah dan penduduk yang padat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, projek tersebut dapat membantu mengatasi masalah kepadatan penduduk di kawasan perkampungan yang kecil.

"Setakat ini di Jerantut kita telah jalankan projek tersebut di Kampung Bukit Genting, Bukit Dinding serta Kampung Gintong," katanya pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri dan ramah mesra bersama rakyat di Kampung Sungai Par di sini, hari ini.

Menurutnya, melalui projek membesarkan kampung, setiap keluarga akan diberi tanah untuk membina rumah sendiri dan generasi kedua pula akan turut mendapat bahagian sekiranya masih terdapat kekosongan.

"Penduduk di sini meminta kerajaan membina rumah kos rendah di kawasan mereka, namun saya rasa projek membesarkan kampung lebih baik kerana ia akan memberi manfaat kepada semua penduduk.

"Ketua kampung perlu mencari kawasan lapang yang boleh dijadikan penempatan dan saya akan mengemukakan perkara tersebut kepada kerajaan negeri," ujarnya.

Sementara itu, Penghulu kampung berkenaan, Mohd. Nasir Abdullah Sani berkata, semua penduduk bersetuju dengan cadangan membesarkan kampung tersebut.

"Kami akan mencari kawasan lapang berhampiran untuk membina penempatan baru bagi mengatasi kepadatan penduduk dan sekali gus dapat mengatasi penghijrahan penduduk ke kawasan bandar," jelasnya.

Read more »

Nik Aziz Cabar DAP Masuk Islam?


Pas tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan perkara tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, Pas tidak perlu lagi berdialog dengan DAP kerana ia telah diadakan beberapa kali, malah pemimpin parti itu telah memahaminya.

“Berapa kali jumpa dah, DAP sudah keluar sekali masa Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu, saya kata tidak apa (keluar), saya kata bye-bye, tidak apa.

“Sekarang dia (DAP) masuk balik, kalau dia keluar balik, dia punya pasallah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Nik Aziz ni baru bangun tidur ke sampai dia merepek bukan bukan. Bila nak pilihanraya je mulalah menjerit jerit menyebut Hudud Hudud. Bila habis pilihanraya, Hudud kemana, janji negara islampun hilang entah kemana. Lepas tu salahkan UMNO tak tentu pasal. Bila tiba lagi pilihanraya, menjerit lagi menyebut Hudud. Itulah rutin PAS setiap kali tiba pilihanraya.

Hari ni tunjuk langsi dengan DAP. Esok kena sergah terus menanggis berguling guling minta ampun.

Read more »

Thursday, September 22, 2011

Trend Twitter Rosmah Mansor



Benda ni aku dapat tahu melalui kawan aku (klik sini). Bagi aku ini benda ini sebenarnya mencerminkan bagaimana perangai dan akhlak segelintir orang melayu yang mengaku mereka beragama islam. Mungkin mak ayah mereka tidak pernah mengajar adab sopan apatahlagi mengajar mereka tentang agama islam.

Hari ini mereka menghina orang, esok lusa orang lain akan menghina emak dan ayah mereka pula secara terang terangan.

Read more »

LYNAS - FUZIAH REAKTOR GIGIT JARI




Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata protes yang dilancarkan ke atas usaha membuka kilang memproses nadir bumi di Kuantan merupakan satu tindakan politik untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau tiada apa-apa halangan ke atas projek yang diusahakan Lynas Corp Ltd itu dan "kerajaan tidak sepatutnya takut untuk meneruskan projek tersebut."

Mahathir memberi alasan, kilang yang dicadangkan untuk dibina di Kuantan itu telahpun diperiksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tetapi agensi berkenaan tidak melaporkan bahawa is merupakan projek berbahaya.

"Namun protes masih berjalan. Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, protes ini (bertujuan) politik. Kita perlu berhati-hati dengan bahan radioaktif. Tetapi kita tidak boleh membiarkan aktivis politik dan pencinta alam sekitar yang palsu menghalang kita daripada keuntungan ekonomi yang ditawarkan nadir bumi," katanya.

