Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 29, 2011

Ucapan MerdekaRaya MB Pahang


Ps: Video Ehsan daripada blog Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Read more »

PENDAPATAN PENEROKA MEWAH - PEMBANGKANG!!!



Hehehe...banyak sangat menulis akhirnya ada juga keluar pengakuan berikut. Tapi rasanya dia buat pun secara tak sengaja.

Di Pahang ni ada seorang blogger yang KONONnya memperjuangkan nasib peneroka - peneroka Felda tetapi dalam masa yang sama dia juga turut mengaut keuntungan.

Macam mana dia buat? Katanya, dia merupakan diantara panel peguam yang bertanggungjawab menguruskan saman yang dibuat peneroka terhadap Felda.

Walaupun dia sudah bersara, tetapi katanya, Syarikat dia tetap menjalankan perkhidmatan tersebut seperti biasa.

Selepas bersara dari arena guaman, dia jadi penasihat undang - undang bebas kepada mana - mana pihak yang memerlukannya. Tapi itu kata orang.

Membaca tulisan dalam blog dia hari ini, nampak jelas dia mempertikaikan mengenai imbuhan tambahan yang diberikan oleh Felda kepada Peneroka - Peneroka ni.

Dalam tajuk 'Apalah sangat duit raya RM200 - RM400 yang diberikan kepada Peneroka Felda' dia secara tidak sengaja mengakui bahawa peneroka ni berpendapatan tinggi.
Kepada peneroka-peneroka yang bebas dari politik UMNO mereka bersyukur kerana mendapat tambahan kepada pendapatan mereka tetapi mereka tidaklah mengharapkan sangat imbuhan sebanyak RM200-RM400 itu kerana pendapatan bulanan mereka adalah jauh lebih besar dari imbuhan itu.
Persoalannya, jasa siapakah yang memberikan pendapatan yang sebegitu lumayan kepada Peneroka - Peneroka bebas tersebut?

Adakah ianya jasa puak - puak Pakatan Pembangkang yang sibuk ke hulu, ke hilir menjaja dakwaan demi dakwaan buruk terhadap Felda?

Kebiasaannya, mereka akan jawap, itu sudah memang tanggungjawab pihak Kerajaan. Habis, apa pula tanggungjawab puak - puak Pakatan Pembangkang tu pulak?

Adakah mereka sekadar tahu mempertikaikan Felda dan membuat dakwaan yang bukan - bukan semata - mata?

Katanya, UMNO bagi duit imbuhan tambahan tersebut kepada peneroka - peneroka sebanyak RM 200 hingga RM 400 seorang. 

Bagaimana pula dengan puak - puak Pakatan Pembangkang? Berapa banyak imbuhan tambahan yang diorang bagi kepada peneroka ni?

Ternyata, artikel yang ditulis itu hanya sekadar alasan untuk menutup persoalan diatas sahaja. Diorang tak dapat nak bagi apa - apa, maka sebab itu la dia bagi alasan tersebut.

Kalau didesak agar dinyatakan berapa yang mereka berikan, dia akan jawab, bagi banyak mana pun tak berbaloi sebab Peneroka ni pendapatannya mewah.

Tahniah diucapkan kepada dia kerana mengakui jasa pihak Felda yang didakwa dengan pelbagai tuduhan memberi manfaat kepada Peneroka. Lepas ni jangan la bagi alasan kata Peneroka ni ditindas dan sebagainya pulak!!!

Read more »

Sunday, August 28, 2011

KASI ISA INI ORANG!!!



Memang dasar jenis manusia musibat!!! Kalau bagi muka kat budak terencat akal ni pun tak guna. Buat mengabihkan masa je!!!

Orang macam Si Mat Sabun ni memang wajib dikenakan tahanan ISA kerana mengugat dan mengancam keselamatan Negara.

Tunggu apa lagi??? Pihak berkenaan perlu bertindak dan kenakan tindakan tegas terhadap Si Mat Sabun ni. Jangan setakat bercakap je.

Biar dia ingat sikit kat mana dia duduk. Jangan dibiarkan dia sesuka hati je mencela pejuang -pejuang kita!!! 

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.
“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.
“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.
‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Read more »

Saturday, August 27, 2011

Dr Hassan Ali Dibenci Pemimpin PAS


Perghh makin panas hati puak DAP dengan Dr Hassan Ali sekarang. Nanti tak pasal pasal Hj Hadi kena menghadap Pemimpin DAP hehehehe. Syabas Dr Hassan !!

Hermm Tuan Ibrahim Tuan Man tak mahu cakap apa apa ke ^_^"

Read more »

Friday, August 26, 2011

Penjelasan Isu Lynas : Fuziah Londeh Nak Saman?


Satu Sidang Media Pakatan Rakyat diadakan di Putra Balok Kuantan susulan kenyataan 'PANAS' Ahli Parlimen (PAS) Hulu Langat, YB Che Rosli Che Mat baru-baru ini di TV3 berhubung isu LYNAS. Dipetik dari FB CMK "YB Fuziah akan ambil tindakan saman terhadap Karam Singh, TV dan Dato' Ti Lian Ker jika tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan yang menjejaskan kreadibiliti beliau selaka Ahli Parlimen Kuantan".