Beliau mendakwa, pihak berkenaan telah menimbulkan cerita yang tidak berasas untuk menakut-nakutkan orang ramai.

"Tidak kiralah sebanyak mana penyiasatan dan kajian dibuat, protes ini akan berterusan. (Protes) ini bukan berkenaan bahaya kepada kesihatan. Ia adalah berkenaan (usaha) menewaskan kerajaan dalam pilihan raya akan datang," katanya di blog chedet.cc hari ini.

Memang betulpun. Tujuan utama Fuziah bangkit isu ini bukanlah kerana dia prihatin kepada alam sekitar apatahlagi kepada masyarakat. Niat sebenar dia hanyalah utnuk memburukkan Kerajaan negeri Pahang sahaja. 

Kalau dilihat sejarah, sebelum PRU 2008 begitu banyak laporan mencemarkan alam sekitar terutama aktiviti mengorek pasir dibangkitkan di Selangor. Boleh dikatakan setiap hari kita boleh lihat di TV3. Itu sebelum DAP menang di Selangor. 

Dan sekarang apabila mereka sudah pegang Selangor dan dapat keuntungan daripada mengorek pasir, mereka terus senyap sunyi. Langsung tak ada berita dilaporkan walaupun mereka menceroboh sehingga hampir hancur tanah sungai di Selangor.

Begitu jugalah sekiranya mereka berjaya menawan Pahang jika menang PRU. Isu Lynas akan mereka senyapkan terus. Tahu tahu je dah berbilion ringgit mereka kaut masuk dalam poket. Bak kata Ostad PAS; " Wal Harammu Wal Halalku"

Read more »

Bapak Setan


Maaf. Bukan Melayu CinDia yang gelar Dr. Asri bapak setan. Dr. Badrul Amin dari PKR yang cakap. Namun gelaran tersebut akhirnya ditujukan juga oleh beberapa Pemimpin DAP khas buat Dr. Asri. Semalam bekas Mufti Perlis ini telah membangkitkan berkenaaan perlaksanaan Hukum Hudud di peringkat Pusat.

Beliau memberi idea yang membuktikan tiada alasan bagi mana2 pihak yang memperjuangkan Hukum ini untuk melaksanakannya waimah pada era serba moden masa kini. Namun pandangan Dr. Asri ini telah menyebabkan DAP kembali menyalak dan berang. Umum mengetahui DAP tidak akan sama sekali melaksanakan apa jua sistem perjuangan yang tertumpu kepada Agama Islam semata2. Beberapa Pemimpin DAP peringkat akar umbi di Wilayah mendesak agar Dr. Asri menarik semula kenyataan mengenai idea perlaksanaan Hukum tersebut.

Dr. Asri juga telah membuat satu bentuk hasutan terhadap masyarakat agar membuat desakan Hukum tersebut dilaksanakan. Mereka memberi amaran kepada PAS agar tidak mengambilkira pandangan Dr. Asri kerana ianya tidak termaktub di dalam perjanjian bersama Pakatan bersama PKR. - Gelombang Rakyat

Bapak Setan. Baiknya gelaran yang diberikan oleh orang politik tertentu dinegara kita ini apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu. Walaupun negara kita sudahpun maju tetapi pemikiran rakyatnya masih lagi berada dizaman jahiliyyah. Kata orang tua tua, kalau nak betulkan salah, orang yang menegur itu haruslah betul juga perangainya. 

Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan, begitulah yang berlaku dinegara kita. Orang orang politik yang bercita cita hendak memerintah negara tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Bagaimanakah rakyat hendak menjadi baik apabila pemimpinnya sendiri tidak baik? 

Tak boleh bayang jika kita "bakal" mempunyai PM gay ataupun kita dikejutkan dengan berita PM ditangkap basah bersama china doll. Nak pulak keluar dalam youtube. Cukup memalukan negara dan kita semua.

Read more »

Pesan Imam Kota Suci Mekah Kepada Pemimpin PAS


BAGAIMANAKAH hendak menyampaikan "mesej" imam kota suci Mekah kepada Mursyidul Am Pas? Demikian satu soalan berlegar dalam kepala sambil saya memandu kereta dalam perjalanan pulang setelah menunaikan solat tarawih di Surau Alhuda, Jabatan Pengarang Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin pada minggu pertama bulan puasa yang lalu.