Tindakan Fuziah ini adalah tindakan terdesak dan mahu menutup malu sahaja. Penduduk Kuantan tidak lah bodoh dan menadah telinga sahaja FITNAH yang ditaburkan Fuziah. Sticker yang dipasang di kereta-kereta minta LYNAS dihentikan sudah menjadi seperti sampah dan sakit mata memandang. Sticker itu sepatutnya ditukar kepada "Teruskan Lynas Hentikan Fitnah".

Apa yang Fuziah mahu sebenarnya adalah mahu menjaga namanya sahaja dan kepentingan politik supaya dipilih lagi dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Pakar Nuklear negara dan antarabangsa disanggah Fuziah, kini pakar nuklear dari Pakatan Rakyat sendiri disanggah Fuziah. "Lu sape Fuziah mahu sanggah pakar-pakar nuklear, apa class dan kelayakkan kamu cakap pasal nuklear".

Fuziah mahu saman kononnya pendedahan Karam Singh dan TV3 telah melondehkan kredibiliti beliau sebagai Ahli Parlimen Kuantan. Sebenarnya siapa yang melondehkan siapa, tidak lain dan tidak bukan Fuziah telah melondehkan sendiri kredibilitinya dengan pembohongan dan fitnah yang diciptanya sendiri.

Bak kata orang "dasar perempuan tak sedar diri, ingatlah dosa dan pahala". Penduduk Kuantan diharap tidak terima terus apa sahaja yang dikatakan Fuziah. Malangnya masih ada yang begitu bodoh menerima apa saja yang keluar dari mulut Fuziah. Kita melihat isu LYNAS berdasarkan fakta dan ilmiah tetapi Fuziah mengikut emosi dan perasaan. Janganlah kita menjadi pak turut kepada Pakatan Rakyat yang akhirnya akan ditipu oleh manusia seperti Fuziah dan Pakatan Rakyat.

Read more »

JANGAN POLITIKKAN ISU LYNAS!!!



Kalau korang ingat, Persatuan Pencinta Alam Malaysia merupakan antara penyokong kuat kepada Gerakan Anti Lynas ni.

Tetapi selepas penjelasan secara berfakta yang dibuat oleh dua orang ahli saintis menerusi Buliten Utama kelmarin, nampak gayanya, mereka pun dah mula tukar pandangan.

Maka, tindakan ini dilihat sebagai satu lagi tamparan hebat buat Si Fuziah 'Reaktor' yang menjadi dalang kepada gerakan tersebut.

Sekarang dah terbukti bahawa isu kilang Lynas ni dibangkitkan dengan cara penyelewengan fakta dengan tujuan untuk menakut - nakutkan rakyat.

Tak ketinggalan jugak yang ianya dilakukan hanya untuk menjadi bahan Politik oleh Si Fuziah 'Reaktor' itu sahaja. Padahal kilang tu bukan dalam kawasan Parlimen dia pun.

Yang herannya, kenapa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sendiri hanya mendiamkan diri dalam isu tersebut sedangkan Gebeng berada dalam kawasan dia?

Dah semakin jelas bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu merupakan seorang Penipu!!! Dah nama parti pun Parti Kencing Rakyat. Apa lagi yang perlu kita perkatakan!!! Itu je la kerja diorang pun!!!

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pembinaan kilang Lynas Corporation Ltd. yang bertujuan untuk memproses nadir bumi harus dilihat secara objektif melalui pendekatan ilmu dan bukannya dibayangi kepentingan politik.
Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam, Prof. Dr. Maketab Mohamed berkata, penjelasan dua saintis nuklear negara, yang mana salah seorang adalah wakil rakyat Pas harus diterima secara objektif oleh semua pihak.
Katanya, ini kerana penjelasan mengenai kadar radiasi tersebut dibuat berdasarkan fakta, hasil kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa badan bertanggungjawab dan bukannya bersifat kenyataan politik.
"Kita kena melihat isu ini secara objektif dan berdasarkan ilmu. Apa yang menjadi masalah isu ini diselit sekali dengan kepentingan politik membabitkan kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan.
"Saya sendiri menerima penjelasan Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dan Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) kerana percaya penjelasan itu berdasarkan kepakaran mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Malam semalam, TV3 melalui Buletin Utama mendedahkan penjelasan terperinci dua saintis nuklear negara tersebut dengan menjelaskan kilang Lynas selamat, sekali gus menempelak Ahli Parlimen Kuatan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh.

Read more »

HATA WAHARI DICABAR KEMUKAKAN BUKTI!!!



Berikutan pendedahan yang dibuat oleh beberapa blog mengenai isu yang dibangkitkan oleh Hata Wahari ni, dia dicabar untuk mengemukakan bukti.

Rasanya, selama ni, tak pernah pulak dengar kata pihak JASA membiayai blogger. Jadi, dari mana sumber dakwaan yang dibuat oleh Si Hata Wahari ni?