Pada malam itu, Sheikh Idris Ismail Al-Hafiz, yang menjadi Imam Tamu sepanjang bulan Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur telah berkenan berbuka puasa di Jabatan Pengarang Utusan Melayu dan mengimami solat tarawih di Surau Alhuda. Selepas solat tarawih beliau memberi usrah ringkas diikuti dengan sesi soal jawab.

Semasa sesi soal jawab itulah saya menangkap satu pesanan ringkas (nasihat) Sheikh Idris yang saya rasa sangat bermanfaat untuk diingat dan diamalkan demi perbaikan diri dalam konteks sosial sehari-hari dan demi pengukuhan iman kepada Ilahi.

Saya percaya nasihat yang terkandung dalam usrah Sheikh Idris itu wajar juga dijadikan iktibar untuk perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam. Dalam konteks itulah saya teringat Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang saya anggap memegang peranan yang sangat 'genting' (bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk mewujudkan perpaduan bangsa Melayu yang sekarang berpecah belah.

Inti pati pesanan imam Mekah itu ialah supaya umat Islam mengamalkan "sikap pemaaf" dan membebaskan diri daripada belenggu membalas dendam. Ini sesuai dengan pengajaran orang tua-tua Melayu: "Ambil yang jernih, buang yang keruh."

Sheikh Idris menceritakan kisah seorang awam di zaman Nabi yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah akan masuk syurga dengan mudah. Kenyataan Rasulullah itu mendorong beberapa orang sahabat untuk berusaha "mencungkil rahsia" (ibadat-ibadat istimewa) orang awam tersebut.

Setelah "mengintai-intai" (mengamati) amalannya sehari-hari yang ternyata tidak ada yang luar biasa, individu berkenaan ditanya apakah amalan-amalan lain yang dilakukannya sehingga Rasulullah berkata bahawa dia akan masuk syurga dengan mudah.

Jawapannya: "Tidak ada amalan yang luar biasa yang saya lakukan. Tetapi barangkali yang agak berlainan daripada kebanyakan orang ialah sebelum tidur di waktu malam, saya mengingatkan diri saya supaya memaafkan siapa sahaja yang bersalah kepada saya walau apa pun kesalahannya."

Mentafsirkan lebih lanjut kisah "orang awam yang pemaaf" itu, saya tiba-tiba menyedari betapa kita sebagai umat Islam senantiasa beristighfar, memohon ampun dan kemaafan daripada Allah SWT atas segala dosa dan kekhilafan kita.

Tetapi pada masa yang sama ramai dalam kalangan kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain. Sebaliknya kita terus menaruh dendam dan mengungkit-ungkit kesalahan masa lalu yang dilakukan orang lain terhadap kita.

Menyedari hakikat itulah saya cuba bermuhasabah dan mengambil satu resolusi sempena bulan puasa lalu untuk menjadi seorang yang lebih "pemaaf". Demikianlah sepanjang bulan Ramadan, selain daripada berlapar di siang hari saya dengan bersungguh-sungguh melatih diri menjadi seorang yang "pemaaf" dan "penyabar."

Kemudian, pada minggu kedua bulan Syawal saya berada di Bandung, Indonesia dan kebetulan sempat membaca satu rencana berjudul "Halalbilhalal, Belajar Saling Memaafkan", hasil tulisan seorang guru sekolah bernama Suleha, dalam akhbar harian Pikiran Rakyat.

Setelah membaca artikel itu, "azam Ramadan" saya untuk menjadi seorang yang lebih "pemaaf" dan lebih "penyabar" berkat usrah ringkas Sheikh Idris tersebut menjadi lebih teguh. Dan pada masa yang sama hasrat untuk menyampaikan "mesej" Sheikh Idris kepada Tuan Guru Nik Aziz, juga menjadi semakin kuat.