Kat mana dia ceduk 'fakta' yang mengatakan bahawa blogger Pro UMNO ni dibiayai oleh pihak JASA? Kata dia, semuanya berlandaskan fakta. Jadi 'fakta' mana yang dia cakapkan tu?

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.
Disebabkan kenyataan diatas, Hata Wahari dicabar untuk kemukakan bukti dan fakta berkaitan dengan dakwaan tersebut.

Itu pun kalau dia berani la. Kalau dia jenis macam Si Ketua Penipu tu yang hari - hari suka buat dakwaan tapi bila mintak dibuktikan, kecut telur, baik tak payah.

Suruh budak sekolah tadika pun boleh buat dakwaan macam tu. Pun ada hati lagi dia nak kata blogger ni buat tuduhan liar?

Kalau berani, tunjuk bukti la brader!!! Jangan main cakap je. Entah - entah dia yang dapat duit tajaan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, lagi nak tuduh orang pulak!!!

Kalau tak percaya, cuba siasat. Tengok, dari mana dia dapat sumber kewangan untuk dia menubuhkan syarikat akhbar dia tu. Jangan tuduh orang je pandai. Kang kena muka sendiri, Baru Padan Muka!!!

Read more »

Thursday, August 25, 2011

Jamuan Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia



Semalam sempat la kami menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa Bersama dengan YAB Perdana Menteri Malaysia di Temerloh.


Program dimulakan dengan sesi lawatan Perdana Menteri ke Pejabat UMNO Bahagian Temerloh yang baru di Pekan Mentakab.


Kemudian program diteruskan ke Dataran Tok Gajah dimana selautan manusia hadir untuk berbuka puasa dengan YAB Perdana Menteri Malaysia ni.


Malah, Datuk Seri Najib juga turut diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan kepada para hadirin sebelum masuk waktu berbuka.

Acara diteruskan pula dengan solat Maghrib, Isya' dan Terawih serta solat sunat Witir secara berjemaah. 


Diantara waktu Maghrib dan Isya', sesi tazkirah disampaikan oleh YB Syed Ibrahim, ADUN Kerdau yang menang dalam Pilihan Raya Kecil yang lalu.


YAB Perdana Menteri juga turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir selepas solat sunat selesai.


Agak - agak korang la kan. Pernah tak korang tengok mana - mana aktiviti seumpama ini dibuat oleh Si Ketua Penipu tu? Korang fikirkan lah sendiri ye.

Read more »

DOKTOR PAS LEMPANG FUZIAH 'REAKTOR'!!!



Halamak!!! Semut mohon maaf la sesangat kerana lambat menyiarkan artikel ni. Tapi demi perjuangan, Semut paparkan jugak buat tatapan semua orang.

Sebelum tu, Semut nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua blogger yang memainkan isu pasal Lynas ni malam tadi.

Sekarang dah terbukti bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu dengan sengaja menyelewengkan fakta mengenai isu Lynas ni.

Bukan orang UMNO yang kata macam tu. Bukan kenyataan daripada mana - mana NGO yang menyokong pembinaan kilang tersebut. 

Tetapi ianya keluar dari mulut salah seorang ahli Parti yang menjadi komponen kepada Pakatan Pembangkang tu sendiri yang cakap.

Kata Dr. Che Rosli Che Mat yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Selangor menyatakan bahawa puak - puak Anti Lynas itu sengaja nak menakut - nakutkan rakyat je sebenarnya.
“Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Selain itu, Dr. Che Rosli juga kecewa dengan kenyataan Fuziah yang mengecam kredibiliti Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) yang telah membuat kajian ke atas kilang tersebut.

Read more »

Penjelasan Isu Lynas : Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan.


Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.

Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.

Ikuti laporan ini.

Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.

Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.

Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa."

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.

"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment."

Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.

(Sumber : Karam Singh Walia, TV3)

Read more »

Tuan Ibrahim Tuan Man Kiaskan Nik Aziz Sebagai Terompah Kayu?


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti “terompah kayu” dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.

Tegas Ketua Penerangan PAS ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.

“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam"

Aikk salahkan UMNO pulak. Bila masa UMNO layan ulama seperti Terompah Kayu? Yang panggil terompah kayu tu Anwar Ibrahim. Anwar yang gelarkan Nik Aziz sebagai wali terompah. Dan sekarang puak PAS mengagungkan Anwar.

Ok tu kes Dr Hasan Ali apa cerita? Kenapa puak PAS taknak sokong Dr Hassan Ali sebaliknya menyokong si Khalid GapGap buat apa? Dr Hassan Ali pertahankan islam sedangkan Khalid GapGap pertahankan nasrani. Siapa yang layan ulama atau golongan agama macam terompah melainkan puak PAS sendiri.

Read more »

Wednesday, August 24, 2011

Ulama PAS Makan Rasuah?


Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.

Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.

"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.

"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.

Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak. - Utusan

Macam macam puak PAS ni.