Penulis Suleha memulakan artikelnya dengan memetik pandangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mengatakan: "Amal yang paling disenangi Allah SWT ada tiga. Memberi maaf sewaktu sempat membalas dendam. Berlaku adil sewaktu berada dalam keadaan emosional. Dan menaruh belas kasihan terhadap sesama hamba Allah."

Dengan itu dapat dirumuskan bahawa usrah ringkas Sheikh Idris di Surau Alhuda itu mempunyai semangat dan kandungan yang sama dengan karangan Suleha. Kedua-duanya menyeru kepada peningkatan ukhuwah dan silaturahim, peningkatan persefahaman dan saling memaafkan.

Alangkah beruntungnya bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia sekiranya seruan tersebut disambut secara positif oleh pimpinan dua parti Islam terbesar di negara ini: UMNO dan Pas.

Perlu diingat bahawa di suatu masa dahulu Pas dan UMNO bekerjasama secara produktif atau bersaing secara sihat untuk kesejahteraan dan kemajuan bangsa Melayu dan umat Islam. Tetapi sejak akhir-akhir ini, antara kedua-dua parti politik ini berlaku pertengkaran yang merugikan bagaikan menang jadi arang, kalah jadi abu.

Menyedari hakikat itulah kita wajib menyampaikan kepada pimpinan kedua parti tentang semangat dan kandungan usrah ringkas Sheikh Idris dan huraian penulis Suleha mengenai semangat bermaaf-maafan itu. Dan secara khusus barangkali seruan perlu ditujukan kepada Nik Aziz supaya melupakan "dendamnya" terhadap UMNO. ~SENATOR DATUK DR. FIRDAUS ABDULLAH di Utusan

Read more »

Wednesday, September 21, 2011

Mat Sabu Tagih Duit Sedekah

Macam yang semua tahu, Mat Sabun telah dihadapkan ke mahkamah diatas pertuduhan kes komunis hari tu. Dan mulanya dia dibenarkan di ikat jamin sebanyak RM50 ribu ringgit. Menganga dia kat dalam tu. Bila dah puas merayu akhirnya ikat jamin dikurangkan sehingga RM15 ribu ringgit.

Itupun mengelupur jugalah dia nak mencari duit sebanyak itu. Macam biasalah puak PAS ni kan tinggi semangat assobiyyah jadi sempatlah dorang buat derma kilat. Penyokong dia yang hadir tak sampai 50 orang tu pakat pakatlah bagi sedikit.

Mat Sabu dengar khabarpun kena keluar duit poket RM5 ribu. Tapi yang menjadi tanda tanya, mengapa tiada pemimpin PAS lain disana. Di mana Mahfuz Bean dan Tuan Ibrahim Tuan Man dikala Mat Sabu ni terkial kial mencari duit ikat jamin? Padahal Tuan Ibrahim beriya iya berpencak silat menyokong kenyataan Mat Sabu sebelum ini.

Jelaslah Mat Sabu sebenarnya keseorangan dalam kes ni. Pemimpin PAS lain terutama Hj Hadi dan Nik Aziz cuci tangan dalam kes ni. Itulah lain kali berfikir dahulu sebelum bercakap. Nak pulak apabila melibatkan fakta. Kan dah jatuh terduduk macam ni siapa yang susah? Diri sendiri jugakan hehehe.


Bertambah best bila MalaysiaKini laporkan penyokong Mat Sabu datang sampai beratus ratus orang. Padahal lebih kurang lima puluh orang je adalah. MalaysiaKini ingat Mat Sabu ni superstar macam Al Juburi ke hehehehe.


Kredit video to MPP

Read more »

Fuziah Reaktor Dimalukan Oleh Pekerja Bangla



Di atas adalah nama 3 individu yang berasal dari Bangladesh tapi telah menetap di Malaysia melebihi tempoh 10 tahun dan mereka telah diberikan status kewarganegaraan.

Dalam tangan saya, lengkap nama 14 orang tersebut namun buat masa ini cukuplah sekadar 4 nama didedahkan untuk menjawab pembohongan blogger muka tak malu si MiloSohai dan Naib Presiden PKR si Fuziah Salleh.