Read more »

Memburu al-Qadar


SUDAH dua pertiga bulan Ramadan berlalu. Masih tersisa hanya beberapa hari. Dalam masa yang masih berbaki ini kita disunat mempertingkatkan amal ibadat seperti berjaga di waktu malam, beriktikaf dan mengejutkan anggota keluarga melaksanakan ibadah sunat, di samping membanyakkan sedekah.

Bulan Ramadan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan setiap Muslim. Dalam tempoh 10 malam terakhir Ramadan, kita dijanjikan akan adanya malam al-Qadar, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.

Allah SWT sengaja merahsiakan kemunculan sebenar lailatulqadar. Kerahsian itu mempunyai kaitan dengan kesengajaan Allah SWT untuk menguji setiap umat Islam agar lebih serius dan dedikasi dalam mencari jalan bagi mendapatkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Maka di situlah terletaknya tahap keimanan setiap orang Islam dan akan membezakan ketakwaan, kerana kemuliaan seseorang Islam di sisi Allah adalah darjah ketakwaan dan keimanannya.

Usaha mencari malam al-Qadar, turut dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya: Carilah Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah SAW dilaporkan melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadan telah menjadi contoh yang terbaik bagi setiap umat Islam untuk mendapat kerahmatan Allah SWT.

Maka, teladan itulah juga mungkin memberikan ilham kepada seorang pelajar Malaysia yang dirompak dan tercedera dalam rusuhan di London pada awal Ramadan lalu berupaya membaiki imej buruk Islam dalam pandangan masyarakat Barat.

Mohamed Asyraf Haziq Rossli yang dibelasah dan dirompak tidak sedikit pun menyimpan dendam kepada remaja yang mencerobohnya. Dia bukan sahaja menjadi ikon terbaru remaja Islam malah membantu menghapuskan imej buruk terhadap Islam.

Asyraf akan menderma wang yang bakal diterimanya setelah pelbagai pihak mengumpul dana bagi membantunya. Malah Perdana Menteri Britain, David Cameron terasa dimalukan oleh rakyatnya sendiri.

Pengajaran ini jelas membuktikan semangat melakukan kebajikan dan keberkatan Ramadan telah berupaya menghakis pandangan buruk barat terhadap Islam.

Ia juga mungkin dibantu oleh amukan seorang pemuda di Norway beberapa hari menjelangnya Ramadan, bahawa tindakan melampau itu bukanlah hak mutlak umat Islam.

Setiap manusia, setiap penganut agama tetap ada semangat yang berbelah bahagi sama ada melakukan kebaikan atau bertindak ganas.

Ia adalah sifat semula jadi semua manusia dan agama sebenarnya tidak pernah mengajar penganutnya melakukan keganasan.

Inilah kekuatan terbesar yang telah berlaku sepanjang bulan Ramadan tahun ini berbanding pada tahun lalu. Bulan Ramadan penuh kontroversi apabila seorang paderi gereja kecil di Florida membuat kecoh membakar al-Quran sebagai memperingati ulang tahun kesembilan runtuhnya Pusat Dagangan Dunia di New York.

Tahun lalu, tarikh ulang tahun itu jatuh dalam bulan Syawal.

Tahun ini, kerana Ramadan bermula sama dengan hari pertama bulan Ogos, maka itulah mungkin sesuatu yang tidak kita fahami secara lahiriah, ia adalah petunjuk bahawa Allah SWT sedang menunjuk arah bahawa imej buruk yang selama ini ditakuti oleh orang barat terhadap Islam semakin terhapus dan tenggelam.

Ramadan tahun ini turut membongkarkan banyak rahsia, antaranya percubaan untuk memurtadkan orang Islam melalui malam rakaman kasih, thanksgiving di Damansara Utama Methodist Church dan kegiatan sebuah pusat tuisyen di Jalan Kelang Lama, cuba mengindoktrinasikan pemikiran kanak-kanak dengan ajaran Kristian terdedah dengan jelas.

Ramadan kali ini juga memberi kesedaran kepada umat Islam, bahawa sebenarnya orang yang setiap hari bercakap dan mendakwa dirinya Islam, sebenarnya tidaklah bertindak secara Islamik.

Di sebalik memburu lailatulqadar, Ramadan mengingatkan kita sebagai umat Islam, banyak peristiwa yang perlu kita jadikan teladan.

Maka, secara tidak langsungnya Allah SWT telah memberikan kita kekuatan, atas kesabaran dan niat yang ikhlas kita mampu mengerjakan perintah-Nya.

Read more »

Maahad Tahfiz Berjaya Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti



KUANTAN - Bersempena dengan bulan Ramadhan Al - Mubarak ini telah dimanfaatkan secukupnya oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang untuk melawat sekitar kawasan Negeri dalam sesi Majlis Khatam Al - Qur'an yang dianjurkan.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 20 program Majlis Khatam Al - Qur'an yang telah dihadiri oleh Baginda Tuanku diserata pelusuk Negeri Pahang ini.