Ikut rekod dua-dua manusia ini memang sudah banyak kali dikesan menipu. Fuziah Salleh perancang isu Lynas manakala MiloSohai pula bertindak sebagai 'kambing hitam' yang akan memainkan apa saja propaganda yang direka sendiri oleh troopers mereka. Jadi sebagai penutup untuk sessi 'geli-geli' dengan MiloSohai dan Fuziah Saleh, sila kemukakan senarai nama warga Bangladesh yang didakwa beribu-ribu orang yang kamu katakan. Kita tunggu kita cabar... - Double YY

Hahahaha mana nak letak muka Fuziah woii. Awak tu bertaraf MP tapi pemikiran macam budak sekolah rendah. Asyik membuat fitnah je. Malulah sikit pada masyarakat sekeliling. Bawak bawaklah bertaubat. Jangan sampai awak disaman oleh Kerajaaan Bangladesh sudah. Nanti keluar airmata darah sekalipun dah tak berguna cik Fuziah oii.

Read more »

Penderitaan Keluarga Malang Mendapat Pembelaan


Tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak tidak ternilai dan tiada putusnya.

Itulah nasib yang ditanggung oleh pasangan Aziz Mamat dan isterinya, Wan Rubiah Wan Mustaffa apabila anak mereka, Mohd. Shahrulnizam, 21, yang sebelum ini normal kini menjadi orang kurang upaya (OKU) dalam sekelip mata.

Menurut Wan Rubiah, keadaan anaknya berubah berikutan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 8 Julai 2009 apabila kereta yang dipandunya terbabas di Pasar Borong Bandar Tun Razak di Maran.

Katanya, anak sulung daripada lima beradik itu terlantar koma selama tiga bulan di hospital selepas kemalangan tersebut.

''Saya bersyukur dia selamat, tetapi terpaksa menanggung kebajikannya kerana tidak dapat bergerak dan hilang daya ingatan," katanya kepada pemberita di kuarters Felda Lepar Utara Enam dekat sini, baru-baru ini.

Bagi Aziz pula, ketika koma, anaknya mengalami demam panas dan menjadi lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah.

''Saya tidak tahu nasib masa depannya kerana daya ingatannya turut hilang, manakala kaki kanannya tidak boleh dibengkokkan," katanya yang tabah menjaga anaknya itu.

Jelasnya, perbelanjaan menjaga anaknya agak tinggi kerana perlu menyediakan keperluan lampin pakai buang, susu dan berulang alik ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Lepar Utara 3 dan pengurusan Kilang Sawit Felda Lepar Utara 6 tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Ahli JKKR Lepar Utara Tiga, Othman Saari berkata, pihaknya bersama pengurusan kilang tersebut memohon kepada wakil rakyat kawasan itu mendapatkan kerusi roda dan menguruskan bantuan bulanan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.

Pengurus kilang tersebut, Mohd. Nor Latiff, berkata, pihak pengurusan tidak mengabaikan kebajikan kakitangannya dan berusaha akan membantu kebajikan keluarga tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan kewangan menerusi akaun Maybank Aziz bernombor 156741292710.

Read more »

Golongan Pendidik Anti PAS


Golongan pendidik di daerah ini meminta kerajaan tidak melayan kehendak pembangkang yang mahu mengubah fakta sejarah dengan mengagungkan pengganas komunis pada zaman darurat dahulu.

Pihak tertentu yang mahu berbuat demikian perlu memikirkan kepentingan bangsa dan negara serta bukan atas tiket politik sendiri.

Pemangku Majlis Guru Besar Daerah Maran, Hamzah Mat Ali, 51, berkata, dia bimbang dengan fenomena tersebut dengan menganggap tindakan pemimpin politik terbabit adalah untuk menyambung 'talian hayatnya' sahaja.

''Mereka yang mahu mengubah fakta sejarah perlu berfikir dengan mendalam kerana ia akan membawa masyarakat kepada situasi tidak tenteram," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang guru, Abdul Latiff Umar, 48, berkata, para pendidik sejak dahulu lagi mengajar murid dan pelajar sekolah berdasarkan fakta sejarah yang ditulis oleh pakar sejarah negara ini.

Katanya, jika kehendak pihak terbabit diikuti, tidak mustahil golongan pelajar akan memahami bahawa komunis menjadi hero sebenar.

Bagi seorang guru, Yasin Maarof, 49, dia bersyukur kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas dan tidak akan melayan permintaan golongan terbabit.

''Ideologi komunis tidak dapat diterima oleh orang Melayu Islam kerana ia anti agama dan anti Tuhan. Malah, mereka sanggup melakukan pembunuhan kejam pada zaman darurat dulu,'' katanya.

Pesara guru, Ahmad Sabrey Idris, 55, berkata, buku Sejarah yang diajarkan di sekolah adalah tepat dan diperakui kerana telah melalui kajian serta kesahihan daripada pakar sejarah tanah air.

Read more »

Tuesday, September 20, 2011

HIV Dan PAS, Suatu Persamaan


SEMUA di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.

Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu, memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.

Kelmarin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka.

Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata? Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan." Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr. Mahathir. Mereka hanya nak yang baik-baik, yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan daripada Majlis AIDS Malaysia, bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang daripada mereka menghidap AIDS. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai daripada Kelantan, serta negeri yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara Islam.

Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri, Kelantan berada di tangga kesembilan dengan bilangan penduduk 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit AIDS yang lebih rendah daripada Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.

Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan?

Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.

Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkah mana-mana orang yang pergi ke ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat tentang bahaya HIV atau AIDS?

Tidak! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis Nabi, kemudian kutuk dan fitnah UMNO. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah, duit derma yang dikutip masuk poket. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas.

Apabila kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik. Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam.

Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu.

Jika Pas kata Tun Dr. Mahathir tolak hudud, kenapa selepas beliau berhenti daripada kerajaan, Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada Perdana Menteri selepas itu? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah bukti mereka tidak serius dan ia sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.

Pas boleh berdemo untuk Bersih 1, Bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk Bersih 3. Pas boleh berdemo untuk Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan macam-macam demo lain yang diadakan atau disertai Pas, tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan?

Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada Perdana Menteri yang ada sekarang. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan al-Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demonstrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Bukan hudud dan bukan Tun Dr. Mahathir yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukan dengan mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.

Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah dididik dan diajar dengan ajaran Islam secukup-cukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit AIDS, lokap-lokap polis di Kelantan pun dah lama kosong.

Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja.

Read more »

Manoharan Mengancam Keselamatan Negara?


Malaysia akan berada dalam 'zon bahaya' sekali gus menjadi sebuah negara tidak beridentiti sekiranya rakyat memberi mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia berikutan kenyataan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, dengan kenyataan itu, maka tidak hairan selepas dibenarkan memerintah, mereka akan bertindak menukar lagu Negaraku termasuk merobohkan Parlimen kerana dikatakan mirip Barisan Nasional (BN).

''Saya rasa pemikiran Manoharan masih terjajah. Dalam keadaan kerajaan serius melakukan transformasi politik, mereka masih dengan perangai lama untuk sengaja menimbulkan huru-hara dalam negara. - Utusan Malaysia

Tak payah tunggu mereka menang majoriti. Sekarang ni P.Pinangpun dah memang dalam keadaan bahaya terutama orang melayu islam. Lim Guan Eng suka suka nak ubah P.Pinang macam Singapore. Orang melayu dan india dipinggirkan. Tiada projek rumah rakyat sebaliknya hanya rumah rumah mewah dibina.

Orang melayu dan india disingkir secara halus ke tanah besar. Habis keturunan orang melayu kat tengah pulau dikerjakannya.

Read more »

Monday, September 19, 2011

Fuziah Reaktor Kantoi Memfitnah Pekerja Bangla


Tak habis habis Fuziah ni membuat fitnah. Dahulu dia membuat fitnah tentang Lynas. Bila dah kantoi dia diam sekejap. Baru baru ni dia katakan yang Kerajaan Malaysia beri kerakyatan tetap kepada pekerja bangla untuk mengundi PRU nanti.