Tidak ketinggaan juga, Tuanku Tengku Mahkota berkenan mencemar duli dalam merasmikan Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Dan Khatam Hafazan Al - Qur'an Maahad Tahfiz Negeri Pahang baru - baru ini.

Program penyampaian Anugerah ini adalah salah satu daripada program Ihya' Ramadhan yang telah menjadi tradisi Yayasan Pahang bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan sejak tahun 2000.

Diantara yang terkandung dalam program tersebut ialah forum Ramadhan, qiamullail, huffaz mutaqin, dan tadarus Al - Qur'an serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Baginda Tuanku Tengku Mahkota didalam ucapannya menyeru agar program seumpama ini ditambah baik lagi dimasa akan datang dan berharap agar ianya dapat diadakan dikalangan belia dalam Negeri Pahang.

Sesungguhnya, titah Baginda Tuanku, keprihatinan dan perkenan DYMM Sulatan Pahang dalam acara keagamaan seumpama ini. Baginda juga turut prihtain dalam setiap perjalanan dan perkembangan syiar Islam di Negeri ini.

"Dengan sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbiran Kerajaan Negeri, Alhamdulillah, segala yang kita harapkan ini telah dapat kita laksanakan dengan baik serta dengan keberkatan Allah S.W.T.

Ini adalah aspirasi Kerajaan yang mana kita tahu iaitu untuk membentuk setiap belia dan beliawanis satu modal insan yang berkualiti. Secara tidak lansung, tertubuhnya Maahad Tahfiz ini objektif tersebut dapat dicapai," titah baginda ketika merasmikan Program tersebut.

Dalam Majlis tersebut, YAB Menteri Besar Pahang juga telah menyerahkan wang zakat Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang bagi tahun ini. Sumber - BPUN Pahang

Read more »

Awas Penerima Rasuh

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan. Katanya, anggota trafik yang bertugas di Pagoh, Johor itu kini sudah dikenakan tindakan dan dalam proses digantung kerja.

"Kita telah dapat kesan anggota 'durjana' ini dan akan ambil tindakan tegas terhadapnya. Dia kini dalam proses ditahan kerja," katanya.

Read more »

Zuraida Kamaruddin Juga Bakal Berdepan Balasan Memfitnah


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.

‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan. - Utusan Malaysia

Seorang demi seorang pemimpin parti pembangkang akan dihadapkan dengan dosa memfitnah akhirat kelak. Adakah ini yang diajar oleh Rasullullah s.a.w? Untuk mencapai kehendak hati, maka fitnah digunakan seluas luasnya?

Dimana pegangan agama mereka sehingga tergamak membuat fitnah Adakah ibubapa mereka tidak pernah mengajar mereka tentang akhlak islam? Ataupun mereka sebenarnya tahu tentang dosa fitnah tetapi sengaja menutupkan mata mempekakkan telinga hanya kerana mengikut nafsu serakah duniawi?

Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bahaya fitnah dan orang yang membuat fitnah.

Read more »

Mustafa Ali Berdepan Balasan Fitnah Di Akhirat


UMNO akan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Datuk Mustafa Ali berhubung satu kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain Setiausaha Agung Pas itu, turut akan disaman ialah pihak-pihak lain yang dikenal pasti terlibat termasuk mereka yang menerbitkan kenyataan tersebut.

Beliau berkata, buat permulaan satu notis peguam akan dihantar kepada Mustafa dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh tujuh hari bekerja atau saman tersebut akan difailkan selepas hari raya ini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

''Kita membuat keputusan memfailkan saman selepas Mustafa gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhannya itu secara terbuka selepas tempoh tiga hari diberikan bermula 16 Ogos lalu. Kita tidak ada pilihan lain kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Baca selanjutnya disini

Sememangnya budaya memfitnah didalam politik pembangkang semakin menjadi jadi. Menjelang akhir zaman ini, ramai manusia termasuk yang mendabik dada kononnya alim cukup gemar membuat cerita fitnah. Mungkin bagi mereka fitnah itu adalah satu ibadah. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL

Read more »

Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Aidilfitri


Beberapa agensi kerajaan akan memperhebatkan kempen keselamatan jalan raya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, kempen itu akan melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

"Hanya dengan kempen kesedaran yang dijalankan oleh kedua-dua agensi itu di samping penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kematian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pandu dan Tunggang Dengan Selamat anjuran JKJR Pahang di sekatan antara Jalan Kuala Lipis ke Merapoh, berdekatan Kechau Tui, dekat sini semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, Ketua Polis Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan dan Timbalan Pengarah JKJR Pahang, Wan Musa Wan Kadir.

Sempena kempen tersebut, beliau mengagihkan 300 bekas berisi makanan, risalah dan pelekat keselamatan dan lima topi keledar kepada pengguna jalan raya yang berhenti di laluan tersebut.

Abdul Rahman berkata, JKJR negeri akan terus memperhebat kempen kesedaran kepada semua pengguna jalan raya di samping penguatkuasaan JPJ dan polis di beberapa lokasi panas di negeri ini.