Dan sekarang Kerajaan Bangladesh dah keluarkan laporan menafikan fitnah yang dibuat oleh ahli politik murahan PKR. Habis merah padam muka Fuziah sekarang. PKR Pahang dah tunggu masa je nak bubar. Buatlah apa fitnah sekalipun, mesti akan kena balik pada muka pemfitnah.

Bertaubatlah Fuziah selagi hayat masih ada.

Read more »

Syarahan Perdana Tun Dr. Mahathir di UMP, Kuantan


Syarahan bertajuk, Cabaran Kepimpinan Di Masa Akan Datang. Program Anjuran Universiti Malaysia Kuantan.

Seramai lebih dari 4000 orang yang terdiri daripada dif - dif jemputan, Pensyarah UMP dan juga pelajar hadir dalam sesi Syarahan ini Khamis lalu.

Antara lain, Tun Dr. Mahathir turut menyentuh mengenai kepimpinan sedia ada dimana beliau menegaskan mengenai keutamaan ilmu bagi setiap pemimpin.

Kata beliau, jika pemimpin itu hanya memiliki ilmu yang sama dengan pimpinannya, maka orang itu tidak layak untuk jadi pemimpin.

Malah, kata Tun, sekiranya pemimpin itu mahu dilihat keterampilannya, maka dia perlu mempunyai pandangan yang lebih jauh dari orang dibawahnya.

Dalam erti kata lain, kalau setakat SPM pun tak lulus, baik tak payah nak jadi pemimpin. Mungkin sebab tu la Si Mat Sabun tu suka bercakap ikut sedap mulut dia je.

Jangan kata SPM, entah - entah SRP pun kantoi. Itu pasal la dia sanggup angkat Komunis jadi Hero, Sejarah pun tak tau. Lagi ada hati dia nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Negeri Makmur Rakyat Sejahtera


RAKYAT di Pahang menikmati pelbagai pembangunan dan kemudahan disediakan hasil perancangan kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur terbaik kepada masyarakat.

Bermula daripada aspek kesihatan sehingga kepada kemudahan jalan raya, pelbagai cara digunakan demi memastikan rakyat menikmati kehidupan selesa dan tenteram.

Pembangunan dikecapi bukan dihasilkan dengan mudah kerana ia memerlukan penelitian dan perancangan rapi supaya setiap lapisan masyarakat merasai nikmat hidup di negeri ini.

Perancangan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam merangka agenda pembangunan tidak boleh dipertikaikan memandangkan segala yang dilakukan demi kepentingan rakyat.

Beberapa projek melibatkan kepentingan masyarakat diambil kira supaya mereka tidak merasa terasing di bumi sendiri malah berbangga kerana dapat menikmati kehidupan yang dikecapi ketika ini.

Kemudahan kesihatan turut diambil berat kerana ia merupakan aspek penting dalam kehidupan. Ia dapat dilihat apabila kerajaan menaik taraf perkhidmatan hospital serta membina hospital baru di kawasan jauh dari bandar Kuantan yang perlu diberi pujian.

Sebagai contoh, bangunan hospital baru Kuala Lipis yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini bagi menyediakan perkhidmatan perubatan serba moden, setaraf dengan hospital yang beroperasi di Temerloh dan Kuantan.


Ini kerana kerajaan negeri menyedari bahawa keperluan itu penting untuk dilakukan di daerah itu memandangkan jumlah rakyat luar bandar sukar untuk ke Kuantan atau Temerloh bagi mendapatkan rawatan.

Pembinaan hospital itu secara tidak langsung bukan sahaja menyediakan rawatan kepada pesakit tetapi juga peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Selain itu, kerajaan negeri tidak memilih kasih dalam membangunkan daerah-daerah lain di Pahang.

Misalnya, Menteri Besar memberi perhatian serius setiap aduan yang dikemukakan oleh masyarakat di wilayah Pahang Barat.

Dalam siri jelajah pemimpin negeri itu ke Jerantut baru-baru ini, beliau membaca sebanyak 38 aduan penduduk menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang banyak menyentuh kelemahan dan kekurangan projek kemudahan asas, pemberian taraf hak milik tanah dan bekalan air bersih.

"Setiap aduan terutama berkaitan kemudahan asas perlu diteliti dengan sewajarnya demi kepentingan semua pihak, khususnya penduduk di luar bandar dan pedalaman," katanya.

Sikap profesional Adnan dalam menyelami masalah rakyat wajar diberi pujian oleh semua pihak. Ini kerana masalah yang berbangkit itu diambil perhatian dan diselesaikan segera mengikut keperluan tertentu.

Sememangnya, wilayah yang terdiri daripada daerah Bentong, Raub, Temerloh, Lipis dan Jerantut tidak dipinggirkan. Malah kerajaan negeri mempunyai rancangan jangka panjang untuk membangunkan kawasan itu sekali gus membawa limpahan ekonomi kepada penduduk terbabit.

Di samping memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, kerajaan negeri juga tidak ketinggalan dalam menarik pelabur tempatan dan asing melabur di Pahang. Malah sejak kebelakangan ini, beberapa daerah dan kawasan perindustrian mula mendapat tempat kalangan pelabur asing yang melihat negeri itu mempunyai potensi sebagai rakan strategik dalam perniagaan.


Dianggarkan pada tahun lalu, sebanyak RM2 bilion berjaya dibawa masuk kerajaan negeri dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Tidak lupa juga kawasan luar bandar dan penempatan Orang Asli turut menikmati limpahan sama apabila mereka ditawarkan dengan projek pertanian di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Penekanan terhadap projek itu memberi manfaat kepada penduduk luar bandar kerana mereka sebelum itu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan memperoleh pendapatan yang tidak seberapa. Pengenalan kepada projek berimpak tinggi membuka lembaran baru kepada penduduk luar bandar untuk terus berusaha mengeluarkan hasil pertanian yang memberi pulangan berganda.

Justeru, adalah diharapkan masyarakat di negeri ini mensyukuri nikmat yang dikecapi dan terus meningkatkan taraf hidup rakyat dengan peluang yang berada di depan mata.

Buang sikap malas dan sebaliknya amalkan budaya rajin berusaha kerana setiap perkara yang dilakukan pasti membawa kebaikan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi keluarga, agama, bangsa dan negara.

Read more »

Sunday, September 18, 2011

Nik Aziz Dibuang Ke Somalia?

Segelintir masyarakat yang tidak tahu bersyukur dengan keamanan di negara ini dicabar tinggal di Somalia selama sebulan bagi merasai kehidupan rakyat negara itu.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, beliau sanggup menaja golongan itu untuk ke sana kerana mereka tidak menghargai nikmat yang ada di negara ini.

''Apabila berada di sebuah negara miskin, barulah mereka tahu tentang penderitaan rakyat negara tersebut dan sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Pendidikan Daerah Maran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di sini, baru-baru ini.

Ismail yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengingatkan pihak tertentu khususnya pembangkang supaya jangan menimbulkan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Aku setuju sangatlah kalau kita eksport puak pembangkang ni ke sana. Biar mereka belajar erti susah dan tahu bersyukur. Selama ni mereka hanya sebut syukur di mulut sedangkan dihati tidak. Allah s.w.t dah banyak beri mereka rahmat tapi masih tidak mahu bersyukur. Masih salahkan orang lain kata itu ini tidak betul.

Read more »

Manoharan Terkencing Apabila MB Pahang Menyergah


Siapa yang tak kenal dengan keling komunis yang bernama Manoharan. Manoharan yang berdarah keling tulen daripada India dan bertanding diatas tiket DAP iaitu parti paling rasis ala ala zionis dalam sejarah moden Malaysia.

Manoharan telah membuat satu kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia apabila mengatakan bendera Malaysia adalah tidak layak digunakan sebaliknya dia mahu bendera Malaysia ditukar apabila parti DAP berkuasa kelak (klik sini).

Dan akhirnya Manoharan mendapat gelaran keling paling bodoh dalam sejarah Malaysia apabila dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Malah Manoharan terpaksa meminta ampun kepada semua rakyat Malaysia diatas keceluparan mulutnya.

Read more »

share2