Tambahnya, kempen kesedaran itu akan menjadi sia-sia jika sikap pengguna atau pemandu masih di takuk lama.

"Justeru, pelbagai pendekatan dilaksanakan untuk menyedarkan pengguna jalan raya tentang semua aspek berhubung keselamatan ketika memandu dan menunggang bagi mengelakkan sebarang tragedi," katanya.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, sejumlah 29 kematian membabitkan 22 kes kemalangan maut dilaporkan antara Januari hingga Ogos tahun ini di daerah Lipis. Katanya, pada tahun lalu sahaja sebanyak 23 kes kemalangan maut dilaporkan membabitkan 30 orang.

''Dua lokasi panas melibatkan kemalangan maut ialah di Kilometer 22, Jalan Lipis ke Merapoh, berdekatan Ladang Selborne dan Kilometer 23 Jalan Lipis ke Benta,".

Read more »

Tuesday, August 23, 2011

Kerajaan Sedia Ada Adalah Terbaik Untuk Rakyat Malaysia


Pengagihan bantuan Ramadan kepada 1,000 penerima anjuran Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) Pahang diyakini berjaya mengukuhkan gagasan 1Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi dan Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kepelbagaian etnik, kepercayaan dan warna kulit merupakan satu keistimewaan yang tidak ada di negara lain.

Katanya, konsep bantuan itu wajar dicontohi kerana dalam masyarakat majmuk tiada alasan untuk meminggirkan mana-mana golongan di negara ini.

"Aktiviti kebajikan itu sudah tentu baik dan meringankan sedikit beban mereka selain merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat lain," katanya yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Kimma Pahang di Dewan UMNO Mentakab.

Hadir sama Timbalan Presiden Kimma Kebangsaan, Mohammed Mosin Abdul Razak dan Pengerusi Kimma Pahang, Mohd. Musa Noor Mohamad.

Beliau berkata, perpaduan adalah teras yang harus dihayati oleh semua rakyat berbilang kaum kerana ia adalah kunci kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Tambahnya, kemakmuran negara semakin menyerlah terutama pada Ramadan ini apabila bazar Ramadan dikunjungi bukan sahaja umat Islam tetapi juga oleh kaum-kaum lain.

Sementara itu Mohammed Mosin berkata, Kimma Kebangsaan dan Pahang komited membantu golongan tersebut supaya mereka dapat menjalani kehidupan biasa seperti insan lain. - BPUNP

Walaupun UMNO adalah parti politik orang melayu tetapi UMNO tidak pernah menyisihkan mana mana kaum dinegara ini. Malah UMNO turut bersama sama membantu semua rakyat di negara ini tanpa mengira keturunan dan agama.

Ini amat berbeza dengan parti pembangkang dimana mereka hanya membantu ahli parti mereka sahaja. Malah ada yang lebih teruk sesetengah pemimpin mereka langsung tidak menghiraukan kebajikan ahli parti malah rakyat dikawasan mereka.

Read more »

Saturday, August 20, 2011

Hubungan Nik Aziz Dengan Benjamin Stephen?


Siapakah mamat bersaiz sihat ini? Adakah dia anak angkat Nik Aziz, yang merupakan seorang ulama politik tersohor di Kelantan? Ataupun mamat ini merupakan adik angkat Anwar Ibrahim? Ataupun mamat ini anak didik Khalid Samad yang popular dikalangan penganut nasrani?

Untuk tahu siapa mamat sihat ni, anda boleh klik disini.

Read more »

Karpal Singh Syor Anwar Solat Taubat Sebelum Masuk Mahkamah


"Jemputan munajat rakyat menolak fitnah umno/bn akan dilakukan malam ini selepas solat Tarawih bertempat dikediaman rasmi DSAI. Pohon hadir untuk bersama sama menolak fitnah umno/bn ke atas DSAI"

Anwar Ibrahim dah mula buat solat hajat sempena kes disebut semula pada 22 haribulan nanti. Seperti biasa dia cuba meraih undi simpati daripada masyarakat khususnya dari orang PAS. Dia masih ingat rakyat tak tahu ke selama ini dialah yang banyak memfitnah UMNO.

Sudah berapa kali dia buat solat hajat dan berapa kali juga bukti menunjukkan dia sememangnya bersalah? Selama ini dia sudah menangguhkan kesnya sebanyak 67 kali. Kes dia ni dah boleh masuk dalam Malaysia Guinness Book Of Records sebagai rekod kes liwat paling banyak ditangguhkan di Malaysia.

Selepas ini Anwar akan diingati sebagai bekas TPM paling licik di Malaysia. Bertaubatlah Anwar. Karpal pun sudah menyuruh anda bertaubat. Tak malu ke umur dah sampai ke senja tetapi masih lagi bergelumang dengan dosa dan noda.

Read more »

DS Najib Penuhi Permintaan Nurul Atikah Bazilah


“Selamat hari raya Perdana Menteri.” Itulah yang diucapkan oleh pesakit kanser kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, sebelum mengakhiri perbualan telefon selama lima minit dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini hari ini.

Ia mungkin ucapan hari raya pertama didengar oleh Najib pada Ramadan ini. Tetapi ia juga mungkin yang terakhir sempat diucapkan oleh Nurul Atikah Bazilah yang menghidap barah tulang dan sudah tidak diberikan harapan untuk pulih oleh doktor.

Walaupun impiannya untuk berjabat tangan dan bertemu dengan Najib tidak tercapai, anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah cukup gembira kerana berpeluang berbual dengan pemimpin nombor satu negara yang menjadi idolanya sejak sekian lama.

“Saya sangat gembira. Dapat berbual-bual dengan Perdana Menteri pun tidak apa. Perdana Menteri minta saya makan banyak-banyak, semoga cepat sembuh serta boleh berjalan dan pergi ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang mewakili Perdana Menteri di rumahnya dekat sini hari ini. Semasa perbualan itu, Nurul Atikah Bazilah berkomunikasi dengan Najib menerusi telefon bimbit Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perak, Nizamuddin Mat Isa.

Sementara itu, ibu remaja itu, Che Tom Osman, 45, berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa berbual-bual dengan anaknya bagi memenuhi impian Nurul Atikah Bazilah yang dikesan menghidap barah tulang sejak Ogos 2009.

“Saya tengok dia (Nurul) sangat gembira apabila mendengar suara Perdana Menteri. Dia yang mulanya lemah, seolah-olah mendapat tenaga untuk berbual,” ujarnya.

Menurut Che Tom yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang, selepas diberitahu anaknya sudah tiada harapan untuk hidup lama, dia dan suaminya, seorang anggota polis mencuba apa yang termampu untuk memenuhi segala kehendak Nurul Atikah Bazilah dalam masa terdekat.

Katanya, ini termasuk membeli sebidang tanah untuk membina sebuah rumah idaman anaknya itu walaupun ia masih belum tertunai kerana kesempitan wang.

“Daripada 30 orang yang sama-sama mendapatkan rawatan barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Nurul, kini cuma tinggal empat orang yang masih hidup termasuk Nurul. Seorang daripada mereka telah sembuh manakala tiga lagi dalam keadaan seperti Nurul,” katanya. - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan usia amat menyayangi DS Najib walaupun pelbagai fitnah telah dibuat oleh pembangkang terhadap DS Najib. Sedangkan Ketua Pembangkang itu sendiri iaitu Anwar Ibrahim pula sedang bergelut pelbagai masalah moral sehinggakan dia mendapat kutukan daripada masyarakat.

Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Nurul Atikah Bazilah, sembuhkanlah penyakitnya dan lapangkan hatinya dari segala penderitaan.

Read more »

Hassan Ali Dipecat - Nik Aziz Ketagih Undi Orang Bukan Islam?


Inilah yang diminta sendiri oleh orang bukan islam berkenaan dengan kes serbuan JAIS terhadap gereja yang memurtadkan umat islam. Selama ini, pemimpin PAS melaungkan mereka parti islam nombor 1 di Malaysia. Tetapi kenapa didalam kes murtad, pemimpin PAS tidak berani mempertahankan Dr Hassan Ali? Apatahlagi bertindak untuk menghalang usaha pihak nasrani berkenaan?

Nampak sudah jelas pemimpin PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan islam. Kebenaran dinafikan semata mata mahukan undi orang bukan islam. Pemimpin  berjiwa islam seperti Dr Hassan Ali dipijak sedangkan pemimpin berjiwa duniawi seperti Mat Sabu dan Khalid Samad diangkat dan dipuja setinggi langit.

Jika pemimpin PAS mengikut kata orang bukan islam dengan memecat Dr Hassan Ali, maka tidak layak pemimpin PAS bercakap soal islam selepas ini kerana pemimpin PAS telah meletakkan kepentingan duniawi atau lebih tepat dipanggil kepentingan agama lain melebihi kepentingan agama islam.

Benarlah kata orang tua tua , PAS is dead

Read more »

Thursday, August 18, 2011

Jadikan Bentong Bandar Satelit


BENTONG 17 Ogos - Kerajaan Pahang disaran melakukan kajian bagi mewujudkan sebuah bandar baharu atau bandar satelit di daerah ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tujuan mewujudkan bandar satelit itu bagi mengurangkan tekanan penduduk terutama di bandar ini yang berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.

"Penduduk daerah ini terutama yang tinggal di bandar bukan sahaja terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan, tetapi pada hari-hari biasa dan hujung minggu.

"Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesesakan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke program ini, namun bernasib baik ada polis membantu dan akhirnya berjaya sampai pada waktu yang dijanjikan," titah baginda.

Tengku Mahkota bertitah demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di pekarangan Masjid Daerah Bentong di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong.

Tengku Abdullah bertitah, kajian jangka panjang yang sistematik perlu dijalankan bagi membina bandar satelit supaya dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kawasan ini.

Dalam perkembangan sama, baginda bertitah, lokasi bandar Bentong yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutama daripada segi pembangunan infrastruktur. Titah baginda, kedudukannya yang strategik itu mampu menjana lebih banyak pembangunan di kawasan sekitar, sekali gus memberi impak positif kepada rakyat.

Baginda yakin kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini supaya terus terjamin dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jalan berkembar dari Lipis ke Bentong.

"Apa yang diharapkan ialah rakyat negeri ini bersyukur dengan pembangunan yang ada," titah baginda.

Read more »

Mengenang Jasa Tun Razak


Program mengenang bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang baru-baru ini, mengimbau pelbagai kejayaan negara di bawah kepimpinan negarawan itu.

Program yang julung kali diadakan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini itu dianjur bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Arkib Negara. Majlis perasmian program disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung pemimpin tersohor itu di Dewan Utama UiTM Pahang.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail dan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr. Samsiah Muhamad.

Antara jabatan kerajaan yang mengambil bahagian ialah Perpustakaan Negara dan Jabatan Muzium Negara.

Pelbagai atur cara menarik diadakan sepanjang program selama tiga itu termasuk bicara tokoh dan pameran kehidupan Allahyarham Tun Abdul Razak sama ada ketika berkhidmat dengan kerajaan atau ketua keluarga.

Aktiviti lain yang turut diadakan termasuk tahlil khas dan perlawanan bola sepak persahabatan veteran.

Samsiah ketika ditemui berkata, program itu bertujuan mengenang tokoh negarawan yang banyak menyumbang jasa dalam merangka dan memacu pembangunan negara.

“Segala jasa dan bakti Bapa Pembangunan itu amat berharga kepada semua kaum yang memijak bumi tercinta ini. Program ini mengetengahkan keistimewaan Tun Abdul Razak sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang natijahnya rakyat dapat menikmati pembangunan yang diwarisi hari ini,”

Menurut Samsiah, karnival dan pameran itu berjaya menarik minat pelbagai golongan terutama pelajar sekolah dan penuntut UiTM Pahang.

Kata beliau, program itu sebagai sokongan terhadap Felda yang menganjurkan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan dan penjenamaan semula di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Menurutnya, segala bahan koleksi tokoh pemimpin negara ini adalah penting kerana ia membentuk sebahagian khazanah warisan sejarah yang bernilai untuk rujukan generasi akan datang.

“Arkib Negara akan terus berusaha melaksanakan tanggungjawab dalam mengumpul, menyimpan dan memelihara segala rekod dan bahan-bahan koleksi tokoh pemimpin negara,” katanya.

Ismail pula menyifatkan program mengenang tokoh itu memberi peluang kepada generasi baharu melihat dan menilai sendiri peranan serta sumbangan negarawan terhadap pembangunan negara.

Tegasnya, Tun Abdul Razak merupakan satu nama yang terpahat dalam ingatan penduduk Kuala Krau kerana sifat patriotik dan berjiwa rakyat sebagaimana yang ditonjolkan anaknya, Najib.

Fakta sejarah membuktikan Tun Abdul Razak seorang negarawan yang sanggup meredah hutan untuk memastikan rakyat terbela.

Menurut beliau, segala jasa, bakti dan kegigihan Tun Abdul Razak wajar dicontohi bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga pemimpin di semua peringkat.

“Tun Abdul Razak meninggalkan legasi kepimpinan yang terbilang dan berwawasan untuk diteruskan kesinambungannya oleh generasi pewaris negara,” katanya.

Beliau membidas kelompok dan individu yang ghairah untuk menghancurkan masa depan negara yang diasaskan pemimpin terdahulu.

Bagi Wan Salman, program mengenang Tun Abdul Razak amat bermanfaat kepada generasi baharu untuk lebih patriotik.

Ini kerana ujarnya, kemajuan dan kemakmuran negara yang dinikmati rakyat bukan datang bergolek tetapi hasil perancangan pemimpin terdahulu yang berwawasan dan bijaksana.

Read more »

Tuesday, August 16, 2011

Tonjolkan Ciri Kepimpinan Berkaliber, Profesional



TEMERLOH - Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob meminta supaya semua pemimpin di negeri ini memiliki ciri - ciri kepimpinan dimahukan rakyat.

Menurutnya, semua pemimpin, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin yang berkaliber serta profesional supaya rakyat terus yakin dengan kepimpinan sedia ada.

Beliau juga turut meminta supaya semua pemimpin menjelaskan kepada rakyat mengenai semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada Kerajaan.

"Semua pemimpin perlu bertindak membela Kerajaan hari ini yang banyak memperjuangkan hak rakyat sehingga mencapai kemajuan seperti sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan dan Berbuka Puasa Menteri Besar Pahang bersama pemimpin masyarakat, kakitangan Kerajaan, dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Temerloh.

Dalam majlis itu juga, pemimpin masyarakat berpeluang untuk mengutarakan setiap masalah yang dihadapi dan mereka menerima tindak balas positif daripada Menteri Besar Pahang sendiri. - Sumber BPUN Pahang

Read more »

share2